Trofi Ffm Tahun Depan Tak Pernah Terfikir Pun Qi Razali




Tidak perlu susah payah, lakukan carian di pelbagai platform media sosial dan lihat sahaja betapa ramai peminat filem tempatan membanjirkan pujian terhadap lakonan aktor, Qi Razali, menerusi naskhah Babah yang berjaya mencipta gelombang tersendiri dalam industri perfileman tanah air.
Itu sudah cukup menjadi bahan bukti betapa mengesankan watak Babah di hati penonton sehinggakan ramai terulit dengan emosi yang didalami secara tidak sengaja ketika ‘bersama-sama’ mengikuti perjalanan lelaki itu yang disampaikan dengan sempurna oleh Qi sepanjang dua jam durasi tayangan.
Rata-rata yang telah menonton filem tersebut menyifatkan Qi sudah begitu layak untuk diangkat sebagai Pelakon Lelaki Terbaik terutama untuk sebuah penganjuran anugerah berprestij tanah air iaitu di Festival Filem Malaysia (FFM) tahun hadapan menerusi watak tersebut.
Ini kerana bagi peminat dan penonton, Qi telah memberikan sebuah nuansa luar biasa termasuk kejutan lantaran watak sedemikian belum pernah diterajuinya sebelum ini.
Lalu, ketika dilayangkan pandangannya berhubung hasrat dan ramalan ramai tentang trofi ‘panas’ itu, Qi sempat berseloroh dan tertawa saat menyambut pertanyaan itu.
“Awak punya soalan, seolah-olah Beto Kusyairy itu tak wujud ya dalam industri seni kita?” selorohnya secara spontan.
Menyambung kata-kata, pelakon berusia 47 tahun itu mengakui dalam kerendahan hati bahawa dia tidak pernah terfikir untuk merangkul anugerah apalagi mensasarkan sebuah trofi hebat seperti di FFM.
“Saya rasa, setiap orang pun, kalau buat sesuatu perkara dengan ikhlas, hendakkan yang terbaik, ada pasukan yang best di samping dan di belakang kita, Insya-Allah kita juga akan mendapatkan hasil yang terbaik.
“Kalau dicalonkan, Alhamdulillah. Kalau tiada pun, saya sudah cukup gembira filem ini dapat pergi sejauh ini selain dapat perhatian ramai. Terus-terang, saya ini tak adalah mengharap (anugerah), tetapi adalah macam terbayang tetapi cepat-cepat saya tepis di fikiran.
“Jika orang nampak dan percaya pada bakat saya termasuk dengan apa yang telah saya sampaikan menerusi watak Babah itu, saya syukur dan sangat berterima kasih,”katanya kepada Utusan Malaysia.
Selain itu, kongsi Qi, dia sedar bukan mudah untuk memainkan peranan seorang ayah apalagi dirinya sendiri belum pernah membawa gelaran itu di dunia realiti.
“Kita susah hendak membawakan watak ayah kalau orang tengok ‘watak’ itu jauh dengan kita. Satu cara, kita cuba bawa penonton masuk dalam perjalanan keluarga Isyak ini.
“Maka andai kata, sentuhan itu telah berjaya kita lakukan, saya pasti pasukan ini seluruhnya juga telah berjaya,”katanya.
WATAK AYAH
Ditanya bagaimana dirinya mencuba sehabis baik membawakan watak itu sehingga berjaya membuatkan ramai kalangan peminat dan penonton turut memanggilnya dengan panggilan Babah di luar filem, Qi membungkus jawapan seperti ini.
“Sebagaimana yang penonton lihat, watak Isyak itu seorang ayah yang kehilangan deria pendengaran. Jadi, semasa melakonkan bahasa isyarat, saya benar-benar faham bahasa itu. Alhamdulillah juga saya mulakan penggambaran dengan babak-babak bersama watak Kis dahulu, anak kecil.
“Jadi, secara tak langsung, saya dapat bina hubungan akrab itu dengan dia, lepas itu baru dapat babak bersama Maya. Jadi saya menghayati perjalanan Isyak itu daripada anaknya kecil sehingga dewasa.
“Tapi ada satu babak di mana anaknya ini terlantar di hospital, dengan teknik solekan, saya benar-benar tersentuh dan sebak secara automatik. Saya rasa macam saya memang ada anak dan dia sedang benar-benar tenat,”katanya.
Dalam pada itu, Qi turut mendedahkan bahawa gara-gara watak Babah, dia juga dihujani dengan pelbagai hantaran di media sosial dan mesej peribadi daripada penonton dan peminat yang berkongsi rasa dan kisah masing-masing.
Antara yang diingatinya adalah kisah seorang remaja yang mengakui telah tersentuh hati dengan naskhah tersebut sejurus menonton filem arahan Mohd. Shah Faizul dan terbitan Nads Media Entertainment itu.
“Saya ada menerima satu mesej peribadi daripada seorang remaja yang mengakui hubungannya dengan ibu bapa bermasalah. Kongsinya, dia telah bergaduh dengan bapanya sehingga mahu melarikan diri dari rumah. Agak panjang juga luahannya itu.
“Namun, dia mengucapkan terima kasih selain memaklumkan hasratnya untuk berbaik semula dengan bapanya setelah menonton filem Babah bersama orang tuanya itu.
“Ini adalah antaranya. Banyak lagi mesej-mesej menyentuh hati yang saya terima daripada mereka yang telah menonton filem ini dan mereka terdiri daripada pelbagai peringkat usia. Jadi, di sini semua boleh lihat apa pengorbanan seorang ayah dan bagaimana pentingnya peranan setiap orang dalam sebuah keluarga itu,”katanya menutup bicara.




Source link
The post Trofi FFM tahun depan? Tak pernah terfikir pun – Qi Razali appeared first on Edisi Viral Plus.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://plus.edisiviral.com/trofi-ffm-tahun-depan-tak-pernah-terfikir-pun-qi-razali/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Draf Pisahkan Kuasa Ag Pendakwaraya Dijangka Siap Tahun Depan Pm Anwar

Draf Pisahkan Kuasa Ag Pendakwaraya Dijangka Siap Tahun Depan Pm Anwar

papar berkaitan - pada 22/12/2024 - jumlah : 198 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan berkaitan kerajaan dan isu semasa dalam sidang media yang diadakan di Subang Jaya pada Sabtu Foto Facebook Anwar IbrahimSUBANG JAYA 22 Dis Cadangan pemisahan kuasa antara Peguam Negar...
Tatakelola Basmi Rasuah Jadi Keutamaan Kerajaan Madani Tahun Depan Pm Anwar

Tatakelola Basmi Rasuah Jadi Keutamaan Kerajaan Madani Tahun Depan Pm Anwar

papar berkaitan - pada 22/12/2024 - jumlah : 309 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan berkaitan kerajaan dan isu semasa dalam sidang media yang diadakan di Subang Jaya pada Sabtu Foto Facebook Anwar IbrahimSUBANG JAYA 21 Dis Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan komitmen...
Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

papar berkaitan - pada 24/12/2024 - jumlah : 150 hits
Hari mendung ke pasar tani Singgah sebentar membeli petai Hujung tahun saat dinanti Jom bercuti hilangkan letih Angin laut bertiup mesra Ombak menghempas si pasir putih Gunung pantai atau desa Pilih destinasi hati pun ceria Burung berkicau ...
10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023

papar berkaitan - pada 24/12/2024 - jumlah : 193 hits
BloggerBorneo com Durian dikenal sebagai Raja Buah memiliki Artikel pertama kali tampil pada
Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

papar berkaitan - pada 24/12/2024 - jumlah : 261 hits
Cara Pembelian Harga Tiket Taman Tema Escape di Penang bagi Tahun 2025 Bagi anda yang ingin mengunjungi taman tema gergasi popular Malaysia iaitu Escape Theme Park berikut kami kongsikan cara pembelian tiket dan harga tiket bagi tahun 2025 ...
Guru Kelas Kongsi Gambar Uwais Terus Sebak Murid Tahun Satu Antara Yang Selamat

Guru Kelas Kongsi Gambar Uwais Terus Sebak Murid Tahun Satu Antara Yang Selamat

papar berkaitan - pada 24/12/2024 - jumlah : 126 hits
Rupanya mangsa yang terselamat tragedi tragis merupakan murid Tahun Satu dari Sekolah SRI Al Amin Bangi Selangor Muhammad Uwais Al Qarni Khairul Ikhwan 7 Dia adalah antara mangsa yang terselamat dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan d...
Kanak Kanak Usia 2 Tahun Antara 7 Mangsa Kemalangan Di Melaka

Kanak Kanak Usia 2 Tahun Antara 7 Mangsa Kemalangan Di Melaka

papar berkaitan - pada 24/12/2024 - jumlah : 141 hits
Tujuh nyawa melayang termasuk seorang kanak kanak lelaki berusia dua tahun dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 204 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara malam tadi Sebagaimana memerik laporan sinar harian Ketua Polis Daer...
Berulang Tahun Dicky Difie Dapat Kiriman Karangan Bunga Tak Biasa Dari Andre Taulany Lucu Terus

Berulang Tahun Dicky Difie Dapat Kiriman Karangan Bunga Tak Biasa Dari Andre Taulany Lucu Terus

papar berkaitan - pada 24/12/2024 - jumlah : 140 hits
Tak hanya Dicky beberapa artis lain juga sempat menjadi korban keisengan komedian satu ini Ada aja gebrakannya Pak Haji
553 000 Orang Lintas Sempadan S Pore M Sia Pada 13 Dis Jangkaan Trafik Sangat Sibuk Sehingga Tahun Baru

553 000 Orang Lintas Sempadan S Pore M Sia Pada 13 Dis Jangkaan Trafik Sangat Sibuk Sehingga Tahun Baru

papar berkaitan - pada 24/12/2024 - jumlah : 131 hits
Pihak Berkuasa Imigresen dan Pemeriksaan Singapura mengumumkan bahawa pada 13 Disember jumlah orang yang melintasi sempadan darat Singapura Malaysia mencatatkan rekod baru dengan lebih daripada 553 000 pengecualian dalam tempoh 24 jam ICA j...
A Proper System To Manage E Waste Is Both Profitable And Sustainable

Perencah Nasi Ayam Hainan Yang Mudah Dan Sedap Digunakan

What Are The Benefits Of Steamed Fish

Malaysia Asean Chairmanship Off To A Disappointing Start

Lirik Lagu Terapi Percuma Aepul Roza Sharul Kamal

Designing Easy Websites And Apps

Euro Dibawah Tekanan

Malaysiakini S Sabah Expos Ronald Asks If Govt Members Have Different Rules


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Gunakan Prinsip Pilihan Dalam Semua Pergaulan Dan Perhubungan Anda Dalam Kehidupan

Pusat Pakaian Hari Hari Sediakan Kelengkapan Sekolah Setempat

Strategi Efisiensi Energi Pada Penggunaan Forklift Di Industri Logistik

Tuduh Pm Derhaka Tidak Berasas Hanya Modal Politik Pembangkang Penganalisis

Januari Telah Pun Meninggalkan Kita

Santai Santai Bowling