Doko Koko Kafe Animasi Jepun Terbesar Di Asia Tenggara Kini Di Malaysia


 
Baru-baru ini AlongMurni (AM) berkesempatan hadir ke Majlis Perasmian Doko Koko yang merupakan sebuah Kafe Animasi Jepun Terbesar di Asia Tenggara. Dengan pembukaan Doko Koko ini, dunia animasi Jepun di Malaysia kini berada di tahap tersendiri dan semakin mendapat tempat di hati ramai

Ini secara tidak langsung, meletakkan Doko Koko sebagai premis dan kafe anime terbesar di Asia Tenggara yang menawarkan pelbagai produk asli dan eksklusif terus dari Jepun. Kafe Doko Koko ini dapat menampung sehingga 100 orang untuk satu-satu masa.

DODO KOKO KAFE ANIMASI JEPUN TERBESAR DI ASIA TENGGARA KINI DI MALAYSIA Selain menawarkan koleksi barangan eksklusif, Doko Koko turut menjalin kerjasama dengan pelbagai francais animasi Jepun bersiri yang terkenal sebagai salah satu pendekatan untuk menghasilkan tema kafe berkenaan pada setiap bulan.

Terbaharu, Doko Koko telah memilih siri terkenal NIJISANJI EN dan Heaven’s Official Blessing sebagai tema pilihan sepanjang Januari dan Februari 2025. Antara menu sajian bertema yang akan disajikan selama dua bulan ini sehingga Mac 2025 adalah: 
PESTO FARFALLE : RM 35
CRYSTAL SHRIMP DUMPLINGS: RM28
BLACK SAUCE HAMBURGER: 38
SQUID INK SHRIMP BOLOGNESE: RM 38
FRY BUN WITH SWEET & SPICY SAUCE: RM20
SWEET POTATO TANG YUAN: RM20
FRUIT TEA POT: 28Pengarah Doko Koko, Joshua Wong Yong Chern, berkata matlamat utama penubuhan premis ini adalah untuk membawa budaya animasi Jepun dengan lebih dekat kepada peminatnya di Malaysia.


“Sebelum ini, peminat anime di Malaysia perlu ke Jepun untuk mendapatkan barangan asli yang bukan sahaja mahal, tetapi juga sukar diperolehi.

“Dengan adanya Doko Koko, kami membawa satu pengalaman membeli-belah dunia anime ke Malaysia pada harga yang lebih berpatutan,” katanya.


MENYOKONG BAKAT TEMPATAN Selain membawa produk antarabangsa ke Malaysia, Doko Koko turut berhasrat untuk menyokong kreativiti artis tempatan dalam menghasilkan karya dan nukilan animasi mereka sendiri.


“Ramai yang tidak tahu bahawa Malaysia juga mempunyai bakat hebat dalam dunia anime. Kami mahu memberi platform kepada artis tempatan untuk menonjolkan karya mereka,” kata Joshua Wong.

Dengan pembukaan Doko Koko, peminat anime di Malaysia kini mempunyai akses lebih mudah terhadap minat mereka dan pengalaman unik tanpa perlu ke luar negara. Doko Koko juga boleh dijadikan tempat pertemuan komuniti peminat anime bagi berkongsi minat dan meraikan budaya bersama.

CABARAN DALAM INDUSTRI ANIMASI Menurut pengarah Doko Koko, cabaran utama dalam industri ini adalah mendapatkan lesen rasmi daripada pemegang hak cipta asal.


“Kami ingin memastikan semua produk yang dijual di sini adalah asli dan berlesen. Semua ini berlaku kerana kami melalui proses kelulusan yang ketat. Walaupun kos untuk mendapatkan lesen agak tinggi, kami percaya ia penting untuk memastikan peminat anime mendapat produk berkualiti dan juga asli,” jelasnya.
Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat, Doko Koko merancang untuk membuka 10 lagi cawangan baharu di seluruh negara dalam masa terdekat serta menyasarkan Johor Bahru sebagai lokasi terkini mereka pada masa akan datang.

MERCHANDISE EKSKLUSIF DI DOKO KOKO Dodo Koko telah mengadakan majlis perasmian pada 12 Februari 2025, dari jam 12 tengah hari hingga 2 petang di LOT G20A&B, LaLaport BBCC. Acara ini telah dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti tarian singa, upacara memotong reben dan sesi Lou Shang sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Majlis perasmian dihadiri oleh tetamu dari LaLaport BBCC sendiri yang memainkan peranan penting di dalam industri peruncitan dan animasi Jepun di Malaysia. Sebagai sebahagian daripada tarikan utama, Doko Koko juga menyediakan seleksi makanan bertemakan anime. Premis ini juga menjual pelbagai merchandise eksklusif yang sukar didapati di tempat lain.

MERCHANDISE EKSKLUSIF DOKO KOKO Terdapat figura daripada animasi Jepun terkenal, pakaian dan kit edisi terhad seperti gelas dan pelapik minuman dan pinggan bersama ilustrasi khas yang hanya boleh didapati di Doko Koko pada harga berpatutan.

DOKO KOKO Alamat: 

G20A & B, Lalaport BBCC,

No. 2 Jln Hang Tuah, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

WEBSITE

https://www.dokokoko.asia/

INSTAGRAM

@dokokoko_dkkk

FACEBOOK

@Doko Koko

TIKTOK

@dokokoko_dkkkk

X

@DokoKoko_dkkk






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.alongmurni.com/2025/02/doko-koko-kafe-animasi-jepun-terbesar-di-asia-tenggara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doko Koko Bawa Pengalaman Anime Jepun Ke Malaysia

Doko Koko Bawa Pengalaman Anime Jepun Ke Malaysia

papar berkaitan - pada 13/2/2025 - jumlah : 138 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraPada tanggal 12 Februari 2025 yang lalu telah berlangsungnya majlis perasmian sebuah kafe animasi unik yang dikenali sebagai Doko Koko Majlis dianjurkan di premis kafe tersebut yang terletak di pusat beli ...
36 Tahun Gigolo Jepun Berhasrat Ada 54 Anak Rancang Pindah Ke Malaysia

36 Tahun Gigolo Jepun Berhasrat Ada 54 Anak Rancang Pindah Ke Malaysia

papar berkaitan - pada 13/2/2025 - jumlah : 121 hits
Sebuah kisah menarik datang dari seorang gigolo Jepun yang memilih Malaysia sebagai destinasi untuk menetap Ryuta Watanabe 36 tahun seorang influencer yang dahulunya bergantung sepenuhnya kepada tiga isterinya untuk menyara hidup kini memba...
Gx Flexicredit Kini Terbuka Kepada Semua Rakyat Malaysia

Gx Flexicredit Kini Terbuka Kepada Semua Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 12/2/2025 - jumlah : 164 hits
GXBank bank digital pertama di Malaysia hari ini mengumumkan bahawa perkhidmatan GX FlexiCredit kini dibuka untuk semua rakyat Malaysia GXBank menyatakan penawaran itu dibuka selepas mendapat maklum balas positif semasa fasa perintis yang m...
Pengasas 99 Speedmart Lee Thiam Wah Kini Muncul Sebagai Orang Ketujuh Individu Paling Kaya Di Malaysia

Pengasas 99 Speedmart Lee Thiam Wah Kini Muncul Sebagai Orang Ketujuh Individu Paling Kaya Di Malaysia

papar berkaitan - pada 9/2/2025 - jumlah : 330 hits
KUALA LUMPUR Pengasas rangkaian runcit 99 Speedmart Lee Thiam Wah muncul sebagai antara 10 individu terkaya Malaysia dengan nilai kekayaan RM17 6 bilion menurut Senarai Individu Terkaya Nanyang Siang Pau 2024 Kekayaan Thiam Wah yang memegan...
Lelaki Jepun Ada 4 Isteri Mahu Pindah Malaysia

Lelaki Jepun Ada 4 Isteri Mahu Pindah Malaysia

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 211 hits
KOSMO WATANABE bersama isteri isteri dan anak anaknyaTOKYO Seorang lelaki Jepun yang mempunyai empat isteri menyuarakan hasrat untuk berpindah di Malaysia lapor portal berita World of Buzz kelmarin Ryuta Watanabe 36 merupakan seorang pesoho...
Malaysia Diberi Penghormatan Membangunkan Palestiine Bersama Jepun

Malaysia Diberi Penghormatan Membangunkan Palestiine Bersama Jepun

papar berkaitan - pada 4/2/2025 - jumlah : 157 hits
KUALA LUMPUR FEB 4 Pengkritik harus melihat kepada penghormatan yang diberi kepada Malaysia untuk bersama sama dengan Jepun membantu membangunkan semula Gaza kata Menteri Luar Mohamad Hasan Beliau berkata walaupun usaha itu bukan sahaja men...
16 Foto Ai Pintu Gerbang Masuk Selamat Datang Negeri Negeri Di Malaysia Yang Tersergam Indah

16 Foto Ai Pintu Gerbang Masuk Selamat Datang Negeri Negeri Di Malaysia Yang Tersergam Indah

papar berkaitan - pada 10/2/2025 - jumlah : 232 hits
Memang kelihatan grand dan extravaganza sungguh koleksi pintu gerbang masuk negeri negeri di Malaysia yang dihasilkan menerusi AI ini Jadi jom kita selongkar SelangorSabahSarawakJangan Lupa Like Share Komen
Erdogen Ke Malaysia Lagi

Erdogen Ke Malaysia Lagi

papar berkaitan - pada 10/2/2025 - jumlah : 143 hits
Presiden T rkiye Recep Tayyip Erdo an tiba untuk lawatan dua hari ke Malaysia disambut oleh PM Anwar Ibrahim Bermula dari menghadapi susur galur politik yang sama dimana kedua duanya dipenjara sebelum diangkat jadi pemimpin sehinggalah kepa...
Rumc Mi The Leading Medical Informatics School In Malaysia

Rumc Mi The Leading Medical Informatics School In Malaysia

papar berkaitan - pada 10/2/2025 - jumlah : 213 hits
The healthcare industry is rapidly evolving with digital transformation playing a crucial role in improving patient care and hospital management Medical informatics integrates healthcare technology and data analytics to enhance decision mak...
Ironic That Home Minister Saifuddin Is Unable To Protect His Own Phone From Hackers

Comment On Pengalaman Diet Intermittent Fasting 61kg Ke 50kg By Ainul

Truck Vs Car What Makes Big Rig Accidents More Legally Complex

Family Staycation Indonesia Menikmati Pemandangan Indah Di Kawah Putih Tempat Cantik Untuk Ootd

Ai Powered Prosthetics Revolutionizing Mobility And Accessibility

Ringgit Edges Down On Improving Us Consumer Confidence

Comment On Yuran Pasti 2023 Untuk Anak 4 5 6 Tahun By Sumayyah

Tahniah Dan Terima Kasih


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


10 Pesanan Buat Sahabat

Makan Tengah Hari Di Ina Cafe Balik Pulau Dengan Permandangan Sungai

Harga Bakar Poket Gas Ungu Untuk Peniaga Rm70

Vicky Salamor Duakan Tanpa Memikirkan Chord

Dxy Indeks Dolar A S Terus Menunjukkan Momentum Positif Untuk Hari Kedua Berturut Turut

Drawing Parallels A Minimalistic Bmw R80 Caf Racer From Slovakia