Trending Perkataan Cincau Tart Cabai
Perasan tak sekarang ramai guna perkataan 'cincau', 'cabai', 'tart'
Dan ramai rajin buat pantun tak habis
Anda tahu tak tu double meaning untuk mencarut.
Nauzubillah..
Ramai yg guna, even sahabat-sahabat perempuan.
Janganlah mcm tu.
Walaupun anda kata anda berlapik, tapi itu lah niat anda kan iaitu nak mencarut
Trending perkataan cincau tapi air cincau memang sedap gaiss
Dari situ juga kita tahu peribadi anda yang anda suka mencarut
Anda suka ke dengar orang mencarut? Kalau budak2 kecik mencarut anda marah. Tapi ni anda boleh pulak. Bezanya bertaip dan konon berlapik
Tapi tujuan sebenar mencarut. Malu sangat saya rasa. Macam mana kalau satu hari nanti, anak kita cakap macam tu. Sbb selalu terbaca di komen atau dengar gurauan tu
Contoh perbualan anak dgn rakan : ala kau ni, perangai macam.. .. Pergi ke kedai membeli cincau.. Haa kau sambunglah sendiri
Anda rasa nak lempang tak kalau dengar anak cakap camtu. Anda nak ke anak2 anda bercakap mcm tu
Sebelum ni nampak macam gurauan je kan?Tapi bila sy tulis contoh perbualan ni, apa anda rasa? Teruk kan
So nasihat saya, hentikanlah guna kiasan2 mencarut ni lagi2 perempuan
Mana adab sopan santun, nilai murni umat Islam anda.
Lelaki pun sama yang ada isteri, ada anak bini. Yang single belum kahwin pun jaga lah adab.. Malu kalau bakal suami or isteri tengok. Apatah lagi bakal mertua tengok
Nak mencarut sorang2 itu hak anda, janganlah paparkan pada umum
Saya harap ramai dapat kesedaran ni. Dalam bulan baik hari baik ni marilah kita kumpul pahala sebanyak mungkin
Kredit : Nurul
Sumber dari medsos baru saya tahu, cincau ni berasal dari tumbuhan. Satu ilmu baru
Ps: Saya dulu masa kecil-kecil kalau ada tersebut perkataan tak sepatutnya memang akan di cili-cili mulut hehe. Love my mom
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://cikguzim.blogspot.com/2021/05/trending-perkataan-cincau-tart-cabai.html