Kami bertujuh geng mak-mak ni excited nak explore Langkawi
Akhirnya percutian bersama kawan-kawan opis sudah pun tertunai. Lama dah kami duk planned tarikh, tempat dan itinerary untuk percutian bujang tanpa suami dan anak-anak. Bukan mudah sebab masing-masing ada komitmen pada keluarga. Jadi kami memang perlu teliti memilih tarikh supaya pasangan redha dengan percutian tahunan kami.
Kami bertujuh ke semuanya, hmm beg pun sedondon kakaka, jangan jeles ya
Dari kira belakang: Ana, Ajumohit, Roz, Kak Ana, Diana Di depan dari Kiri; Intan, Jue
Menggagau nak check in bag, hahahah padan muka
Dah check in kat system, barulah lalukan beg tu kat lorong tu ya
So bila dah sampai harinya, korang tengokla muka excited sensorang. Kemahin tak sabar nak tinggalkan laki memasing hahaha. Kitaorang sampai KLIA2 pukul 5.30 pagi dan tiket ke Langkawi pulak jam 7.05 pagi.
Kereta Innova, oklah ngam untuk 7 orang
Tengok luar rumah homestay ni, cantik kan? Serius cantik dan bersih
Bilik tidur 3, semua ada aircond, bilik air 2
Sarapan di Atta Shooru Restoran
Sampai ke airport Langkawi, kereta sewa pun dah sedia menunggu. Kami bertujuh ni hantar beg ke Homestay di dan terus pergi sarapan di Atta Shooru Restoran di area Padang Mat Sirat. Happy sangat dapat makan sampai terlupa ambil gambar roti canai dan nasi lemak.
Wah-wah-wahh kemahin posing nya, happy geng mak-mak ni
Yang ni sendal handphone kat beg dan tara inilah hasilnya
inilah opismate saya kat shah alam, dia dah kawin anak 4 okey, haha
Haaa nah melompat lebih tinggi namanya haha
Siap ada mat saleh tolong amikkan gambar kitaorang. Lompat melompat bukan perkara yang mustahil. Walau ada antara kami yang anak 5, 4, 2, 1, semua ada bakat melompat rupanya :). Dah letih melompat kita pusing-pusing Langkawi pulak, then decide untuk beli coklat kat kompleks Haji Ismail Group (HIG).
Coklat kat HIG, ikut nafsu semua pun saya nak hihi
Ha amik ko cekelat langkawi buah tangan wajib beli untuk yang tersayang. Anak-anak pesan memacam, tapi beli ala kadar je asal ada. Itupun habis rm300 lebih.
Minum petang, ya ampun, sedap habaq hang
Dan selepas berpenat lelah memilih cekelat, kita minum petanglah dulu kay. Hmm pekena laksa, beehun sup, pulut panggang udang dan air kelapa. Perghh sejuk je nyaman lalu di tekak.
Owh angin bayu membawa diriku, sepintas lalu ku terkenangkanmu hahaha cheh cheh cheh
Pantai Chenang Langkawi, TQ for having us
Menghayati sunset di Pantai Chenang, lepas tu terus hujan lebat, bersepah berlari semuanya kakaka
Happy semuanya
Petang tu jugak kami ke Pantai Chenang, nak tengok matahari terbenam. Hmm cantik view dia, subhanallah. Ramai orang yang duk tunggu tepi pantai, tak kurang yang duk mandi laut. Seronoknya tengok view, tapi kalau ada husband and anak-anak lagilah happy :).
Dah puan bergambar, kita makanlah pulak
Adui duii sedapnya, memang takde diet-dietlah time bercuti ni
Jalan-jalan malam di Pantai Chenang
Pilih jangan tak pilih
Perut dah kenyang, energy dah recharged, so apa lagi jom cuci mata!! Jalan-jalan Pantai Chenang ala-ala kat Pantai Aonang Krabi. Kat sini malam-malam lagi hidup, cuma kami je larat tak larat nak jalan hahaha. Lenguh dh kakinya. Akhirnya dah dah pukul 10 lebih kami beransur balik. Nak rehat sebab besok ada aktiviti best!|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |