Trip 2 Hari 1 Malam Ke Ho Chi Minh City Vietnam


Pengalaman bercuti ke Vietnam | Lama rupanya artikel ni masih dalam draft. Baru harini CN berjaya siapkan! Hokay, sudah lama sebenarnya CN nak cerita tentang pengalaman CN bercuti ke Vietnam bersama geng-geng cikgu. Trip 2 hari 1 malam ni cuma ke Ho Chi Minh & Chu Chi Tunnel sahaja. Oh ya, kami bercuti ke sana sebelum meledaknya virus covid-19 ni di Malaysia ye, awal tahun 2020. Semasa tu, semua sekolah di Vietnam sudah tutup lebih 2 bulan gara-gara covid-19 ni. 

Trip 2 hari 1 malam ke Ho Chi Minh City, Vietnam
Wajib selfie dalam flight

Alhamdulillah, Ho Chi Minh City tiada kes covid-19. Kes teruk covid-19 adalah di Hanoi ketika itu kerana tempat tersebut bersempadan dengan negara China. Walau bagaimanapun, kami tetap berjaga-jaga dengan sentiasa memakai face mask & sentiasa bersihkan tangan dengan hand sanitizer. Alhamdulillah, tiada kes suspect covid-19 untuk semua geng trip kami ketika itu

Muka excited masing-masing dapat me time dari suami tersayang

Pengalaman Bercuti Ke Vietnam
Ini adalah pengalaman pertama CN bercuti ke Vietnam. Jadi, sebelum pergi tu memang banyak buat research. Siap tanya kawan berapa cash yang kena bawak. Percaya tak, sepanjang di sana, CN langsung tidak menukar duit Vietnam iaitu dong? Semua urusan shopping menggunakan RM sahaja. Maklumlah, kami menggunakan agent travel Aamin Tour Travel. Semua agent uruskan termasuk makan 2 hari 1 malam di sana. Cuma semasa di airport, terpaksa pau kawan yang mempunyai duit dolar untuk membeli air mineral! Hehehe...
CN bersama geng-geng cikgu

Shopping sakan di Ho Chi Minh City, Vietnam
Tiket Air Asia KL-HCM seawal 7.50 pagi. Jadi 4.30 pagi sudah bergerak dari rumah ke airport. Breakfast siap-siap di McDonald KLIA 2 dan solat. Masuk je flight, terus zzzzzz. Mengantuk wei! Sampai je di airport Saigon, sebelum keluar dari flight, steward Air Asia sudah wish "selamat shopping!"..tahu-tahu je dorang ek? Hehehe.

Flight details

Urusan pengangkutan dan penginapan semua diuruskan oleh agensi. Memang senang hidup. Pengangkutan kami menggunakan bas mini siap dengan wifi! Fuh, bahagia beb dapat wifi. Laju je video call show off dengan anak-anak! 
Bas yang selesa dengan pakej wifi, sis suka!

Mesti singgah ke Linda Wholesale
Tengok tu, sikit je plastik shopping CN dekat sini

Hokay, tempat pertama di tuju adalah Linda Wholesale. Disebabkan tempat ni agak ke dalam, bas hanya parking di jalan utama. Jadi kami semua terpaksa berjalan kaki. Its okay, demi shopping, no hal! Tapi benda yang menakutkan adalah untuk melintas jalan. Serius memang seram nak melintas jalan di Vietnam ni. Motor banyak sangat! Korang kena bergerak ramai-ramai untuk melintas, baru senang. Jangan lupa guna isyarat tangan ye, hehehe

Bergambar dulu sementara tunggu kawan-kawan lain shopping

Di sini memang banyak sangat pilihan baju wanita dan ada juga kurta untuk lelaki. Disebabkan Encik Suami tak suka kurta, jadi CN tak beli apa-apa untuk dia. CN cuma beli baju kurung lace dan blause sedondon dengan kawan-kawan. Kebanyakan design baju dekat sini sama macam dekat Pasar Kemboja Parit Buntar. So tak berapa excited sangat. Beza harga mestilah murah sikit sebab tak naik flight kan. 

Kalau tak banyak shopping, mesti banyak bergambar. Inilah CN.

Kilang Telekung
Lokasi kedua adalah kilang telekung. CN pun tak pasti apa nama kilang telekung ni. Gambar pun tak ambil sebab agak banyak shopping di sini. Telekung memang cantik dan berkualiti. Yang pasti murah! Dekat sini juga CN beli kain ela cotton. Lawa! 
Kampung Pandan Saigon Halal Restaurant

Makan Tengah Hari di Kampung Pandan Saigon Halal Restaurant
Setelah penat shopping, mesti lah lapar. Jadi tempat lunch kami adalah di Kampung Pandan Saigon Halal Restaurant. Apa yang korang kena tahu, di Vietnam ni memang mahal makanan halal dan hotel. Jadi bila dah bayar agensi, senang sikit. Harga hotel 2 bintang di sana macam harga hotel 4 bintang dekat Malaysia tau. 
Menu lunch kami di Kampung Pandan Saigon Halal RestaurantDessert favourite CN

Makanan dekat restoren ni tak dinafikan memang sedap! CN suka dessert dekat gambar atas ni. Macam roti manis, tapi kecil. Sedap dimakan panas-panas. 
CN di hadapan Queen Central Hotel Ben Thanh

Queen Central Hotel Ben Thanh
Sudah semestinya lokasi wajib shopping di Vietnam adalah Ben Thanh. Jadi pemilihan Queen Central Hotel adalah pilihan tepat kerana tak perlu menaiki sebarang kenderaan untuk shopping. Hanya jalan kaki je. Turun bilik hotel boleh terus shopping dengan bahagia! 
Mesti cuba kopi Vietnam, sangat sedap! CN memang addicted dengan kopi ni. Siang malam  duk minum kopi ni. Harga pun murah, cuma RM3 secawan. Janga terkejut ye, RM hokay. Peniaga ni pun fasih berbahasa melayu, siap cakap longat utara lagi. 

Tempat Shopping Wajib di Vietnam, Ben Thanh
Boleh dikatakan kawasan sekitar Ben Thanh ni lebih kurang macam Jalan TAR, KL. Dari pasar dan kedai-kedai macam tula rupanya. Boleh tawar menawar dan shopping sambil duduk memilih barang. Dekat sini kebanyakan peniaga pandai berbahasa melayu. Jadi tak perlu risau untuk tawar menawar. Korang boleh ke Ben Thanh market. CN beli luggage di sini. Paling meriah mesti lah pasar malam Ben Thanh. Macam-macam ada dekat sini. Memang best shopping. Tapi biasalah, bila CN excited shopping memang lupa untuk ambil gambar! Ops. 

Sebelum shopping kita minum kopi Vietnam dulu

Bergambar di Saigon Square
Jalan kaki ke Saigon Square
Selepas dinner, CN dan kawan-kawan decide untuk ke Saigon Square. Dari hotel memang tak jauh untuk ke Saigon Square. Jadi CN dan kawan-kawan jalan kaki je. Nak tengok rupa mall dekat sana. Oh ya, di Saigon Square ni tak laku ye duit RM. Tapi boleh pakai kredit card. Jangan risau. 
Menu dinner di restoran berhadapan Queen Central Hotel
Menu dinner di restoran berhadapan Queen Central Hotel

CN tak shopping apa-apa di Saigon Square. Bagi CN, lagi best Design Village dekat Penang tu. Shopping di pasar malam Ben Thanh lagi best! Macam-macam CN shopping dekat pasar malam Ben Thanh ni, baju kurung cotton ibu dan anak, tudung sarung dan shirt untuk Encik Suami dan Irfan. 
Hari kedua ke Cu Chi Tunnel
Selepas bersarapan di hotel, kami bersiap-siap kemas beg untuk check out. Sementara tunggu kawan-kawan lain bersiap, sempat lagi CN dan roomate shopping shawl dan telekung kanak-kanak dekat kedai bawah hotel ni. Maklumlah, ruang beg masih ada kosong. Rugi jika tak shopping! Sempat jugak tapau kopi Vietnam dan kuih muih tau. Yela, perjalanan ke Cu Chi Tunnel agak jauh, takut lapar katanya. 
Jangan lupa beli kopi Vietnam segera, RM9 je sepaket

Cu Chi Tunnel ni adalah tempat sejarah sebahagian kawasan peperangan antara Vietnam dan Amerika. Orang Vietnam memang bangga sebab dorang dapat kalahkan Amerika dengan pelbagai teknik yang korang boleh tengok di Cu Chi Tunnel. Memang kretif dorang ni. 
Tiket masuk ke Cu Chi Tunnel
Bergambar di Cu Chi Tunnel


Hokay, di Cu Chi Tunnel memang banyak bergambar. So layan lah beberapa gambar CN dan kawan-kawan di sana. 
Gaya geng cikgu-cikgu di Cu Chi Tunnel
Gaya geng cikgu-cikgu di Cu Chi Tunnel
Gaya geng cikgu-cikgu di Cu Chi Tunnel

CN baru keluar dari salah satu tunnel di sana. Penat terbongkok-bongkok masuk tunnel tu tau. Memang gelap
Mencuba makan makanan zaman perang iaitu ubi rebus. Jika di Malaysia, biasanya makan ubi rebus cicah sambal bilis, tapi disini ubi rebus cicah kacang tumbuk yang digaul garam dan gula. Sedap! 
Ubi rebus cicah kacang tumbuk dengan teh herba, sedap! 
Gaya geng cikgu-cikgu di Cu Chi Tunnel
Gaya gambar wajib CN
Gaya geng cikgu-cikgu di Cu Chi Tunnel
Tips bergambar nampak kurus, kaki silang sikit tangan tunjuk langit ye
Gaya geng cikgu-cikgu di Cu Chi Tunnel
Gaya geng cikgu-cikgu di Cu Chi Tunnel
Kawan cakap wajib bergambar dekat bangku ni, sis ikut je

Setelah penat di Cu Chi Tunnel, masa untuk lunch! Sorry sangat, CN lupa apa nama restoren kitorang lunch ni. Tapi tempat ni memang khas untuk pelancong dari Malaysia je rupanya. Bas parking pun yang keluar semua orang Malaysia. Toilet di surau pun ada sabun mandi dari Malaysia hokay! Hehehe.

Baca doa dulu sebelum makan. Macam biasa, restoren pilihan agensi memang terbaik, sentiasa sedap dan memenuhi tekak. 

Habis lunch, bas terus bawak kami ke airport Saigon. Agak frust sebab masa masih panjang, tapi driver dah hantar kami ke sini. Maka melepaklah kami seperti gambar di bawah sambil bergosip dan makan bekal makanan yang dibawa dari Malaysia dan dibeli di depan hotel pagi tadi. Tapi best jugak melepak macam ni, banyak gosip sampai tak sedar masa berlalu dengan cepat

Kami sempat juga jalan-jalan di airport Saigon. Hokay lah, lagi best KLIA 2 tau! Nampak sangat cintakan Malaysia gituw. 
Bergambar dengan kawan-kawan di airport Saigon
Hokay, itu sahaja yang CN ingat untuk share dengan uolss. Semoga kita dapat lagi travel ke luar negara lihat budaya luar dan percayalah, korang akan lebih sayangkan Malaysia! Tak sabar nak balik, nak makan nasik lemak dekat Malaysia.

~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.cekgunorazimah.com/2020/04/trip-2-hari-1-malam-ke-ho-chi-minh-city.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Poster Hari Merdeka 2021 Aktiviti Pdpr 6 Tahun

Poster Hari Merdeka 2021 Aktiviti Pdpr 6 Tahun

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 1551 hits
Poster Hari Merdeka 2021 Tema Malaysia Prihatin Tahun ni adalah kali ke 64 Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan Dan tahun ni tahun ke dua kita sambut merdeka bersama si Covid19 tu Bilalah ko nak balik ke tempat asal ko tu C19 Rindu kat emak ...
Menu Hidangan Hari Ini Permintaan Mak Pah

Menu Hidangan Hari Ini Permintaan Mak Pah

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 520 hits
Assalamualaikum Hi korang Yeah meriah menu tengahari ni fikir punya fikir nak masak apa Pak Zain balik dari hantar ikan kat rumah Paksu bawak balik 2 ekor ayam kampung sempat plak dia pi Pasar Ampangan Lepas tu disiangnya 2 ekor ayam tu Pak...
You Know That You Are Very Special And I Love You Engku Emran Titip Ucapan Bunga Lily Untuk Hari Jadi Noor Nabila

You Know That You Are Very Special And I Love You Engku Emran Titip Ucapan Bunga Lily Untuk Hari Jadi Noor Nabila

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 669 hits
Kakak kepada selebriti popular Neelofa Noor Nabila menerima hadiah sejambak bunga daripada suami Engku Emran bersempena meraikan ulang tahun kelahiran ke 36 yang disambut pada hari ini Menerusi laman sosial Instagram Nabila atau lebih mesra...
100 Hari Ph Cadang 10 Asas Kpi Untuk Khairy Tangani Covid 19

100 Hari Ph Cadang 10 Asas Kpi Untuk Khairy Tangani Covid 19

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 218 hits
Oleh MALAYSIA DATELINE September 4 2021Jawatankuasa Kesihatan Pakatan Harapan mencadangkan 10 Indeks Prestasi Utama yang ketara untuk mengukur keberkesanan strategi Cari Uji Jejak Asing Sokong dan vaksinasi yang diambil oleh Kementerian Kes...
5 Kiat Sukses Dampingi Anak Di Hari Pertamanya Sekolah Uang Saku Bukan Jaminan

5 Kiat Sukses Dampingi Anak Di Hari Pertamanya Sekolah Uang Saku Bukan Jaminan

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 228 hits
Banyak orang tua yang mengeluhkan stres karena harus mendampingi anak masuk sekolah Padahal ada triknya lo
Vide0 Kawan Dah Settle 2 D0se Pemuda Tak Cukup 14 Hari Hanya Mampu Tengok Dari Luar Kedai

Vide0 Kawan Dah Settle 2 D0se Pemuda Tak Cukup 14 Hari Hanya Mampu Tengok Dari Luar Kedai

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 277 hits
Buat masa kini aktiviti dine in di premis makanan boleh dikatakan sebagai satu perkara yang agak rare sebab ia nya hanya dibenarkan untuk individu yang sudah lengkap dua d0s sunt1kan vaks1n sahaja Jadinya untuk sesiapa yang belum lengkap su...
Pekerja Asing Kilang Papan Cetus Kluster Baharu Di Sandakan Hari Ini

Pekerja Asing Kilang Papan Cetus Kluster Baharu Di Sandakan Hari Ini

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 278 hits
Jurucakap Covid 19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun KOTA KINABALU Kluster Semawang Sandakan merupakan kluster tempat kerja yang melibatkan pekerja di sebuah kilang papan yang bekerja dan tinggal di kuarters premis tersebut Jurucakap Covid 19 ...
Sabah Rekod 55 Kes Kematian Covid 19 Hari Ini

Sabah Rekod 55 Kes Kematian Covid 19 Hari Ini

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 281 hits
Terkini Sabah catat 55 rekod kematian jangkitan Covid 19 1 Kluster tempat kerja dicatatkan di Sandakan Hari ini Jumlah itu merangkumi 20 wanita 19 bukan warganegara 29 kes kematian dan 37 pesakit komorbiditi KOTA KINABALU Sebanyak 55 kes ke...
27 Ucapan Selamat Hari Jadi Untuk Isteri Awek Kekasih Tunang Dan Teman Wanita

27 Ucapan Selamat Hari Jadi Untuk Isteri Awek Kekasih Tunang Dan Teman Wanita

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 604 hits
1 Ucapan Selamat hari Jadi Untuk Isteri Awek Kekasih Tunang Dan Teman WanitaSayang terima kasih Kerana engkau selalu menemaniku di saat aku senang ataupun duka Ku sangat menyayangimu Happy Birthday My Wife 2 Ucapan Selamat hari Jadi Untuk I...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah