Trip Ke Jepun Osaka Day 6 1


Hari ni adalah hari yang ditunggu-tunggu untuk masuk ke Universal Studio Japan (USJ). Tapi kami anak beranak je masuk. Family lain semua taknak masuk USJ so plan nya adalah hantar kami ke USJ dan yang lain free and easy nak pergi mana. Ada yang nak jalan naik train pergi shopping so lepas hantar kami dekat USJ terus bawa yang lain mana yang nak jalan tu pergi jalan. Begitu lah sebab kalau masuk USJ memang duduk je situ sampai la malam kan. 

Masa dalam perjalanan nak ke sini kami jumpa orang kutip sampah tepi jalan. Aku tak pasti la dorang gotong royong ke memang pekerja kutip sampah sebab nya siap pakai kemeja dan tie weh.. hebat kan bab jaga kebersihana orang Jepun ni. 
Masuk USJ aku plan baju tema warna terang sebab senang nak cari anak. Logik bukan? Taman tema ni macam biasa la memang sentiasa ramai manusia. Bila pakai baju terang ni senang nak cam anak di khalayak ramai. Sebab si kecil tu aku biar je juga berjalan dan dia pun tengah melasak masa ni. Dah pandai berjalan kan memang lagi laju berdesup dia hilang. hahah

Sampai sini perasaan excited tu macam biasa la rasa semua tempat nak ambil gambar. Lepas tu sebelum nak masuk sini memang dah study juga sikit dari sharing orang ramai tips untuk elak buang masa beratur ramai orang. Paling famous dekat USJ ni adalah dekat Harry Potter. Maka plan kami masuk sini terus tuju tempat Harry Potter tu dulu. 

Ni kaunter tiket tapi kami dah ada tiket. Aku dah lupa macam mana kami beli tiket. Ke aku minta agen belikan sesiap ea? hahhaha sebab rasa macam tak ada beratur untuk beli tiket lepas tu terus beratur scan nak masuk je. Dekat tempat scan masuk macam biasa la beg semua kena check sebab tak boleh bawa makanan dan minuman luar. Macam kami ada budak ni tak silap air memang lepas je la masuk. 

Pintu masuk ada banyak dan sangat cepat atau mungkin kami sampai tu seawal pagi. Ye la weh rugi kalau sampai lambat kan. Sini ada tempat untuk solat dan pilihan makanan untuk kita muslim ni okay juga. Basically pilih la seafood atau vegetarian dan untuk kepastian lagi tanya je ada alcohol ke tak. Jangan ko pergi tanya ni halal ke tak. Elok sikit perangai tu ye. hahah




Lepas tu kalau masuk USJ ni memang standard orang akan beli bekas popcorn comel-comel macam anak aku gantung dekat badan dia ni. Design tu bergantung la ikut tema hari tu kot. Kitorang masuk-masuk dah nampak booth popcorn dulu lepas tu ada pattern minion ni je. Budak ni dah nampak mana mahu bergerak dah selagi tak beli so beli la satu pastu bila jalan sebelah dalam banyak lagi pattern minion lagi comel weh. Geram gila. Ikut hati nak beli lagi tapi macam payah nak packing bawa balik so redha je la satu tu je. Kalau tidak aku juga susah nanti nak pegang macam-macam pula. 

The Wizarding World of Harry Potter
Dah plan awal-awal kena main sini dulu so dari pintu masuk terus je cari Harry Potter dulu. Nanti ambil je siap-siap map dekat pintu masuk tu. Masa kami sampai sini dah ramai juga orang padahal aku rasa kami antara yang terawal juga sampai sesudah pintu buka. hahhahaha

Gambar dekat sini nampak kosong dan tenang je kan.. tapi realitinya panjang kena beratur disebalik orang yang ambil gambar ni. hahahhaha. 


Gambar ni boleh tengok betapa ramai nya orang masa ni walaupun dah seawal pagi. Kalau baca review Harry Potter ride ni la paling panjang kena beratur tapi kalau korang ada bawa kids boleh dapat fastlane semua ride. Boleh bergilir main dengan pasangan korang sebab tak payah beratur balik ambil giliran. 



Lagi satu masuk sini jangan lupa try air Harry Potter Butterbeer. Air ni non-alcohol ye lebih kurang macam root beer... nama je begitu tapi bukan. Butterbeer ni isi nya butterscotch-soda-cream-butter kalau korang google la. Ada banyak pilihan ikut size cawan. Aku ambil yang mug ni sebab boleh bawa balik as souvenir kan. hahahha lepas tu kalau nak refill boleh order refill. Ramai suka air ni tapi untuk aku biasa saja sebab bagi aku air ni manis gila weh. Aku bukan peminum manis sangat so biasa je la untuk aku tapi aku yang beria nak beli. Sudahnya laki aku kena habiskan semua. hahhahahaha nasib beli satu je share kalau tamak beli sorang satu naya nak habiskan.  

Harry Potter - Flight of the Hippogriff



Laki dengan anak aku pergi main ni dulu. Asyraf dah besar boleh ikut abah dia main dah semua ni. Itu yang seronok bukan main dia. Adik dengan mama la sebab tak boleh main lagi. Aku ni pula motion sickness so bukan boleh beria sangat pergi main semua. Kena bertenang saja. 


Ni gambar masa dua beranak ni beratur nak main. Ramai ye orang. Aku tunggu dekat luar tu pun lama. Masa beratur ni staf situ ada bagi kad macam ni child switch card. Biasa nya yang ada budak kecil boleh dapat ni kira bergilir untuk main. Laki aku beratur dulu kira lepas dia habis main dia pass kad ni dekat aku then aku boleh terus masuk fastlane tak perlu beratur panjang. Bagus gila kan. Tak payah susah-susah beratur balik panjang-panjang. Jimat masa. 
Harry Potter and the Forbidden Journey
Ini benda kelakar sikit. Lepas main ni aku pelik kenapa aku tak jumpa ride macam anak dengan laki aku main atas ni. Rupanya aku salah tempat masuk. Aku masuk ride lain rupanya. Maka kira cover la dua-dua ride dekat Harry Potter ni. hahhaha. Cuma yang aku main ni la ride sebenar yang panjang nak mampus orang beratur. Berlingkar-lingkar weh orang beratur. hahahhaha tapi nasib baik laki aku dah dapat kan pass fastlane tadi. Untung dekat aku la weh merasa main ride Harry Potter ni siap boleh fastlane laju gila terus ke depan. Kalau tidak mungkin la berejam pula beratur saja situ. Ride ni memang boleh rasa macam real ko terbang sekali hahhaha.. benci laa berpusing-pusing tu semua. 



Ni rupa dekat dalam castle tu. Sepanjang perjalanan masuk tu akan lalu la beberapa magic show harry potter tu. Aku ada ambil gambar tapi serupa macam tak payah ambil. Masa ni iphone tak bagus sangat nightmode dia sebab dalam tu gelap. Geram weh gambar kabur dan gelap gelita tapi serius dalam tu best. Last sekali sebelum naik ride tu kena simpan semua barang berharga dekat dalam locker ni. So sepanjang ride tu tak boleh ambil gambar apa pun. Kalau bawa pun kira at your own risk la kalau hilang ke jadi apa-apa. 
Keluar ni aku dah pening sebab sebelum tu aku tanya laki aku ride dia naik tu teruk tak dia cakap santai je tak teruk sangat tak ada berpusing apa so aku try la naik. Yeeee aku bayang aku masuk tempat yang sama dengan laki aku rupanya tidak. Yang harry potter ride dalam castle tu banyak berpusing juga mau tak mabuk aku lepas tu. Nasib okay lagi takde la sampai pitam ke apa. Kalau tidak mau terus kena balik je tak boleh main yang lain. hahahhahahah 

Ni sebenarnya toilet. hahhaha dan sound dalam ni pun sebiji macam cerita harry potter. nak flush pun ada bunyi ye. hahahha 
Restoran - Three Broomsticks



Lepas habis main tu kita terus lunch dekat restoran situ juga sebab sini ada pilihan untuk kita makan seperti fish and chips. Budak-budak pun dah lapar weh so sesuai sangat terus makan dekat sini. Kedai makan ni masih dalam area Harry Potter so basically korang akan spend paling banyak masa dekat sini juga. Gambar atas ni area dalam restoran. Aku tak pasti kenapa aku tak banyak gambar dalam ni masa tu. Mungkin dah lapar sangat agaknya. hahhaha


Budak-budak ni dapat fries pun dah seronok sangat. Oh seperti biasa aku bawa cili sos so sedap la sikit nak makan dengan potato wedges ni. Bila pergi oversea ni sos cili paket tu sangat berguna ye. hahahha nasib la sos cili boleh bawa masuk sini


Ramai betul beratur nak bergambar dengan kereta ni ye. Kereta legend dalam cerita Harry Potter. Kebetulan masa kami lalu nak keluar ni tak ramai orang dah tu yang join ambil gambar juga tu. hahahah kalau tidak mula tadi ramai so malas nak ambil sini. 

Jurrasic Park The Ride


Dua beranak ni main Jurassic Park ni pula. Lepas main tengok baju seluar basah sebab tak tau ride ni ada kena air rupanya. Dorang cakap ada bagi baju hujan tapi basah la juga baju sikit. Laki aku bagi chance main tapi aku malas sebab nak round habis takut tak sempat cover lepas tu ada parade show kan macam biasa tu ikut timing dia. 
Minion Park
Sini ramai budak kecil. Kawasan minion ni comel gila weh. Kedai souvenir banyak dan seboleh nya cuba la untuk tidak masuk sebab banyak gila toys okay. Habis laa kalau budak-budak ni nampak. hahahha.. Oh masa ni si kecil tu tengah tidur lagi. Tak silap aku dia tidur dari masa sampai dekat Jurassic Park tadi so mama dia bertenang la dekat sini. 






Dan sempat la dua beranak ni main kereta ni pula. Kalau masuk USJ better la ambil VIP Pass kalau ada niat nak main semua ride. Macam kami ni tidak la kejar semua ride sebab sedar diri ada budak kecil ni kan. Lebih pada santai-santai je. Tengok keadaan semasa. Kalau tak ramai beratur dan game pun boleh budak ni main kami masuk la. Dekat minion ni pun patut ada satu lagi ride tapi sebab panjang gila beratur dan malas nak buang masa beratur so kami skip juga yang ni. 


Ni sekitar USJ 

Banyak booth popcorn kalau nak refill popcorn. Pastu kan korang tengok la minion yang booth ni lagi comel la. hishhh aku geram.. hahahah
Spiderman


Haaa tempat spiderman ni macam tersorok sikit tapi sebab perasan apa yang orang beratur panjang dekat lorong belakang so saja la intai sekali bergambar dengan spiderman ni. Masa ni si kecil tu tidur lagi so kami bertiga je la. hahhaha



Lepas tu aku masuk main ride spiderman ni. Ni macam 3D ke 4D macam tu la. Ni aku masuk main dengan anak aku. Laki aku dah malas masuk sini. Lepas keluar ride ni tengok si kecil ni dah segar ye baru bangun tidur. hahahahhaah 

Macam kena sambung next entry untuk cerita USJ ni saja sebab panjang dan banyak benda rasa nak kena share. Senang untuk tatapan kami juga. Keluar dari spiderman ni parade baru nak mula tapi kita sambung next post ye. 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.athirahassin.com/2022/08/trip-ke-jepun-osaka-day-61-universal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bajet Dan Itinerary Trip Ke Osaka Jepun

Bajet Dan Itinerary Trip Ke Osaka Jepun

papar berkaitan - pada 21/8/2022 - jumlah : 167 hits
Biasa aku suka buat summary setiap trip luar negara sebab senang nak rujuk Biasa la layout blog pun kadang kadang tak berapa nak betul Layout blog aku sekarang ni tak pasti la apa masalah Kalau buka guna hp tak boleh nak baca semua post Nak...
Jjcm Vip Trip Jakarta Day 4 Part 2

Jjcm Vip Trip Jakarta Day 4 Part 2

papar berkaitan - pada 21/8/2022 - jumlah : 156 hits
Alhamdulillah saya masih diberi peluang untuk menyambung catatan percutian JJCM VIP Jakarta hari keempat bahagian kedua Boleh klik entri sebelum ini di Dari Taman Safari Indonesia kami kemudian menuju ke restoran untuk makan tengahari di Re...
Rawa Bird Island Tour Day Trip Package 2022 Harga Murah Jom

Rawa Bird Island Tour Day Trip Package 2022 Harga Murah Jom

papar berkaitan - pada 23/8/2022 - jumlah : 245 hits
Kecantikan Pulau Rawa Johor tak dapat disangkal lagi sehingga mendapat gelaran Maldives Malaysia disebabkan suasananya seperti di Maldives Tak berpeluang pergi ke Maldives dapat pergi Pulau Rawa pun jadilah kan Pulau Rawa Mersing JohorPulau...
Cha Eunwoo Dilamar Terajui Drama Adaptasi Webtoon A Good Day To Be A Dog

Cha Eunwoo Dilamar Terajui Drama Adaptasi Webtoon A Good Day To Be A Dog

papar berkaitan - pada 16/8/2022 - jumlah : 197 hits
Fuh Nampaknya makin banyak tawaran lakonan buat Cha Eun woo ARTIKEL BERKAITAN Pada 16 Ogos Cha Eun woo telah dilaporkan akan membintangi drama baharu berjudul A Good Day To Be A Dog Berikutan itu agensinya memberi respon A Good Day To Be A ...
Jjcm Jakarta Day 1

Jjcm Jakarta Day 1

papar berkaitan - pada 17/8/2022 - jumlah : 355 hits
Seperti yang saya pernah tulis sebelum ini program percutiaan JJCM ke Jakarta adalah tercetus sewaktu kami berada di Hotel Thistle Johor Bahru selepas menghadiri majlis perkahwinan anak Datuk Mohd Khairi dan Datin Mai boleh rujuk entri di d...
One Day Celebration Of Malaysia Victory With Mardhiyyah Hotel Suites

One Day Celebration Of Malaysia Victory With Mardhiyyah Hotel Suites

papar berkaitan - pada 17/8/2022 - jumlah : 258 hits
ONE DAY CELEBRATION OF MALAYSIA VICTORY WITH MARDHIYYAH HOTEL SUITES Mardhiyyah Hotel Suites is offering all Malaysian to try out diverse dishes for Independence Day Gather your family and friends for Merdeka Hi Tea and Malaysia Day Hi Tea ...
Kl Tower Dbkl Tower 1 Lit Up To Mark India S 75th Independence Day

Kl Tower Dbkl Tower 1 Lit Up To Mark India S 75th Independence Day

papar berkaitan - pada 16/8/2022 - jumlah : 232 hits
PETALING JAYA Two landmark buildings in Kuala Lumpur the KL Tower and Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Tower are lit up with special illumination in marking India s 75th Independence Day The High Commission of India said KL Tower would be lit u...
Wrongfully Jailed I Was Among 35 Inmates Whipped On Same Day

Wrongfully Jailed I Was Among 35 Inmates Whipped On Same Day

papar berkaitan - pada 17/8/2022 - jumlah : 162 hits
The Indonesian migrant worker who was wrongfully imprisoned and whipped said he was among 35 other Tawau Prison inmates who were whipped on the same day one after another Recalling his harrowing experience waiting for his turn to be whipped...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator