Safeco Brand Pelitup Muka Yang Selesa Anti Jerawat
Salam to all readers,
| SafeCo Brand Pelitup Muka yang Selesa & Anti Jerawat | Sungguhpun Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengutuskan pemakaian pelitup muka di tempat tertutup tidak lagi diwajibkan serta-merta pada awal September, aku tetap setia memakainya. Ditambah pula memang aku hari-hari keluar tempat public, naik public transport, lalu kawasan orang ramai, memang sentiasa kena berjaga-jaga. Even, Sultan Selangor aku juga memutuskan pakai sahaja pelitup muka selagi Covic-19 ini masih ada. Aku yang menurut perintah akan sentiasa patuh arahan sultan, barulah boleh dikatakan anak jati Selangor ya dak.
Ditambah pula sekarang, aku memang kerap on off demam, selsema, + batuk. Malam aku demam, siang aku sihat sikit boleh pergi kerja. Tahu je demam ini je kan, dia suruh aku bangun pergi kerja. Yalah, kalau tak kerja, siapa nak bagi duit. huarghhh.. Bukan aku sorang je demam, ada juga rakan sekerja aku tak berapa sihat, ada juga kenalan rapat aku tak sihat juga. Kalau baca or scroll laman sosial ada je orang share yang on off demam. Mujur kita masih muda, demam sikit telan panadol, siang dah okay. Cuba yang berusia/warga emas, demam dia boleh jadi melarat tau.
Berbalik kepada topik asal yang aku nak share sekarang ini perihal pelitup muka. Biasa aku guna yang jenis kain. Now, aku kekadang tak terajin nak membasuhnya hari-hari, jadi aku jumpalah satu brand ini iaitu SafeCo. Ia menawarkan pelbagai corak, warna, jenis, fungsi, pendek cerita macam-macam adalah. Paling penting, pelitup muka ini jenis pakai buang setiap hari. Dah hari-hari aku bergaya pakai mask lain-lain patern.
Aku kalau mask banyak warna ini, aku suka matching dengan colour baju aku pakai. Kalau aku pakai baju pink, aku akan match dengan mask colour putih/ hitam. Jom tengok patern mask yang ditawarkan oleh SafeCo ini.
SafeCo ini ada banyak jenis mask, antaranya:1) KF99 Infinity Silver Respirator Mask
With an Ergonomic 3D Design and Ultra-Gentle material for Sensitive Skin has passed Bacterial Filtration Efficiency at >98% and Particle Filtration Efficiency at >99% respectively (EN14683:2019 Type IIR), and CE Certified (Compliant with EU Legislation).
Yang aku tengah pakai sekarang ini SafeCo KF99 Infinity Silver Respirator Mask. Ia memang melekap habis dekat mulut kita, even tertutup habis, senang bernafas. Mask ini kena pakai extention dekat belakang, kalau ada loops lagi best! Biasanya aku akan bawa spare satu dalam handbag, takut tercabut. Sepanjang seharian aku pakai pelitup muka SafeCo ini dia tak mudah putus jugalah nampak gayanya.
2) Marshmallow White Medical Face Mask
Suitable for sensitive skin, with 4 Protective Layers that has achieved an ASTM Level 3 Rating for Bacterial Filtration Efficiency at >99% and Particle Filtration Efficiency at >99%, respectively with certified (ISO 13485:2016).
Ini pula design SafeCo Marshmallow White Medical Face Mask. Sesuai dipakai untuk semua orang terutama yang jenis kulit sensitif mahupun berjerawat. Kalau ikutkan aku memang pernah pakai mask tiada brand, kononnya nakkan murah. Satu hari aku pakai, balik aku cabut mask, naik ruam merah-merah dekat area aku pakai pelitup muka. Sampai sekarang aku tak berani beli mask yang tiada jenama mahupun terlalu murah. Ada setengah orang semua jenis dia boleh pakai, ada setengah orang terlalu sensitif.
3) Elegant Premium Face Mask
Comes in five different colours, made with 3 protective layers of material at ASTM LEVEL 2 with Fluid Resistance of 120mmHg.
Elegant Premium Face Mask mempunyai 5 jenis pilihan warna. Kelima-lima jenis warna memang cun sekali, paling aku suka color black dia smart sekali. Material dia nampak nipis, tapi ia mampu menghalang habuk, mahupun bakteria masuk ke dalam mulut gitu. Dijamin selamat dan selesa dipakai.
4) Tiffany Blue Disposable Mask
is spun-bonded, non-woven fabric with an anti-foaming design as the outer layer; a melt-blown cloth, which can filter fine particles and bacteria, as the second layer; and an extra soft spun-bonded non-woven fabric as the innermost layer. These layers give you optimum protection and ultra-comfort.
Ikutkan semua jenis mask brand SafeCo ini memang selesa dipakai, even pakai satu hari tak tanggal pun okay juga, senang je bernafas, aku paling suka SafeCo KF99 Respirator Mask, sebab dia punya design terletak elok ditambah lagi dia mapu menghalang bakteria, masuk ke dalam lubang pernafasan gitu. Lagi, ia sesuai dipakai untuk semua orang terutama yang jenis kulit sensitif + berjerawat. Sebab ku tergolong dikalangan orang yang kulit sensitif dan berjerawat, alhamdulillah setakat ini aku pakai facemask brand SafeCo ini, tiada ruam atau kemerah-merahan naik dekat permukaan wajah. Means sesuailah dengan aku.
Hopefullu, lepas ini SafeCo keluarkan mask jenis loops senang sikit sauk je, tak perlu pakai extention. Btw, ada berita baik buat anda semua, dimana SafeCo ada menganjurkan contest sekarang ini. Dimana, seramai 50 orang bertuah akan dipilih sebagai pemenang untuk memenangi Gift Packs khas dari SafeCo bernilai RM100!!!
Jangan lupa check out SafeCo official Instagram okay!
Thank you for reading guys!!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.missazwarsyuhada.com/2022/10/safeco-brand-pelitup-muka-yang-selesa.html