Trend Generasi Z Kahwin Lewat Kesuburan Selangor Rendah Exco


Selangor kini berdepan realiti yang semakin membimbangkan apabila kadar kesuburan di negeri itu jatuh ke paras rendah dengan purata hanya 1.5 anak bagi setiap wanita, jauh daripada paras penggantian generasi iaitu 2.1 anak.
Situasi ini menimbulkan persoalan besar tentang masa depan demografi negeri, sekali gus memberi isyarat bahawa cabaran sosial dan ekonomi bakal menanti sekiranya trend itu berterusan.
Sebagaimana yang dinyatakan oleh Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, Anfaal Saari berkata, statistik menunjukkan penurunan kelahiran hidup sebanyak 7.2 peratus pada 2022 berbanding 2021.
TREND KAHWN LEWAT GENERASI Z PUNCA KESUBURAN RENDAH Menurut beliau, antara faktor itu disebabkan trend perkahwinan lewat dalam kalangan generasi muda khususnya Generasi Z menyumbang kepada penyusutan kadar itu.

“Ramai anak muda memilih untuk berkahwin lewat kerana mengambil kira kos sara hidup yang semakin tinggi.
“Akibatnya, tempoh usia produktif semakin pendek sebelum mereka mencapai umur matang 40 hingga 45 tahun,” katanya 
Anfaal berkata ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Seminar Kependudukan Negeri Selangor (SKNS) Selasa lalu., kerajaan negeri sedar cabaran itu, namun setakat ini belum ada inisiatif khusus berkaitan kesuburan.
Bagaimanapun, sebuah pusat subfertiliti akan dibangunkan di Shah Alam dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).
Katanya, kerajaan negeri melalui Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan memudah cara urusan kelulusan bagi membolehkan projek itu direalisasikan.
Gambar Hiasan “Pusat subfertiliti ini bukan sahaja memberi manfaat kepada warga Selangor, malah seluruh penduduk Zon Tengah.
“Projek ini sudah diluluskan dalam RMK-12 (Rancangan Malaysia Ke-12) dan dijangka siap menjelang tahun 2030,” tambah beliau.
Mengulas mengenai seminar itu, Anfaal memberitahu, program itu bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai isu kependudukan selain menjadi platform perbincangan strategik.
“LPPKN berhasrat memperkukuh dasar dan intervensi yang menyokong institusi keluarga khususnya bagi generasi muda.
“LPPKN juga berharap hasil pembentangan dan perbincangan yang berlangsung dapat menjadi asas kukuh dalam penggubalan dasar dan pelaksanaan intervensi yang lebih berkesan,” jelasnya.
Jelasnya, isu kadar kesuburan bukanlah sekadar angka di atas kertas, sebaliknya bakal memberi kesan langsung terhadap struktur masyarakat dan pembangunan negeri pada masa hadapan.
Justeru, usaha yang lebih menyeluruh diperlukan bagi menggalakkan perkahwinan awal, menyokong institusi keluarga dan memudahkan akses kepada rawatan kesuburan.
Jika tidak ditangani segera, Selangor mungkin berdepan generasi mengecil yang akan menjejaskan kelangsungan tenaga kerja serta keseimbangan sosial dalam tempoh beberapa dekad akan datang.
Sumber: Sinar Harian 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/trend-generasi-z-kahwin-lewat-kesuburan-selangor-rendah-exco/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selangor Rangka Mekanisme Bagi Mudahkan Murid Lapor Kejadian Buli Exco

Selangor Rangka Mekanisme Bagi Mudahkan Murid Lapor Kejadian Buli Exco

papar berkaitan - pada 28/8/2025 - jumlah : 809 hits
Selangor Rangka Mekanisme Bagi Mudahkan Murid Lapor Kejadian Buli Exco SHAH ALAM 27 Ogos Kerajaan Selangor akan merangka mekanisme khas bagi memudahkan kanak kanak melaporkan sebarang kejadian berunsur buli kata Exco Pembangunan Wanita dan ...
Selangor Fc Tidak Pandang Rendah Cabaran Malaysian University

Selangor Fc Tidak Pandang Rendah Cabaran Malaysian University

papar berkaitan - pada 16/8/2025 - jumlah : 527 hits
KUALA LUMPUR 15 Ogos Selangor FC enggan memandang rendah cabaran Malaysian University walaupun lawan mereka hanya beraksi di Liga A1 Semi Pro pada pusingan 16 Piala FA petang esok Pengendali SFC Katsuhito Kinoshi menegaskan setiap perlawana...
Thunderstorm Warning Until 2am For Kl Putrajaya Selangor And 5 Other States

Thunderstorm Warning Until 2am For Kl Putrajaya Selangor And 5 Other States

papar berkaitan - pada 26/8/2025 - jumlah : 793 hits
FACEBOOK MALAYSIAN METEOROLOGICAL DEPARTMENTKUALA LUMPUR The Malaysian Meteorological Department has issued a thunderstorm warning for Kuala Lumpur Putrajaya and several parts of Selangor with heavy rain and strong winds expected to continu...
Idolise Or Loathe Tengku Zafrul He Could Be Groomed As Next Selangor Mb Even As Pmx S Successor

Idolise Or Loathe Tengku Zafrul He Could Be Groomed As Next Selangor Mb Even As Pmx S Successor

papar berkaitan - pada 25/8/2025 - jumlah : 640 hits
IN THE hit streaming series Succession issues surrounding the changing of the guard is full of intrigue conjecture and no small amount of suspense Similarly who takes over from Datuk Seri Anwar Ibrahim as head of the Pakatan Harapan coaliti...
Group Hauls Selangor Govt To Court Again Over Pjd Link Reports

Group Hauls Selangor Govt To Court Again Over Pjd Link Reports

papar berkaitan - pada 24/8/2025 - jumlah : 195 hits
NGO Persatuan Petaling Jaya Lestari announced it has filed committal proceedings against the Selangor government over its failure to comply with a court ruling delivered in March 2025 concerning the Petaling Jaya Dispersal Link Highway proj...
Pokok Tumbang Di Beberapa Kawasan Di Selangor Akibat Hujan Lebat Angin Kencang

Pokok Tumbang Di Beberapa Kawasan Di Selangor Akibat Hujan Lebat Angin Kencang

papar berkaitan - pada 26/8/2025 - jumlah : 1655 hits
Pokok tumbang di beberapa kawasan di Selangor akibat hujan lebat angin kencang Anggota bomba membersihkan pokok tumbang di beberapa kawasan di Selangor malam ini Foto NSTP IHSAN BOMBA SHAH ALAM Hujan lebat dan angin kencang yang melanda mal...
Amirudin Consistently Engages Selangor Bn Leaders Says Aide

Amirudin Consistently Engages Selangor Bn Leaders Says Aide

papar berkaitan - pada 28/8/2025 - jumlah : 814 hits
Jay Jay Denis responds to an MIC leader s claim that the Selangor menteri besar has held limited dialogues with state leaders Selangor MIC claimed that menteri besar Amirudin Shari had limited dialogue with state leaders after an initial me...
Makan Malam Lewat Di Restoran Terapung Seafood Bujang Firefly

Makan Malam Lewat Di Restoran Terapung Seafood Bujang Firefly

papar berkaitan - pada 25/8/2025 - jumlah : 1706 hits
Selepas membeli kami makan malam di Restoran Terapung Seafood Bujang Firefly Saya cari dalam TikTok tempat makan best di Desaru jumpalah restoran ni Restoran pun dah dekat dan tutup jam 11 30 malam Sempat lagi kalau nak pergi makan Dengan m...
Kitingan Pandikar S Ma63 Remarks Show Grs Willing To Compromise

Brazil Sokong Hasrat Malaysia Jadi Anggota Penuh Brics Lula

Coelacanth Ikan Hidup Yang Menjadi Saksi Penciptaan

Kaedah Baharu Membantu Penyembuhan Luka Kronik Dengan Lebih Cepat

7 Aktiviti Harian Bakar Kalori Tanpa Sedar

Microsoft Disaman Kerajaan Australia Tuduhan Menipu Halus Dalam Penggunaan Data Pengguna

Sekian Lama Nak Cuba Dapat Akhirnya Makan Di Bananabro Tapi Agak Terkilan

M Venpick Hotel Convention Centre Klia Fires Up Monthly Bbq Dinner Buffet


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sambal Terung Ikan Masin

Drama Korea Brain Works

Simple Beef Recipe For Dinner

China Dakwa Berjaya Halau Dan Ugut 2 Jet Pejuang Asing Di Sempadannya

Belajar Raikan Tanpa Spoil The Moment

Kad Sim Palsu Jadi Topeng Penjenayah Sinar Harian 28 10 2025