Trip Ke Guangzhou Nov 2018 Sunny Private Apartment Hotel Of Grand Continental
Assalam dan salam sayang buat reader blog JM 💖
Sambungan dari entri Departure Day
Masih ada yang berminat nak baca lagi tak kisah trip ke Guangzhou..moh kita sambung!
Selepas almost 1 jam dari South Airport Station (10.25am) ke Beijing Lu Station (11.20am) kami pun sampai di...
***Sunny Private Apartment Hotel Of Grand Continental!!!!***
Kalau baca lagi sekali nama hotel ni macam pelik jek bunyi nya..Sunny Apartment Hotel ke..Grand Continental Hotel
Lokasi hotel : Beijing Lu Station Exit B
Bab tempah hotel/penginapan ni SS dan HH memang pakar..dorang bijak cari lokasi dan harga. Itu yang menjadi keutamaan dan paling penting bilik hotel tu boleh stay untuk 3 orang. Kalau travel bertiga ni agak susah tau nak dapat bilik katil bertiga kebanyakan nya twin sharing kalau nak juga kena minta extra bed
Dorang booking kat booking.com untuk 5 mlm 1,392.08yuan (RM841.52) means satu mlm anggaran RM168. Kalau dah stay bertiga setiap sorang bayar RM56.00 sahaja untuk satu malam..MURAH ke MAHAL
Cara nak ke sini mudah sahaja :1. Take a Metro Line 62. Stop at Beijing Lu Station3. Exit B4. Turn RIGHT and Cross the ROAD
Nak lebih jelas lagi JM share lokasi hotel tu seperti MAP di bawah. Kalau tak lukis map macam ni mesti tak tahu nak tuju arah ke kiri or kanan kan, so JM share bagi mudahkan rujukan trip akan datang dan juga mudahkan traveller lain yang berminat nak stay kat sini.
Map lokasi Sunny Private Apartment Hotel of Grand Continental
Beijing Lu Station Exit BKeluar sahaja dari station ni ambil arah ke kanan!!
Sunny Private Apartment Hotel ada dalam bangunan ni, naik lift ke Aras 18 untuk ke Receptionist Hotel....bukan kat lobiNampak tak entrance masuk building ni tulis Grand Continental dan Nomo International Apartment? Sebenarnya building tinggi tau dalam 36 tingkat kalau tak salah..jadinya dalam satu building ni ada banyak hotel termasuklah Grand Continental. Itu sebab nama hotel kami nak stay ni Sunny Private Apartment Hotel of Grand Continental, meas doorang share dalam satu building
Receptionist untuk Sunny Private Apartment ni tingkat 18. Kalau dah masuk entrance building tu nanti ada dua lift kiri dan kanan, korang pilih lift sebelah kiri tekan lift naik ke tingkat 18. Haaaa tengok detail ke tak JM ajar..kalau tak faham jugak tak payah nak travel sendiri follow je travel agent 😅 . Kami kurang pasti la berapa level bilik untuk Suny Apartment dan tak beminat nak ambik tahu pun janji kami dapat bilik best, besar dan kebabomm!!
Kaunter receptionist tingkat 18..nampak tak tu kami bawak bagpack je....Dah sampai tingkat 18 tu pi la cari kaunter receptionist macam dalam gambar kat atas tu. Proses check-in macam biasa, serah passport masing-masing untuk dorang buat satu copy. Pastu HH tanya boleh tak bayar by credit card..dia cakap boleh..Yahoooo! duit cash yang dah standby untuk bayar hotel leh guna untuk shopping hihihih
Waktu tengah check-in tu salah sorang staff pompuan tu cakap gini "I will give you a room with a nice view at same price..but you must give us a good review"...Nice view? same price? sape tak nak kan hihiih..rezeki..rezeki..jagan risau ye dorang boleh communicate in englsih very well sebab ramai jugak malaysian stay sini
Selesai urusan check-in salah sorang staff dorang bawak kami ke bilik (Room No 1511). Bukak je pintu..Masya Allah besarnya bilik, katil single 3, TV, peti sejuk 2 pintu, almari baju, microwave, sinki dan space untuk solat pun besar. View dari lar cermin bilik pun lawa
Staff tadi tolong kami setkan WIFI dan tunjuk cara on TV..bila dia beredar je mula la aktiviti ambik gambar bilik. Kredit to SS kerana ambik gambar bilik kami yang besar dan serba lengkap ni
Katil single tapi boleh tidur berdua..besar..ce teka sape tidur katil sblh tandas, katil tengah dan katil tepi tingkap hihihi
Nampak tak? ada Almari baju (gobok), peti sejuk dan TV
Ni ha..tak seronok ke..siap ada microwave ko..kalau nak panaskan nasi ke lauk ke..kan senang. Ada sinki lagi nak cuci tupperware ke cawan ke
Bilik air dia pun beso..SS cakap bilik air dia berbau..dia rajin hari-hari cuci bilik air hihihKat hotel ni dorang akan housekeeping bilik setiap hari, dan toilettories hari-hargi beganti cumanya satu part je tak best..asyiklah dapat towel kena gigit tikus (berlobang). Setiap kali dapat towel baru je kena check dulu mesti ada yang berlubang(macam reput) agaknya. Adeh!! bila minta tukar lambat pulak dia datang ganti ada malam tu kita dah nak tidur, baru datang ketuk pintu cakap nak tukar towel. Lain pada tu bagi JM semua tip top dan highly RECOMMENDED!!!
Ni view dari tingkap hotel..waktu check in tadi kan staff dia cakap nak bagi bilik dengan view yg ohsem....setiap pagi kami lepak tepi tingkap sambil jamah sarapan..nikmatnya!!!Satu lagi peringatan buat semua, ada orang cakap "eleh..ko pergi Guangzhou banyak kedai HALAL..tak perlu risau la" tapi korang kena ingat..ada kemungkinan kedai HALAL yang korang pergi tahun 2015 tu dah tutup kalau korang pergi tahun 2018. Contohnya tahun 2013 dulu JM pergi makan kat kedai HALAL di Changsha Lu Exit D tapi bila pergi tahun 2018 baru-baru ni bangunan kedai tu pun dah nak kena roboh, kedai tu dah TUTUP. So kalau nak cari info kedai makanan HALAL kat Guangzhou ni sila baca entri blog terkini..maksudnya kalau nak pergi tahun 2019 cari lah info yang blogger share trip tahun 2018 atau 2017
Kalau nak selamat tak nak berlapar, mengamuk cari kedai makan tak jumpa..better korang bawak bekal macam kami. Sediakan sambal ikan blis kering ke, serunding ke, nasi lemak brahim ke..bangun pagi boleh panaskan guna microwave. Pastu lets say pergi kedai makan minta tapau nasi putih, balik hotel boleh makan dengan sambal bilis kering. Maksudnya sarapan siap-siap kat hotel, makan malam pun kat hotel, makan tengahari je kat luar
Tak dinafikan ada beberapa kedai makanan HALAL di Guangzhou nanti JM share dalam entri yang lain
Bila dah masuk simpan beg semua, solat jamak dulu pastu jom kita ronda-ronda di Shangxiajiu Pedestrian Street dan Beijing Lu Pedestrian Street.
-Bersambung-
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://jarimanistravel.blogspot.com/2018/12/trip-ke-guangzhou-nov-2018-sunny.html