Travelogue Kelantan 3 Hari 2 Malam


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar rakan-rakan dan pembaca semua? Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya juga siapkan bahagian pertama untuk siri Travelogue Kelantan Selama 3 Hari 2 Malam. Sebenarnya aku nak ceritakan secara keseluruhan dalam satu artikel sahaja, tapi bila sedang mengarang, rasa macam panjang pulak. Jadi, bersempena dengan mood menulis yang datang mencurah-curah ini, aku bahagikan keapda tiga bahagian ya! Jemput baca ✌😎
KELANTAN 2 HARI 1 MALAM
Belum pernah menjejakkan kaki ke negeri Kelantan merupakan antara sebab utama aku teringin sangat nak ke sana. Banyak khabar-khabar dan juga cerita menarik tentang negeri itu yang membuatkan aku teringin sangat dan alhamdulillah, peluang untuk ke negeri Kelantan tiba diwaktu yang tidak disangka-sangka

SUBANG SKYPARK AIRPORT

Pertama kali sebenarnya aku datang ke Lapangan Terbang Subang atau Subang Skypark ni. Walaupun sekarang agak sunyi, mungkin kerana Covid, tapi aku sangat teruja setiap kali tiba di mana-mana lapangan terbang

Aku bersama rakan-rakan iaitu kak Min, Sally dan abang Soleh berkumpul di Subang Skypark dan berlepas pada jam 6.50 petang. Kami menaiki penerbangan Firefly. Untuk pengetahuan anda, sekarang ni Firefly menyediakan penerbangan ke Kota Bharu melalui tiga lokasi iaitu Subang, Pulau Pinang dan juga Johor. 
Kekerapan Penerbangan ke Kota Bharu
Subang ke Kota Bharu - 41 Penerbangan Setiap MingguPenang ke Kota Bharu - 7 Penerbangan Setiap MingguJohor ke Kota Bharu - 3 Penerbangan Setiap Minggu

Bila naik kapal terbang, aku suka duduk dibahagian tingkat dan melihat pemandangan. Sangat cantik pemandangan diwaktu malam, melihat bandaraya Kuala Lumpur dari atas, anda mesti boleh perasan bangunan ikonik yang terdapat dalam gambar di atas kan

Okay, aku ingatkan perjalanan selama 1 jam lebih ini tiada sebarang makanan atau minuman diberikan, tapi rupanya ada juga. Alhamdulillah. Terima kasih Firefly

SULTAN ISMAIL PETRA AIRPORT

Of course perasaan teruja, seronok dan berdebar-debar bila jejakkan kaki ke negeri Kelantan ni! Sampai sahaja di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, kami disambut oleh rakan-rakan yang sememangnya di negeri ini iaitu Amir dan juga Mawardi

MAKAN MALAM DI GRAND VIEW HOTEL, KOTA BHARU

Makan malam pada malam tersebut adalah bersama pihak Jasa Teratai Holidays yang juga merupakan antara orang kuat dalam usaha mempromosikan produk pelancongan di negeri Kelantan ini.  Makan malam di Chao Yuan Restaurant, sememangnya aku sangat berpuas hati dan kekenyangan selepas makan malam

Kami juga berborak juga mengenai pelancongan di negeri Kelantan serta mengenai program yang bakal kami sertai pada esok hari iaitu Kelantan Sightseeing Tour. Selesai makan, kami pun beransur ke hotel yang kami akan tinggal selama 2 malam iaitu Jewels Hotel

TINGGAL DI JEWELS HOTEL

Menginap di Jewels Hotel sememangnya sangat istimewa kerana di perkarangannya ada pasar malam! Pasar malam ini dibuka selepas solat isyak dan dibuka sehingga lewat malam. Pelbagai jenis makanan yang dijual, ramai juga pengunjung yang hadir dan dalam masa yang sama masih mengikut SOP yang ditetapkan kerajaan

Jewels Hotel juga sebelum ini dikenali dengan nama Habib Hotel menawarkan pilihan bilik yang menarik dan dengan harga yang berpatutan. Untuk anda yang ingin menempah dan menetap di hotel ini boleh klik link ini > JEWELS HOTEL
Rancangan awalnya untuk turun ke pasar malam tapi sebab dah kekenyangan dan kepenatan, aku mengambil keputusan untuk berehat, mengecas tenaga dan seterusnya tidur. Hari pertama yang begitu banyak pengalaman pertama dalam hidup aku dan tak sabar untuk pengalaman berikutnya


Setakat ini sahaja bahagian pertama. In shaa Allah bahagian kedua dan ketiga bakal menyusul selepas ini di mana aku akan ceritakan mengenai aktiviti-aktiviti sepanjang keberadaan aku di negeri Kelantan Darul Naim

SEKIAN
#kbsightseeingtour #visitkelantan2020 #kelantandihati #DomesticTourism #familyfoodfestival #CutiCutiMalaysia #MYtravelmediabuddy #firefly #palingbestchallenge #vocabkelantan

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2020/10/part-1-travelogue-kelantan-3-hari-2.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tempat Menarik Itinerary 3 Hari 2 Malam Kuala Terengganu

Tempat Menarik Itinerary 3 Hari 2 Malam Kuala Terengganu

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 966 hits
Cerita ni dah lama sebenarnya perjalanan kami ke Kuala Terengganu sebelum kes Covid menngkat Kuala Terengganu memang ada banyak tempat menarik contoh pantai yang bersih pulau yang indah tempat makan di Kuala Terengganu juga banyak yang seda...
Tolak Omnibus Law Mahasiswa Di Jember Gelar Aksi Demo Malam Hari

Tolak Omnibus Law Mahasiswa Di Jember Gelar Aksi Demo Malam Hari

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 262 hits
AJM merupakan aliansi dari puluhan organisasi mahasiswa lintas kampus dan ideologi yang ada di Jember Turut bergabung di dalamnya juga berbagai unsur pelajar pemuda aktivis lingkungan hidup dan berbagai elemen masyarakat non formal lainnya ...
Bye Bbnu Lagends Take Over Ini Senarai Lagu Gv7 Yang Bakal Gegarkan Malam Anda Hari Ini

Bye Bbnu Lagends Take Over Ini Senarai Lagu Gv7 Yang Bakal Gegarkan Malam Anda Hari Ini

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 383 hits
Tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum 14 bintang Gegar Vaganza 7 membuka tirai untuk konsert pertama malam ini Bintang yang dimaksudkan adalah Mus Noraniza Idris Yantzen Ayu Damit Rozita Izlyn Haslienda Linda Nanuwil Asyira Cliff Umar vo
Itinerari Percutian Pulau Langkawi 5 Hari 4 Malam Kuah Cenang Telaga Tujuh Kubang Badak

Itinerari Percutian Pulau Langkawi 5 Hari 4 Malam Kuah Cenang Telaga Tujuh Kubang Badak

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 551 hits
Aku daripada masa PKP haritu memang dah pasang niat nak bercuti ke pulau bila dah boleh mula travel semula For now kita start yang dekat dekat dan dalam negara dulu Sekurangnya boleh bantu untuk menaikkan semula ekonomi negara terutamanya d...
Yusuf Mansur Ajak Seluruh Umat Islam Salat Malam 40 Hari Untuk Tanggapi Uu Cipta Kerja

Yusuf Mansur Ajak Seluruh Umat Islam Salat Malam 40 Hari Untuk Tanggapi Uu Cipta Kerja

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 329 hits
Pengesahan Undang undang Cipta Kerja oleh DPR RI pada Senin 5 Oktober kemarin tak henti hentinya menuai berbagai respons dari setiap golongan masyarakat Tak hanya para buruh dan tokoh tokoh politik bahkan pendakwah kondang Yusuf Mansur meng...
Baca Doa Ini Jika Kamu Terbangun Di Malam Hari Insya Allah Keinginanmu Cepat Dikabulkan Allah

Baca Doa Ini Jika Kamu Terbangun Di Malam Hari Insya Allah Keinginanmu Cepat Dikabulkan Allah

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 371 hits
Malam hari identik dengan tidur dan istirahat Setelah seharian disibukkan oleh rutinitas maka malam hari selalu menjadi pembalasan dendam kita untuk istirahat sampai pagi Namun tahukah kamu bahwa Islam menjadikan beberapa malam justru sebag...
Selawat Badar Jom Banyakkan Selawat Hari Jumaat

Selawat Badar Jom Banyakkan Selawat Hari Jumaat

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 2097 hits
kredit https gramho com media 2159947794592730856 Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua sahabat sahabat semua Naim harap semua baik baik bersama keluarga tercinta Dan hari ini hari jumaat yang barokah Alangkah baik kita banyakkan be...
Pos Malaysia Terap Norma Baharu Dalam Sambutan Hari Pos Sedunia Ke 51

Pos Malaysia Terap Norma Baharu Dalam Sambutan Hari Pos Sedunia Ke 51

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 434 hits
KUALA LUMPUR Pos Malaysia Berhad menerapkan norma baharu dalam meraikan sambutan Hari Pos Sedunia ke 51 hari ini dengan melancarkan video khas yang mengetengahkan peningkatan sistem digitalnya serta ucapan terima kasih kepada barisan hadapa...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba