Tronsmart Spunky Beat Tws Untuk Audiophile



TWS sudah menjadi buah mulut masyarakat siber atau netizen sejak ia dilancarkan. Ramai memilih untuk menggunakan fon kepala berwayar kerana ia memberikan bunyi yang lebih baik.
Inilah dia cabaran yang perlu dihadapi bagi pengeluar TWS kerana terdapat penanda aras yang tinggi dari kebanyakan fon kepala/telinga berwayar.
Dikatakan codec aptX dapat memenuhi keperluan terhadap bunyi berkualiti tinggi bagi peranti Bluetooth. Maka berbondong-bondonglah syarikat berebut dalam mengeluarkan produk sendiri berteraskan codec itu.
Tronsmart tidak mahu terkecuali dan ketinggalan apabila mereka melancarkan produk terbaru iaitu Spunky Beat.
Sebelum ini saya telah menggunakan Spunky Pro yang mengguna pakai codec AAC. Ianya memuaskan, berharga mampu milik, dan mempunyai kualiti binaan akhir yang begitu baik sekali.
Tetapi apabila saya cuba sahaja Spunky Beat buat pertama kali, saya terdiam sebentar.
Ini adalah apa yang dapat saya catatkan sepanjang penggunaan saya beberapa hari ini.

Tapi sebelum kita teruskan, seperti biasa ada eloknya kita buat buka kotak dulu.
Apa yang ada dalam kotaknya?
1x Spunky Beat.
1x Paket silikon penutup telinga (ada dua saiz berbeza di dalamnya).
1x Manual panduan pengguna.
1x Kad waranti.
1x Kabel pengecas USB-C.
1x Bekas penyimpanan yang juga berfungsi sebagai bekas pengecas.
Anda boleh lihat gambar-gambar yang saya ambil di bawah untuk mendapat gambaran apa yang ada dalam pakej.



Jadi, macam mana kualitinya, dari segi binaan akhir dan bunyi?
Tronsmart menggunakan Cip Bluetooth Qualcomm untuk Spunky Beat, yang seperti disebutkan di atas, mempunyai codec aptX bagi menghasilkan kualiti bunyi berdefinisi ‘studio’.
Apakah senarai main yang saya gunakan dalam penilaian?
Lio – I Wonder
Method Man & Snoop Dogg – Eastside feat. iNTeLL
Machine Gun Kelly – Hollywood Whore
Coolio – Gangsta’s Paradise
Too Phat – Just A Lil’ Bit
I Prevail – Come And Get It
Dissection – Thorns of Crimson Death
Like A Storm – Love the Way You Hate Me
Slipknot – Orphan
From the Twisted Mind of Arya Putra (senarai main saya).

Apa yang boleh saya rumuskan?
Saya cuba simpulkan melalui tiga pecahan frekuensi bunyi. Sebenarnya terdapat 7 tahap frekuensi audio, iaitu Sub-bass > Bass > Low midrange > Midrange > Upper midrange > Presence > Brilliance.
Tetapi saya hanya ambil tiga sahaja iaitu rendah (low), pertengahan (mid), serta tinggi (upper/high). Anda boleh rujuk ulasan QCY T2C untuk mengetahui apa itu frekuensi rendah, pertengahan, dan tinggi itu.
Frekuensi Rendah
Saya amat menyukai bunyi di frekuensi ini. Ianya tidak menenggelamkan bunyi penting dari frekuensi pertengahan, sebaliknya ada karakter tersendiri yang memisahkan identitinya. Contohnya lagu Lio – I Wonder, bass kedengaran begitu jelas sekali, menonjolkan karakter lagu tersebut yang sememangnya punyai bunyi bass tebal, namun bunyi drum tidak tenggelam bahkan setiap ketukan amat jelas, diiringi vokal Lio yang merdu, memeriahkan lagi lagu tersebut.
Frekuensi Pertengahan
Inilah frekuensi yang menjadi kekuatan Spunky Beat. Saya mendengar Killswitch Engage – The Signal Fire, bunyi gitar utama dilapis oleh gitar rhythm dan gitar bass, tidak terdengar terlalu kasar dan bingit. Namun, terdapat juga kelemahan di beberapa tempat yang barangkali menjadi kontra kepada kekuatannya ini. Contoh di lagu Parasite Inc – The Pulse of the Dead, bunyi bass (hanya tekaan saya, kerana tak pasti apakah alat muzik tersebut. Boleh jadi juga ia adalah keyboard piano. Tetapi ahli band ini tiada pemain keyboard piano pula) tidak begitu kuat bunyinya.
Frekuensi Tinggi
Bunyi-bunyian di frekuensi ini agak ‘bersih’, dan memenuhi lagu dengan lapisan bunyi yang tidak menyakitkan telinga. Anda boleh cuba dengar sendiri lagu dari Soilwork iaitu As We Speak. Bunyi cymbal adalah sedap didengari.

Jangka Hayat Bateri
Setiap satu earbud mempunyai bateri berkapasiti 35mAh, manakala bekas pengecasnya pula berkapasiti 350mAh. Tronsmart menjanjikan masa main selama 7 jam pada tahap suara/bunyi 50%. Dari ujian penggunaan yang saya lakukan, saya sentiasa gunakan ia melebihi 50%, tetapi setakat ini ia berjaya melepasi 3 jam. Jika ditambah dengan sandaran kuasa dari bekas pengecas, boleh mengulang dengar sehingga 24 jam.
Oleh itu, masa main yang ditawarkan Spunky Beat ini tidak perlu dibimbangi pengguna. Terbukti cip Qualcomm jimat/hemat dalam hal penggunaan bateri.
Ia boleh dicaj melalui port USB-C, ataupun menggunakan kabel yang bersambung dengan USB-A (rujuk gambar di atas).

Konklusi
Adakah ini jawapan kepada audiophile, bagi mendapatkan peranti fon telinga Bluetooth TWS yang mampu memberikan eargasm? Saya tidak mahu menjawab bagi pihak anda, tetapi saya rasa untuk diri saya sendiri, tak perlu tercari-cari lagi TWS lain.
Cukuplah Spunky Beat menemani saya dalam bilik mesyuarat sewaktu saya sudah bosan mendengar perbincangan orang lain yang tidak melibatkan diri saya. Harganya tak terlalu mahal seperti model dari Sennheiser atau Beyerdynamic, tetapi kualiti bunyinya mampu bersaing, bahkan memuaskan hati.
Tronsmart Spunky Beat Earbuds boleh dibeli di platform Shopee dan Lazada pada pautan di bawah:
Shopee:http://bit.ly/SpunkyBeat-SP
Lazada:http://bit.ly/SpunkyBeat-LZM



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/tronsmart-spunky-beat-tws-untuk-audiophile/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fon Telinga Tronsmart Spunky Beat

Fon Telinga Tronsmart Spunky Beat

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 267 hits
Fon telinga jenis True Wireless Stereo menjadi trend di kalangan muda Terdapat beribu ribu reka bentuk jenama dan gaya yang boleh dipilih dalam pasaran seperti Apple Airpods dan Xiaomi Airdots Anda juga boleh belikan satu dengan harga murah...
Pandang Pertama Tronsmart Spunky Beat Cukup Baik Tetapi Belum Sempurna

Pandang Pertama Tronsmart Spunky Beat Cukup Baik Tetapi Belum Sempurna

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 387 hits
Tronsmart adalah adalah satu syarikat yang hadir dengan TWS tersendiri Dalam artikel lepas telah saya ulas Tronsmart Spunky Pro iaitu variasi TWS mereka yang Pro Ia bersaiz kecil ringan tetapi padat dengan fungsi dan boleh dikatakan hebat T...
Edifier Tws 2 Wireless Earbud Untuk Penggemar Bass

Edifier Tws 2 Wireless Earbud Untuk Penggemar Bass

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 351 hits
Satu lagi model fon telinga tanpa wayar mampu milik yang korang boleh pertimbangkan The post EDIFIER TWS 2 Wireless Earbud Untuk Penggemar BASS appeared first on WISER MY
Realme Akan Melancarkan Tws Tersendiri Tidak Lama Lagi

Realme Akan Melancarkan Tws Tersendiri Tidak Lama Lagi

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 261 hits
Realme adalah sub jenama Oppo yang kini bergerak dengan sendiri Disebabkan itu ColorOS pada peranti Realme adalah sedikit berbeza dengan peranti Oppo Realme juga adalah seperti Xiaomi bukan sahaja menghasilkan telefon pintar tetapi juga set...
Two Goal Hero Safawi Helps Malaysia Beat Indonesia

Two Goal Hero Safawi Helps Malaysia Beat Indonesia

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 417 hits
Safawi was named the best player of the match for his sterling performance Bernama Photo KUALA LUMPUR Two stunning goals by Muhammad Safawi Rasid helped Malaysia beat arch rivals Indonesia 2 0 in the 2022 World Cup 2023 Asian Cup qualifiers...
Facebook Mengambil Alih Beat Games Studio Yang Membangunkan Permainan Realiti Maya Beat Saber

Facebook Mengambil Alih Beat Games Studio Yang Membangunkan Permainan Realiti Maya Beat Saber

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 336 hits
https ift tt 33kj00N Facebook telah mengumumkan pembelian studio Beat Game yang membangunkan permainan realiti maya popular Beat Saber Tiada maklumat mengenai harga yang dibayar untuk mengambil alih dilaporkan pada waktu ini Beat Game akan ...
Honor Flypods 3 Adalah Tws Dengan Pembatalan Hingar Aktif Yang Berharga Sekitar Rm475

Honor Flypods 3 Adalah Tws Dengan Pembatalan Hingar Aktif Yang Berharga Sekitar Rm475

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 252 hits
Honor FlyPods adalah set fon telinga niwayar sebenar dari Honor Ia mula dilancarkan pada tahun lepas dan kemudiannya beberapa variasi turut diperkenalkan Hari ini bersama sama dengan Honor V30 V30 Pro dan Honor Magic Watch 2 Honor turut mel...
Alamak Kembar Lah

What Happens In Vegas Must See Motorcycles From The 2025 Aimexpo

The Leadership Versatility Index Unlocking The Power Of Adaptive Leadership

Antara Punca Masalah Kesihatan Makanan Yang Tidak Halalan Toiyibban

Cafe Aesthetic Warunk Koffie By Wood Steel

Yeay Dah Beli Tiket Flight Dah

Sawan Demam Punca Jenis Tanda Tanda Awal

Petua Buat Kuih Talam Berlauk Sedap Ikut Cara Ni Paling Simple


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39


10 Individu Terkaya Di Malaysia

Atikah Suhaime Dipuji Rendah Diri Walaupun Kaya Beli Barang Bayi Online Je

The Commitment To Excellence What Makes Canadian Cigarettes A Premium Choice

10 Pelanggan Pasar Raya Disembur Minyak Cili

Ppim Selar Rayer Dakwa Obses Campuri Hal Ehwal Islam

Ministers Made 236 Overseas Trips In 2024 Cost Rm44m Parliament Told