Trip Singapore Rm 135 Sahaja Bersama Raini Travel


Trip Singapore RM 135 Sahaja Bersama Raini Travel (Part 2) Assalamualaikum dan Selamat petang.. Hai reader semua, Maaf sangat-sangat Bonde terlupa nak publish rupanya entry ni di dalam draf sambungan dari entry Trip Singapore Part 1 disini persoalannya kenapa tinggal Bonde dengan Mira berdua... 


Kisah benar : Ha ha ha puncanya kami dah terlepas train dengan ahli rombongan kami, sebab leka ambik gambar terus terputus hubungan dengan ahli rombongan yang lain.  Nasib Mira ada talian hayat so Bonde bersama dengan Mira follow direction yang Aini bagi.  Naik train turun ke Merlion Plaza.
Merlion SentosaTurun train dan nampak tersergam Merlion, Kalau ke USS Singapore tidak sah, kalau tidak singgah dekat Merlion Sentosa ni, Merlion Sentosa adalah mercu tanda Singapore. Rupa tugu yang mempunyai kepala seperti singa dan badannya seperti ikan duyung ini memang menjadi tumpuan utama pelancong yang datang wajib bergambar kenangan. Jangan tanya kenapa Merlion yang ni tak keluar air dekat mulutnya. Merlion yang tu dekat Merlion Park nanti baru ada air keluar dekat mulut.


Angan-angan : Dulu-dulu pernah berangan, Kalau ke Singapore Aku nak bergambar dekat Singa, Alhamdulillah niat nak bergambar sudah tercapai, Bonde pon tak nak lepaskan peluang untuk berselfie dengan Merlion tu.. tengoklah aksi-aksi Bonde dibawah. ha ha haUntuk masuk dekat sini tiada bayaran dikenakan ia adalah "Percuma"





Kid Zania SingaporeLepas ronda-ronda dekat Merlion Sentosa, naik train dan menuju ke pintu keluar, jalan kaki dalam sepuluh minit Bonde ternampak Kid Zania Singapore.  Baguslah Pulau sentosa ni ada banyak pilihan permainan untuk semua golongan  dan peringkat umur dari kanak-kanak hingga orang dewasa.

Nak masuk Kid Zania Singapore ada dikenakan bayaran, anda boleh semak dekat kaunter tiket sebelum masuk ke globe besar tadi.
Restoran Zam-ZamMemandangkan dah masuk waktu makan tengah hari, perut pun minta diisi... Sebelum ke Singapore Bonde dah google makanan femes dekat sini, Apa yang keluar dekat "result google search" tu ialah Restoran Zam-Zam, makanan yang popular dekat sini ialah.. Murtabak Singapore, Eh dekat Sepang pun ada orang jual Murtabak Singapore tapi itu versi lain, dah terlanjur datang sini Bonde kena rasa sendiri barulah original Murtabak Singapore namanya dan tak lepaskan peluang mencuba Nasi Briyani Restoran Zam Zam. 
Restoran Zam-zam berdekatan dengan Masjid Sultan jadi mudah sahaja lepas makan boleh terus solat

Info : zamzamsingapore

Trip Singapore RM 135 Sahaja Bersama Raini Travel (Part 2)


5 Jenis Murtabak SingaporeMurtabak Daging, 
Murtabak Kambing, 
Murtabak Ayam, 
Murtabak Sardin 
Murtabak Rusa

Murtabak Sardin Murtabak KambingNasi Briyani AyamNasi Briyani KambingNasi Briyani IkanHarga Makanan :
Harga makan dekat Restoran ni dalam Dollar Singapore yea, Jadi kalau nak makan dekat sini sediakan atau tukar duit Malaysia siap-siap.  Dekat bawah ni ada resit kami makan hari tu untuk rujukan anda ... 



Masjid SultanMengikut sejarah Singapore, Masjid ini adalah salah satu masjid tertua di Singapore dan menjadi tumpuan pelancong kerana senibina masjidnya yang sangat unik dan menarik. Teruja betul nak tengok Masjid dekat Singapore ni.. Pemandangannya memang sangat cantik sekali dari luar dah macam lukisan. Subhanallah...
Trip Singapore RM 135 Sahaja Bersama Raini Travel (Part 2)



Pemandangan dalam Masjid.






Malay Heritage CentrePusat Warisan Melayu (MHC) menyediakan pendedahan budaya dan peluang belajar yang luar biasa untuk pelawat dari semua peringkat umur dan kepentingan. Terletak di tengah-tengah Istana Kampong Glam, Gedung Kuning dan kawasan sekitar Kampong Glam, Pusat ini bertindak sebagai institusi warisan penting bagi masyarakat Melayu di Singapura. Pusat Warisan Melayu kini berada di bawah pengurusan Lembaga Warisan Negara dengan kerjasama Yayasan Warisan Melayu.
Dekat sini pon sesuai nak bergambar, latar belakang sangat cantik...
Info : www.malayheritage.org.sg
Trip Singapore RM 135 Sahaja Bersama Raini Travel (Part 2)Kampung GlamKampung Glam atau nama aslinya adalah Kampung Gelam ini menjadi pemukiman awal masyarakat Bugis dan Jawa dari Indonesia. 


Terdapat banyak lorong dekat sekitar  Kampung Glam yang menjual pelbagai jenis kain, aksesori wanita, ole-ole Singapore pun banyak dekat sini, Ianya dijual pada harga yang murah. 
Betullah apa yang Bonde baca sebelum nih, tentang Singapore bandar bersih, cantik... dan indah Bonde suka tengok kedai-kedai dekat sini masih kekalkan senibina yang unik dan sangat menarik.



Bugis Street
Bugis Street ini adalah tempat untuk membeli belah Cenderahati atau ole-ole Singapore, ada pelbagai jenis cenderahati dijual dekat sini seperti t-shirt, key chain, magnet peti ais, beg, topi, mug dan cendehati lain-lain.

Bonde dimaklumkan dekat sini harga lebih murah dan ada banyak pilihan.  Bolehlah anda membeli belah cenderahati untuk kawan dan saudara-mara dekat sini untuk dibawa balik.

Trip Singapore RM 135 Sahaja Bersama Raini Travel (Part 2)

Bonde tertarik hati dengan tote beg yang ada dekat kedai ni, jadi Bonde buat keputusan untuk beli... Satu untuk Fatin dan Satu Untuk Bonde.  Jadilah kan... Murah jugalah beli 2 dengan harga $15

Merlion ParkHaaa Dekat sini memang dulu berangan-angan nak datang juga.  Sebab nak tengok singa besar tu... he he he akhirnya sampai juga hajat ke sini... Alhamdulillah.  Dekat sini memang penuh dengan pengunjung dan pelancong luar, jadi kalau anda nak bergambar tu memang ada sahajalah photo bom nye geram jer tau! Trip Singapore RM 135 Sahaja Bersama Raini Travel (Part 2)Post wajib... Konon-kononnya minum air dari mulut singa tu wajib ambiklah nak buat kenangan.  Tapi redha jerlah tak ada makna gambar clear tanpa gangguan.
Selfie jerlah... kami tetap happy datang sini...

Gardens by the BayGardens by the Bay ini adalah sebuah taman yang mempunyai pokok yang unik dan tinggi. Dekat sini ada pertunjukan yang diberi nama Garden Rhapsody Light Show yang akan diadakan setiap hari pada 7.45 malam. Show yang sangat unik dan cantik dengan pergerakan lampunya mengikut rentak muzik yang dipasang. Garden Rhapsody Light Show ini akan ditayangkan selama 15 minit, Tapi kali ni Bonde tak sempat tengok sebab dah buat keputusan nak tengok Marina Bay Sand Light & Water Show.
Untuk masuk dekat sini tiada bayaran dikenakan ia adalah "Percuma" dibahagian luar, melainkan ingin naik ke atas pokok melalui kanopi anda kena membeli tiket terlebih dahulu.
Trip Singapore RM 135 Sahaja Bersama Raini Travel (Part 2)


Marina Bay Sand Light & Water ShowIni adalah tempat terakhir yang akan dilawati sekiranya anda menyertai pakej dari RAINI Travel. Kalau nak tengok Marina Bay Sand Light & Water Show ni, anda kena datang awal sebelum jam 8.00 malam . Pertunjukkan selama lebih kurang 15 minit,  Ada dua sesi waktu pertunjukkan ini iaitu sesi pertama pada 8.00 malam hingga 8.15 malam dan sesi kedua pada 9.00 malam hingga 9.15 malam. 
Tips : anda kena coplah tempat anda sebabnya ramai pengunjung dan pelancong lain datang untuk menyaksikan pertunjukan ini kalau lambat tak sempatlah nak ambik gambar dan video.   
Memang teruja nak tengok tau anda jangan ketinggalan... untuk pertunjukkan ini kalau datang Singapore.
Untuk masuk dekat sini tiada bayaran dikenakan ia adalah "Percuma"
Trip Singapore RM 135 Sahaja Bersama Raini Travel (Part 2)


Baiklah, Inilah kisah travel murah,  Trip Singapore RM 135 Sahaja Bersama Raini Travel kalau anda bercadang nak ke Singapore bersama anak-anak sempena cuti sekolah tak lama lagi,  Bolehlah contact hotline dibawah :
RAINI Travel & Tours Sdn BhdHotline: 016-7774594
Website | Instagram | Facebook
~ Bonde Senyum Riang ~

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.bondezaidalifah.com/2019/10/trip-singapore-rm-135-sahaja-bersama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Masuk Singapore Bawa Kereta Sendiri Kisah Travel Ke Singapore

Cara Masuk Singapore Bawa Kereta Sendiri Kisah Travel Ke Singapore

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 512 hits
Assalamualaikum kali ini un nak share kisah cuti UN di Singapore dan nak share cara masuk Singapore bawa kereta sendiri Kami gerak dari rumah mak 830pagi Dalam jam 0900hrs saja try lalu laluan woodlands Hahahah kau X der jalan u turn So ken...
Luxury For Less The Travel Advisor Gambit

Luxury For Less The Travel Advisor Gambit

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 418 hits
By BY MICHELLE HIGGINS from NYT Travel https ift tt 32UYUdy
Kejari Depok Ngaku Sudah Perjuangkan Hak Korban First Travel

Kejari Depok Ngaku Sudah Perjuangkan Hak Korban First Travel

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 164 hits
Kejari Depok Ngaku Sudah Perjuangkan Hak Korban First Travel Kajari menambahkan bahwa perkara First Travel dilimpahkan ke Pengadilan Negeri Depok pada 9 Februari 2018 Kemudian dilakukan penuntutan pada tanggal 7 Mei 2018
Korban First Travel Gigit Jari Hasil Lelang Barang Bukti Diambil Negara

Korban First Travel Gigit Jari Hasil Lelang Barang Bukti Diambil Negara

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 188 hits
Nasib pilu dialami korban kasus penggelapan dana jemaah umrah First Travel Setelah batal menunaikan ibadah ke Tanah Suci karena dibohongi bos pemilik First Travel uang mereka pun tak akan kembali Mereka harus gigit jari lantaran barang bukt...
Aset First Travel Diambil Negara Kejari Depok Sarankan Korban Anggap Sedekah

Aset First Travel Diambil Negara Kejari Depok Sarankan Korban Anggap Sedekah

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 313 hits
Selama proses hukum berlangsung seluruh aset First Travel disita negara sedangkan para korban meminta agar aset tersebut bisa diberikan pada mereka Hasil lelang nantinya akan dikembalikan ke negara oleh Kejaksaan
Vlog Gila Travel Di Skytropolis Resorts World Genting

Vlog Gila Travel Di Skytropolis Resorts World Genting

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 548 hits
https instagram com budiey Follow My Instagram http youtube com budieychannel Click to Subscribe http budiey com Visit My Blog http facebook com BudieyDotCom Become a Fan http twitter com budiey Follow Me
Bagaimana Nak Bercuti Dengan Bajet Kecil Boleh Sahaja Dengan Beberapa Tips Percutian Bajet

Bagaimana Nak Bercuti Dengan Bajet Kecil Boleh Sahaja Dengan Beberapa Tips Percutian Bajet

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 456 hits
Bagaimana Nak Bercuti Dengan Bajet Kecil Boleh Sahaja Dengan Beberapa Tips Percutian Bajet Assalamualaikum dan salam sejahtera Selepas satu bulan lebih memegang amanah menanggung kerja rakan sepejabat yang sedang mengambil cuti bersalin akh...
Api Motion Sense Pada Pixel 4 Tidak Akan Diberikan Kepada Pembangun Terhad Dengan Aplikasi Sedia Ada Sahaja

Api Motion Sense Pada Pixel 4 Tidak Akan Diberikan Kepada Pembangun Terhad Dengan Aplikasi Sedia Ada Sahaja

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 188 hits
Google Pixel 4 dna Pixel 4 XL hadir dengan satu fungsi yang langsung tiada mana mana peranti lain iaitu Motion Sense Ia adalah kawalan gestur atas udara dengan menggunakan cip penjejakan radar Soli Disebabkan ia mempunyai frekuensi tersendi...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Goatbet678

Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je