Tragedi Kematian Omayra Sanchez Gambar Menyedihkan Yang Memenangi Anugerah Foto Terbaik


Pada tahun 13 November 1985, Gunung Berapi Nevado del Ruiz meletup mengakibatkan letusan lahar gunung berapi yang mengalir merentasi pekan Armero, Colombia, yang kali terakhir meletus secara kecil-kecilan pada tahun 1845, membuatkan tidak ada sebarang amaran dapat dikeluarkan kepada penduduk sekitar kawasan Armero.

Omayra Sanchez

Jika ada amaran pun, mesej itu sampai lambat kerana tidak ada jalinan hubungan yang wujud, kerana ketika hari kejadian bekalan elektrik telah terputus terlebih dahulu akibat hujan lebat.

Sehari sebelum berlakunya letusan besar itu, sudah terdapat tanda-tanda awal tragedi akan berlaku apabila asap hitam mula keluar dari kawasan gunung. Penduduk hanya diberitahu supaya tidak bimbang.

Amaran pengkaji bumi yang sudah mengesan berlaku pergerakan sejak September tidak diendahkan oleh kerajaan Colombia. Tepat pada jam 9:09 malam, Gunung berapi Nevado del Ruiz meletus menyebabkan kematian lebih 22 ribu penduduk di situ.

Omayra yang pada ketika itu berada di rumahnya bersama keluarga yang semakin bimbang akibat batu-batu arang yang semakin kerap menimpa atap rumah mereka.

Mereka dapat mendengar dari jauh bunyi yang semakin menghampiri dan dalam sekelip mata, tiba-tiba sahaja segalanya musnah dibawa arus lahar yang panas.

Ayah dan makciknya meninggal di tempat kejadi sementara Omayra terselamat tetapi badannya tersekat di siling rumah mereka. Ibunya pula bernasib baik pada waktu itu bekerja di luar kawasan.

Pasukan penyelamat mengalami kesukaran untuk masuk ke kawasan itu bagi menyelamatkan mangsa, kerana lahar itu dipenuhi lumpur yang membuatkan suasana pesrsekitaran menjadi amat sukar untuk dinavigasi tanpa tersekat.

Bagaimanapun, Omayra berjaya ditemui tetapi pasukan penyelamat tidak berjaya mengeluarkan dia dari celahan batu dan konkrit yang menyepit beliau.

Penyelam yang memeriksa mendapati hanya dengan memotong kaki beliau yang pada ketika itu dalam keadaan melutut, Omayra dapat dibebaskan tetapi, dengan situasi yang kurang sesuai, besar kemungkinan Omayra akan mati jika kakinya dipotong kerana jangkitan kuman.

Cubaan untuk menarik Omayra keluar juga tidak berjaya kerana setiap kali ditarik, air berlumpur akan kembali bertakung pantas yang mampu membuatkan beliau lemas.

Tidak pula dipastikan sama ada Omayra tahu atau tidak, dia sedang memijak makciknya sendiri yang tenggelam dalam lumpur di bawahnya.

Pihak perubatan mengambil keputusan, jalan terbaik adalah dengan membiarkan saja Omayra di situ serta berharap agar bantuan peralatan datang untuk menyelamatkan beliau.

Omayra pun terus hidup di dalam lumpur dengan hanya kepala dan tangannya kelihatan. Sepanjang dia masih hidup, Omayra kekal positif, menyanyi, makan serta mahu ditemubual oleh wartawan, bagaimanapun, ada kalanya beliau jadi takut, kemudian menangis dan meminta pertolongan Tuhan.

Sifat Omayra mula berubah pada hari ketiga sehingga mengalami halusinasi, meracau-racau hendak ke sekolah kerana mahu mengambil peperiksaan matematik.

Wajah Omayra pada ketika itu bertukar. Matanya menjadi merah, kulitnya membengkak dan tangannya bertukar keputihan.

Pada jam 10:05 pagi, selepas hampir 60 jam Omayra meneruskan hidup menunggu penyelamat datang, beliau meninggal dunia pada 16 November 1985 kerana penyakit gangrene dan hypothermia, akibat terlalu lama berada di dalam air.

Banyak pihak meletakkan beban kesalahan pada kerajaan Colombia yang gagal menyediakan fasiliti amaran dan keselamatan yang lengkap. Kemudahan asas seperti alat bantuan penyelamat juga tidak diperolehi, menyukarkan sebarang kerja menyelamat apatah lagi dalam situasi di kelilingi lumpur.

Kerajaan Colombia pula mengakui kelemahan mereka pada ketika itu diburukkan lagi ketika itu kerajaan mereka terpaksa menghadapi serangan pemberontak kerajaan, yang membuatkan wakil kerajaan terpaksa memfokuskan kepada perihal keselamatan negara.

Frank Fournier, seorang jurugambar Perancic sempat menemui Omayra sehari sebelum dia meninggal dan merakamkan detik-detik akhir Omayra Sanchez yang diterbitkan 6 bulan kemudian dalam satu siri gambar yang diberikan tajuk "The Agony of Omayra Sanchez." Gambar itu memenangi anugerah World Press Photo of The Year bagi tahun 1986.


Tragedi itu telah membunuh hampir 75% penduduk (22 ribu) daerah Armero dan penduduk pekan Armero yang masih hidup, memulakan semula kehidupan mereka ke sebuah lokasi lain di bahagian utara beberapa kilometer dari Armero yang dinamakan sebagai Armero Guayabal.

Bandar Armero ditinggalkan dengan sesetengah lokasi masih lagi diselimuti lumpur. Gunung berapi Nevado del Ruiz dikhabarkan masih aktif dan jika pemanasan global terus berlaku, dianggarkan tragedi serupa mampu berulang sekali lagi.

Omayra Sanchez kini menjadi simbol masyarakat Colombia, sebagai peringatan kepada kecuaian kerajaan Colombia dalam menangani krisis yang sebenarnya mampu dielakkan.

Begitulah kisah tragedi kematian manusia terbesar melibatkan insiden lahar gunung berapi yang berlaku satu masa dulu pada tahun 1985.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Merungkai Dusta Tragedi Hillsborough'Kisah Disebalik Gambar Yang Menyayat Hati Ini'
sumber: iluminasi



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/05/tragedi-kematian-omayra-sanchez.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doakanlah Yang Terbaik Untuk I Fathia Latiff Kongsi Foto Dicium Dipeluk Lelaki

Doakanlah Yang Terbaik Untuk I Fathia Latiff Kongsi Foto Dicium Dipeluk Lelaki

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 519 hits
Belum reda lagi dengan cerita buka tudung dengan imej baru berambut pendek Fathia Latiff sekali lagi mencetuskan tekanan kepada followers dan netizen apabila Fathia berkongsi foto terbaru yang jelas kelihatan seorang lelaki memeluk dan menc...
Filem One Two Jaga Terima Anugerah Pengarah Terbaik Pelakon Pembantu Terbaik Di Aiffa

Filem One Two Jaga Terima Anugerah Pengarah Terbaik Pelakon Pembantu Terbaik Di Aiffa

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 295 hits
Filem Crossroad One Two Jaga arahan Shahili Abdan atau Namron sekali berjaya mendapat anugerah Pengarah Terbaik dan Pelakon Pembantu Terbaik di majis Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN malam tadi Sebelum ini filem Namron telahpu...
Mama Adik Lapar La Ajar Anak Kecil Berpuasa Makanan Terbaik Untuk Puasa Tahan Lebih Lama

Mama Adik Lapar La Ajar Anak Kecil Berpuasa Makanan Terbaik Untuk Puasa Tahan Lebih Lama

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 688 hits
Kita tak paksa anak kecil kita di bawah usia enam tahun untuk berpuasa tetapi semasa kecil inilah ibu bapa harus latih si kecil untuk berpuasa Tak kisahlah separuh atau suku hari latih anak kita untuk bangun sahur dan seterusnya menahan lap...
Hiburan Netizen Terkejut Fathia Latiff Muat Naik Foto Buka Tudung Alami Depresi

Hiburan Netizen Terkejut Fathia Latiff Muat Naik Foto Buka Tudung Alami Depresi

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 411 hits
Tidak pasti apa yang sudah berlaku dalam hidup pelakon Fathia Latiff sejak kebelakangan ini dikala beliau meminta maaf dan berharap agar orang ramai memberikannya peluang kedua untuk berubah Fathia sekali lagi seakan sengaja membiarkan diri...
Anggap Ramadan Terakhir Penuhi Ibadat Terbaik

Anggap Ramadan Terakhir Penuhi Ibadat Terbaik

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 218 hits
oleh SUBKY LATIF 11 MAY 2019AMAT kurang peka kedatangan Ramadan bila ia datang dan bila ia bermula Yang peka rata rata penjaja pasar Ramadhan Mereka sudah bersedia dan berbuat petak yang strategik sejak beberapa bulan lalu Bahkan mereka men...
Lama Disembunyikan Daniel Mananta Unggah Foto Misterius Istrinya

Lama Disembunyikan Daniel Mananta Unggah Foto Misterius Istrinya

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 272 hits
Daniel Mananta selama ini dikenal sangat tertutup tentang keluarganya Lama disembunyikan presenter ternama itu kini justru mengunggah foto kocak istrinya
Begini 10 Foto Bandara Baru Jogja Nyia Yang Akan Dibuka Akhir April Nanti Kaya Di Luar Negeri Nih

Begini 10 Foto Bandara Baru Jogja Nyia Yang Akan Dibuka Akhir April Nanti Kaya Di Luar Negeri Nih

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 285 hits
Oke oke kamu pasti mau komentar tentang proses pembangunan bandara yang bermasalah kan Oke silakan berkomentar dengan bijak ya
Foto Wow Ini Fesyen Yang Digayakan Selebriti Di Ame2019 Siapa Paling Letop

Foto Wow Ini Fesyen Yang Digayakan Selebriti Di Ame2019 Siapa Paling Letop

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 434 hits
Foto Wow Ini Fesyen Yang Digayakan Selebriti Di AME2019 Siapa Paling Letop Anugerah Meletop 2019 telah pun yang telah melabuhkan tirainya semalam menyaksikan Siti Nordiana dan Khai Bahar masing masing mengungguli kategori Artis Top Top Mele...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord