Trend Unboxing Isteri Bukan Budaya Islam


AGENDA DAILY
Gambar tular tren unboxing isteri.
Trend ‘Unboxing by Husband’ nampaknya telah menular dalam masyarakat.
Siapa sangka perkataan ‘unboxing’ yang sebelum ini digunakan untuk hastage membuka kotak atau bungkusan kini menjadi trend apabila digunakan oleh pengantin baru dengan hastage ‘unboxing pengantin by husband’ atau ‘unboxing pengantin.
Tular beberapa hari lalu  menerusi perkongsian pengguna di laman TikTok, ia seakan trend yang menjadi ikutan dalam kalangan wargamaya. Video yang dimuat naik memaparkan aksi pengantin lelaki membantu pengantin perempuan membuka tudung dengan menanggalkan aksesori bahagian kepala. Masih berpakaian pengantin, aksi itu dirakam menerusi cermin oleh pengantin perempuan.
Menurut pensyarah di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, Dr. Ahmad Sanusi Azmi, upacara ini adalah bercanggah dengan prinsip Islam secara asasnya.
“Rasulullah memerintahkan para suami agar memelihara kehormatan dan penampilan para isteri sekalipun di hadapan seorang lelaki yang buta.
“Perhatikan bagaimana Rasulullah memerintahkan isteri Baginda agar memakai hijab sekalipun di hadapan seorang yang buta. Saranan ini diucapkan kepada Saidatina Ummu Salamah dan Saidatina Maimunah apabila datang seorang buta ke rumah Baginda.
“Hendaklah kamu berdua memakai hijab.” Lalu isteri Baginda berkata: “Bukankah dia seorang yang buta wahai Rasulullah? Dan dia tidak boleh melihat kami.” Lalu Rasulullah menjelaskan: Bukankah kamu berdua boleh melihat dia? (HR al-Tirmizi),” ujarnya.
Tambah beliau, perkara yang lebih membimbangkan sekiranya video upacara sebegini menjadi perhatian kepada anak-anak muda yang masih bersekolah sehingga mereka terkeliru dalam merasakan perbuatan tersebut boleh dipraktikkan yang berpotensi menjadi budaya.
“Perbuatan tersebut diikuti pula oleh pasangan suami isteri lain yang turut mendedahkan aksi mesra mereka. Bukankah kita tidak mahu menjadi pencetus kepada kemungkaran. Sabda Rasulullah:
“Dan barang siapa yang melakukan perlakuan jahat di dalam Islam, sehingga diikuti oleh orang lain, maka dia beroleh dosa dan menanggung dosa mereka yang melakukan perbuatan tersebut.” (HR Muslim).
“Malah, istilah “unboxing” ini juga tidak layak untuk digunakan pada isteri yang bukan material atau barangan semata-mata. Nasihat ini hanyalah berpandukan kepada al-Quran dan Sunnah Rasulullah demi kebaikan sesama muslim,” kata beliau.
Dalam pada itu, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) melalui laman Facebook rasmi memuat naik ulasan pendek mengenai isu ini agar dapat memberi penjelasan kepada masyarakat. Menurut JAIPK, perbuatan ‘unboxing’ isteri ini perlu dijauhkan kerana para suami wajib memelihara serta melindungi kehormatan dan maruah diri mahupun isteri.
Jelas JAIPK, larangan terhadap perbuatan ‘unboxing’ isteri ini adalah berdasarkan kaedah sadd al-zarai’ iaitu menutup punca keburukan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/trend-unboxing-isteri-bukan-budaya-islam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Trend Unboxing Isteri Makin Mengila Manusia Sekarang

Trend Unboxing Isteri Makin Mengila Manusia Sekarang

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 343 hits
Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua sahabat sahabat blogger Naim doakan semua di dalam peliharaan Allah Baru baru ini timbul satu trend sangat tak patut kita turuti perisis yahudi dan nasrani sahaja Trend Unboxing isteri makin men...
Hiburan Tular Trend Unboxing Pengantin Di Tiktok Pu Syed Beri Pesanan Khas Buat Pasangan Suami Isteri Baru Kahwin

Hiburan Tular Trend Unboxing Pengantin Di Tiktok Pu Syed Beri Pesanan Khas Buat Pasangan Suami Isteri Baru Kahwin

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 472 hits
Baru baru ini tular aktiviti unboxing pengantin atau unboxing by husband yang menjadi ikutan pasangan pengantin baharu terutamanya di kalangan wanita bertudung di aplikasi TikTok Namun begitu aktiviti itu nampaknya telah mendatangkan respon...
Hak Hak Isteri Ke Atas Suami Menurut Perkahwinan Islam

Hak Hak Isteri Ke Atas Suami Menurut Perkahwinan Islam

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 296 hits
Sebagai wanita aku mahu di cintai dan menyayangi Bukan hanya aku seorang malah aku yakin semua wanita begitu Bertambah seronoknya rasa hati jika di kurniakan seorang suami yang dapat mencurahkan kasih sayang secara ikhlas dan jujur setia Se...
Unboxing Isteri Haram Dedah Hubungan Intim Suami Isteri

Unboxing Isteri Haram Dedah Hubungan Intim Suami Isteri

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 212 hits
GEORGETOWN Tindakan segelintir pasangan suami isteri yang tidak segan silu membuat video unboxing isteri jelas menunjukkan orang Islam di negara ini sudah hilang sifat malu Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata se...
Unboxing Isteri Jabatan Mufti Nasihat Cukuplah Simpan Untuk Rekod Peribadi

Unboxing Isteri Jabatan Mufti Nasihat Cukuplah Simpan Untuk Rekod Peribadi

papar berkaitan - pada 16/1/2022 - jumlah : 218 hits
Allah SWT perintah suami isteri lindung keaiban satu sama lain BANGI Jabatan Mufti Perak menasihatkan pasangan pengantin untuk menyimpan detik detik manis raja sehari sebagai rekod peribadi dan bukan dijadikan tatapan umum Ini kerana Allah ...
Unboxing Isteri Boleh Bawa Keruntuhan Institusi Keluarga

Unboxing Isteri Boleh Bawa Keruntuhan Institusi Keluarga

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 241 hits
Semua pihak diminta proaktif promosi nilai keluarga Islam BANGI Trend unboxing isteri yang menjadi ikutan pasangan pengantin baharu terutamanya di kalangan wanita bertudung baru baru ini boleh membawa kepada keruntuhan institusi keluarga Ti...
Suami Dikira Dayus Jika Ikut Trend Unboxing Pasangan Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri

Suami Dikira Dayus Jika Ikut Trend Unboxing Pasangan Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 183 hits
Baru baru ini tular di media sosial mengenai trend 8216 Unboxing by Husband 8217 atau 8216 Unboxing Pengantin 8217 yang dilakukan oleh pasangan baru berkahwin yang ternyata telah mencetus pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat
Trend Unboxing By Husband Sampai Pengantin Nak Sam4n Peguam Tampil Beri Penjelasan

Trend Unboxing By Husband Sampai Pengantin Nak Sam4n Peguam Tampil Beri Penjelasan

papar berkaitan - pada 15/1/2022 - jumlah : 244 hits
SEJAK kebelakangan ini kecoh dengan trend video unboxing by husband oleh pasangan pengantin baru di aplikasi TikTok
Hiburan Saya Bujang Terlajak Bukan Duda Mahadi Nafi Jadikan Heliza Helmi Isteri Kedua

Hiburan Saya Bujang Terlajak Bukan Duda Mahadi Nafi Jadikan Heliza Helmi Isteri Kedua

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 278 hits
Masih diperkatakan sehingga kini perkahwinan penyanyi dan juga aktivis kemanusiaan bersama suami Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman nampaknya menjadi perhatian peminat berikutan majlis yang diadakan secara tiba tiba itu Terbaru wujud pula dakwa...
Tak Cukup Duit Deposit Ini Cara Beli Rumah Pertama Anda Tanpa Beban Besar

Kemaskini Mengenai Pasaran Saham As Pada 4 Julai

Monday Morning

The Enigmatic Blue Holes Of Saudi Arabia Hidden Wonders Beneath The Red Sea

Do You Think It S Suitable To Give Money As A Gift

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

Makan Malam Di Richiamo Coffee Pajam Nilai

Mak Ajar Resipi Mi Udang Penang Mudah Sedap Tak Terkata


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Isu Ketua Hakim

Upin Ipin Universe Inovasi Industri Animasi Ke Dunia Terbuka Global

Packaging Farmasi Eksklusif Serlahkan Kualiti Integriti Jenama Anda

The Real Value Of Local Seo For Small Businesses In Huntsville

Bapa Pijak Anak Umur Setahun Ugut Isteri Balik Rumah

Lirik Lagu Aku Baik Saja Rossa