Trip Taman Negara Pahang With Random People Part 1
Salam to all readers,
| Trip Taman Negara Pahang with Random People (2Days1Night) | Guys, trip ini awal tahun haritu, disebabkan aku kekangan masa sibuk dengan kerja sampai takde masa nak update, now tengah career break sambil mencari kerja baru. So let's go story balik dalam blog. Actually kiteorang plan nak pergi Taman Negara Pahang since last year lagi, lepas tu hujung tahun lepas banyak isu air pasang, banjir semua, delay punya delay terus proceed ke bulan 1, 2024. Aku pergi dengan kenalan-kenalan adik saudara aku.
Actually budget ke sini per person harga rahmah je, tapi pulun jugalah kumpul duit. Hidup ini keras geng! Nak pergi jenjalan een budget kesana murah, nak taknak kena bawa extra money juga untuk persinggahan tak dijangka. Apa itu persinggahan tak dijangka? Perjalanan nak kesana, duduk dalam kereta mesti lapar nak mengunyah, beli jajan dekat station minyak, pergi breakfast dekat luar sebab gerak awal pagi. Duit minyak, duit toll tu semua kos tak dijangka. Janganlah bawa duit cukup-cukup.
Kami pergi naik 2 kereta, 8 orang kesemuanya. Nak naik public transport macam payah pula nak dapat untuk kesana. Jadi decide bawa 2 kereta (wakil dari kiteorang juga, then tong-tong minyak + tol). Trip ini selama 2 hari 1 malam, aktiviti agak pack jadinya penat sedikit. Kami gerak dari Selangor jam 4am, then bertemu dekat area Gombak sana, then gerak sekali ke Taman Negara Pahang. Kiteorang gerak kira awal jugalah, sebab around jam 8am dah sampai Jerantut, jadi singgah breakfast dekat D Kayu Asam Burung. Masing-masing muka kelapara cari makan.
Breakfast di Asam Burung Jerantut
Warung ini yang nampak dekat fyp TikTok, tapi rasa biasa-biasa je. Takdelah wow sangat. Dari Jerantut nak ke Taman Negara Pahang mengambil masa 2 jam lebih juga. Tapi kira awal juga kami sampai. Sekitar nak pukul 12pm kiteorang dah sampai dekat tempat parking kereta Kompleks Kuala Tahan. a, kena parking kereta dalam ini, tunggu 4x4 pick up untuk ke dom. Kalau bawa kereta masaklah, laluan tanah merah dia mencabarr
Parking kereta berbumbung : RM10
Tak berbumbung: RM5
Jarak dari parking kereta ke kawasan Taman Negara hanya 15min sahaja. Jalannya sangat mencabar ya, gasaklah sape duduk hujung sekali, bontot tak cecah tempat duduk, naik tunggang terbalik dibuatnya. Bila dah sampai masing-masing gelak je
Disebabkan kiteorang sampai awal jadinya, makan tengahari terus before check in glamping. Lauk hidangan dia memang padu, dari hari pertama kiteorang sampai sehinggalah keesokan harinya hari nak balik
Inilah lauk hidangan yang disajikan kepada kiteorang. Ikan patin dia sedappp bakk hang. Semua lauk memang tiptop. Masa hari kiteorang datang, owner Taman Negara kiteorang menginap ini turun padang sekali. Cukup ramah orangnya
Selesai makan tengahari barulah kami bergerak ke glamping balcony, rehat dan solat zohor. Lepas solat Zohor baru kiteorang mulakan pengembaraan jelajah Taman Negara
Glamping Balcony, Taman Negara
Inilah dia glamping balcony, luar tu ada ruang nak lepak. 1 khemah 4 orang. Khemah kiteorang ada 2, sebelah menyebelah. Sangat selesa. Even rupa khemah ini tiadalah aesthetic sangat tapi amat selesa, tilam, bantal, selimut pun ada. Khemah pun bersih. Jarak pergi ke tandas pun dekat sahaja. Malam kemain sejuk.
Ikutkan adalah khemah yang look aesthetic, tapi harga keras sedikit. Ini pun dah cukup memadai, since aim kiteorang nak buat aktiviti dalam Taman Negara. If berkhemah duduk dalam glamping je, maybe boleh consider glamping cantik sikit. hehe.. So, selesai kami berehat bersihkan diri, kiteorang kena berkumpul semula di dewan makan tadi. Berkumpul disitu bersama group lain juga untuk memeriahkan suasana. Nak tahu apa akitiviti aku disana? Nanti aku share part 2.
Thank you for reading guys!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.missazwarsyuhada.com/2024/08/trip-taman-negara-pahang-with-random.html