Cara Masuk Singapore Bawa Kereta Sendiri Kisah Travel Ke Singapore
Assalamualaikum, kali ini un nak share kisah cuti UN di Singapore dan nak share cara masuk Singapore bawa kereta sendiri. Kami gerak dari rumah mak 830pagi. Dalam jam 0900hrs saja try lalu laluan woodlands. Hahahah kau! X der jalan u-turn. So kena parking kereta dan pergi ke pejabat imegresen dan ambik surat. (Cth dibawah). Cara masuk Singapore – Masuk tu mudah je, kami patah balik sebab belum tukar duit..hahaha! Atas alasan salah jalan. Walhal, kami kena patah balik sebab minyak belum full thank dan belum tukar duit juga. 😇. 0918hrs, bila dah patah balik, kami singgah Petronas. Ehm, system down la pula. Then, kedepan selepas Shell Petrol ada money changer, kami tukar lah sikit bekalan duit dan juga beli sim kad. Kos sim kad Rm20.00. Then, setle beli simkad, beli bekalan makanan, roti canai dekat Restoran B. Point sebelah Shell Petrol juga. So, kami gerak masuk ke Woodlands selepas tu. Selesai semak pasport di Imegresen Malaysia, kita akan terus drive masuk ke pemeriksaan imegresen Singapore pula. Cara Masuk Singapore dengan kenderaan sendiri Hujung minggu sesak juga, kami beratur untuk Cop pasport hampir 1 jam juga. Kebetulan, masa kami beratur sebelum trafik light, pihak berkuasa, buka jalan baru menghala ke Customs Examination. Jadi rezeki kami jimat masa kat situ. Beli kad AUTOPASS; wajib. Untuk masuk Singapore dengan kenderaan sendiri pastikan bawa bersama insurans dan roadtax. Kegunaan insurans adalah masa isi borang untuk dapatkan autopass. Dan ambil sekali gambar road tax. Nanti kaunter akan minta gambar roadtax untuk dokumentasi. Kaunter Autopass hanya tak jauh dari kaunter pemeriksaan imegresen Singapore. Turun , dan isi borang. Bayar $10 sahaja untuk 1 kad. 1 kad autopass untuk 1 kereta sahaja dan valid sehingga 7 tahun. Selesai dapat kad autopass boleh terus gerak. Part 1- Dugaan pertama di Singapore Kami sesat, pusing sana pusing sini, semata-mata nak cari kedai jual.simkad baru. Lepas tu TER JUMPA kawasan kediaman Chua Choo Kang, ada pula shopping area situ. Sebenarnya, simkad Hotlink yang pertama dibeli, tak boleh guna , jadi kami terus mencari kedai sim kad, dan beli sim kad baru kos $18. 100gb. Selesai bab simkad, aku berlari la top up auto pass sekali. Top up auto pass $40.00, cukup untuk 2 hari. Nak top up AutoPass hanya di Seven 11. Rezeki Seven 11 dekat sahaja dengan kedai jual sim kad tadi. Day 1 – Merlion Park Waktu tiba kat Merlion Park, mendung. Lepas tu hujan turun selebat-lebatnya. Memandangkan dah bayar parking kos $6, kami stay juga lama sikit kat sini. Hahah kalau tak rasa rugi pula bayar parking mahal-mahal. Merlion Park one of the Singapore hearts. Duduk sini terpikir, andainya Putrajaya dibangunkan seperti ini, pasti Malaysia juga jadi tempat perlancongan yang hebat. Kat sini kami makan roti canai yang dibawa sebagai bekalan dari Johor Bharu. Kami memang tak beli makanan ya, semua bekal. Selesai makan, hujan reda. Kami bergerak dekat dengan singa.. krik krik krik.. rakam sebanyak mana gambar yang kami suka. Tips Travel dengan anak-anak Travel dengan anak-anak mudah je. Kalau UN bagi rules and regulations early before trip. Janji yang mampu ditunaikan sahaja. Dan terangkan kenapa tak boleh beli sebarangan di negara orang, termasuk bab halal dsbnya. So, mereka lebih allert and behave. Ala..kadang kalau menangis bergaduh tu normal. Layan sahaja. Next – Masjid Sultan,Singapore Masjid Sultan memang menjadi tumpuan. Kami singgah sekejap sahaja, kos parking $1= Rm3.77, aku bayar guna Maybank Visa Kad dan parking gunakan Apps ‘P’.( download di Playstore). Sekitar are Masjid Sultan, menarik dia punya murtabak Zam Zaam, kalau datang mesti nak try kan. Kos – $5-7 sebiji. Kalau percutian bajet, lupakan seketika. Area sini souveniors pun harga okay. T-shirt kanak-kanak kos paling minima $10 for 4pcs, cuma bezanya jenis kain. Wall Street Area Masjid Sultan/ ARAB Street Day-2 – Kami ke Sentosa Island, Singapore Kos masuk ke Sentosa $6 sekali masuk. (Jangan u-turn sebarangan, sebab kalau silap kena bayar lagi $6). Boleh singgah ambil gambar area roundabout menghala ke Beach Station. Kat mana nak parking jika masuk ke Beach Station? Ada tempat parking, kos $1.20/hr. Kami parking kat sini, total kos $9.00= Rm27.00. Bagi aku, berbaloi seharian disini, anak-anak enjoy. Nak jalan-jalan area Beach Station, Imbiah Station ( Sentosa Merlion), dan berjalan-jalan di sekitar Palawan Beach Singapore, parking kat Sentosa Beach @ Palawan Green adalah yang berbaloi. Sebab area sini, berdepan dengan Palawan Green, senang untuk angkat beg picnic. Selain itu, ada juga tempat solat, cuma tak mesra wuduk. Sebab tempat wuduk berkongsi dengan lelaki. Nak proper kena pergi toilet di Level 1. Kalau perlukan air mineral, boleh top up di water cooler yang disediakan. Berdekatan toilet, Level 1 juga. Lagi satu, menaiki Sentosa Express free dari Sentosa Beach ke Resort World Station (USS). Boleh ulang alik ke satu-satu stesen dengan mudah. Kami sampai je, kami terus ke USS. Dengan naik Sentosa Express. Terus sampai sana, panas terik juga. Tapi semangat nak jalan tu, buat semua follow je. Dalam sejam lebih kat area USS dan sekitar, kami gerak ke Imbiah Station. Kat sinilah Sentosa Merlion, hanya stop untuk bergambar sahaja. Selesai perjalanan kami, tiba lah masa untuk picnic. Kami solat dulu, dan ambil barang dalam kereta. Jalan sikit, kami cari lokasi bawah pokok yang redup. Best juga, picnic kat sini lama juga dalam 2 jam kami kat sini. Aku dengan anak-anak ke Palawan Beach dan naik jambatan gantung. Best sangat, terik pun best tau. Dan anak-anak sempat juga main pasir dan mandi manda kat Palawan Beach. Terus lepas selesai salin baju anak-anak, kami rehat jap dan teruskan ke destinasi seterusnya. – Krabi next! Next entry Un cerita.
The post Cara Masuk Singapore bawa kereta sendiri; kisah travel ke Singapore appeared first on Ummi Nani.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://umminani.com/2019/10/cara-masuk-singapore-bawa-kereta/