Trend Jangkitan Covid 19 Sedang Meningkat Rakyat Disyorkan Pakai Pelitup Muka Menteri Kj


The Reporter




Bagi tempoh dari 23 Oktober hingga 29 Oktober, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan berlaku peningkatan kes Covid-19 sebanyak 16.5 peratus dan jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke fasiliti kesihatan juga meningkat sebanyak 14 peratus. 

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, dari segi kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital awam turut menunjukkan peningkatan terutamanya di kalangan mereka yang mempunyai gejala sederhana. Penggunaan katil ICU pula hanya meningkat sebanyak dua peratus sahaja.


"Malaysia hari ini sedang berdepan dengan gelombang kecil. Dari segi kesan, ia tidak menunjukkan sesuatu yang membimbangkan. Cuma KKM mengambil maklum dengan trend jangkitan yang sedang meningkat," katanya. 


Dalam pada itu, Khairy memberi peringatan kepada orang ramai agar berhati-hati dan berwaspada lebih-lebih lagi menjelang kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). 


"Malaysia masih dalam fasa peralihan pandemik. Gelombang jangkitan ini akan datang dan pergi, bilangan kes akan pasang dan surut. Buat masa beberapa minggu yang lepas dan akan datang, trend dijangka akan meningkat. 


"Isyarat daripada sidang akhbar ini memang jelas. Pelitup memang tidak wajib tetapi amatlah disyorkan untuk memakai pelitup muka terutama di tempat sesak dan tertutup. Terutamanya bagi golongan berisiko tinggi berusia dari 50 tahun ke atas, berpenyakit kronik atau yang mempunyai masalah sistem imun. Tiada sekatan atau paksaan, tetapi KKM mesti memberi nasihat dan syor berikutan trend jangkitan semakin meningkat. 


"Pakailah pelitup muka untuk keselamatan diri anda. Buat ujian dan lapor di aplikasi mySejahtera (jika positif) agar KKM dapat mendapat gambaran sebenar kes Covid-19 di Malaysia," katanya. 


Dalam sidang media itu, Khairy memaklumkan setakat hari ini hanya 519,839 orang telah mendapatkan suntikan booster vaksin (kedua) yang dikatakan kadarnya masih rendah. 


"Booster kedua punya kadar masih rendah dan sebab itu kita harap rakyat Malaysia yang belum menerima booster tampil mendapatkan booster tanpa paksaan. Setakat hari ini hanya 519,839 orang sahaja yang telah mendapat booster yang kedua. KKM galakkan mereka yang berusia 50 tahun ke atas dan mereka yang punyai masalah kesihatan/kronik mendapatkan booster kedua.


"Yang tiada apa-apa masalah kesihatan juga boleh mendapatkan booster. KKM menasihati orang ramai jika dijangkiti Covid-19 disarankan merujuk ke fasiliti kesihatan awam terdekat untuk mendapatkan rawatan (ubat antiviral). 


"Saya minta tolong sangat terutamanya kepada rakyat Malaysia untuk jaga ahli keluarga yang berisiko tinggi dalam tempoh beberapa minggu ini kerana Malaysia berdepan dengan peningkatan kes Covid harian," katanya. 


Sumber: Sidang Media KKM


October 31, 2022 at 05:01AM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://atmknews.blogspot.com/2022/10/trend-jangkitan-covid-19-sedang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Awani Ringkas Rakyat Tidak Perlu Bimbang Kes Covid 19 Meningkat

Awani Ringkas Rakyat Tidak Perlu Bimbang Kes Covid 19 Meningkat

papar berkaitan - pada 30/10/2022 - jumlah : 204 hits
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Berita lanjut di http grid astroawani com Astro AWANI LIV...
Rakyat B40 Amp Asnaf Digalak Tanam Nanas Untuk Tambah Pendapatan Timb Menteri Pertanian

Rakyat B40 Amp Asnaf Digalak Tanam Nanas Untuk Tambah Pendapatan Timb Menteri Pertanian

papar berkaitan - pada 30/10/2022 - jumlah : 176 hits
Kerajaan menggalakkan golongan B40 dan asnaf negara menceburi bidang pertanian iaitu dengan menanam nanas sama ada secara individu atau berkumpulan bagi menjana pendapatan nbsp Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II Datuk Dr Nik...
Safeco Brand Pelitup Muka Yang Selesa Anti Jerawat

Safeco Brand Pelitup Muka Yang Selesa Anti Jerawat

papar berkaitan - pada 23/10/2022 - jumlah : 173 hits
Salam to all readers SafeCo Brand Pelitup Muka yang Selesa Anti Jerawat Sungguhpun Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengutuskan pemakaian pelitup muka di tempat tertutup tidak lagi diwajibkan serta merta pada awal September aku tetap set...
Kasus Covid 19 Kembali Meningkat Komisi Ix Minta Evaluasi Kegiatan Pengumpulan Massa

Kasus Covid 19 Kembali Meningkat Komisi Ix Minta Evaluasi Kegiatan Pengumpulan Massa

papar berkaitan - pada 5/11/2022 - jumlah : 109 hits
Menurut Charles pada prinsipnya segala langkah kebijakan antisipasi terhadap potensi ledakan Omicron XBB harus dikaji secara matang dan memerhatikan banyak faktor secara komprehensif
Hiburan Trend Ke Pakai Rompers Teruk Dikecam Nadia Brian Syok Parti Buih Atas Kapal Mewah

Hiburan Trend Ke Pakai Rompers Teruk Dikecam Nadia Brian Syok Parti Buih Atas Kapal Mewah

papar berkaitan - pada 20/10/2022 - jumlah : 188 hits
Memang sering terpalit dengan imej seksi kali ini pelakon Nadia Brian sekali lagi menjadi tumpuan warganet kerana imejnya yang dikatakan menjolok mata Kali ini Nadia Brian atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi dikecam oleh netize...
Pakai Tudung Nampak Leher Wawa Zainal Dikritik Peminat Jaga Aurat Tu

Pakai Tudung Nampak Leher Wawa Zainal Dikritik Peminat Jaga Aurat Tu

papar berkaitan - pada 22/10/2022 - jumlah : 154 hits
Selebriti terkenal Wawa Zainal sememangnya sering mendapat perhatian ramai Walaupun sudah jarang berada di kaca televisyen namun pelakon tersebut rajin berkongsi aktiviti harian di media sosialnya untuk tatapan peminat Akan tetapi perkongsi...
Hiburan Kut Ye Pun Frust Netizen Terhibur Tengok Shuk Sahar Siap Pakai Makeup Rambut Palsu

Hiburan Kut Ye Pun Frust Netizen Terhibur Tengok Shuk Sahar Siap Pakai Makeup Rambut Palsu

papar berkaitan - pada 21/10/2022 - jumlah : 205 hits
Sebelum ini pelawak sering terpalit dengan kontroversi mengenai pergelutan rumah tangga yang dialami bersama isteri Rossa Sera Namun baru baru ini Shuk atau nama sebenarnya Mohammmad Shukri Mohamed Sahar dilihat kembali aktif di laman media...
Pakai Jam Tangan Harga Rm89 000 Peminat Puji Jep Sepahtu Sentiasa Humble

Pakai Jam Tangan Harga Rm89 000 Peminat Puji Jep Sepahtu Sentiasa Humble

papar berkaitan - pada 20/10/2022 - jumlah : 179 hits
Pelawak dan juga penyampai radio Sinar FM Jep Sepahtu sememangnya diminati ramai Dia juga jarang terpalit dengan sebarang kontroversi dan lebih dipandang sebagai selebriti dengan imej positif Sikapnya yang humble itu sangat disenangi ramai ...
5 Petua Elak Kaki Melecet Bila Pakai Kasut

5 Petua Elak Kaki Melecet Bila Pakai Kasut

papar berkaitan - pada 23/10/2022 - jumlah : 185 hits
5 Petua Elak Kaki Melecet Bila Pakai Kasut MF sejak ada anak MF suka pakai kasut dari sandal ini juga salah satu buatkan kita istiqomah nak stokin insha Allah tapi bila pakai kasut kaki memang mudah melecet kan tak depan kat belah belakang ...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Drama Teratak Kasih Salina


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Kelebihan Asid Folik

Alyph Saham Naik

Pergaulan Antara Lelaki Dan Wanita Ajnabi Hanya Dibenarkan Pada Keadaan Keadaan Tertentu

Kelas Seliaan Negeri Penerangan Tarikh Semakan Permohonan

Puasa Syaaban 2025 Tarikh Hukum Niat Melakukan Puasa Syaaban

Sukses Kumpulkan Donasi Untuk Beli Ambulans Zaskia Adya Mecca Kini Targetkan Bangun Masjid Di Gaza