Tripowin Tc 01 Iem Dengan Kualiti Bunyi Premium


 

Saya baru berkenalan dengan jenama ini setelah diperkenalkan oleh sahabat dan juga admin di omghackers.com. Sebelum ini, saya hanya menggunakan IEM dari China yang bolehlah dikatakan separa premium, dan kategori bajet.
Antara yang pernah saya sendiri masukkan ulasan di sini ialah TINHiFi T1 Plus dan TINHiFi T2 Plus. Manakala model yang saya tidak terasa hendak tulis ialah Blon-03, dek kerana kualiti bunyinya yang menghampakan.
Tetapi sebaik telinga saya memasukkan kedua belah pemacu TC-01 dengan kemas, dan lagu mula dimainkan, saya terpukau lalu terpikat dengan TC-01 ini. Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Kualiti bunyinya melangkau jangkaan. Apa pun, sebelum jauh kita ke depan, ada eloknya kita lihat dulu kandungan dalam kotak.

Spesifikasi Tripowin TC-01
HargaLingkungan RM225 (dari China) hingga RM539 (penjual tempatan) Galangan16 Ohms Kadar Kepekaan104db SPL/mW Jarak Frekuensi20Hz-20kHz Pengasingan Bunyi BisingPasif, 26db Sambungan0.78mm, 2 pin Jenis Plug3.5mm, palam lurus bersadur emas Berat9gm setiap satu Panjang Kabel 1.2m, boleh tanggal Tanggapan Awal
‘Shell’ Tripowin TC-01 diperbuat daripada besi, lalu menjadikan hasil akhirnya kelihatan dan juga terasa premium. Profil audio/bunyi IEM ini ialah v-shaped, tetapi tidak sama seperti IEM China yang lain apabila ia ditala dengan begitu baik sekali.
Anda boleh lihat graf dari laman In-Ear Fidelity ini:

Pertama kali membawanya keluar dari kotak, saya melihat TC-01 bersinar dan berkilau. Bila diteliti, jelaslah kerana ‘finishing’ dari tampilan chrome yang menyerlahkan reka bentuk yang nampak seakan mahal.
Bila dibuka satu lagi kotak kecil, di dalamnya ada disertakan silikon telinga bersaiz kecil, sederhana, dan besar. Sayang sekali itu sahaja yang ada. Tidak banyak silikon sandaran disertakan sekali. Saya terus memasukkan saiz besar ke dalam pemacu untuk digunakan bersama.
Kualiti Audio
Saya yakin, ramai golongan peminat kualiti bunyi atau audiophile tidak suka membaca artikel yang terlalu panjang. Sama dengan saya, saya kurang gemar menonton ulasan di YouTube yang terlalu meleret. Disebabkan itu, saya lebih suka terus kepada apa yang ingin saya nyatakan.
Terus terang, IEM yang saya gunakan sebelum ini sudah pun tersimpan rapi dalam laci almari. TC-01 mengambil tempat untuk memainkan lagu di rumah, manakala Tronsmart Apollo Bold pula apabila saya ingin mendengar lagu ketika keluar pergi bekerja atau bersiar-siar.
Dengan dipadukan bersama DAC, TC-01 tidak menghampakan sama sekali. Pun begitu, meski tanpa sebarang DAC sekalipun, audio terhasil masih menyerlah tanpa perlu talaan rapi equalizer.

Saya mendengar senarai lagu ujian seperti biasa, dari lagu cinta tahun 90an hinggalah kepada lagu-lagu metal pilihan.
Tripowin nyata berjaya menala pemacunya untuk mengeluarkan bunyi yang berkadar sesedap rasa, tidak terlalu nyaring seperti Blon-03, dan tidak terlalu menghentak dengan bass sehingga mendap bunyi yang lain. Berikut ialah senarai-senarai main yang saya gunakan untuk ujian audio.



Dari pelbagai jenis genre lagu, hinggalah kepada pelbagai jenis audio, boleh dikatakan TC-01 ini merupakan sejenis IEM yang pelbagai atau versatil. Saya peminat lagu-lagu keras, oleh itu talaan untuk treble amatlah penting.
Panggung suara atau soundstage terasa agak luas, manakala kadar kejelasan (clarity) begitu jitu.

Bass
Saya tidak rasa bass untuk IEM ini berlebihan, dan untuk basshead pula jika anda ingin melayani bunyi bass sehingga otak bergegar, anda perlu tingkatkan lagi frekuensi ini dalam equalizer. Untuk diri saya sendiri, bassnya adalah mencukupi, tidak nipis sehingga menimbulkan rasa marah kerana ‘tidak puas’.
Sub-bass dapat didengari memenuhi ruangan lagu apabila menguji senarai main lagu-lagu dalam BASS TESTER dan JBL Bass Test. Tetapi antara album artis kegemaran saya ialah GAWNE – Wings, tidak pernah menghampakan untuk tujuan ujian. Dengan sedikit talaan sendiri, hentakan atau ‘punch’ dapat dirasakan.
Lagu 708 oleh Luke Gawne memuaskan halwa telinga saya dari sudut bass hingga ke vokal. Tidak dinafikan saya mengulang lagu ini hingga gegendang berdengung.
Mid
Apabila mendengar lagu Misty dan Journey oleh Cromok, saya seringkali tercari-cari bunyi ‘misteri’ yang seringkali saya dengar sewaktu kecil dulu. Bunyi ini hanya dapat didengari apabila menggunakan kaset atau CD beserta set earphone mahal yang dihadiahkan oleh saudara saya pada waktu itu.
Ternyata TC-01 berjaya menonjol dan mengeluarkan bunyi yang saya harap akan kedengaran. Walau ‘lapisan’ instrumen yang ada mungkin hanyalah gitar dan drum, tetapi saya yakin ada elemen lain dimasukkan. Itulah dia Cromok, tak pernah mengeluarkan lagu yang tidak misteri.
Lagu Journey ialah trek yang paling sesuai untuk mendengar kebolehan TC-01 dalam ‘menajamkan’ bunyi pertengahan, tanpa berlakunya mendapan.
Treble
Saya berani untuk katakan talaan bagi treble dibuat dengan baik. Selalunya profil v-shaped mencacatkan bahagian ini sehingga bunyi kedengaran runcing dan meletihkan telinga, tetapi tidak dengan TC-01.
Saya mendapati lagu Enough, juga oleh Cromok, lebih mantap dari biasa. Seperti yang kita ketahui, Cromok ialah band thrash metal, atau ‘metal Melayu’ seperti diterangkan oleh ahli kumpulan mereka dan vokal pula dilontarkan dengan cara ‘growl’ oleh Sam.
Lagu Enough agak mencabar untuk mana-mana gajet audio sekalipun kerana jika talaan tidak seimbang, vokal boleh tenggelam, manakala bunyi gitar akan semakin runcing. TC-01 dapat mengeluarkan bunyi seperti dikehendaki oleh para pemuzik tersebut.

TC-01 mempunyai tempatnya yang tersendiri. Peminat IEM harus memilikinya kerana muzik ialah satu bentuk bahasa global yang mesti difahami oleh semua. Seperti yang saya katakan dulu, selera telinga setiap orang tidak sama, tetapi jika produk itu berkualiti, maka standardnya akan menjadi universal.
Setakat ini untuk penjual tempatan, saya menemui harga sehingga RM400-500+ untuk TC-01, manakala penjual dari China pula dari RM225 ke atas. Sekiranya ia menepati bajet, dapatkan IEM ini kerana ia masih akan relevan lagi untuk beberapa waktu yang lama!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/tripowin-tc-01-iem-dengan-kualiti-bunyi-premium/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tingkap Redam Bunyi Dengan Sistem Pengudaraan Terbina Dibangunkan Di Singapura

Tingkap Redam Bunyi Dengan Sistem Pengudaraan Terbina Dibangunkan Di Singapura

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 249 hits
Ramai di kalangan pembaca pastinya sudah membiasakan diri bekerja dari rumah Walaupun mungkin lebih selesa isu yang kami hadapi sendiri ialah bunyi bising dari lebuh raya yang terletak di sebelah rumah Tingkap perlu ditutup sepanjang masa t...
Ezzaty Abdullah Mengamuk Dengar Bunyi Mercun Ganggu Tidur

Ezzaty Abdullah Mengamuk Dengar Bunyi Mercun Ganggu Tidur

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 113 hits
Seperti kita tahu setiap kali malam sambutan Tahun Baru Cina pasti akan kedengaran bunyi mercun yang menjadi tradisi masyarakat Tionghua Namun ada yang kurang senang dengan bunyi mercun yang kuat sehingga menganggu ketenteraman orang lain t...
Asone Mobile Lazmall Premium Mobile Accessories

Asone Mobile Lazmall Premium Mobile Accessories

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 116 hits
Asone Mobile Lazmall Premium Mobile AccessoriesAsone Mobile Shopeemall Shopee 10 Cashback
Pelatih Ikbn Pemilik Rangkaian Kopi Premium Richiamo Coffee

Pelatih Ikbn Pemilik Rangkaian Kopi Premium Richiamo Coffee

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 290 hits
TUAH tidah datang bergolek Nanum usaha yang gigih pasti akan membuahkan kejayaan yang manis Begitu juga dengan pemilik dan pemegang saham terbesar Richiamo Coffee Sdn Bhd Muhd Zamry Abu Samah 50 yang mempunyai 33 cawangan kedai kopi premium...
Secret Coffee Dan Premium Losyen Secret Correa Dari Secret Correa

Secret Coffee Dan Premium Losyen Secret Correa Dari Secret Correa

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 169 hits
Hi Korang Baca tajuk pun korang dah rasa macam wah rahsianya kan sampai nak secret secret bagai ek HeheheheheEh bukanlah ini adalah produk keluaran dari Secret Correa iaitu premium losyen Secret Correa dan juga Secret Coffee Ini kali pertam...
30 Pelajar Jadi Perintis Terima Pakej Aplikasi Pendidikan Premium Think Osem

30 Pelajar Jadi Perintis Terima Pakej Aplikasi Pendidikan Premium Think Osem

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 148 hits
Oleh ISWAN SHAFIQ ISA MUHAMMAD Zikri Zulkifli menyerahkan pakej aplikasi pendidikan keluaran syarikat Think Osem kepada salah seorang penerima di pejabat pendidikan daerah Seberang Perai Tengah di Permatang Pauh Pulau Pinang hari ini PERMAT...
Seawal Jam 5 Pagi Dah Mula Kedengaran Bunyi Dentuman Sampah Dicampak Penghuni Dari Tingkat Atas

Seawal Jam 5 Pagi Dah Mula Kedengaran Bunyi Dentuman Sampah Dicampak Penghuni Dari Tingkat Atas

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 363 hits
Seawal jam 5 pagi dah mula kedengaran bunyi dentuman sampah dicampak penghuni dari tingkat atas Cuba bayangkan nasib orang yang lalu lalang di bahagian bawah dihempap dengan plastik sampah yang berisi botol kaca kulit durian dan najis demik...
Hiburan Adibah Noor Tegur Cara Sebutan Perkataan Inggeris Rina Harun Doubt Hilangkan Bunyi B

Hiburan Adibah Noor Tegur Cara Sebutan Perkataan Inggeris Rina Harun Doubt Hilangkan Bunyi B

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 328 hits
Sebelum ini penampilan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat YB Datuk Seri Rina mendapat perhatian ramai apabila beliau dilihat semakin langsing Ramai yang terpegun melihat beliau menggayakan koleksi baju kurung daripada pereka...
Kualiti Pendidikan Agama Rendah Antara Faktor Ajaran Salah

Kualiti Pendidikan Agama Rendah Antara Faktor Ajaran Salah

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 163 hits
unable to retrieve full text content 160 BANGI Kualiti pendidikan agama dan akhlak yang rendah antara faktor yang memudahkan perkembangan ajaran salah dalam masyarakat Pengarah Pusat Kajian Syariah Undang Undang dan Politik IKIM Dr Mohd
Lirik Campak Bintang Faizal Tahir M Nasir

Backstabbing Drama In The Opposition Pas Sabotaging Bersatu By Attacking Chinese Vernacular Schools

Umno Explores Every Means Possible To Free Najib

100 Cawangan Kfc Tutup Dan Akur Kuasa Boikot

Two In Five Malaysians Might Quit If Required To Work More In Office Randstad

Calon Bersatu Prk Kkb Tunggang Isu Kematian Teoh Beng Hock

Lumira Di Eka Heights Kehidupan Bermakna Yang Dinantikan

Bonus R 5000 Jogue Ca A T Queis Onlin



Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia


Duit Syiling Peringatan 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

Pulut Sambal

Plaza Premium Group Kembangkan Jenama Restoran Flight Club Di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

Apa Saja Yang Anda Berikan Tumpuan Dalam Fikiran Akhirnya Akan Jadi Kenyataan

Contact Lens Trial Experience The Difference Risk Free

Beyond The Arrest Colorado Springs Criminal Lawyers Advocate For Your Freedom