Triumph Flex Smart Inovasi Pakaian Dalam Mengikut Pergerakan Unik Tubuh Wanita


Assalammualaikum semua! Lembaran baharu musim Luruh/Sejuk 2022 dibuka dengan Triumph Flex Smart yang inovatif: Konsep pakaian dalam yang mengikuti pergerakan unik tubuh wanita – dicipta kerana tiada dua tubuh badan yang sama. Selari dengan komitmen meraikan keunikan semua wanita, Triumph terus menitikberatkan aspek kebolehsuaian dalam inovasi produknya




TRIUMPH FLEX SMART INOVASI PAKAIAN DALAM MENGIKUT PERGERAKAN UNIK TUBUH WANITAKehidupan wanita sentiasa berubah detik demi detik, mengikut senario, momen dan peranan yang berbeza-beza. Reka bentuk Flex Smart memberikan kebebasan sepenuhnya kepada wanita kerana ia bergerak dan melentur mengikut bentuk badan bagi memenuhi apa jua peranan dalam kehidupan mereka.
Triumph Flex Smart menampilkan sisipan flex pada posisi yang mengikuti pergerakan tubuh dan mampu berubah suai untuk memberikan sokongan, di samping memberikan sentuhan feminin dan sensual.



Dengan sokongan sisipan flex yang begitu kukuh, Triumph Flex Smart juga sesuai dipakai untuk senaman ringan seperti yoga atau Pilates. Ia menyediakan sokongan harian buat wanita dengan gaya hidup sibuk yang berulang-alik dari rumah ke pejabat, dari kelas senaman ke sesi santai, mahupun melakukan senaman regangan lima minit semasa panggilan Zoom!
Bra tanpa wayarnya menampilkan fabrik ultra ringan dengan keupayaan mengawal suhu serta ‘cup’ tanpa kedut, memudahkannya untuk digulung, disimpan atau dikemas. Pinggir garis leher infinitinya terletak hampir pada badan, manakala kemasan licin pula menjadikannya tidak kelihatan di bawah pakaian.
Dipasangkan bersama seluar dalam Maxi dengan potongan ergonomik, ia menyerlahkan bentuk badan dan melentur mengikut pergerakan. Dengan fabrik sentuhan lembut yang mengawal suhu, ia pilihan seluar dalam harian yang ideal.


Selain itu, koleksi Flex Smart turut menampilkan baju dalam (vest) dan bra tanpa wayar ‘pull on’ yang dijual secara eksklusif atas talian, serta baju lengan panjang dan seluar legging, kesemuanya menampilkan sisipan flex yang mengikuti pergerakan anda dengan sempurna. Dengan fabrik yang mengawal suhu, ia sesuai dikenakan untuk senaman ringan atau digayakan dengan persalinan anda.
Triumph Flex Smart sangat praktikal dan mudah dengan saiz pintarnya yang mampu melentur dan berubah suai. Terdapat dalam saiz kecil (small) hingga ke saiz lebih besar (extra-large) yang turut merangkumi saiz-saiz tradisional X, ia didatangkan dalam pelbagai warna termasuk Stone, Morandi Grey, Soft Mauve dan Aubergine.



Harga rangkaian Triumph Flex Smart bermula daripada RM89.90. Untuk melihat koleksi lengkap, layari: https://my.triumph.com/pages/triumph-flexsmart
TRIUMPH MENGUMUMKAN EVOLUSI VISI JENAMA GLOBALNYATriumph, jenama pakaian dalam terkemuka dunia, mengumumkan evolusi visi jenama serta identiti visual globalnya. Bakal dilaksanakan di semua pasaran Triumph termasuk Malaysia, strategi tersebut menjiwai falsafah Triumph bahawa semua wanita harus menerima diri, keindividuan dan keunikan mereka dengan sepenuh hati. Ia merupakan falsafah yang memperkasakan wanita tidak kira di mana sahaja mereka berada. Visi jenama ini meraikan keunikan setiap individu menerusi penampilan baharu yang asli, segar dan moden.
Triumph, jenama dengan warisan sejarah yang panjang, memahami kepentingan untuk berkembang dan kekal relevan seiring dengan peredaran masa. Sungguhpun begitu, ia akan terus memanfaatkan ciri-ciri kekuatan yang telah mengukuhkan kesetiaan jenamanya selama ini, seperti kefungsian, kebolehpercayaan dan keanggunan – di samping memberikan suntikan nafas baharu merentasi kesemua titik sentuh visual dan komunikasi serta reka bentuk produknya demi menjalin ikatan emosi yang sejati dengan penggunanya. 
Neil Lewis, Head of Marketing Asia for Triumph & sloggi at the launch of the new Flex Smart collection.

Shoo Hue Ping, Head of Merchandising & Buying, Triumph & Sloggi, South East Asia, briefed the guests on the new Flex Smart Collection

Perubahan semula jadi dalam masyarakat dan budaya menjadi sumber inspirasi jenama ini. Zaman bersilih ganti, begitu jua dengan Triumph. Kehidupan, sikap dan keperluan wanita sentiasa berubah-ubah. Justeru, mereka mahukan jenama yang berevolusi dan memberi makna dalam kehidupan mereka. Usaha menumpukan fokus pada keperluan wanita serta perubahan trend semasa menjadi inspirasi di sebalik pembangunan produk Triumph dan ia terserlah dalam reka bentuk produk-produk baharunya.
Seiring dengan evolusi jenamanya, Triumph telah menjalankan kajian dan ujian konsep secara meluas, termasuk maklum balas dan input daripada 20,000 wanita di seluruh dunia yang menunjukkan perubahan mendadak dalam cara hidup, persepsi dan keperluan mereka.
Kajian turut mendapati wanita hari ini bukan sahaja menilai semula perkara-pekara yang benar-benar penting dalam kehidupan mereka, malahan mereka tidak mahu diri mereka digambarkan secara generik atau tidak realistik. Industri pakaian dalam telah sekian lama mewujudkan stereotaip yang memaksa wanita untuk mencapai apa yang ditakrifkan oleh industri sebagai ‘seksi’ atau ‘selesa’.
Tanggapan ini sudah lapuk dan tidak lagi relevan. Wanita kini lebih serasi dengan jenama yang mendekati mereka sebagai individu serta memahami kerumitan kehidupan moden mereka, bukannya untuk dinilai berdasarkan bentuk tubuh mereka. Malah, mereka lebih serasi dengan jenama yang menentang stereotaip dan meraikan keunikan individu mereka. Justeru, evolusi visi jenama Triumph bertujuan meraikan semua perbezaan yang menjadikan wanita serta kehidupan mereka unik.



Paul Gautier, Ketua Jenama Global Triumph mengulas, “Visi kami adalah untuk mewujudkan dunia di mana semua wanita dapat menerima keindividuan masing-masing dengan sepenuh hati. Ini dilakukan dengan memupuk hubungan individu dan pengalaman emotif dengan pengguna kami melalui setiap titik sentuh – daripada produk yang dibeli, imej yang dilihat, sehinggalah pengalaman pembelian mereka, baik atas talian mahupun di butik kami. Kami berazam untuk mencipta pengalaman pengguna yang tidak dapat dilupakan secara konsisten dengan menjadi tersendiri, berinspirasi dan relevan”.


Natasha Mooy, Senior Marketing Manager, Malaysia & Singapore for Triumph & sloggi introducing the new BVP rebranding and launch of Flex Smart collection


Natasha Mooy, Pengurus Pemasaran Kanan Malaysia dan Singapura menambah, “Kami teruja untuk melancarkan visi jenama baharu kami di Malaysia. Meraikan kuasa lembut (soft power) wanita Malaysia yang membentuk identiti unik mereka, kami ingin memperkasakan wanita untuk menzahirkan keunikan individu mereka dengan cara yang paling peribadi. Justeru, kami akan terus menawarkan pengalaman dan inovasi produk dengan fleksibiliti dan kebebasan bentuk, agar wanita dapat menjiwai kebebasan dalam pergerakan serta ekspresi diri mereka, dengan cara mereka yang tersendiri, ke mana jua kuasa lembut itu membawa mereka.”

KEMPENKeunikan individu akan memacu naratif visual jenama, manakala kempen pula tidak terhad kepada produk sahaja. Reka bentuk produk melambangkan penghormatan sebenar kepada wanita, selain meraikan keunikan individu, pelbagai aspek kehidupan serta perbezaan mereka demi mewujudkan sudut pandangan yang berbeza secara dasarnya yang mencabar tanggapan tradisional selama ini. Dengan mencipta imej realistik yang mendalami jiwa wanita, Triumph berharap dapat menjalinkan ikatan emosi yang mendalam, baik dengan pelanggan baharu mahupun yang sedia ada.
E-DAGANGPlatform e-dagang akan diberikan suntikan nafas baharu dengan penampilan moden sebagai tempat yang menyatukan kandungan dengan komuniti. Pelanggan akan dapat menyemak halaman butik berhampiran mereka dan mendaftar untuk acara dan aktiviti di butik, menempah pakaian dalam di butik atau secara maya, serta mendapatkan akses kepada kandungan yang relevan dan dijana oleh jenama. Kuasa pemilihan akan dikembalikan kepada pengguna kerana mereka akan dapat melihat dan memilih saiz pakaian dalam yang mewakili saiz sebenar mereka.
JUALAN RUNCITKonsep butik baharu yang direka untuk mewujudkan pengalaman jenama yang lebih kukuh dan mendalam juga bakal dilancarkan. Paparan modular produk yang baharu akan menggabungkan ciri digital dan komponen sentuhan untuk menawarkan pengalaman runcit premium yang mengubah dan mengangkat percubaan bra kepada satu pengalaman peribadi. Setiap aspek konsep butik baharu telah direka secara teliti untuk mencipta ruang di mana setiap wanita akan berasa istimewa dan unik.
Sambutan keunikan individu setiap wanita akan menjadi prinsip panduan aktiviti jenama pada Musim Luruh/Sejuk 2022 dan terus memacu Triumph ke arah masa hadapan yang akan didorong oleh keperluan dan gaya hidup wanita yang sentiasa berubah di seluruh dunia.
MENGENAI TRIUMPHTriumph telah menghasilkan pakaian dalam selama lebih 130 tahun, memastikan wanita kelihatan dan merasai yang terbaik. Sejak tahun 1886 Triumph menyedari bahawa pakaian dalam yang sempurna lahir daripada sokongan yang sejati, dan ia memperkasakan wanita setiap hari di seluruh dunia. Triumph adalah antara syarikat pakaian dalam yang terbesar di dunia. 
Ia telah melebarkan sayap ke lebih 120 negara dengan jenama teras Triumph® dan sloggi®. Di peringkat global, syarikat itu menawarkan perkhidmatan kepada 40,000 pelanggan borong dan menjual produknya di 4,050 tempat jualan terkawal serta melalui beberapa kedai atas taliannya. Triumph Group ialah ahli Inisiatif Pematuhan Sosial Perniagaan (BSCI).
#TogetherWeTriumph | TRIUMPH


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2022/09/triumph-flex-smart-inovasi-pakaian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
My Life In Flex Smart It S Personal

My Life In Flex Smart It S Personal

papar berkaitan - pada 24/9/2022 - jumlah : 188 hits
New for AW22 is the innovative Triumph Flex Smart an underwear concept that follows the unique movements of a woman s body No two bodies or busts are ever identical As Triumph continues to celebrate the uniqueness of all women the theme of ...
Wanita Ditahan Kerana Disyaki Upah Orang Tikam Suami

Wanita Ditahan Kerana Disyaki Upah Orang Tikam Suami

papar berkaitan - pada 20/9/2022 - jumlah : 199 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Polis menahan seorang wanita selepas disyaki mengupah dua lelaki untuk merompak kediamannya sebelum membunuh suaminya dengan 14 tikaman dalam kejadian di Taman Aneka Baru Sungai Udang pada Khamis Suspek berusia 37...
Wanita Rancang Pembunuhan Suami Bersama 4 Lelaki Ditahan Polis

Wanita Rancang Pembunuhan Suami Bersama 4 Lelaki Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 20/9/2022 - jumlah : 211 hits
Polis menahan empat individu termasuk seorang wanita berusia 37 tahun yang merupakan dalang utama dalam kes pembunuhan suaminya pada 15 September lalu di Taman Aneka Baru Sungai Udang Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata man...
Polis Tahan 5 Termasuk Seorang Wanita Disyaki Berkomplot Bunuh Suami

Polis Tahan 5 Termasuk Seorang Wanita Disyaki Berkomplot Bunuh Suami

papar berkaitan - pada 20/9/2022 - jumlah : 189 hits
Polis menahan empat lelaki dan seorang wanita yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan suami wanita itu di sebuah rumah di Taman Aneka Baru Sungai Udang di Klang empat hari lepas Ketua Polis Selangor Arjunaidi Mohamed berkata wanita berum...
Hiburan Banyak Red Flags Ramai Wanita Mengelak Berjodohan Dengan Lelaki Kelantan Apakah Sebabnya

Hiburan Banyak Red Flags Ramai Wanita Mengelak Berjodohan Dengan Lelaki Kelantan Apakah Sebabnya

papar berkaitan - pada 20/9/2022 - jumlah : 187 hits
Satu perkongsian di media sosial pada minggu lalu telah mencuri perhatian netizen apabila topik yang diutarakan telah menjadi bahan perdebatan dalam kalangan warga maya Dalam hantaran yang dimuat naik seorang wanita di media sosial itu dia ...
Hiburan Alasan Rindu Anak Dua Wanita Warga Asing Buat Cubaan Culik Budak Di Taman Tema Genting

Hiburan Alasan Rindu Anak Dua Wanita Warga Asing Buat Cubaan Culik Budak Di Taman Tema Genting

papar berkaitan - pada 20/9/2022 - jumlah : 186 hits
Tular di media sosial dan semalam apabila seorang individu tampil menceritakan satu pengalaman ngeri di mana anak kepada salah seorang pekerjanya cuba diculik oleh dua orang wanita asing Kata Alfitry yang dihubungi mStar dia bersama sama st...
Video Wanita Minta Kucing Doakan Supaya Dapat Zvriat Buat Ramai Seb4k

Video Wanita Minta Kucing Doakan Supaya Dapat Zvriat Buat Ramai Seb4k

papar berkaitan - pada 20/9/2022 - jumlah : 138 hits
Gara gara terkenal dan comel dipandang itulah antara sebab kucing sering menjadi pilihan ramai untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan Selain itu mereka juga sangat manja sekali gus dapat menjadi penyeri hidup seseorang apabila dilanda ma...
Polis Wanita Miliki Punggung Mirip Kim Kardashian Buat Ramai Teruja

Polis Wanita Miliki Punggung Mirip Kim Kardashian Buat Ramai Teruja

papar berkaitan - pada 20/9/2022 - jumlah : 159 hits
PARIS Seorang polis wanita di Perancis menjadi sensasi internet apabila bentuk punggungnya yang dikatakan sama seperti milik selebriti Amerika Syarikat Kim Kardashian lapor portal berita MailOnline semalam Kelibat polis wanita itu dirakam s...
Kenapa Ramai Wanita Tak Suka Lelaki Kelantan Apa Salah Kami

Kenapa Ramai Wanita Tak Suka Lelaki Kelantan Apa Salah Kami

papar berkaitan - pada 19/9/2022 - jumlah : 303 hits
Foto sekadar hiasan sahaja Berita HarianPortal Kosmo Online menyiarkan laporan bahawa golongan lelaki dari Kelantan meluah rasa hairan mengapa ramai wanita sering mengelak apabila diajak berkenalan selepas memberitahu negeri kelahiran merek...
Saka Bapak Kau

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Natural Gas Fuel Not A Hazard

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Resepi Nasi Daging Utara Air Asam Kerisik

Kenapa Ibu Bapa Patut Hantar Anak Anak Ke Tadika Lebih Awal

Kadar Kesuburan Negara Menurun Kkwpk Sedia Bantuan Galak Anak

Movie Jangan Pandang Belakang 2

Samarinda Lara Kasih

Daging Goreng Belengas