Bahagian 1 Proses Pengambilan Lesen Memandu Kereta




Assalamualaikum dan salam sejahtera



Untuk entri kali ini, aku nak ceritakan tentang pengalaman aku belajar memandu kereta daripada awal sehinggalah tamat dan sehinggalah mempunyai Lesen memandu kereta. Proses belajar memandu daripada awal sehinggalah akhir bagi aku berlaku dalam tempoh hampir 2 bulan sahaja. 
...............................................

Aku mula mendaftar untuk mengambil Lesen Memandu Kereta Manual pada awal bulan September 2018. Aku mendaftar di sebuah sekolah memandu yang terletak di daerah Kulim. Harga bagi Lesen Memandu Kereta Manual adalah RM1050 sahaja. Harga bagi Lesen Memandu Kereta Auto adalam RM1200.  Harga mungkin berbeza mengikut sekolah memandu ya. 
Harga Lesen Memandu Kereta Manual : RM1050Harga Lesen Memandu Kereta Auto : RM1200
Secara kesuluruhannnya terdapat tiga bahagian ujian, iaitu :-
Ujian Bahagian I : Ujian Teori Undang-Undang Jalan Raya dan Pemanduan BerhemahUjian Bahagian II : Ujian Praktikal Pemanduan di LitarUjian Bahagian II : Ujian Praktikal Pemanduan di Jalan Raya.UJIAN BAHAGIAN I
Tujuan ujian bahagian 1 ini adalah untuk menguji tahap kefahaman calon pemandu tentang peraturan lalu lintas dan undang-undang jalan raya. Ujian di bahagian ini adalah ujian komputer. Manakala untuk mengambil ujian komputer ini kita perlu menghadiri kelas KPP01 selama 6 jam

KELAS 6 JAM
Sebelum ini pada tahun 2013, aku dah pernah ke kelas yang sama 'bosan' seperti kelas ini iaitu ketika mengambil Lesen Motorsikal B2. Jadi boleh dikatakan aku sudah biasa dengan situasi tersebut. Untuk kelas ini, aku tidak kenal seorang pun, sebab aku pergi seorang diri dan daftar untuk diri sendiri, tanpa kawan dan sebagainya

Satu perkataan sahaja iaitu "BOSAN"!!
via GIPHY
Walaupun kita sudah dapat buku teks yang tebal, tetapi mereka tetap nak ulas setiap muka surat yang ada pada buku teks tersebut sedangkan aku boleh sahaja membaca di rumah. Mungkin ianya peringatan untuk mereka yang malas membelek buku itu

Alhamdulillah, untuk penceramah atau cikgu pertama ketika ceramah tersebut sangat baik dan 'friendly'. Tetapi untuk cikgu kedua, boleh dikatakan beliau agak merapu dan sering membuat lawak tidak menjadi. Mungkin disebabkan aku dan mengantuk dan terlampau bosan


UJIAN KOMPUTER



Contoh Ujian Komputer

Selepas menghadiri kelas 6 jam itu, aku perlu menghadiri dan mengambil ujian komputer. Walaupun aku sudah pernah mengambil ujian ini pada tahun 2013 untuk lesen motor, tetapi tetap perlu ambil juga untuk kali ini

Disebabkan aku seorang yang rajin dan aku takut bila mana kalau aku gagal ujian ini , kena bayar duit lagi untuk ujian berikutnya, jadi aku study habis-habisan pada malam sebelum ujian tersebut. Ujian komputer ini adalah pada hari sabtu. Sebenarnya tarikh ujian adalah mengikut sekolah memandu masing-masing

Tiba pada hari ujian, tepat pukul 8 pagi aku sudah sampai ke Sekolah Memandu. Kenapa tidak terus ke pusat ujian? Sebabnya aku perlu mengikut van yang disediakan pihak sekolah memandu. Kemudian, beramai-ramailah kami ke tempat ujian tersebut. 
Markah Penuh : 50 markahMarkah Lulus : 42 markah

Seperti yang dijangka, penuh dan sesak tempat mengambil ujian itu! Aku sangatlah tak suka tempat-tempat sesak, tapi nak buat macam mana, ujian perlu diambil, duit sudah dibayar! Yang penting, sediakan RM10 untuk diberi kepada pihak ujian tersebut. Katanya untuk pengambilan gambar kita untuk dimasukkan ke dalam sistem

Markah penuh bagi ujian ini adalah 50 markah. Markah untuk lulus pula adalah 42 markah. Alhamdulillah, markah aku adalah 48 daripada 50. Alhamdulilllah, syukur ke hadrat Ilahi. Tak sia-sia aku study berhabis-habisan malam sebelumnya

Tips aku untuk ujian ini adalah BACA BUKU! Sebab ada soalan yang sememangnya sangat putar belit yang mana jawapannya hampir-hampir sama, hanya orang yang membaca buku sahaja yang boleh jawab! Bagi aku daripada target lulus, apa kata target bagi dapat markah penuh? 
LESEN L


Contoh Lesen L atau Lesen Belajar Memandu
Selepas lebih kurang seminggu, pihak sekolah memandu membuat panggilan mengatakan bahawa lesen L telah siap. Alhamdulillah. Lupa pula nak beritahu bahawa setelah selesai membuat ujian komputer, aku perlu memberikan gambar passport dan berlatar belakangkan warna putih untuk diberikan kepada pihak sekolah memandu.

Dengan memiliki lesen ini bermakna kita sudah boleh belajar memandu kereta dan diawasi oleh jurulatih. Untuk memandu seorang diri masih belum layak ya!

Untuk Ujian Bahagian II dan Bahagian III akan diceritakan di bahagian 3.
Bersambung ..

Baca Juga : [ Bahagian 2 : Proses Pengambilan Lesen Memandu Kereta ]Baca Juga : [ Bahagian 3 : Proses Pengambilan Lesen Memandu Kereta ]


Sekian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://aerillhassan.blogspot.com/2019/01/bahagian-1-proses-pengambilan-lesen-memandu-kereta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wajib Baca Ini Sebab Kenapa Tidak Boleh Minum Air Botol Plastik Yang Ditinggalkan Dalam Kereta Terutamanya Wanita

Wajib Baca Ini Sebab Kenapa Tidak Boleh Minum Air Botol Plastik Yang Ditinggalkan Dalam Kereta Terutamanya Wanita

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 375 hits
Dengan cara inilah Sheryl Crow mengalami kanser payudara Dia tampil di acara Ellen Show dan mengatakan perkara yang sama Perkara ini telah diidentifikasikan sebagai penyebab paling utama pada kan ser payu da ra terutamanya di Australia Dokt...
Rakaman Dashcam Sebelum Kereta Dipercayai Terbabas Ke Dalam Laut Di Jambatan Pulau Pinang

Rakaman Dashcam Sebelum Kereta Dipercayai Terbabas Ke Dalam Laut Di Jambatan Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 454 hits
Video dari dashcam yang menunjukkan kemalangan di KM 4 0 Jambatan Pulau Pinang awal pagi Ahad Kereta Vios dilihat dipandu dalam keadaan melulu dan merempuh SUV Mazda CX5 putih Pihak bomba sehingga kini masih mencari kenderaan dipercayai ter...
Bang Jangan Pandai Bikin Anak Tapi Tak Pandai Jaga Anak 30 Minit Tinggalkan Anak Dalam Kereta Sementara Bapanya

Bang Jangan Pandai Bikin Anak Tapi Tak Pandai Jaga Anak 30 Minit Tinggalkan Anak Dalam Kereta Sementara Bapanya

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 353 hits
Viral di media sosial gambar seorang kanak kanak perempuan ditinggalkan dalam kereta dalam keadaan panas dan menangis Menurut sumber dari laman Facebook kejadian berlaku pada Rabu lalu di Tesco Taman Midah Bapa tak guna ini tinggalkan anak ...
Vanessa Angel Tawar Servis Demi Biaya Kereta Dan Rumah

Vanessa Angel Tawar Servis Demi Biaya Kereta Dan Rumah

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 272 hits
Jakarta Dihimpit hutang keliling pinggang adalah punca utama aktres popular Indonesia Vanessa Angel terbabit dalam aktiviti pelacuran dalam talian yang dibongkar pihak berkuasa negara itu baru baru ini Vanessa 27 adalah antara 45 artis dan ...
Kereta Hampir Jatuh Dari Bangunan Di Farlim

Kereta Hampir Jatuh Dari Bangunan Di Farlim

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 368 hits
Seorang pemandu wanita berdepan detik cemas apabila kereta yang dipandunya di tempat letak kereta sebuah pasar raya di Farlim Air Itam George Town hilang kawalan dan hampir terjatuh dari tingkat dua bangunan itu Dalam kejadian kira kira jam...
Kereta Terhumban Ke Laut Selepas Kemalangan Di Jambatan P Pinang

Kereta Terhumban Ke Laut Selepas Kemalangan Di Jambatan P Pinang

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 529 hits
GEORGE TOWN 20 Jan Sebuah kereta terhumban ke dalam laut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan lain di kilometer 4 0 Jambatan Pulau Pinang menghala Perai di sini awal hari ini Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Perai Azlan...
Wanita Nyaris Maut Kereta Tergantung Langgar Tembok Parkir

Wanita Nyaris Maut Kereta Tergantung Langgar Tembok Parkir

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 323 hits
GEORGE TOWN Seorang pemandu wanita nyaris maut selepas kereta dipandunya melanggar tembok parkir tingkat dua sebuah pasar raya di Farlim Air Itam sehingga sebahagian kenderaannya itu tergantung dalam kejadian hari ini Pegawai Operasi Jabata...
Wanita Trauma Kereta Nyaris Terjunam Dari Tempat Parkir

Wanita Trauma Kereta Nyaris Terjunam Dari Tempat Parkir

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 279 hits
SYALMIZI HAMID 20 Januari 2019 10 13 PM GEORGE TOWN Seorang wanita berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya nyaris terjunam dari tingkat dua tempat letak kere
Video Kereta Terhumban Ke Dalam Laut Misi Mencari Dan Menyelamat Diteruskan

Video Kereta Terhumban Ke Dalam Laut Misi Mencari Dan Menyelamat Diteruskan

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 340 hits
Sebuah kereta terhumban ke dalam laut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan lain di kilometer 4 0 Jambatan Pulau Pinang menghala Perai awal hari Ahad Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Perai Azlan Hassan berkata pihak bomb...
Kemaskini S Pay Global Tukar Telefon Username Password Baru

Cerita Makan Kedai Tomyam Hujung Minggu Di Melaka

Pelesenan Mandatori Media Sosial Komitmen Malaysia Perangi Ancaman Dalam Talian

Belanja Makan Hujung Tahun Di Damas Arabic Restaurant Penang

Man With Flail Right Arm Awarded Rm850 000 For Medical Negligence

Filem Abah Saya Uncle Mike

Reka Bentuk Kotak Kreatif Untuk Hari Perayaan Panduan Praktikal

Perkeso Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah 2024 A Must Have For Every Housewife


echo '';
Siapa Ezwan Zain Ini Biodata Lelaki Yang Didakwa Sebagai Mr E Kekasih Baru Erra Fazira

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat


Adakah Blog Dan Domain Sendiri Masih Berbaloi Di Tahun 2025

Terima Kasih Kepada Pengomen Tegar Sepanjang Tahun 2024

An Injustice That Biden Can Still Set Right

Only Suspicious Concertgoers Will Face Urine Tests Industry Players Told

The Dangers Of Neglecting Hypertension In Malaysia The Silent Killer Among Us

Ww Koleksi Pokok Bunga Raya Di Laman Rumah