Training Of Trainers Intensif Quran Totiq


TOTIQ atau nama penuhnya Training of Trainers Intensif Quran telah masuk kepada pengambilan ketiga pada tahun 2024. Bermulanya TOTIQ ini pada tahun 2022, anda boleh lihat bagaimanakan struktur kelas pertama yang dimulakan oleh Tuan Fazrul Ismail pada link di bawah. Rupanya TOTIQ ini dianjurkan oleh Yayasan Ummi Malaysia (YUM) berkolaborasi dengan Akademi Sinergi Ikhlas (Tuan Fazrul Ismail).

The program initiated in 2022 by the Chairman of Yayasan Ummi Malaysia, Puan Hajjah Rita Sarbani Ismail, has a noble objective: to help the larger community fully understand the meaning of the Quran through a practice called “Tadabbur.” This initiative aims to train and produce individuals known as “Pentadabbur” for the purpose of Da’wah, which is the act of propagating and sharing Islamic teachings.



Baca sini: 
Panduan Kelas TOTIQ 1
TOTIQ by Yayasan Ummi Malaysia


Alhamdulillah, dengan izin Allah yang maha berkuasa, maha mengetahui akhirnya kelas pertama bagi sesi TOTIQ 3 telah bermula di Kelantan secara offline selama 2 hari bersama Tuan Fazrul Ismail. Debaran terasa kerana saya juga merupakan salah seorang pelajar TOTIQ 3 dengan izin Allah, di bawah tajaan SASU: Sayangi Al-Quran Seawal Usia (Pengasas: Puan Siti Norlaila). 
Diberikan kesempatan belajar bagaimanakah kaedah mentadabbur al Quran dan kemudian menjadi penyampai pula buat orang lain insya Allah. Doakan.
Saya suka sangat untuk kongsikan dahulu buat semua pembaca apa sebenarnya TOTIQ (Training of Trainers Intensif Quran ) ini. 


Apa itu program TOTIQ? Totiq adalah satu kaedah pembelajaran memahami ayat-ayat al Quran buat mereka yang ingin mendalami al Quran. Pendedahan kemahiran Tadabbur Tazakkur secara berstruktur dan ia mempunyai tingkatan-tingkatan iaitu dari Level satu hingga lapan (L1-L8).
Umumnya yang saya boleh kongsikan buat pembaca, apa yang bakal anda pelajari adalah;

Mendedahkan kemahiran tadabbur tazakkur al Quran secara berstrukturMembina kemahiran penyampaian (pendakwah)Membina kemahiran asas penyelesaian masalah & inovasi berdasarkan al Quran & Sunnah
Jika sekadar membaca tafsir atau terjemahan tetapi tidak nampak apakah sebenarnya pesanan yang Allah nak sampaikan maka bermakna kita masih belum faham al Quran. Masya Allah, kan. 
Jadi jika kita benar-benar ingin faham ayat Allah, maka belajarlah ilmu tadabbur atau kelas tadabbur maka kita akan memahami sedalam-dalamnya pesanan, peringatan, serta bagaimana mengaplikasikan kefahaman ini sebagai panduan hidup kita di dunia mengikut acuan yang telah Allah sediakan.


Al Quran Sebagai Panduan HidupUstaz Harfiz bin Hamzah berkata semasa kelas kuliah online pagi tadi iaitu;

al-Quran itu perlu di imani dengan sebetul-betulnya
fokus kepada al-Quran, barokah al-Quran
Allah memuliakan mereka yang bersama dengan al-Quran


Ayat ini sangat memberi kesan kepada diri saya sendiri, betapa saya telah gagal menggunakan al Quran sebagai pedoman hidup sedangkan sering berkata kepada diri sendiri; 

aku ingin redha Allah 

Ingin redha Allah, tetapi tidak seratus peratus jelas makna ayat al Quran. Jangan kata surah 1, mana-mana surah pun belum jelas. 
Kata-kata beliau, menusuk hati namun kata Coach Jamil, kita masih belum terlambat untuk belajar. Orang yang terlambat adalah apabila dia tahu akan hal ini, hakikat ini maka dia ada peluangnya, dia menangguhkan. 
Bertangguh untuk belajar isi kandungan al Quran. 
Allahu akbar. Apa pendapat pembaca semua?
Apakah kita sudah terlambat? Saya doakan agar kita semua tidak terlambat, mulakan sekarang dengan apa kaedah yang ada, banyak ya kelas tadabbur, antara para pentadabbur yang terkenal, iaitu Ustaz Syaari Abd Rahman kan? Haa, ada kelas ya sahabat. Usah risau. Kita doa banyak-banyak kepada Allah agar diberikan peluang dan kesempatan untuk mengaji ayat-ayat kitab Allah ini dengan sebetul-betulnya.
Pertama sekali; apa yang kita boleh lakukan terlebih dahulu. Mulakan dengan adakan Al Quran Terjemahan di sisi kita. Setiap seorang ada al Quran terjemahan / tafsir. Kemudian bacalah, baca sahaja dahulu. Ini antara yang saya mula belajar juga, kita baca dan sebaiknya berguru. Dan subhanallah, kini sudah ada terlalu banyak channel, buku dan panduan untuk kita rujuk apakah tadabbur bagi surah-surah dan ayat-ayat al Quran. 
Antaranya melalui sesi Quran Time di TV Al Hijrah oleh Tuan Fazrul Ismail. 
Kelas percuma atau berbayar oleh para Ustaz, di Youtube, Zoom, kelas online dan offline.
Buku-buku tadabbur tazakkur juga sudah banyak di pasaran, contoh buku popular adalah dari siri Quran time sendiri iaitu buku #myqurantime


Kursus TOTIQ Berapa Lama?Kursus totiq ini dijalankan selama empat bulan, ada tugasan, kuiz, peperiksaan malah pembentangan. Bagi sesi TOTIQ 3, kami ada 3 kumpulan iaitu TOTIQ Kelantan, TOTIQ Putrajaya dan TOTIQ Online. Saya kongsikan perbezaan ketiga-tiga kumpulan ini secara lengkap, sebagai rujukan akan datang kan, mana tahu rezeki TOTIQ 4 nanti, namun semuanya tertakluk kepada pihak Akademi Sinergi Ikhlas Sdn Bhd. 


Jadual penuh seperti di bawah;



Tuan Fazrul Ismail
Tuan Fazrul Ismail terkenal sejak program TV my Quran Time diperkenalkan kan? Kenal tak sahabat semua akan beliau? Saya teringat seperti satu gelombang semasa PKP lepas akan kaedah tadabbur al Quran ini, dimulakan dari TV Al Hijrah di dalam program MYQuranTime, kemudian mulalah bersiri-siri buku nota My #qurantime. Buku ini sudah ada dari Juzuk 1 hingga Juzuk 26. 

Bagi yang nak dapatkan buku-buku siri nota My #qurantime boleh dapatkan di Shopee.

Pembelian Buku Nota My #QuranTime 1-26 : SINI
Saya kongsikan biodata Tuan Fazrul Ismail bagi yang ingin tahu lebih lanjut dan kenali beliau. 

Fazrul Fahmee Ismail mendapat ijazah Kejuruteraan Kimia & Minor in Arabic dari Purdue University, West Lafayette, Indiana, Amerika Syarikat. Beliau juga mendapat ijazah bahasa arab dari Alim International Arabic Learning Centre, Kaherah, Mesir. Fazrul Ismail ialah seorang penyelidik, jurulatih, penceramah dan coach dalam bidang keusahawanan dan softskills serta banyak menyampaikan siri latihan mengambil pengajaran dari al-Quran dan Sunnah. Latarbelakang pendidikan beliau di US dan Mesir menjadikan modul beliau amat istimewa untuk peserta yang pernah menyertai program beliau. Beliau amat suka untuk membimbing dan mendidik individu yang berwawasan yang ingin berjaya.
 Antara buku dan artikel yang ditulis oleh beliau adalah

❖ Panduan Asas Teknik Ulul Albab – Sifir 16 (2019)
❖ Board Game: QINGO – Quranic Bingo (2018)
❖ Produk : Flash 114 (2017) – flash card untuk mengingati 114 Surah dalam Quran
❖ Nikmatnya Tadabbur Tazakkur (2016)
❖ Bina Modul (2016)
❖ Sinopsis 114 Surah (2016)
❖ Kolumnis Majalah i diterbitkan oleh Karangkraf (2004 – 2016).
❖ Ebook Saya Mahu Belon (2013)
❖ Buku Lonjakkan Potensi Diri – MasterPIES (2012)
❖ Kolumnis majalah Zuriat di Singapura (2010-2011)
❖ Al-Fatihah Workbook – disiapkan di US (2009)
❖ Hidup Zero Alasan (2005) – diterbitkan bawah PTS
❖ Pemikiran Sistemik (2004)- diterbitkan di Malaysia oleh PTS Publications &


Distributors.
❖ Pemikiran Sistemik (2003)– diterbitkan di Mesir
❖ Systems Thinking in Action –teknik aplikasi Pemikiran Sistemik
❖ Teknik Komunikasi untuk Nuqaba’
❖ Mengapa 10? – menerangkan mengapa ada 10 Prinsip dalam Pemikiran Sistemik
❖ Amalan Berjaya bagi Lelaki dan Wanita –konsep berjaya yang dinyatakan dalam Surah al-Mukminoon
Saya ambil ringkasan tentang Tuan Fazrul di sini, https://malay.muslimcentral.com/series/fazrul-fahmee-ismail/


Kesimpulan Sebenarnya ini merupakan kelas pertama kalinya bagi saya serius ingin belajar ilmu tadabbur, sebelum ini setelah hampir setahun lebih saya berada di dalam lingkungan dan kumpulan belajar makna al Quran tetapi secara lewa. Bila masa terluang saya sertai mendengar kuliah dari rakan yang mengajar dan berkongsi ilmu. Teknik Cara Faham Al Quran, Teknik Maqroq, tetapi jika disuruh saya menulis kembali apakah tadabbur bagi ayat sekian-sekian. 
Maaf, saya tidak mampu lagi untuk keluarkan secara baik. Bukan pada level pentadabbur, malah untuk diri sendiri dan nak didik anak-anak saya juga tidak yakin

Kenapa saya mula ingin belajar dengan lebih mendalam tentang ayat kalam Allah ini adalah untuk anak-anak saya. Merekalah faktornya, saya nak sama-sama mengajar mereka tentang Allah, bagaimana cara hidup sebenarnya seorang Islam, bagaimana nak mula faham dan cara baca terjemahan Al Quran itu dengan betul. Adakah main baca sahaja? 
Dan bagaimana nak mendidik dan membimbing anak-anak ini mengikut jalan aturan Allah jika diri sendiri sebagai ibu, saya tidak ada ilmunya, oleh sebab itulah saya cuba belajar dengan akademi TOTIQ ini walaupun perasaan ini sangat takut kerana saya tidak asas bahasa arab, mahupun belajar agama (sekolah aliran agama). Ketakutan dan kebimbangan itu ada namun setelah mendengar kuliah dari Ustaz Harfiz dan Coach Jamil hari ini, saya bersyukur sangat-sangat, Allah beri peluang ini kepada saya dan rakan-rakan seperjuangan semua di TOTIQ. 
Ini baru hari pertama, bulan pertama... Doakan kami semua ya, dan saya doakan buat pembaca sekalian, jika ada kesempatan kelas, bengkel mahupun kursus sebegini, ambillah. Allah akan mudahkan urusan kita kerana ini adalah ilmu agamaNya. 
Semoga kita bertemu lagi sahabat
insya Allah
Emme Marina, suri rumah sepenuh masa (WAHM), memiliki M.Sc. dalam Kimia Industri. Penulis dan usahawan yang aktif, mengikuti pelbagai kursus penulisan dan bisnes. Menghasilkan beberapa buah e-book, seperti "Panduan Bisnes di Shopee." Pengalaman 12 tahun berniaga secara online. Kini aktif sebagai blogger, peniaga jam azan, al Quran digital, emas orodesign serta perunding harta perwarisan Islam. Ingin dapatkan khidmat servis dan produk jualan, bolehlah hubungi saya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.emmemarina.com/2024/08/totiq-training-of-trainers-intensif-quran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Al Quran Makin Dicerca Dan Dihina Makin Membingungkan Hebatnya Mukjizat Al Quran

Al Quran Makin Dicerca Dan Dihina Makin Membingungkan Hebatnya Mukjizat Al Quran

papar berkaitan - pada 27/7/2024 - jumlah : 136 hits
Selepas membakar al Quran di Sweden Orang Sweden Emily Anderson dan Martina HildingssonDia membaca dua syuhada dan masuk IslamEmily Anderson dari Savalo di selatan Sweden berkongsi kisahnya dengan televisyen Sweden dan berkata Saya tidak pe...
Penghafal Quran Hingga Alumni Luar Negeri Anak Muda Banyuwangi Jadi Lo Tdbi

Penghafal Quran Hingga Alumni Luar Negeri Anak Muda Banyuwangi Jadi Lo Tdbi

papar berkaitan - pada 24/7/2024 - jumlah : 70 hits
Balap sepeda TdBI memberikan banyak pengalaman internasional bagi banyak talenta muda Banyuwangi
Kelas Totiq 3 Hari Pertama

Kelas Totiq 3 Hari Pertama

papar berkaitan - pada 7/8/2024 - jumlah : 120 hits
Syukur ke hadrat ilahi akhirnya dengan izin Allah saya yang tiada ilmu aliran agama ini diizinkan untuk bertalaqqi di dalam kelas tadabbur al Quran Sejak tahun 2017 2018 seingat saya saya menjadi penjual al Quran terjemahan di bawah syarika...
More Better Melaka Anjurkan Debat Kitab Injil Dengan Al Quran Di Melaka

More Better Melaka Anjurkan Debat Kitab Injil Dengan Al Quran Di Melaka

papar berkaitan - pada 1/8/2024 - jumlah : 108 hits
Alang alang korang dah nak sangat promosi bible kepada umat islam Apa kata kerajaan melayu anjurkan pendebatan injil dan al quran Biarkan melaka menjadi tempat terbuka untuk agamawan berdebat isu kitab agama Penganut agama selain Islam diin...
Pendakwah Kecewa Penghafaz Al Quran Pakai Rantai Besi Haram Tetap Haram

Pendakwah Kecewa Penghafaz Al Quran Pakai Rantai Besi Haram Tetap Haram

papar berkaitan - pada 9/8/2024 - jumlah : 77 hits
Pensyarah dari Universiti Sains Islam Malaysia Ustaz Dr Muhammad Lukman Ibrahim tegur penampilan seorang pemuda yang juga merupakan penghafaz al Quran memakai rantai besi ketika menghadiri Kuala Lumpur Fashion Week 2024 Perkara t
Employer Reluctance On Training The Crux Of Hrd Corp Problem

Employer Reluctance On Training The Crux Of Hrd Corp Problem

papar berkaitan - pada 27/7/2024 - jumlah : 108 hits
From Walter SandosamFollowing the recent HRD Corp furore with possibly corruption having reared its ugly head one reads of some employers calling for levies to be stopped at least temporarily until matters are sorted out On the other extrem...
Membaca Al Quran Perlukah Memahami Maknanya Wajib Atau Tidak Ada Al Quran Jenis Terjemahan

Membaca Al Quran Perlukah Memahami Maknanya Wajib Atau Tidak Ada Al Quran Jenis Terjemahan

papar berkaitan - pada 9/8/2024 - jumlah : 105 hits
Sejak dari kecil kita semua dititik beratkan untuk belajar mengaji dan mengenal huruf al Quran Apabila dewasa kita sebagai ibu mengajarkan pula kepada anak anak untuk mengenal dan menghafal huruf hijaiyah kerana mereka akan membaca al Quran...
Despite Hrd Corp Debacle Training Levies Should Continue

Despite Hrd Corp Debacle Training Levies Should Continue

papar berkaitan - pada 7/8/2024 - jumlah : 69 hits
The recent auditor general and the Public Accounts Committee reports highlighted mismanagement and financial irregularities involving the Human Resource Development Corporation Malaysia finds itself at a critical crossroads in its efforts t...
Speed Read A Bonkers 1 700 Cc Single Cylinder Chopper And More

Bian Gindas Cinta Biru Chord

Tuntutan Palesu Sprm Siasat Tuntutan Banyak Sangat Palesu Zaman Din Ni

Hilton Honors Rolls Out Exclusive Dining Offers Across Malaysia

Isu Gisb Biar Kerajaan Tentukan

Permohonan Bantuan Budi Ipt Sabah One Off Rm1500 Rm2000

Cheah Liek Hou Pemenang Pingat Emas Badminton Para 2024

Pensyarah Dihargai


echo '';
10 Fakta Biodata Reedzwann Penyanyi Lagu Tercipta Satu Senyuman Cinta Pandang Pertama Yang Terpalit Kemalangan

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Uncle Bos Mama Slot Megadrama Astro Ria

Hamba Laut Masalah Perhambaan Asia Tenggara Yang Meruncing

Biodata Bella Khan Bella Khann Personaliti TikTok Founder Produk Vigorous Hair Tonic

Bagaimana Perkongsian Ilmiah Media Sosial Buatkan Kita Semakin Kurang Cerdik


Benarkah Daun Sirih Bagus Untuk Mengatasi Masalah Keputihan

Moving To A New Home In Chicago Here S Why Bernard Movers Should Be Your First Call

Budak 14 Tahun Rebah Maut Ketika Main Bola Sepak

Doorgift Kenduri Mini Pouch Bag

Akmal Jawab Dap Malulah Anak Jantan Kalau Orang Jual Kita Tidak Beli

Gerakan At Crossroads