Trip Santai Selatan Thailand Dari Betong Ke Narathiwat





Bersama seorang teman, kami berdua bertolak dari Penang menuju ke Pengkalan Hulu. Tujuan kami kali ini adalah menjelajah Selatan Thailand dari Betong ke Yala, kemudian ke Pattani dan Narathiwat pada akhir september 2024. Dari Narathiwat kami akan memasuki Malaysia melalui Pengkalan Kubur ataupun Rantau Panjang ke Kota Bharu. Dalam perjalanan ke Pengkalan hulu, kami singgah makan tengahari di Baling. Kedai makan sebelah kiri selepas bulatan ke Pengkalan Hulu ini saya rekomen pembaca yang menggemari rasa kampung singgah untuk menjamu selera. Selesai makan kami meneruskan perjalanan ke sempadan Malaysia-Thailand dari pintu keluar Pengkalan Hulu Perak. 

Sebelum memasuki Negara Thailand, kami singgah membuat insuran kenderaan dan membeli sim card Thailand. Kenderaan yang ingin memasuki Thailand dari sempadan Pengkalan Hulu perlu membawa geran original kenderaan. Sekiranya hanya membawa salinan geran, pemandu harus mendapatkan cop kebenaran di Balai Polis Pengkalan Hulu. Jika pemilik kenderaan tidak turut serta dalam kumpulan rombongan, surat sumpah kenderaan diperlukan untuk membawa kenderaan merentasi sempadan negara.


Selesai urusan memasuki negara thailand kami meneruskan perjalanan sekitar 15 minit menuju ke Bandar Betong. Disebabkan masih awal, kami ke pasar basah Betong untuk membeli buah-buahan sebelum check in hotel. Kami menginap dua malam di Butterfly Hotel Betong.

Hari kedua di Betong, seawal 5:30 pagi kami bergerak ke Ai YerWeng. Perjalanan ke sana sekitar sejam melalui jalan berbelok-belok dan berkabus. Sampai di tapak parkir yang disediakan, kami meneruskan perjalanan ke puncak bukit dengan menaiki kenderaan yang disediakan dengan bayaran 50 Bath seorang pergi dan pulang



Semasa kami ke sana, awan terbentang saujana mata memandang. Tiket masuk ke menara 200 bath seorang dan sarong kasut pula 20 bath seorang. Kami menghabiskan masa semahunya menyaksikan pemandangan indah pagi itu. Merakam gambar setiap arah sepuasnya dari pelantar kaca di menara



Selesai melawat Ai YerWeng, kami meneruskan lawatan ke air terjun Chaloem Phra Kiat King Rama. Parkir dan melawat ke air terjun ini percuma dan terdapat tandas di pintu masuk kawasan air terjun ini


Kemudian kami ke Spray Rainbow Waterfall. Masa terbaik melawat ke air terjun ini adalah sebelum jam 11:00 pagi ketika pelangi yang terbentuk di air terjun masih jelas kelihatan. Masuk ke air terjun ini dikenakan bayaran ticket 100 Bath seorang


Tempat lawatan keempat kami hari ini adalah Betong Hot Spring. Masuk ke sini percuma. 

Kemudian kami ke Piyamit Tunnel. Ticket masuk markas peninggalan komunis ini dikenakan bayaran 80 Bath seorang. Di sini terdapat terowong dan muzium barang yang digunakan dalam usaha pihak komunis menjajah Malaya




Kemudian kami ke Winter Flower Garden. Masuk ke taman bunga ini dikenakan bayaran 100 Bath seorang. Saya juga merakam gambar di sepohon pokok yang berusia seribu tahun di dalam kawasan Piyamit Tunnel ini


Kemudian kami ke Winter Flower Garden. Masuk ke taman bunga ini dikenakan bayaran 100 Bath seorang


Selesai lawatan kami bergerak pulang ke hotel dan malam itu kami ke pasar malam Betong dan bersiar di bandar Betong pada waktu malam




Keesokan paginya setelah sarapan kami ke Betong Art Street. Tidak banyak lukisan dinding yang kami jumpa dan kami meneruskan perjalanan ke bandar Yala. Dalam perjalanan kami berhenti sebentar dan bergambar di atas Jambatan Tok Ku Chae di Bang Lang Dam
 

Kemudian kami singgah di Tan Kra Chaem Cave. Parkir dan masuk ke gua ini percuma. Terdapat sungai mengalir di dalam gua yang mempunyai dua pintu keluar masuk yang luas ini



Di Yala kami menginap di Linus Hotel. Malam itu kami ke Prachachen Night Market. Terdapat berbagai jenis makanan di astaka pasar malam itu untuk menjamu selera dan hampir seluruh makanan dijual penjaja muslim




Selepas menjamu selera kami balik berehat dan keesokkan paginya kami meneruskan perjalanan ke Bandar Pattani. Pagi hari keempat, sebelum keluar dari Bandar Yala, kami ke Masjid Jamek Yala dahulu


Kemudian kami melawat ke Art Street Yala. Tidak banyak lukisan mural di lorong-lorong belakang deretan kedai di sana yang kami jumpa
 

Sebelum menuju ke Pattani, kami berpatah balik ke Yala untuk menjamu selera di Santai Budaya yang tidak dapat kami kunjungi semalam



Selesai menjamu selera di Santai Budaya kami meneruskan perjalanan ke Replika Al-Quran Gergasi di Kampung Pak Pungoh. Replika Al-Quran ayat Al-Isra' itu dibina oleh pemuda kampung secara gotong royong waktu malam di bulan Ramadhan


Kemudian kami menuju ke Pattani dan menginap di Southern View Hotel. Keesokkan paginya kami bersarapan di Roti De Forest sebelum memulakan perjalanan ke Narathiwat


Memulakan perjalanan keluar dari Bandar Pattani, kami singgah sebentar di ladang proses garam semulajadi. Sweet Salt beroperasi dari bulan January hingga April


 Kemudian kami singgah minum di cafe viral tidak jauh dari ladang garam. Barley Seafood and Cafe ini terletak di tepi laut dan menarik sebagai spot bergambar



Kemudian kami menuju ke masjid tertua di Asia Tenggara. Masjid Kerisik atau Krue Se Mosque ini dibina menggunakan bata merah yang disusun dan diikat dengan gaya Timur Tengah. Beberapa bahan lain juga digunakan semasa pembinaannya seperti pulut hitam, putih telur dan kulit kerang




Kemudian kami melawat ke Telaga Hang Jebat yang terletak tidak berapa jauh dari Masjid Kerisik setelah dicadangkan oleh penjual ais di Masjid Kerisik



Setelah melawat telaga Hang Jebat, kami melawat pula telaga Hang Tuah yang terletak di seberang jalan Masjid Kerisik.


Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Narathiwat dan menginap di Heartwood Beach Resort. Petang itu kami menjamu selera di kedai makan Salam Sornklin. Selesai makan kami ke pasar malam Sungai Kolok, menurut pemilik Salam Sornklin hari ini merupakan hari terakhir pertandingan perahu



Berehat seketika di dataran tepi Sungai Kolok, kami kemudian bergerak balik ke penginapan. Keesokkan paginya, kami menyaksikan matahari terbit dari tepi pantai tempat penginapan dan menjamu selera dengan sarapan yang disediakan oleh pihak resort





Sebelum pulang ke Malaysia kami melawat Muzium Al-Quran. Muzium ini terletak di kawasan sekolah agama. Al-Quran yang dijaga dan dipamerkan di sini berusia 200 tahun hingga seribu tahun dari serata dunia. Selain Al-Quran, terdapat berbagai barangan perkembangan tamadun dipamerkan di sini seperti pakaian, peralatan dan perhiasan rumah, perabut, senjata dan lain-lain lagi







 Selesai melawat Muzium Al-Quran kami bergerak ke Masjid Telok Manok yang juga dikenali Masjid Wadi al-Hussein. Masjid yang berusia 400 tahun ini dibina pada tahun 1634 dan merupakan masjid yang dibina daripada kayu tertua di Thailand



Setelah melawat Masjid Telok Manok, kami meneruskan perjalanan pulang ke Malaysia melalui sempadan Rantau Panjang, Kelantan. Kami bermalam semalam di Kota Bharu. Sebelum pulang ke Pulau Pinang kami membeli sedikit buah tangan di Kota Bharu dan melawat Masjid Imanul Fa'izin di Kota Bharu



Jika ada rezeki di masa akan datang, saya berharap akan mengulangi perjalanan ke sini lagi. Terima kasih Allah



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://jalankegunung.blogspot.com/2024/11/trip-santai-selatan-thailand-dari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Wajah Dan Identiti Penyanyi Serta 5 Rakyat Malaysia Miliki 6 000 Pil Kuda Didedahkan Media Thailand

Hiburan Wajah Dan Identiti Penyanyi Serta 5 Rakyat Malaysia Miliki 6 000 Pil Kuda Didedahkan Media Thailand

papar berkaitan - pada 8/11/2024 - jumlah : 154 hits
Tular sebelum ini berita mengenai penangkapan seorang penyanyi wanita dan juga 5 lelaki warga Malaysia yang didakwa memiliki 6 000 pil kuda di sebuah hotel di daerah Golok Thailand pada 1 November lalu Berita penahanan tersebut menjadi vira...
Cash Is King Tangan Amp Pinggang Dirantai 3 Bulan Kisah Penjara Penjara Di Thailand Buat Ramai Gerun

Cash Is King Tangan Amp Pinggang Dirantai 3 Bulan Kisah Penjara Penjara Di Thailand Buat Ramai Gerun

papar berkaitan - pada 7/11/2024 - jumlah : 84 hits
Susulan 6 rakyat Malaysia ditahan oleh pihak polis di Thailand akibat memiliki 6000 biji pil kuda fakta fakta mengenai penjara penjara di sana telah meraih perhatian ramai Hantaran yang dibuat oleh seorang individu bernama Syimir Yunusi 3 t...
Resepi Ikan Rebus Versi Thailand

Resepi Ikan Rebus Versi Thailand

papar berkaitan - pada 9/11/2024 - jumlah : 138 hits
Resepi IKAN REBUS VERSI THAILANDCARA PENYEDIAAN 1 Untuk 15 20 ekor ikan selayang Masukkan 2 ketul nise kerek 6 batang serai 1 2 sudu garam 6 ulas bawang putih asam keping segenggam dan daun limau purut 15 helai ke dalam periuk 2 Masukkan ik...
6 Warga Malaysia Ditangkap Memiliki 6 000 Biji Pil Kuda Di Thailand Selain Penagih Mereka Juga Disyaki Pengedar

6 Warga Malaysia Ditangkap Memiliki 6 000 Biji Pil Kuda Di Thailand Selain Penagih Mereka Juga Disyaki Pengedar

papar berkaitan - pada 9/11/2024 - jumlah : 114 hits
6 000 biji pil kuda untuk diedarkan kepada penagih di Kelantan Polis ThailandSharifah Mahsinah Abdullaham hmetro com mySungai Golok Polis tidak menolak kemungkinan 6 000 biji pil kuda yang dirampas daripada enam rakyat Malaysia dalam satu s...
Persidangan Pengawasan Global Pertama 2024 Cape Town Afrika Selatan Africa Cdc

Persidangan Pengawasan Global Pertama 2024 Cape Town Afrika Selatan Africa Cdc

papar berkaitan - pada 29/10/2024 - jumlah : 168 hits
ADDIS ABABA ETHIOPIA 29 OKTOBER 2024 Pusat Pengawalan Penyakit Afrika dengan kerjasama Persatuan Antarabangsa bagi Penyakit Berjangkit akan menganjurkan Sidang Kemuncak Pengawasan Global yang pertama sebuah acara eksklusif yang akan menghim...
Kalau Masuk Penjara Thailand Makanan Halal Ke

Kalau Masuk Penjara Thailand Makanan Halal Ke

papar berkaitan - pada 7/11/2024 - jumlah : 97 hits
KOSMO PETALING JAYA Memang halal tak payah runsing dan was was Tambah lagi kawasan Selatan Thailand ni mereka asingkan dapur antara orang Islam dan bukan Islam Itu respons seorang lelaki apabila menerima soalan daripada orang ramai yang ing...
Kelantan To Propose Building Malaysia Thailand Border Wall

Kelantan To Propose Building Malaysia Thailand Border Wall

papar berkaitan - pada 6/11/2024 - jumlah : 108 hits
Kelantan deputy menteri besar Fadzli Hassan said despite the authorities strict border checks there are many illegal bases that make it difficult to monitor unlawful activities PETALING JAYA The Kelantan government will propose to the feder...
Mahkamah Narathiwat Tolak Permohonan Ikat Jamin Enam Warga Malaysia Disyaki Miliki Dadah

Mahkamah Narathiwat Tolak Permohonan Ikat Jamin Enam Warga Malaysia Disyaki Miliki Dadah

papar berkaitan - pada 5/11/2024 - jumlah : 115 hits
NARATHIWAT 5 Nov Mahkamah Narathiwat telah menolak permohonan ikat jamin bagi kesemua enam warga Malaysia termasuk seorang penyanyi dikir barat dari Kelantan yang ditahan reman semalam kerana disyaki memiliki dadah Perkara itu disahkan Ketu...
Bey Sobarr Beyyy Penyanyi Kelantan Bersama 5 Individu Diheret Ke Mahkamah Narathiwat

Bey Sobarr Beyyy Penyanyi Kelantan Bersama 5 Individu Diheret Ke Mahkamah Narathiwat

papar berkaitan - pada 5/11/2024 - jumlah : 75 hits
Seorang penyanyi wanita terkenal dari Kelantan bersama lima individu lain ditangkap bersama 6 000 biji pil kuda Di sebuah hotel di Sungai Golok Thailand pada Jumaat lalu Mereka dibawa ke Mahkamah Wilayah Narathiwat hari ini untuk prosiding ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut