Trump Mahu Bayar Rm8 352 Kepada Setiap Warganegara As


Trump Mahu Bayar RM8,352 Kepada Setiap Warganegara AS
WASHINGTON, 9 Nov (Bernama-dpa) – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, berkata kerajaan akan membayar sebahagian besar warganegara AS dividen sekurang-kurangnya AS$2,000 (sekitar RM8,352) setiap seorang, menurut satu kenyataan di platform Truth Social beliau pada Ahad, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Hanya warganegara berpendapatan tinggi yang dikecualikan, tulis Trump, tanpa menyatakan tahap pendapatan atau tempoh masa pembayaran.
Kenyataan Trump itu dibuat hampir seminggu selepas Demokrat mencatat kemenangan di pelbagai pilihan raya tempatan dan negeri. Ini termasuk memenangi jawatan gabenor di New Jersey dan Virginia serta merampas kerusi Republikan di suruhanjaya utiliti di Georgia, sebuah negeri yang biasanya menyokong Republikan.
Selepas pilihan raya, terdapat kritikan dalam kalangan penyokong Trump sendiri bahawa beliau tidak memberikan perhatian secukupnya kepada pengundi terasnya, yang mana beliau pernah berjanji dalam kempen untuk mengurangkan kos sara hidup mereka.
Inflasi di AS kekal tinggi, sekitar 3 peratus, menyebabkan ramai rakyat di seluruh negara mengadu tentang kenaikan harga. Dalam kenyataannya, Trump memuji ekonomi AS, menyatakan bahawa tarif akan menjana trilion dolar, yang boleh digunakan tidak lama lagi untuk membayar hutang besar negara itu.
Trump menyifatkan AS sebagai negara terkaya dan paling dihormati di dunia, dengan mengatakan terdapat hampir tiada inflasi dan harga pasaran saham rekod tertinggi.
Banyak perniagaan kecil di AS mengadu tentang tarif tersebut, dan sebahagian telah memfailkan tuntutan undang-undang yang didengar minggu lalu di Mahkamah Agung.
Penganalisis turut menekankan kebimbangan terhadap kesan perkembangan pesat kecerdasan buatan (AI), seperti pemberhentian pekerja besar-besaran dan kenaikan harga elektrik. Di New York dan bandar besar lain, kos perumahan yang tinggi juga menjadi isu.
Untuk info, Presiden sebelum ini pernah mengemukakan idea bayaran tunai kepada rakyat AS beberapa bulan lalu, tetapi tidak meneruskannya pada waktu itu.
BACA: Taufan Fung-wong Badai Filipina, Angin Kencang Gegar Jambatan Gantung Camaligan
Sumber: BERNAMA
The post Trump Mahu Bayar RM8,352 Kepada Setiap Warganegara AS appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/10/trump-mahu-bayar-rm8352-kepada-setiap-warganegara-as/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Trump Departs From Klia At 10am

Trump Departs From Klia At 10am

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 193 hits
SEPANG United States President Donald Trump departed from the Kuala Lumpur International Airport at 10 06am on Monday Forum where he is expected to meet with China President Xi Jinping before concluding his Asia tour Bernama
Pmx S Obsequious Welcome Of Trump A Diplomatic Embarrassment Smacked With Hypocrisy

Pmx S Obsequious Welcome Of Trump A Diplomatic Embarrassment Smacked With Hypocrisy

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 234 hits
WELCOMING world leaders to the country is one thing but going overboard in doing so is another Receiving foreign guests must be predicated on respect and dignity the pre requisites for maintaining good diplomatic relations Unfortunately and...
Tukar Jet Pejuang Tudm Iiringi Ketibaan Presiden Trump Di Sidang Kemuncak Asean

Tukar Jet Pejuang Tudm Iiringi Ketibaan Presiden Trump Di Sidang Kemuncak Asean

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 320 hits
Ketibaan Presiden AS Donald Trump di Malaysia disertai jet pejuang TUDM untuk Sidang Kemuncak ASEAN ke 47 lawatan pertamanya sejak terpilih semula KUALA LUMPUR Hari ini Presiden Amerika Syarikat Donald Trump tiba di Malaysia menggunakan pes...
Lelaki Tukar Nama Tiap Tahun Elak Bayar Nafkah Anak

Lelaki Tukar Nama Tiap Tahun Elak Bayar Nafkah Anak

papar berkaitan - pada 16/11/2025 - jumlah : 195 hits
Lelaki Tukar Nama Tiap Tahun Elak Bayar Nafkah Anak Seorang lelaki di Tyumen Rusia kantoi menukar nama setiap tahun kerana tidak mahu membayar cukai anak lapor Oddity Central Kes ini telah didedahkan oleh Ketua Perkhidmatan Bailif Roman Kor...
Hilang Tiba Tiba Trump Dijangka Tinggalkan Malaysia Esok Pagi

Hilang Tiba Tiba Trump Dijangka Tinggalkan Malaysia Esok Pagi

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 336 hits
Kosmo nbsp KUALA LUMPUR Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka meninggalkan negara esok pagi selepas menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke 47 hari ini Difahamkan sebaik meninggalkan persidangan Trump dipercayai menginap di Hotel Ritz...
Trump Puji Malaysia Sebagai Negara Hebat Sangat Bertenaga

Trump Puji Malaysia Sebagai Negara Hebat Sangat Bertenaga

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 203 hits
Trump Puji Malaysia Sebagai Negara Hebat Sangat Bertenaga KUALA LUMPUR 27 Okt Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menyifatkan Malaysia sebagai negara yang hebat sangat bertenaga selepas menamatkan lawatan dua hari di sini sempena Sidang ...
Menjamu Selara Makan Petang Di Sufian Cafe One Borneo Kota Kinabalu Sabah

As Tingkatkan Tekanan Ke Atas Venezuela Operasi Ketiga Menjadi Perhatian Dunia

Carta Kedudukan Akhir Kumpulan B Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025

Krismas Hidup Dalam Jiwa Saya Tiada Siapa Mampu Merampasnya Deanna Yusof Jelaskan Sebab Masih Raikan Hari Natal

Quick Diet Dinner Recipes Veg

Najib Kena 15 Tahun Penjara Dan Denda Rm11 38 Bilion Bagi Tuduhan Salah Guna Kuasa

Najib Punyai Kepentingan Langsung Terhadap 1mdb Sejak Tia Hakim

Buat Duit Online Tanpa Kerja Lebih Masa Solusi Income Automatik Untuk Orang Sibuk


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Drama Pak Su Ammara

Yang Tak Pernah Aku Ceritakan Tapi Menguatkanku

Lelaki Palestin Cedera Dilanggar Ketika Solat Tentera Simpanan Israel Disiasat

Hiburan Video Peribadi Tular Pekin Ibrahim Nafi Sambut Hari Natal Kami Hanya Sambut Hari Lahir Bukan Bertukar Hadiah

Dari Tampin Ke Simpang Ampat Alor Gajah Beli Nenas

Rawatan Pergigian Di Klinik Pergigian Familia Megaway