Trend Baharu Keluarga Diraja Jepun



GENERASI baharu keluarga diraja Jepun yang terkenal dengan kepatuhan kepada tradisi turun-temurun akhirnya berubah sedikit demi sedikit dan ‘berpijak di bumi nyata’ sesuai dengan arus pemodenan kini.
Situasi itu bermula apabila bekas Maharaja Jepun, Akihito, 87, menjadi putera raja pertama di negara tersebut yang berkahwin dengan wanita daripada golongan biasa iaitu bekas Maharani Michiko Shoda, 86, pada tahun 1959 selepas mereka berkenalan di gelanggang tenis.
Ia sekali gus menamatkan tradisi perkahwinan dalam lingkungan kerabat diraja selama lebih 1,400 tahun.
Pasangan itu dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu dua putera dan seorang puteri.
Pada April 2019, Akihito turun takhta pada April 2019 selepas bersemayam sejak 1989 sejurus kemangkatan ayahandanya, mendiang Maharaja Hirohito yang disahkan menghidap barah.
Akihito yang memerintah selama kira-kira 30 tahun memberi alasan mengalami masalah kesihatan untuk melepaskan takhta dan digantikan dengan putera sulungnya yang bergelar Putera Mahkota pada masa itu dan kini bergelar Maharaja Naruhito, 61.
Bagaimanapun, beliau turun takhta selepas menyatakan hasrat pada tahun 2016 menyebabkan kerajaan terpaksa menggubal undang-undang bagi membolehkan seseorang maharaja berbuat demikian.
Beliau juga menjadi Maharaja Jepun pertama turun daripada takhta dalam tempoh kira-kira 202 tahun setelah Maharaja Kokaku juga berbuat demikian bagi membolehkan anakandanya yang lebih sihat memerintah Jepun pada tahun 1817.
Kini cucu paling tua Akihto dan Michiko, Puteri Mako, 29, meneruskan trend terbaharu generasi muda keluarga diraja itu apabila beliau mengumumkan akan mendirikan perkahwinan dengan tunangnya yang merupakan orang biasa dan bukan keturunan diraja pada tahun ini.
Berita tentang puteri itu akan berkahwin pada hujung tahun ini dengan Kei Komuro, 29, bukanlah perkara baharu kerana mereka pernah dijangka berkahwin pada tahun 2018 selepas mengumumkan kepada umum setahun sebelum itu, namun pihak istana bertindak menangguhkannya sehingga 2020.
 
Puteri Ayako  
Penangguhan itu dilakukan setelah isu putus tunang ibu Komuro didedahkan oleh media Jepun.
Lelaki itu dilaporkan telah ‘meminjamkan’ wang kepada ibu Komuro sebanyak empat juta yen (RM151,132) pada tahun 2010 sebelum pertunangan mereka diputuskan dan ‘hutang’ tersebut tidak pernah dibayar.
Pada 2019, Komuro akhirnya mengeluarkan satu kenyataan dengan menjelaskan bahawa lelaki berkenaan yang bertindak memutuskan pertunangan dengan ibunya yang berjanji untuk membayar balik perbelanjaan yang telah dibuat semasa mereka bertunang.
Komuro dikatakan berkenalan dengan Puteri Mako pada satu majlis pelajar universiti di sebuah restoran di Shibuya, Tokyo ketika mereka merupakan pelajar Universiti Kristian Antarabangsa di ibu kota Jepun itu.
Beliau melamar puteri itu ketika makan malam pada 2013 dan hubungan mereka diteruskan walaupun cucu bekas Maharaja tersebut sedang melanjutkan pengajian di peringkat sarjana dalam kajian seni muzium dan lulus dari Universiti Leicester, England pada tahun 2016.
Komuro yang menetap di Amerika Syarikat (AS) merupakan lulusan undang-undang dari Universiti Fordham, New York] dan sedang menunggu keputusan peperiksaan untuk menjadi peguam.
Puteri Mako ialah puteri yang ketiga berkahwin dengan lelaki bukan keturunan raja dalam zaman moden.
 
Puteri Noriko  
Sebelum ini, Puteri Noriko menjadi puteri pertama Jepun berkahwin dengan lelaki biasa sebelum diikuti adiknya, Puteri Ayako yang mana kedua-dua mereka ialah anak kepada sepupu bekas Maharaja Akihito, Putera Takamado.
Menurut undang-undang Jepun, puteri yang berkahwin dengan lelaki bukan keturunan diraja perlu melepaskan status kerabat diraja dan mereka tidak lagi dibenarkan untuk memegang gelaran puteri.
Justeru, Puteri Mako akan kehilangan gelaran puteri sebaik sahaja beliau berkahwin dengan Komuro dan dilaporkan enggan menerima bayaran untuk mengekalkan maruahnya
selepas kehilangan status diraja.
Menurut laporan, Puteri Mako tidak mahu menerima bayaran berjumlah
sebanyak 137 juta yen (RM5,176,277) atau lebih daripada kerajaan dengan menggunakan wang pembayar cukai seperti yang termaktub dalam undang-undang Jepun.
Sebelum ini, Puteri Noriko dan Puteri Ayako turut menerima bayaran tersebut daripada kerajaan Jepun.
Puteri Mako yang merupakan anakanda sulung kepada Putera Mahkota, Akishino yang juga adik kepada Maharaja Naruhito sanggup tinggalkan keluarga diraja demi cintanya itu.
 
Bekas Maharaja Jepun, Akihito dan bekas Maharani, Michiko Shoda yang merupakan rakyat biasa. – AFP Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
Ketua Ajaran Sesat ‘Perjalanan Mimpi Yang Terakhir’ Ditahan Pemandu Perodua Myvi Masih Hilang, Penumpang Ditemukan Lemas [VIDEO] Hadi dah jumpa 10 Duta asing, Apa hasilnya? Kit Siang kepada Ismail, anda lulus ‘ujian pertama’, kini ada ‘ujian kedua’ Israel Kini Lubuk Penyebaran Wabak Covid-19 Dunia Lagi Kereta Dipandu Melawan Arus Kali Ini Di Lebuhraya MEX [VIDEO] Resepi Mee Kuah Daging Sempoi Tayang Tesla, Tony Fernandes dikecam pelanggan minta refund Kritik boleh tetapi usah keterlaluan – Asyraf Layari Laman Facebook MYKMU
Sanggup lepaskan status kerabat, Puteri Jepun kahwini rakyat biasa tahun ini

 
The post Trend baharu keluarga diraja Jepun appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/09/05/trend-baharu-keluarga-diraja-jepun/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ngeri Keluarga Sanggup Cungkil Mata Anak Hanya Untuk Cepat Kaya

Ngeri Keluarga Sanggup Cungkil Mata Anak Hanya Untuk Cepat Kaya

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 431 hits
SULAWESI SELATAN Seorang kanak kanak perempuan berusia enam tahun melalui detik detik yang menggerikan apabila mata kanannya dicungkil sebagai memenuhi syarat untuk cepat menjadi kaya
Satu Keluarga Dikuarantin Sekali Lagi

Satu Keluarga Dikuarantin Sekali Lagi

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 227 hits
SATU KELUARGA DIKUARANTIN SEKALI LAGI Sekali lagi keluarga kami diuji oleh wabak covid 19 ni Walaupun hati ni meronta nak balik The post appeared first on
Keluarga Dipindahkan Setelah Tanah Runtuh Di Kg Buit Hill Putatan

Keluarga Dipindahkan Setelah Tanah Runtuh Di Kg Buit Hill Putatan

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 266 hits
Kejadian Tanah runtuh meranapkan rumah 1 keluarga di Kg Buit Hill Putatan 1 Keluarga sempat melarikan diri tanpa kecederaan kerana rumah rosak dihempap batu tanah PENAMPANG Satu keluarga sempat melarikan diri tanpa kecederaan apabila berlak...
Vide0 Bekas Pa Ready Masuk Meminang Vida Minta Jumpa Keluarga Ikut Adat Insyaallah Dia Boleh H4mil Lagi

Vide0 Bekas Pa Ready Masuk Meminang Vida Minta Jumpa Keluarga Ikut Adat Insyaallah Dia Boleh H4mil Lagi

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 216 hits
SEDIA memasuki alam perkahwinan bekas pembantu peribadi kepada Datuk Seri Vida iaitu Ahmad Iqbal Zulkefli merancang meminang jutawan kosmetik itu dalam masa terdekat Menurut Iqbal 27 dia serius mahu melangkah ke fasa baharu kehidupan dan en...
Kutip Derma Rm91 000 Selepas Sebar Berita Palsu Kematian 14 Ahli Keluarga

Kutip Derma Rm91 000 Selepas Sebar Berita Palsu Kematian 14 Ahli Keluarga

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 243 hits
Kakitangan kontraktor Petronas Pengerang yang ditahan selepas disyaki menyebarkan berita palsu kematian 14 ahli keluarganya akibat Covid 19 berjaya meraih sumbangan sebanyak RM91 000 Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintenden Hussin Zamor...
90 Ahli Keluarga Mangsa Pesawat Mh17 Mula Beri Keterangan Di Mahkamah

90 Ahli Keluarga Mangsa Pesawat Mh17 Mula Beri Keterangan Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 194 hits
Kira kira 90 ahli keluarga kepada 298 mangsa pesawat MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada 2014 akan memberi keterangan di mahkamah di sini bermula Isnin Prosiding untuk tujuan itu dijangka akan mengambil masa tiga minggu Menurut NL Time...
Keluarga 298 Mangsa Nahas Penerbangan Malaysia Mh17 Menuduh Rusia Berbohong

Keluarga 298 Mangsa Nahas Penerbangan Malaysia Mh17 Menuduh Rusia Berbohong

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 219 hits
AMSTERDAM Keluarga 298 mangsa nahas Penerbangan Malaysia MH17 menuduh Rusia berbohong mengenai peranannya dalam kejadian itu pada hari pertama perbicaraan tuduhan bunuh terhadap empat suspek kejadian berkenaan di Belanda Mereka berbohong ka...
Khaty Kesal Ramai Tak Beradab Kiriman Gambar Satu Keluarga Di Salah Faham

Khaty Kesal Ramai Tak Beradab Kiriman Gambar Satu Keluarga Di Salah Faham

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 286 hits
Terjadi salah faham dengan warganet gara gara perkongsian yang dimuat naik oleh pelakon Khaty Fauziah di Instagram bersama Abdul Samad Jaaman iaitu suaminya serta anak anak termasuklah pelakon Shahiezy Sam Perkongsian yang menunjukkan Khaty...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

The Evolution Of Adult Entertainment

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Time Sensitive Recognizing And Reacting To Infantile Spasms

Kedah Akan Cipta Rekod Dengan Penutupan Mbi Kedah Melalui Saman

Malaysia S Ex Pm Mahathir Faces Anticorruption Probe

Datuk Beraksi Di Pentas Peragaan Pada Usia 88 Tahun

Pemilik R R Didenda Rm30 000 Jual Petrol Bersubsidi Kepada Rakyat Thailand

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16