Trip Ke Guangzhou Nov 2018 Halal Restaurant At Dishifu Lu Rd
Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM 💖,
Moh sambung entri Guangzhou...bulan Dis ni rajin sikit update blog hihih
Kalau nak tahu JM stay kat mana..boleh klik SINI
Hari pertama sampai di Guangzhou, lepas dah check in kami plan nak ke sini :
1. Kedai Makanan HALAL area Changshou Lu Station2. Shangxiajiu Pedestrian Street3. Beijing Lu
Waktu JM ke Guangzhou tahun 2013 dulu, pernah makan kat satu kedai ni...lokasi di Changshou Lu Station Exit D, dari exit tu cross jalan, masuk lorong sebelah kiri ada kedai HALAL tu. Kalau dari Exit D akan nampak dari jauh kedai HALAL tu signboard warna hijau.
Changshou Lu Exit DBila keluar Exit D tu, jalan arah ke kanan sikit pandang a seberang jalan..JM jadi BLURR...eh mana signboard hijau 'HALAL' tu? dah tak ada....pastu bangunan yang sepatutnya meriah dengan jualan pun dah tak ada, bangunan tu pun macam dah nak kena roboh..tiada lagi peniaga kat kawasan tu....dalam hati
"Ehhh..salah tempat ke ni..tapi rasanya dah betul...." pastu SS tanya..
"Mana kedainya..u tahu ke tak ni?" JM makin blurr sambil bukak kitab busuk..masih blurr
Pastu SS ambik kitab busuk tu dia suruh HH tengok kat mana kedai tu..sebab ada letak info dalam kitab tu..HH dan SS cuba jalan ke arah kiri kalau-kalau kedai tu kat sebelah sana..Tapi JM dok la berdiri kat situ sebab confident kedai tu kat seberang jalan sana. Adehhh!!!
SS ajak cross jalan je pegi tengok dari dekat..JM cakap la "kedai tu masuk lorong sebelah kiri"
Korang nak tahu apa yang kami nampak?????
Korang nampak apa yang JM nampak????? Already CLOSED!!!! Dah pindah ke lokasi lain agaknya!!Nampak tak??? kalau tengok keadaan kedai tu macam dah bertahun TUTUP!!!! Bangunan lokasi kedai ni pun nampak macam dah tunggu masa nak roboh, jadinya dorang dah pindah lokasi
Peringatan dari JM...kalau korang cari info satu-satu destinasi tu pilih entri atau info terkini. Macam kami..info yang kami rujuk tahun 2013 dan 2016. Let say la korang nak travel tahun 2019..cari lah info tahun 2017 or early 2018. Jangan info yang terlalu lama risau dah tak valid
Tengok je kedai tu 'TUTUP"...FRUST!!! lapo..nak cari makan kat mana..itu je kedai harapan yang kami ada...
Mati kutu..abis nak ke mana ni?...kita jalan la terus ke depan..maksudnya Exit D tadi jalan terus sahaja ke kanan sebab JM ada nampak signboard warna coklat "Shangxiajiu Pedestrian Street" terus je ke depan lagi.
Dalam beberapa meter jalan macam tak nampak area "Shangxiajiu Pedestrian Street". Kiri kanan jalan ada kedai tapi tak meriah, harga pun mahal.
SS tanya JM "betulkan ikut arah sini"JM jawab "betul....tadi ada nampak signboard....jalan terus je ke depan"
HH pulak dah jalan jauh ke depan...kami jalan slow-slow tengok kiri kanan tapi tak ada apa yang menarik.
Jalan..jalan..jalan..dalam hati berdoa juga "Ya Allah! engkau permudahkanlah urusan kami Ya Allah.."
Bila sampai di penghujung jalan ada simpang empat....tiba-tiba si HH menjerit (dah kena sampuk syaiton ke budak ni hahahah) sambil senyum.....kami pun terpinga-pinga la..kenapa???
HH dengan isyarat tangan tunjuk ke depan sebelah kanan sambil berkata "ada kedai HALAL la"..dia nampak ada kedai makanan HALAL...alhamdulillah..apa lagi jom la serbu hehehehe.
Disebabkan kami jumpa kedai tu, JM share dengan korang lokasi detail kedai tu kat jalan Dishifu Lu seperti dalam map di bawah sebagai rujukan.
Map of direction to Halal restaurant at Dishifu LuPenghujung jalan Baohua Rd ni akan jumpa simpang 4 niDari 4 junction tu..korang toleh ke kanan akan nampak McD pastu kedai makanan HALAL tu betul-betul sebelah McDZoom OUT sikit, senang nak kenal kedai HALAL ni..signboard dia warna hijau pastu ada logo HALALJom masuk..macam-macam menu adaMenu book - sape pandai translateMenu dan HargaKami order Mee tarik with Beef..2 manguk untuk 3 orang..minta extra bowl..harga satu mangkuk 13yuan (RM7.80)Masuk kedai, ambil tempat duduk, tengok menu..order!!! Mee tarik 2 boss!! hihhi..satu mangkuk tu tak habis tau makan sorang tapi tak cukup makan bertiga jadinya kami order 2 mangkuk. Satu mangkuk RM7.80 atau 13yuan
SEDAP weiii mee tarik kat China ni..mee dia kenyal-kenyal, kuah sup dia marveles, hirup panas-panas letak lak macam cili flake yang di masak tu....perghh....makan time tengah lapo.....BBBOOOMMM nak meletup pun buat tak hairan dah hahahaha
Slurppp!!! slurpp!!! alhamdulillah kenyang...baru boleh berikir dengan baik..kalau perut tengah lapar.....otak jadi jem hihihi
Dah siap makan sebelum bayo kami nak tapau nasi untuk bekal esok pagi makan dengan sambal bilis tumis kering. So HH keluarkan Q Card dalam handphone tunjuk kat staff kedai perkataan 迷你 Mi Fan = Nasi sambil angkat 2 jari means nak tapau 2 bungkos setiap 1 bungkus 6yuan (RM3.60).
Kami sebenarnya masih blurr tau nak cari Shangxiajiu Pedestrian Street ni. Pastu HH keluarkan Q Card yang cetak atas kertas tunjuk perkataan 上下九步行街 = Shangxiajiu Pedestrian Street??? Orang kedai tu pun tak cakap apa-apa just angkat tangan tunjuk arah ke kanan kedai..
Untungnya kami ni..anak saudara SS pandai bahasa China, bukan pandai bercakap sahaja, menulis, membaca..so minta dia la tolong translate..kalau macam korang..minta la uncle google tolong translate hihih
Jom kita teruskan ke Shangxiajiu Pedestrian Street plak
Welcome to Shangjiaxiu Pedestrian StreetPenat dah taip...cerita pada Shangxiajiu Pedestrian Street ni dalam next entri boleh? hihihih
-Bersambung-
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://jarimanistravel.blogspot.com/2018/12/trip-ke-guangzhou-nov-2018-halal.html