Penginapan Di Taman Negara Bako Kuching


Sambungan catatan trip ke Taman Negara Bako, Kuching, Sarawak pada bulan Mei lalu. Entri sebelum ini - Eksplorasi Hutan TNB | Laluan Teluk Pandan Besar (Bahagian Akhir).
__
Selesai urusan daftar masuk dan ambil backpack besar di bilik simpanan beg, kami berjalan menuju ke kawasan penginapan yang terletak di bahagian belakang bangunan Park HQ

Deretan penginapan yang dihubungkan dengan platform kayu. 
Penginapan kami - Forest Lodge Type 6 House 2. Rupa-rupanya bilik sebelah dihuni oleh pengunjung yang naik bot bersama kami pagi tadi - dua orang perempuan warga UK (United Kingdom). Mereka sedang duduk berehat di beranda sewaktu kami baru tiba. Kami bertegur sapa ringkas dan segera masuk bilik untuk berehat selepas penat jungle trekking. Hajat nak jalan-jalan di pantai depan bangunan Park HQ pada waktu petang juga terpaksa dibatalkan. Kami perlu berehat sebab waktu malam akan ikut serta aktiviti night walk.
Beginilah rupa bilik penginapan kami. Sebuah bilik yang luas tetapi tidak begitu kemas dan tidak bersih. Mujur juga saya dah baca ulasan di internet, jadinya tidaklah saya terkejut dapat bilik begini 😅
Nak pijak lantai pun rasa tak selesa, melekit dan rasa berpasir. Syukurlah cadar nampak bersih, bolehlah buat tidur walaupun tilamnya tak selesa sebab lembik. Bila duduk atau baring jadi tenggelam dan susah nak bangun semula. Mujurlah cuma menginap satu malam

Penginapan di sini tak sediakan tuala mandi dan keperluan asas mandian, tapi tak jadi masalah sebab dah dimaklumkan lebih awal dan kami memang sentiasa bawa barang keperluan sendiri

Bilik air luas tetapi tidak bersih, nampak macam dah lama tak diberus lantai dan dindingnya. Juga perkara-perkara lain yang tak menyenangkan, tapi tak payahlah tulis panjang-panjang

Seperti dimaklumkan oleh petugas kaunter pendaftaran, air paip di sini berwarna kemerahan (coklat kemerahan) kerana punca air dari hutan sekitar. Hutan kerangas dengan air kemerahan merupakan hutan paling luas di Taman Negara Bako, jadi tak hairanlah mengapa air paip juga berwarna kemerahan. Nak tengok warnanya bagaimana? Boleh lihat di entri INI

Walaupun dah tahu warna air begitu, tapi kerap kali juga saya terkejut bila melihat air warna kemerahan keluar dari kepala paip dan sewaktu flush tandas 😄. Rasa air kemerahan ini sedikit kelat dan terasa sedikit melekit di kulit

Bilik penginapan kami - Room 1

Pemandangan dari tingkap bilik kami. Boleh nampak bangunan Park HQ

Suasana di luar pada waktu malam

Lupa nak ambil foto penginapan kami pada waktu siang, cuma foto ini yang ada. Hasil foto oleh Encik Suami - kaki saya ‘hilang’ dan bangunan penginapan tak nampak penuh. Tak boleh nak marah, kena sabar je 😆
Foto pada pagi hari kedua - saya sedang duduk bersantai di bangku beranda, terkejut tengok di luar beberapa ekor babi berjanggut (bearded pig) sedang berkeliaran mencari makan. Tapi tak perlu takut sebab babi jenis ni tak ganggu orang dan cuma berkeliaran di kawasan tanah

__
Secara keseluruhan, menurut pendapat saya - penginapan di Taman Negara Bako memang tidak menawarkan keselesaan tetapi menawarkan peluang penginapan di dalam kawasan taman negara dengan harga rendah. Setakat pengetahuan saya, tiada taman negara di Semenanjung Malaysia yang mampu menawarkan peluang penginapan di dalam kawasan taman negara dengan harga rendah. Boleh maklumkan saya jika ada ya

Harga bilik penginapan kami cuma RM50/malam. Kalau perlu naikkan sedikit harganya untuk tambah baik bab kebersihan, itu lebih bagus

__
Cara tempahan penginapan | Bagi yang berminat, boleh buat tempahan secara online di laman ebooking.sarawak.gov.my. Buat tempahan awal bagi mengelakkan kekecewaan. Saya buat tempahan kira-kira tiga minggu sebelum tarikh menginap



…bersambung catatan seterusnya - aktiviti night walk









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2024/08/penginapan-di-taman-negara-bako-kuching.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Trip Taman Negara Pahang With Random People Part 1

Trip Taman Negara Pahang With Random People Part 1

papar berkaitan - pada 9/8/2024 - jumlah : 176 hits
Salam to all readers Trip Taman Negara Pahang with Random People Guys trip ini awal tahun haritu disebabkan aku kekangan masa sibuk dengan kerja sampai takde masa nak update now tengah career break sambil mencari kerja baru So let s go stor...
Pemain Badminton Negara Mendapat Tepuk Tangan Berdiri Daripada Penonton Eropah Di Paris 2024

Pemain Badminton Negara Mendapat Tepuk Tangan Berdiri Daripada Penonton Eropah Di Paris 2024

papar berkaitan - pada 30/7/2024 - jumlah : 198 hits
TANPA menyaksikan rakan sebangsa memberi sorakan kepada atlet Olimpik Malaysia tidak bermaksud mereka tidak menerima tepukan tangan untuk persembahan yang dedikasi Pasukan badminton negara dilaporkan menerima tepuk sorak daripada penonton E...
Malaysia Jadi Negara Lebih Panas Sangat Tua Menjelang 2056 Undp

Malaysia Jadi Negara Lebih Panas Sangat Tua Menjelang 2056 Undp

papar berkaitan - pada 31/7/2024 - jumlah : 115 hits
Zarrah Morden amp Tan Jia RenHari terpanas Malaysia pada 2050 boleh mencecah 40 8 C dan ia akan menjadi negara sangat tua menjelang 2056 kata Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu Dalam laporan bertajuk Transitioning Futures ...
Ekskavator Proyek Lumbung Pangan Nasional Tiba Di Merauke Haji Isam Tugas Negara

Ekskavator Proyek Lumbung Pangan Nasional Tiba Di Merauke Haji Isam Tugas Negara

papar berkaitan - pada 30/7/2024 - jumlah : 94 hits
Secara bertahap pesanan ekskavator untuk pengerjaan proyek lumbung pangan nasional tib di Merauke
Sarawak Dicadang Jadi Hab Aeroangkasa Negara

Sarawak Dicadang Jadi Hab Aeroangkasa Negara

papar berkaitan - pada 30/7/2024 - jumlah : 114 hits
Timbalan Premier Sarawak Awang Tengah Ali Hasan dan Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Abdul Aziz pada Mesyuarat Bersama Penyelarasan Industri Sarawak di Kuching hari ini KUCHING Kerajaan bercadang menjadikan Sarawak h...
Pasangan Bergu Wanita Negara Teruskan Perjuangan

Pasangan Bergu Wanita Negara Teruskan Perjuangan

papar berkaitan - pada 29/7/2024 - jumlah : 160 hits
Penonton berdiri dan memberikan tepukan gemuruh sejurus beregu wanita utama negara Pearly Tan dan M Thinaah mempamerkan aksi memukau dalam perlawanan yang berlangsung di Ar na Porte de La Chapelle sebentar tadi Pearly Thinaah turun bertemu ...
Perubatan Negara Di Dewan Negara Petang Ini

Perubatan Negara Di Dewan Negara Petang Ini

papar berkaitan - pada 29/7/2024 - jumlah : 158 hits
Rafidah Abdullah Doa saya mengiringi YBMK DS Hj Dr Dzulkefly Ahmad yang akan membentangkan RUU Pindaan Akta Perubatan di Dewan Negara petang ini Saya tahu majoriti warga KKM dibelakang Datuk Seri Saya pasti majoriti rakyat Malaysia menyokon...
Wan Rosdy Pemergian Tan Sri Dr Zaharah Sulaiman Satu Kehilangan Besar Kepada Negara

Wan Rosdy Pemergian Tan Sri Dr Zaharah Sulaiman Satu Kehilangan Besar Kepada Negara

papar berkaitan - pada 29/7/2024 - jumlah : 134 hits
KUANTAN Pemergian bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Allahyarhamah Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman merupakan satu kehilangan besar kepada negara Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata Allahyarha...
How Malaysians Can Tactically Deal With Zakir Naik S Non Ban

Millennium Hotels And Resorts Marks Three Decades In Hospitality

Increment Finance On Flow A One Stop Platform For Trading Lending And Staking

Risiko Asteroid Hentam Bumi Meningkat Nasa

Tercekik Gula Gula 39 Gummy 39 Mata

Online Presence Is Critical For Business

68 Warganegara Asing Diusir Ntl Dilarang Masuk Malaysia

Sambal Tempe Kangkung Buat Pedas Lagi Sedap


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur

Inovasi Teknologi Untuk Seragam Kerja Ramah Lingkungan

Raikan Kemeriahan Hari Raya Dengan Himpunan Unik Trio Carlo Rino

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord