You Know That You Are Very Special And I Love You Engku Emran Titip Ucapan Bunga Lily Untuk Hari Jadi Noor Nabila
Kakak kepada selebriti popular Neelofa, Noor Nabila menerima hadiah sejambak bunga daripada suami, Engku Emran bersempena meraikan ulang tahun kelahiran ke-36 yang disambut pada hari ini.
Menerusi laman sosial Instagram, Nabila atau lebih mesra disapa sebagai Bella memuat naik video jambangan bunga lily putih tersebut untuk tatapan umum.
Engku Emran, 46, menerusi akaun Instagram miliknya turut dilihat menitipkan ucapan romantis buat isteri tercinta.
“Dear your majesty, not so many years ago today, you were born to share your love and kindness with everyone around you.
“May Allah continue to bless you with good health, good fortune, iman and taqwa. Ameen ya rabb. You know that you are very special to me and I love you,” ucap Emran di ruangan kapsyennya.
View this post on Instagram A post shared by In Safe Hands (@narmeukgne)
Pada masa yang sama, Bella turut menerima kad ucapan hari jadi istimewa daripada Jebat Jayden serta anak tirinya Engku Aleesya.
“Hello mummy! Happy 36th birthday. I wish you eternal joy, love, wealth and health.
“Thank you for taking care and loving me. I really appreciate it. Have a wonderful birthday. Love Aleesya,” tulis Aleesya di ruangan kad ucapan.
Selain itu, Bella turut dilihat menyambut hari jadi bersama dua orang teman baik di sebuah restoran Perancis di ibu kota pada malam Jumaat.
Untuk rekod, Nabila dan Engku Emran sah menjadi pasangan suami isteri hanya dengan sekali lafaz di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail pada 19 Mac lalu.
Nabila pernah berkahwin dengan pelakon Sharnaaz Ahmad, namun berc3rai Julai tahun lalu. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan anak lelaki, Jebat Jayden Ahmad.
Engku Emran pula pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon popular, Erra Fazira dan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella namun berakhir dengan perc3raian.
Menerusi perkahwinan dengan Erra, mereka dikurniakan anak perempuan, Engku Aleesya, manakala perkahwinan dengan Laudya tidak dikurniakan anak.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network
Sumber: Gempak
via Sinar Viral NetworkBaju Kurung Edisi 2016 ni terlajak laris.
Baju Kanak-Kanak Harga Murah
Jubah raya cantik dan murah !!
Green Hijab memang Ohsem memang cair.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kotakkopek.blogspot.com/2021/09/you-know-that-you-are-very-special-and.html