Pelatih Ikbn Pemilik Rangkaian Kopi Premium Richiamo Coffee



TUAH tidah datang bergolek. Nanum usaha yang gigih pasti akan membuahkan kejayaan yang manis.
Begitu juga dengan pemilik dan pemegang saham terbesar Richiamo Coffee Sdn. Bhd, Muhd Zamry Abu Samah, 50 yang mempunyai 33 cawangan kedai kopi premium di seluruh Malaysia.
Beliau baru-baru ini diumumkan sebagai pemegang saham tunggal terbesar dengan penguasaan kira-kira 80 peratus di dalam Richiamo Coffee yang diasaskannya kira-kira lima tahun lalu pada 2015.

Muhd. Zamry merupakan pelatih Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra, Kedah dalam bidang motosikal dan memulakan kerjayanya sebagai mekanik di Hong Leong Yamaha dan kemudian menjadi eksekutif pekhidmatan di Modenas dan eksekutif jualan di Naza World.
Dia kemudian kembali bekerja di Modenas dan berpindah ke KTM Motor sebelum mengambil keputusan berhenti makan gaji. Muhd. Zamry memulakan perniagaan sendiri dengan membuka kedai menjual motor, Kamalia Motor World yang mempunyai persaiangan hebat.
“Bila saya sudah berhenti itu ada terdetik, ishh dulu makan gajikan, hujan ke ribut ke hujung bulan bila cucuk di ATM dapat duit. Sekarang orang cakap kais pagi makan pagilah. Selepas buat semua, tolak sewa, bayar gaji pekerja barulah terima gaji sendiri. Yang mana ianya memang tidak mencukupi.
“Contoh jual motor ini, ada yang bagi helmet percuma, jaket percuma hadiah beli motor, akhir sekali keuntungan RM200 sahaja. Kalau RM200 nak bayar sewa kedai RM10,000 berapa buah motor kita kena jual?
“Di situlah terdetik saya kata ini tidak cukup, saya kena buat sesuatu yang lain, yang tak berapa banyak sangat persaingan dan mendapat hasil yang cepat,” kata Muhd. Zamry yang mempunyai dua isteri dan empat orang anak.

Dia kemudiannya membuka Richiamo Coffee bersama rakan kongsi dengan cawangan pertama di Universiti Utara Malaysia. Richiamo merupakan bahasa Itali bermaksud memikat.
“Kenapa Richiamo Coffee cepat berkembang dalam tempoh lima tahun? Sebab kita sasarkan pelanggan akar umbi iaitu mahasiswa.
“Sekarang kita dah keluar di pasaran sebenar. Kita ada hampir di setiap negeri. Mahasiswa ini menjadi jurucakap Richiamo Coffee. Dia kata ooo zaman dia belajar di UUM dan ada, di UIA ada. Kita ada di UTM Skudai, kita ada di UiTM Puncak Alam. Kita ada di Universiti Malaysia Sarawak. Hampir semua kampus induk universiti kita ada,” katanya bangga.

Namun yang menjadikan jenama cafe kopi premium anak tempatan ini benar-benar diterima adalah kerana kualiti kopi yang dihidangkan setanding dengan jenana antarabangsa namun harganya lebih rendah dan mampu untuk dinikmati semua termasuk golongan pelajar.
Menurut Muhd. Zamry, kopi yang dihidangkan dari jenis Arabica yang diimport dari Brazil dan Indonesia selain menu dari makanan barat hingga hidangan tempatan.
“Kita ada 200 lebih menu. Kita bermula dengan minuman kopi, minuman sejuk dan kisar, kek dan pastry sahaja kerana kita nak konsep macam yang ada dalam pasaran.
“Tapi menjadi orang Malaysia dia nak makan nasi. Dari situ kita sudah ada pasta, spaghetti, set nasi macam asam pedas, masak daging salai, kari ayam, kambing.” katanya.

Muhd. Zamry berbangga kerana berjaya mengembangkan legasi arwah ayahnya yang juga membuka kedai kopi kampung di Jelebu, negeri Sembilan.
Dia kini berhasrat untuk mengembangkan Richiamo Coffee di negara ASEAN dan juga di Madinah, Arab Saudi.
“Kita sudah ada perbincangan untuk berkembang ke negara luar tapi dibantutkan dengan Covid-19. Macam negara Singapura, Bangladesh, kita sudah berbincang. Yang terbaharu ini ada daripada Uzbekistan, Myanmar, potensi itu memang sudah ada.
“Tapi kalau ada rezeki, nak jadikan kenyataan kita hendak buka di Madinah, saya ada satu patner dari Arab Saudi,” kata Muhd. Zamry tersenyum dan bertekad untuk menjadikan Richiamo Coffee jenama antarabangsa.
Richiamo Coffee ketika ini mempunyai kira-kira 200 orang pekerja dan tidak seorang pun dibuang kerja walaupun perniagaan agak terjejas selepas Perintah Kawalan Pergerakan mula dikuatkuasakan kira-kira setahun lalu.-SM

The post Pelatih IKBN pemilik rangkaian kopi premium Richiamo Coffee appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/02/19/pelatih-ikbn-pemilik-rangkaian-kopi-premium-richiamo-coffee/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=pelatih-ikbn-pemilik-rangkaian-kopi-premium-richiamo-coffee

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Secret Coffee Kopi Untuk Kesihatan Yang Mampu Melawaskan Pembuangan Air Besar

Secret Coffee Kopi Untuk Kesihatan Yang Mampu Melawaskan Pembuangan Air Besar

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 337 hits
Secret Coffee Dari Secret Correa Bila umur dah masuk separuh abad ni memang macam macam masalah dalaman datang Dah lah baru dapat tahu ada kencing manis lepas tu masalah pembuangan air besar tak teratur pun datang serentak Kadang kadang sam...
Secret Coffee Dan Premium Losyen Secret Correa Dari Secret Correa

Secret Coffee Dan Premium Losyen Secret Correa Dari Secret Correa

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 225 hits
Hi Korang Baca tajuk pun korang dah rasa macam wah rahsianya kan sampai nak secret secret bagai ek HeheheheheEh bukanlah ini adalah produk keluaran dari Secret Correa iaitu premium losyen Secret Correa dan juga Secret Coffee Ini kali pertam...
Selain Kopi Inilah Makanan Yang Boleh Hilangkan Mengantuk

Selain Kopi Inilah Makanan Yang Boleh Hilangkan Mengantuk

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 281 hits
Kopi paling popular untuk dijadikan penawar mengantuk dalam kalangan ramai buat mada ini Kalau buat kerja lewat malam kompom ditemani dengan kopi Tapi kita perlu tahu bahawa terlalu mengambil banyak kafein ini boleh memudaratkan kesihatan k...
Tiada Lagi Wak Rojak Buah Viral Abang Din Kopi Meninggal Dunia Pada Petang Semalam

Tiada Lagi Wak Rojak Buah Viral Abang Din Kopi Meninggal Dunia Pada Petang Semalam

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 478 hits
KUANTAN Pengemar rojak buah popular di Pasar Malam Abang Awalluddin Zailani Din Kopi Wak Rojak Buah Viral telah kembali kerahmatullah sebelum waktu Asar petang semalam di rumahnya di Bukit Setongkol dekat sini Jenazah Allahyarham telah diur...
Sembilan Termasuk Enam Warga Emas Ditahan Berjudi Di Kedai Kopi

Sembilan Termasuk Enam Warga Emas Ditahan Berjudi Di Kedai Kopi

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 307 hits
nbsp Enam warga emas antara sembilan individu yang ditahan ketika sedang leka bermain judi di sebuah kedai kopi di Jalan Tamby Kecil di sini semalam Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara SPU ACP Noorzainy Mohd Noor berkata ketika serbuan ...
Makan Malam Di Mesin Kopi

Makan Malam Di Mesin Kopi

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 376 hits
Assalamualaikum Ini pun tahun lepas punya cerita tapi tetap jugak nak abadikan kat sini untuk kenang kenangan dimasa akan datang hehe Tengok gambar tiba tiba rasa lapar la pulak Kalau tak silap yang atas tu gambar Chicken Chop yang kami mak...
Kopi Tubruk Gadjah Tawarkan Cara Paling Paripurna Menikmati Secangkir Kopi

Kopi Tubruk Gadjah Tawarkan Cara Paling Paripurna Menikmati Secangkir Kopi

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 363 hits
Dua varian Kopi Tubruk Gadjah didedikasikan untuk dinikmati dengan cara ditubruk
8 Racikan Masker Kopi Yang Nggak Hanya Bikin Glowing Bau Badan Hingga Rambut Kusam Bisa Hilang

8 Racikan Masker Kopi Yang Nggak Hanya Bikin Glowing Bau Badan Hingga Rambut Kusam Bisa Hilang

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 260 hits
Tak harus mahal untuk cantik Bahan yang ada di dapur pun bisa jika diolah dengan cara yang tepat
20 Hotel Murah Kuala Lumpur Bawah Rm100 Semalam

Makan Mee Sotong Pasembur Di Restoran Al Sinin

Pelancaran Aji Ya Sup Gourmet Segera Halal Pertama Malaysia Di Soup Erlicious Party

Cara Buat Mee Udang Mudah Dengan 5 Langkah Confirm Hirup Kuah Sampai Licin

Tindakan Halau Individu Dari Surau Bukan Persetujuan Ajk Tegas Musolla Halaman 11

Raja Selfie Malaysia

Ucapan Hari Lahir Untuk Isteri Islamik Romantik Lucu English

Drama Jutawan Ekspres


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Carian Popular Motosikal 2025

Alamak

How Thoughtful Labeling Can Promote Responsibility In Young Children

Spinning Gripping Painting The Creative Versatility Of Robotic Arms

Jika Ada Yang Ambil Tanah Kubur Untuk Dijadikan Azimat Mohon Ampun Pada Allah Bapa Nurly Sahirah

Jakim Pandang Serius Insiden Jemaah Dihalau Dari Surau