Trend Lesung Pipit Palsu Proses Tindik Ini Amat Menakutkan
Apalah yang cantik sangat dimata mereka tentang tindik pada dua pipi kiri dan kanan?
Trend ini bukan baru lagi di negara barat tapi di Malaysia sudah semakin ramai yang mula berjinak-jinak untuk melakukan tindik pipi. Kebanyakan mereka yang bertindik pipi kononnya untuk mendapatkan bentuk lesung pipit.
Pada pendapat peribadi penulis, lesung pipit palsu sebegini tidaklah secantik yang semulajadi. Ini kerana lesung pipit adalah cacat yang cantik dan ia mengikut wajah si pemiliknya. Berbanding yang palsu ia terlalu simetri dan menonjol tanpa perlu senyum atau bercakap. Ia kelihatan sangat janggal dan paling penting memang tidak semulajadi.
Betul ke menakutkan?
Sanggupkah kamu menyakitkan wajah sendiri demi kecantikan yang tidak berpanjangan? Kesan bertindik ini boleh merosakkan saraf dan otot dibahagian muka. Malah si pemakai perlu bertahan sakit sekurang-kurang enam bulan atau boleh sehingga setahun.
Lebih menakutkan kini terdapat banyak akaun-akaun media sosial yang menawarkan servis tindik pipi. Mereka bergiat aktif dalam mendapatkan pelanggan secara ‘haram’. Penulis percaya servis yang ditawarkan tidak mendapatkan kelulusan dari pihak kesihatan atau perubatan. Jadi anda mahu pipi ada ditebuk dengan perkakasan yang mungkin tidak disteril?
Proses bertindik
Apa yang penulis tahu, ukuran lesung pipit akan dibuat sebelum ditindik. Biasanya ia akan mengikut simetri wajah dan ditebuk mengikut ukuran yang telah ditetap. Subang tindik menembusi sehingga bahagian dalam pipi anda. Kemudian dipasang dengan kunci subang pada dalam isi daging pipi. Rutin menjaga tindik perlu dijaga dengan rapi walaupun peluang untuk terkena jangkitan rendah.
Kesan?
Tindik pipi bukan seperti telinga, ia akan meninggalkan parut kekal. Lebih lagi kalau ia dibiarkan lama sehingga merosakkan otot pipi. Iya memang bahagian pipi akan terbentuk dengan lekuk tapi dalam pada masa yang sama ia adalah parut bukan lesung pipit. Untuk pengetahuan lagi, tidak semua orang punya tubuh badan boleh menerima benda asing pada kulit. Ada kes kulit dan isi pipi mencengkam subang sehingga menyebabkan rasa tidak keselesaan dan menjadi luka.
Sejujurnya tak perlu pun untuk mendapatkan lesung pipit palsu kalau anda sudah cantik. Mengapa perlu tambah benda palsu dalam hidup. Jika anda memang bermati-matian hendakkan lesung pipit, penulis ada satu teknik semulajadi. Boleh dapatkan cara pada artikel ini: Ikut 5 Senaman Ini Untuk Dapatkan Lesung Pipit Secara Semulajadi.
Daripada menganayai diri sendiri untuk cantik lebih baik menjaga apa yang ada sahaja. Tepuk dada, tanya selera!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://informasisantaiku.blogspot.com/2019/01/trend-lesung-pipit-palsu.html