Trek Licin Dek Wan Akui Hampir Terjatuh Gagal Pertahankan Emas
Trek licin, Dek Wan Akui Hampir Terjatuh.. Gagal Pertahankan Emas
TOKYO: Permukaan trek yang licin disebabkan hujan renyai membasahi Stadium Olimpik sejak awal pagi tadi menyekat impian Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi untuk mempertahankan emas dimenangi di Rio 2016.
Bertanding dalam acara 100 meter (m) lelaki T36 (kecacatan fizikal), Mohamad Ridzuan yang memulakan larian dengan baik pada 50m pertama, mengakui keadaan trek licin menyebabkan beliau hampir terjatuh pada 10m terakhir perlumbaan.
“Saya dah buat yang terbaik, kalau tak licin boleh dapat pingat…sikit saja lagi,” katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas aksinya hari ini.
Biarpun mengakhiri kempen kedua Paralimpik tanpa sebarang pingat, semangat pelari berusia 33 tahun yang mesra dengan panggilan ‘Dek Wan’ masih membara untuk menyertai kejohanan mendatang termasuk Paris 2024
Sehubungan itu, beliau yang mengalami palsi serebrum juga tekad untuk merampas kembali pingat emas dimenangi oleh atlet China, Deng Peicheng dalam acara itu.
Selain merangkul emas, Peicheng berjaya memadam rekod Paralimpik milik jaguh Australia, James Turner, yang dilakukan pada peringkat saringan kedua semalam iaitu 11.87s, dengan rekod baharu 11.85s dalam aksi final pagi tadi.
James, yang merupakan pemegang rekod dunia dengan catatan 11.72s dalam kejohanan dunia di Dubai, Emiriah Arab Bersatu pada 2019 terpaksa berpuas hati dengan perak menerusi catatan masa 12.00s.
Pingat gangsa pula milik Alexis Sebastian Chavez dari Argentina yang melakukan catatan masa 12.02s.
Mohamad Ridzuan sebelum ini mencipta sejarah apabila menyumbang pingat emas pertama negara dalam Sukan Paralimpik sejak negara mula menyertai temasya berprestij itu pada edisi 1972 di Heidelberg, Jerman, menerusi acara sama di Rio 2016.
— BERNAMA
Trek licin, Dek Wan Akui Hampir Terjatuh.. Gagal Pertahankan Emas
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email :
[email protected]
Baca Artikel Menarik :
Animasi kisah Nabi Nurflix mendapat sambutan baik
Rasuah lebih teruk dari daging babi – Ayob Khan
Ajaran sesat PMYT, Sittah Annur disoal siasat disoal
Wanita bersalin sendirian tidak patut berulang – TMJ
Tangguh pemilihan Umno: SPRM terima aduan pegawai kanan RoS salah guna kuasa, rasuah
Bekas timbalan menteri kesihatan kini penasihat khas Khairy
Netizen korek identiti ‘amoi’ piza
7 Presiden Ini Dikatakan Paling Termiskin Dalam Dunia Serta Hidup Dalam Sederhana
Pengacara televisyen dikecam minta tetamu tunjuk cara perkosa wanita [VIDEO]
Lebih setahun tinggal dalam kereta, akhirnya lelaki dapat rumah
Mengapa QARIN Mengajak Manusia Melakukan Kemungkaran
Layari Laman Facebook MYKMU
Kes masih tinggi, jangan tergesa-gesa umumkan endemik
Lupa kunci rumah, lelaki panjat pangsapuri 14 tingkat [VIDEO]
The post Trek licin, Dek Wan Akui Hampir Terjatuh.. Gagal Pertahankan Emas appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2021/09/04/trek-licin-dek-wan-akui-hampir-terjatuh-gagal-pertahankan-emas/