Tspks 2 0 Skim Tanam Semula Kelapa Sawit


Pengusaha sawit atau pekebun kecil persendirian yang menjalankan aktiviti penanaman semula kelapa sawit adalah dialu-alukan memohon Skim Tanam Semula Kelapa Sawit atau TSPKS 2.0.
Dengan adanya skim ini, ia akan membantu meringankan kos bagi kerja-kerja penanaman semula sawit yang diusahakan mereka.
Mengenai Skim Tanam Semula Kelapa Sawit Kerajaan melalui Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) telah menyediakan dan memperkenalkan dana khusus untuk Skim Insentif Pembiayaan Tanam Semula bagi kerja-kerja penanaman semula sawit untuk pengusaha sawit khususnya pekebun kecil persendirian.
Dana yang disediakan adalah terdiri daripada komponen geran (50%) dan sebahagian lagi adalah pembiayaan (50%) kepada pekebun kecil persendirian.
Penyaluran dana bagi kedua-dua komponen geran dan pembiayaan ini akan disalurkan sepenuhnya oleh pihak Agrobank.
Walau bagaimanapun, bayaran balik oleh pemohon hanya melibatkan 50% (termasuk 2% faedah) daripada jumlah keseluruhan dana yang disalurkan.
Objektif TSPKS 2.0 Antara objektif skim ini dilaksanakan adalah untuk:
Memberi insentif geran dan pembiayaan mudah pada kadar keuntungan yang rendah (2% setahun) untuk pekebun kecil menebang sawit tua (usia sawit melebihi 25 tahun) atau sawit yang tidak lagi produktif dan menanam semula dengan sawit yang lebih berkualiti. Membantu meringankan beban kewangan pekebun kecil sawit dalam melaksanakan aktiviti penanaman semula sawit. Meningkatkan hasil buah tandan segar (BTS) pekebun kecil. Meningkatkan pendapatan pekebun kecil dan negara. Skop TSPKS 2.0 Skop pembiayaan skim ini adalah melibatkan:
Nilai pembiayaan adalah RM14,000/hektar untuk pekebun kecil sawit di Semenanjung manakala RM18,000/hektar pekebun kecil sawit untuk Sabah dan Sarawak dalam bentuk kombinasi geran dan pembiayaan untuk aktiviti berikut:
– Penyediaan kawasan tanaman.
– Pembelian anak benih sawit berkualiti.
– Penyelenggaraan kebun sehingga umur sawit tiga tahun (36 bulan) selepas tanam. Tempoh pembiayaan 12 tahun. Bayaran ansuran bermula pada bulan ke-49 selepas tarikh tandatangan dokumen perjanjian bersama Agrobank. Jumlah bayaran semula kepada pihak Agrobank adalah 50% daripada jumlah keseluruhan dana yang disalurkan kepada pekebun kecil. Syarat Permohonan Syarat permohonan skim ini adalah seperti berikut:
Warganegara Malaysia berumur 18 tahun hingga 69 tahun pada tarikh permohonan. Bagi pemohon yang berumur 70 tahun ke atas, permohonan perlu dibuat secara akaun bersama (joint loan) bersama anak/suami/isteri. Pekebun kecil sawit persendirian dengan jumlah pemilikan tanah bertanam sawit tidak melebihi 10 hektar di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Had maksimum kelulusan keluasan bagi insentif pembiayaan adalah 6.5 hektar sahaja di Seluruh Malaysia. Tanaman sawit berusia 25 tahun dan ke atas atau sawit yang sudah tidak lagi produktif. Mempunyai lesen MPOB bagi aktiviti menjual dan mengalih BTS. Menunjukkan bukti pemilikan atau penguasaan tanah yang sah mengikut undangundang dan peraturan pihak berkuasa tanah negeri masing-masing. Kawasan tanaman adalah sesuai seperti kecerunan kurang daripada 25°, bukan kawasan air bertakung dan mempunyai kemudahan akses untuk pengeluaran dan jualan hasil sawit. Pekebun kecil yang diluluskan perlu menandatangani dokumen perjanjian bersama Agrobank terlebih dahulu sebelum dana disalurkan secara berperingkat. Syarat Pelaksanaan Syarat pelaksnaan skim ini adalah seperti:
Pemohon yang diluluskan hendaklah menyediakan kawasan tanaman yang bersesuaian, menanam anak benih sawit yang dibekalkan, melakukan pembajaan dan pengawalan rumpai/perosak mengikut Amalan Pertanian Baik (APB). Pemohon yang diluluskan perlu menyertai Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) di bawah Sustainable Palm Oil Cluster (SPOC) dan mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam pensijilan MSPO. Anak benih sawit perlu diperoleh dari tapak semaian yang dipersijilkan di bawah pensijilan MPOB Code of Good Nursery Practice for Oil Palm Nurseries (CoPN) dan status sijil yang masih aktif. Sekiranya maklumat yang dinyatakan oleh pemohon dalam mana-mana peringkat pelaksanaan skim ini didapati tidak benar, memberikan dokumen maklumat palsu atau menyalah guna pembiayaan ini bagi tujuan selain daripada program tanam semula ini, maka permohonan atau penyertaan dalam skim ini boleh ditolak atau kelulusan ditarik balik selain tindakan undang-undang boleh diambil. Tanaman secara bawahan (underplanting) tidak dibenarkan. Cara Memohon Permohonan hendaklah dikemukakan kepada cawangan MPOB/Agrobank berhampiran.
Dokumen Yang Diperlukan Dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan adalah seperti berikut:
Borang permohonan yang diisi lengkap dan ditandatangan. Salinan kad pengenalan. Salinan lesen MPOB. Salinan dokumen pemilikan tanah; geran tanah/carian rasmi/carian persendirian bagi lot kebun yang dipohon. Bagi pekebun kecil yang tidak memiliki geran tanah, perlu surat pengesahan rasmi daripada kerajaan negeri atau Jabatan yang berkaitan. Maklumat Lanjut Maklumat lanjut mengenai Skim Tanam Semula Kelapa Sawit ini, sila layari laman web https://mpob.gov.my/uncategorized-ms/skim-pembiayaan-mudah-tanam-semula-pekebun-kecil-sawit-tspks?lang=ms&fbclid=IwY2xjawJkFzxleHRuA2FlbQIxMAABHjSL-eQvUgcuVoro3iWWcXmy3VpxnUHowIhEF_lxMIoHJbnFYwXvI9KNKoWU_aem_SNEfmpWTaVJAaP1j8RaEvw
Baca juga: Tahun Baru Cina 2026: Tarikh Cuti Umum & Cuti Sekolah


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/tanam-semula-kelapa-sawit/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=tanam-semula-kelapa-sawit

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Melayu Tanam Sawit Dan Getah Ataih Tanak Kerajaan Ok Kah

Melayu Tanam Sawit Dan Getah Ataih Tanak Kerajaan Ok Kah

papar berkaitan - pada 12/4/2025 - jumlah : 134 hits
Mohd Irfan Ya memanglah kita marah dengan geng2 tanam durian secara haram dengan ceroboh tanah kerajaan di Raub Cuma ada juga orang Melayu kita yang ceroboh tanah kerajaan di kampung dengan tanaman getah sawit dan hasil kebun lain Ini pun 2...
Felda Seru Peneroka Tak Jual Hasil Sawit Kepada Orang Tengah

Felda Seru Peneroka Tak Jual Hasil Sawit Kepada Orang Tengah

papar berkaitan - pada 17/4/2025 - jumlah : 90 hits
Felda sebelum ini dilaporkan mengalami kerugian sehingga RM200 juta akibat tindakan peneroka yang menggunakan orang tengah untuk menjual hasil sawit PETALING JAYA Felda menyeru peneroka supaya tidak menggunakan orang tengah atau peraih untu...
Cara Buat Lempeng Kelapa Manis Bahan Bahan Kelapa Parut 250gm Tepung

Cara Buat Lempeng Kelapa Manis Bahan Bahan Kelapa Parut 250gm Tepung

papar berkaitan - pada 6/4/2025 - jumlah : 134 hits
Cara Buat Lempeng Kelapa Parut Lemak Manis Bahan bahan 250gm kelapa parut 500gm tepung gandum 5gm baking powder 1 sudu kecil garam 150gm gula 2 biji telur Air biasa Langkah langkah Campurkan semua bahan kering dalam satu bekas kecuali air P...
Aplikasi Waze Hantar Warga Emas Ke Ladang Sawit

Aplikasi Waze Hantar Warga Emas Ke Ladang Sawit

papar berkaitan - pada 8/4/2025 - jumlah : 118 hits
Muhaamad Hafis Nawawimhafis mediaprima com myPAUZI diselamatkan anggota bomba selepas tersesat jauh ke dalam ladang kelapa sawit akibat aplikasi Waze FOTO Ihsan Jurasmadi Pauzi Kuala Lumpur Aplikasi Waze menjadi panduan sebagai petunjuk jal...
Mpob Dan Sumisaujana Bekerjasama Untuk Mengkomersialkan Poliol Berasaskan Sawit Untuk Kegunaan Industri Global

Mpob Dan Sumisaujana Bekerjasama Untuk Mengkomersialkan Poliol Berasaskan Sawit Untuk Kegunaan Industri Global

papar berkaitan - pada 8/4/2025 - jumlah : 179 hits
Hi Semua SumiSaujana Group Berhad dan anak syarikatnya merupakan pengeluar bahan kimia khusus untuk industri minyak dan gas hari ini memeterai kerjasama strategik dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia melalui pemeteraian Perjanjian Pelesenan...
Sprm Tahan Datuk Disyaki Lindungi Pemalsuan Cukai Jualan Minyak Sawit

Sprm Tahan Datuk Disyaki Lindungi Pemalsuan Cukai Jualan Minyak Sawit

papar berkaitan - pada 8/4/2025 - jumlah : 114 hits
KOTA KINABALU Seorang lelaki bergelar Datuk ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini bagi membantu siasatan kes terima rasuah bagi melindungi aktiviti pemalsuan cukai jualan minyak sawit Penahanan itu susulan tangkapan terhad...
Makan Kari Kelapa Ikan Anuar Cawangan Seremban

Makan Kari Kelapa Ikan Anuar Cawangan Seremban

papar berkaitan - pada 15/4/2025 - jumlah : 185 hits
Assalamualaikum WBT DAH beberapa kali Pak Inche berzikir nak makan di Restoran Kari Kepala Ikan Anuar yang membuka cawangan di Seremban Takkk masalahnya PI makan ke kepala ikan Sk ni bolehlah itu pun pilih pilih bahagian isi aje PI kata kit...
Waze Bawa Warga Emas Ke Ladang Sawit Di Benta Amp Terkandas Beberapa Jam Sebelum Akhirnya Dijumpai

Waze Bawa Warga Emas Ke Ladang Sawit Di Benta Amp Terkandas Beberapa Jam Sebelum Akhirnya Dijumpai

papar berkaitan - pada 8/4/2025 - jumlah : 106 hits
Seorang warga emas melalui pengalaman cemas selepas keretanya terkandas akibat lumpur di dalam sebuah ladang kelapa sawit di Benta Pahang Kejadian terjadi ketika Pauzi Ismail 70 menggunakan aplikasi waze namun tidak perasan sebelum akhirnya...
Tips Bajet Harian Cara Jimat Belanja Rumah Tanpa Rasa Tertekan

Sepuluh Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Oleh Pesara Guru

Rafizi To Revive Reformist Spirit Via Hiruk In Battle Royale Against Nurul Izzah For Pkr S No 2 Post

Breaking News New Big Recall Now For 500 000 Volvo Vehicles Over Backup Camera Issues

Rak Essential Oils Diffuser Young Living Yang Comel

Rehat Jika Perlu Tapi Jangan Sampai Hilang Semangat

Proses Penyembuhan Emosi Melalui Puisi

Senarai Syarikat Menawarkan Latihan Industri Panduan Untuk Pelajar Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pemilihan Pkr Tak Puas Hati Lepas Kalah Rafizi Ramli Nak Letak Jawatan

Pendapat 3

Isteri Panggil Bomba Angkut Barang Ke Rumah Mak Selepas Bergaduh Dengan Suami

Mcmc Sita Telefon Bimbit Amp Kad Sim Pemilik Akaun Fb Didakwa Sentuh Isu 3r

Fitnah Dan Tohmahan Bangkitkan Semangat Juang Datuk Nazrul

How Virtual Influencers Are Changing The Future Of Brand Marketing