Tragedi Budak Dua Tahun Tertusuk Pisau Dedah Kemiskinan Keluarga


Gambar kenangan Nur Qaisara Medina Supian, bersama ibu bapanya. 
PARIT BUNTAR: Tragedi menimpa seorang kanak-kanak dua tahun yang maut tertusuk pisau di Parit Telok Pial Baroh, Kuala Kurau, di sini pagi semalam, bukan saja memilukan tetapi turut mendedahkan keadaan kehidupan keluarga yang dibelenggu kemiskinan.

Keadaan rumah didiami mangsa, Nur Qaisara Medina Supian, bersama tujuh beradik termasuk neneknya yang berusia 86 tahun, amat uzur dan tidak selamat didiami.

Kejadian jam 9.30 pagi itu turut mendapat perhatian Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan negeri, Abdul Yunus Jamhari, yang menziarah kediaman keluarga berkenaan malam tadi.

Abdul Yunus yang hadir bersama Ahli Majlis Daerah Kerian menyampaikan bantuan awal sumbangan kerajaan negeri bagi meringankan beban keluarga itu.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kurau, bukan saja terkejut dengan kejadian itu malah turut tersentuh hati melihat kediaman mangsa yang terlalu usang.

“Saya amat simpati dengan kejadian yang menimpa anak keempat keluarga itu.

“Selepas kunjungan tadi, saya amat terkejut melihat keadaan rumah mereka yang uzur dan tidak selamat diduduki.

“Keluarga ini layak dibantu dan saya sendiri akan usahakan bantuan sewajarnya,” katanya.

Abdul Yunus berkata, perbincangan akan dibuat dengan Pegawai Daerah Kerian bagi membolehkan keluarga berkenaan memiliki rumah di Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) di Bagan Tiang, Tanjung Piandang yang dalam pembinaan.

“Jika pihak keluarga masih mahu tinggal di sini, kita akan usahakan bantuan yang wajar seperti baik pulih lantai, dinding dan bumbung usang yang membahayakan keluarga ini.

“Dalam masa sama, saya akan memastikan pihak berkaitan mengambil perhatian membantu keluarga ini dari pelbagai sudut,” katanya.

SUPIAN (kiri) menunjukkan tempat kejadian yang meragut nyawa anaknya kepada Abdul Yunus. - Foto Shaiful Shahrin Ahmad PauziSementara itu, tinjauan di kediaman keluarga itu mendapati suasana sugul menyelubungi ahli keluarga dan penduduk kampung.

Bapa mangsa, Supian Samsuri, 42, sebak ketika ditemui namun reda dan menganggap kejadian menimpa anaknya sebagai ketentuan Allah.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi semalam, mangsa meninggal dunia selepas tertusuk pisau sepanjang kira-kira 15 sentimeter (cm) di kiri perut yang terbenam hingga paras hulu pisau.

Kanak-kanak malang itu dikatakan berlari di dapur rumah meminta neneknya membuatkan susu, namun terpijak pinggan plastik di lantai lalu terjatuh.

Sebilah pisau yang berada di atas pinggan itu dikatakan menusuk kiri perut perut mangsa.

Ibu mangsa, Hana Mazlan, 27, dilaporkan berkata, anaknya yang dipanggil Sara meminta susu sebelum

kejadian.

“Saya memintanya menunggu kerana ketika itu saya menidurkan anak bongsu.

"Bagaimanapun, Sara yang baru selesai mandi dan belum sempat memakai pakaian berlari ke arah neneknya yang ada berhampiran dan minta dibuat susu.

“Ketika berlari, Sara terpijak pinggan plastik lalu terjatuh. Ketika itulah pisau yang ada dalam pinggan berkenaan menusuk perutnya,” katanya.

Mendengar Sara menangis dengan kuat, Hana berlari memujuk dan memangkunya tanpa menyedari ada pisau tertusuk di perut kirinya.

"Bila saya usap badannya barulah terasa hulu pisau yang sama warnanya dengan kulit anak.

"Tiada darah keluar daripada tusukan itu, namun ibu mentua saya yang panik terus mencabut pisau berkenaan.

“Sara yang awalnya merengek terus senyap," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, semalam.

Hana meminta bantuan jiran menghantar Sara ke klinik berhampiran, namun apabila mendapati tiada pergerakan nadi, pihak klinik terus menghantar anaknya ke Hospital Parit Buntar sebelum disahkan sudah meninggal dunia.

Supian ketika ditemui berkata, beliau berada di tempat kerja di Pejabat Pertubuhan Peladang Negeri Bahagian Jentera (PPNJ) Perak Utara di Titi Serong, Parit Buntar ketika kejadian.

“Saya bergegas ke hospital sebaik dimaklumkan namun anak saya sudah meninggal dunia.

“Pisau itu adalah pisau melapah daging. Pagi tadi (semalam) anak sulung dan kedua saya mengupas mempelam lalu meninggalkannya di atas pinggan di lantai," katanya.

Jenazah dijangka dikebumikan pagi tadi.

Kredit Berita Harian Online

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2019/02/tragedi-budak-dua-tahun-tertusuk-pisau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terus Cabut Pisau Di Perut Sara Daripada Merengek Terus Senyap Budak Maut Tertusuk Pisau Melapah Daging

Terus Cabut Pisau Di Perut Sara Daripada Merengek Terus Senyap Budak Maut Tertusuk Pisau Melapah Daging

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 1305 hits
Malang tak berbau seorang kanak kanak perempuan berusia dua tahun maut akibat tertusuk pisau di bahagian kiri perut selepas terjatuh nbsp Dalam kejadian yang berlaku pada jam 9 30 pagi semalam di rumah ibu bapanya di Parit Telok Pial Kuala ...
Sara Daripada Rengek Terus Diam Si Kecil 2 Tahun Ini Menghembuskan Nafas Terakhir Selepas Tertusuk Pisau

Sara Daripada Rengek Terus Diam Si Kecil 2 Tahun Ini Menghembuskan Nafas Terakhir Selepas Tertusuk Pisau

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 487 hits
seorang kanak kanak berusia 2 tahun Nur Qaisara Medina Supian m aut akibat tert usuk pisau Insi den yang berlaku di Parit Telok Pial Kuala Kurau itu terjadi ketika dia berlari untuk meminta susu Namun siapa sangka dalam sekelip mata Sara m ...
Syafiq Yusof Dedah Dua Klu Bantu Penonton Jawab Misteri Dalam Misteri Dilaila

Syafiq Yusof Dedah Dua Klu Bantu Penonton Jawab Misteri Dalam Misteri Dilaila

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 751 hits
Syafiq Yusof mendedahkan beberapa klu untuk menjawab beberapa persoalan dalam filem Misteri Dilaila Filem bergenre thriller tersebut kini menjadi perdebatan di kalangan penonton ekoran mempunyai dua ending berbeza di pawagam berbeza Para pe...
Ulang Tahun Kali Ke Dua Puluh Empat

Ulang Tahun Kali Ke Dua Puluh Empat

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 427 hits
terima kasih buat semua yang mendoakan bersempena hari lahir aku ternyata aku masih muda hahahaterima kasih emak aku bangun tidur pagi tadi acah acah je nak cakap apebenda tah lepastu aku tengah blur dia datang peluk dan buat ucapan manis a...
Menristekdikti Targetkan 7 000 Jurnal Terakreditasi Nasional Dalam Dua Tahun

Menristekdikti Targetkan 7 000 Jurnal Terakreditasi Nasional Dalam Dua Tahun

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 309 hits
Indonesia baru memiliki 2 270 jurnal yang terakreditasi nasional saat ini Sementara diperlukan lebih dari 8 000 jurnal yang terakreditasi untuk memenuhi kebutuhan jurnal ilmiah nasional
Cabaran Cabaran Perlu Dilalui Ibu Sepanjang Proses Dua Tahun Penyusuan

Cabaran Cabaran Perlu Dilalui Ibu Sepanjang Proses Dua Tahun Penyusuan

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 550 hits
Assalamualaikum Diah terbaca tentang cabaran cabaran yang perlu dilalui oleh ibu ibu sepanjang proses penyusuan Tak kisah lah berapa lama tempoh penyusuan tu tapi cabaran untuk setiap orang lebih kurang sama je Amaran awal bukan semua orang...
Selepas Dua Tahun Tidaklah Pula Bermakna Sehingga Ke Tarikh Pru15

Selepas Dua Tahun Tidaklah Pula Bermakna Sehingga Ke Tarikh Pru15

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 339 hits
KENYATAAN MEDIAKEADILAN Menyokong Kerajaan Pakatan Harapan Di Bawah Kepimpinan Tun Dr MahathirMajlis Pimpinan Pusat KEADILAN telah mengadakan mesyuarat bulanan hari ini KEADILAN menegaskan perpaduan dan kesepakatan Pakatan Harapan harus dip...
Budak 11 Tahun Dibunuh Kejam Di Pekan

Budak 11 Tahun Dibunuh Kejam Di Pekan

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 905 hits
Budak 11 Tahun Dibunuh Kejam di Pekan Pahang itulah berita yang menggemparkan negara kita pada hari ini Sungguh tragis apa yang telah berlaku kepada kanak kanak yang tidak berdosa ini Kanak Kanak 11 Tahun Dibunuh Kejam di Pekan Segalanya be...
Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Apom Manis Bubur Campur

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Consultant

Slot168 Top 10 By Dawna Happy168 Life Slot168 25 2568


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Pakej Haji Swasta Premium 2025 Bersama Mkm Ticketing Travel Tours

Guru Membuat Kerja Sambilan Merosakkan Institusi Pendidikan Negara

Special Offer Kepada Non Muslim

The Role Of Tankless Water Heaters In Contemporary Home Design

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order

Despite Us Pullout Pm Anwar Says Malaysia Still All In On Paris Agreement