Selepas Dua Tahun Tidaklah Pula Bermakna Sehingga Ke Tarikh Pru15




KENYATAAN MEDIA


KEADILAN Menyokong Kerajaan Pakatan Harapan Di Bawah Kepimpinan Tun Dr Mahathir


Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN telah mengadakan mesyuarat bulanan hari ini.


KEADILAN menegaskan perpaduan dan kesepakatan Pakatan Harapan harus dipertahan, dan menolak keras segala tohmahan yang cuba  melaga-lagakan pimpinan dan melemahkan kerjasama erat di kalangan Pakatan Harapan.


KEADILAN berpegang teguh kepada persetujuan yang telah dicapai dan diumumkan pada 7 Januari 2018, di mana Tun Dr Mahathir Mohamad diangkat menjadi Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi Timbalan Perdana Menteri, manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengambil alih sebagai Perdana Menteri ke-8 selepas tempoh 2 tahun. 


KEADILAN menegaskan bahawa pendirian parti dalam perkara ini tidak berubah.


KEADILAN turut menegaskan seluruh kekuatan parti perlu disalurkan ke arah menyokong usaha Kerajaan Pakatan Harapan untuk mengukuhkan ekonomi dan mengatasi masalah rakyat termasuk isu kos sara hidup.


Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN
24 Februari 2019.




ULASAN BLOG - PKR nampaknya sekali lagi tampil dengan kenyataan menyokong kepimpinan Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.


Bagaimanapun, dalam kenyataan terbaru ini dinyatakan bahawa Anwar Ibrahim akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri selepas 2 tahun Tun Mahathir memegang jawatan tersebut.


Ini agak berbeza dengan apa yang selalu ditanggapi umum sebelum ini bahawa Tun Mahathir hanya menjadi Perdana Menteri selama 2 tahun saja.


Malah, Tun Mahathir sendiri seperti setuju dengan tempoh dua tahun itu apabila beliau pernah melirik kepada Presiden PKR itu sambil berkata, “kalau Anwar beri izin, dapatlah saya jadi PM dua tahun setengah.”


Anwar pula berkata berkali-kali menyatakan kesediaannya untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Mahathir dalam tempoh dua tahun selepas kemenangan pada PRU14.


Baru-baru ini pula beliau melahirkan keyakinan akan mengambil alih jawatan itu daripada Tun Mahathir sebelum tempoh dua tahun sebagaimana yang telah dipersetujui.


Tetapi, mengapa dalam kenyataan terbaru ini dinyatakan peralihan kuasa itu akan dilakukan selepas tempoh 2 tahun?


Apakah ini bermakna Anwar sudah mengalah?


Sebenarnya, ini adalah tanda penghargaan dan kepercayaan penuh Anwar terhadap kepimpinan Tun Mahathir serta mahu Perdana Menteri tidak rasa terlalu suntuk masanya mentadbir negara ini.


Meskipun demikian, haruslah juga difahami bahawa Tun Mahathir sekarang sudah mencecah usia 94 tahun dan tahun depan akan menginjak umur 95 tahun.


Dengan ruang masa selepas 2 tahun diberi untuk berlakunya penyerahan kuasa itu, ia tidaklah pula bermakna Tun Mahathir harus memanjangkannya sehingga ke detik PRU15 yang dijangka diadakan pada tahun 2023.


Jika sehingga tahun 2023 itu, usia Tun Mahathir ketika itu sudah pun menjangkau 98 tahun dan adakah beliau masih mampu menjalankan tugasnya dalam usia setua itu?


Dalam hal ini, Tun Mahathir juga harus sedar bahawa sebelum beliau melakukan penyerahan kuasa, Anwar hendaklah diberi ruang secukupnya untuk mengukuhkan parti dan kerajaan sebelum ketibaan PRU15.


Menyerahkan kuasa di saat-saat akhir sebelum PRU15 mungkin menyukarkan Anwar menghadapi pilihanraya tersebut, apalagi untuk mengekalkan kemenangan PH.


Bermaksud, tempoh selepas 2 tahun yang disebut dalam kenyataan media terbaru ini, ia mungkin bermaksud 2 tahun 1 bulan, 2 tahun 3 bulan, 2 tahun 6 bulan atau tarikh-tarikh lain yang hampir dengannya.


Namun, ia tidaklah sehingga ke tarikh PRU15 atau sampai Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri selama 5 tahun lamanya.


Membiarkan Tun Mahathir menerajui negara sehingga PRU15 atau jika beliau hanya melakukan penyerahan kuasa di saat-saat, ia lebih mengundang peluang yang kelam dan sukar bagi PH untuk terus mengekalkan kuasanya. 


Anwar mesti diberi masa yang secukupnya membuktikan kepimpinannya dan melaksanakan idea-idea baru sebelum tibanya PRU15. (ShahbudinHusin 24/02/2019)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2019/02/selepas-dua-tahun-tidaklah-pula.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masih Ingat Tragedi Kampung Tanduo Selepas Hampir 6 Tahun Komando Ini Dedah Kejadian Sebenar

Masih Ingat Tragedi Kampung Tanduo Selepas Hampir 6 Tahun Komando Ini Dedah Kejadian Sebenar

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 467 hits
Melihat seorang daripada anggota yang berdiri di sebelah kiri terpelanting ke belakang akibat terkena tembakan peluru di bahu kiri nyawa bekas Ketua Sektor Delta dalam trag3di berdarah Kampung Tanduo Lahad Datu Sabah bagaikan di hujung tand...
Setakat Satu Dua Beg Lv Tak Payah Berangan Yang Ni Dia Buat Pintu Jamban Ja Azza Komen Pasal Siapa Pula

Setakat Satu Dua Beg Lv Tak Payah Berangan Yang Ni Dia Buat Pintu Jamban Ja Azza Komen Pasal Siapa Pula

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 514 hits
Memang kelakar apabila pada satu entri di Instagram Azza Zawari atau lebih dikenali sebagai Azza Elite dia memuat naik gambarnya di hadapan pintu tandas Pintu tandas tersebut merupakan salah satu pintu tandas di rumah Sharifah Shahirah ko k...
Ulang Tahun Kali Ke Dua Puluh Empat

Ulang Tahun Kali Ke Dua Puluh Empat

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 422 hits
terima kasih buat semua yang mendoakan bersempena hari lahir aku ternyata aku masih muda hahahaterima kasih emak aku bangun tidur pagi tadi acah acah je nak cakap apebenda tah lepastu aku tengah blur dia datang peluk dan buat ucapan manis a...
Nabil Mahir Dan Sarah Hildebrand Putus Selepas Lima Tahun Bercinta

Nabil Mahir Dan Sarah Hildebrand Putus Selepas Lima Tahun Bercinta

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 1021 hits
KUALA LUMPUR Pelakon dan pengacara Ahmad Nabil Ahmad Mahir 31 mengesahkan hubungan cintanya dengan Sarah Hilderbrand putus sejak dua minggu lalu Malah Nabil turut memadamkan gambarnya bersama Sarah atau nama penuhnya Nur Sarah Marie Hildebr...
Selepas 2 Tahun Gigih Menabung Akhirnya Bapa Mithali Ini Berjaya Belikan Baju Baru Untuk Anak Perempuanya

Selepas 2 Tahun Gigih Menabung Akhirnya Bapa Mithali Ini Berjaya Belikan Baju Baru Untuk Anak Perempuanya

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 434 hits
Biarpun nilai baju itu cuma RM16 50 pengemis itu terpaksa berhempas pulas demi merealisasikan impian anaknya itu Kisah itu diceritakan menerusi sekeping gambar yang dimuatnaik oleh jurugambar GMB Akash baru baru ini di Facebook dan mendapat...
Selepas Blackpink Bts Pula Diimport Ke Malaysia Apa Faedah

Selepas Blackpink Bts Pula Diimport Ke Malaysia Apa Faedah

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 680 hits
MacpiePro masih dalam proses perancangan sebelum sebarang rundingan untuk menjemput kumpulan K pop ternama dunia BTS ke Malaysia APHALAMAN HIBURANSelepas Blackpink penganjur berhasrat bawa BTS ke Malaysia SELEPAS kejayaan menganjurkan konse...
Selepas Dua Minggu Isu Buka Tudung Ini Tindakan Mengejutkan Emma Maembong Pada Syed Abdullah

Selepas Dua Minggu Isu Buka Tudung Ini Tindakan Mengejutkan Emma Maembong Pada Syed Abdullah

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 972 hits
Selepas Dua Minggu Isu Buka Tudung Ini Tindakan Mengejutkan Emma Maembong Pada Syed Abdullah
Selepas Tun M Kata Jumlah Penjawat Awam Perlu Dikurangkan Ini Pula Respon Muhyiddin Yasin

Selepas Tun M Kata Jumlah Penjawat Awam Perlu Dikurangkan Ini Pula Respon Muhyiddin Yasin

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 412 hits
Jumlah penjawat awam seramai 1 7 juta terlalu besar dan perlu dikurangkan tegas Tun Dr Mahathir Mohamad Menurut Perdana Menteri jumlah berkenaan meningkat dengan mendadak sejak beliau meninggalkan pentadbiran negara pada tahun 2003 Apabila ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord