Tragedi Bayi Lemas Bawah Lengan Ayah 7 Tips Co Sleeping Mama Papa Boleh Buat


Kisah yang meruntun hati baru-baru ini mengenai seorang bayi berusia tiga bulan yang disahkan meninggal dunia selepas dipercayai lemas di bawah lengan ayahnya yang terkena serangan jantung, benar-benar membuka mata kita semua sebagai ibu bapa.
Tragedi ini bukan sahaja menyayat hati, malah menjadi satu peringatan besar buat kita untuk lebih peka dengan aspek keselamatan bayi, khususnya ketika tidur bersama anak kecil.

‘Simple Tapi Selamat’: 7 Tip Penting Elak Tragedi Seumpama Ini Mungkin ramai antara kita yang memilih untuk tidur bersama bayi kerana ingin lebih mudah menyusukan, atau sekadar ingin merasa dekat dengan anak. Tapi dalam masa yang sama, kita perlu tahu bahawa tidur bersama bayi (co-sleeping) boleh mengundang risiko, terutama jika tidak dilakukan dengan cara yang selamat.
Ibu ayah, berikut beberapa tip mudah tetapi sangat penting untuk diamalkan agar si kecil sentiasa dalam keadaan selamat, terutamanya ketika tidur bersama:

1. Elakkan Tidur Terlalu Letih Dengan Bayi Jika anda terlalu letih atau mengambil ubat yang menyebabkan mengantuk, elakkan tidur bersama bayi. Risiko untuk tidak sedar pergerakan bayi sangat tinggi dan boleh menyebabkan insiden seperti ini.
2. Pastikan Bayi Tidak Tidur Di Tengah-Tengah Ibu Ayah Tidurkan bayi di sebelah ibu, bukan di tengah-tengah. Jika boleh, sediakan ruang khas seperti baby cot yang diletakkan bersebelahan katil ibu. Ini memudahkan penyusuan tanpa risiko bayi tersepit.
3. Jauhkan Bantal, Selimut Tebal & Bantal Peluk Pastikan kawasan tidur bayi bebas daripada sebarang objek lembut yang boleh menyebabkan bayi sukar bernafas. Bantal tebal dan selimut yang besar juga boleh menyumbat saluran pernafasan bayi tanpa disedari.
4. Letakkan Bayi Dalam Posisi Tidur Terlentang Posisi ini disarankan oleh pakar pediatrik seluruh dunia kerana ia membantu bayi bernafas dengan lebih baik dan mengurangkan risiko Sindrom Kematian Bayi Mengejut (SIDS).
5. Gunakan Tilam Keras & Permukaan Rata Tilam yang terlalu lembut boleh menyebabkan bayi ‘tenggelam’ dan sukar bergerak. Gunakan tilam yang padat dan rata untuk keselamatan maksimum.
6. Pakaikan Bayi Dengan Pakaian Yang Selesa Tak perlu pakaikan bayi dengan selimut tebal atau pakaian berlapis-lapis. Cukup sekadar pakaian tidur yang selesa dan sesuai dengan suhu bilik.
7. Amalkan ‘Safe Sleep Environment’ Sejak Awal Pendidikan tentang persekitaran tidur yang selamat perlu bermula dari awal kelahiran. Jadikan ia sebagai budaya dalam penjagaan bayi agar semua ahli keluarga tahu tentang keselamatan bayi.
Sayangi, Peluk & Lindungi Nyawa Si Kecil Ibu ayah, tiada siapa mahu perkara buruk terjadi kepada anak sendiri. Namun, malang tidak berbau. Apa yang boleh kita lakukan adalah terus berusaha untuk belajar, memperbaiki cara dan sentiasa utamakan keselamatan si kecil dalam setiap keadaan.
Nyawa anak itu anugerah yang tak ternilai. Jadikan kisah sedih ini sebagai satu peringatan dan pengajaran bersama. Kerana kadangkala, tip yang nampak simple, itulah sebenarnya yang boleh menyelamatkan nyawa anak kita.
The post Tragedi Bayi Lemas Bawah Lengan Ayah, 7 Tips ‘Co-Sleeping’ Mama Papa Boleh Buat appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tragedi-bayi-lemas-bawah-lengan-ayah-7-tips-co-sleeping-mama-papa-boleh-buat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Batuk Berkahak Tapi Tak Reti Buang Ini Mama Papa Boleh Bantu

Anak Batuk Berkahak Tapi Tak Reti Buang Ini Mama Papa Boleh Bantu

papar berkaitan - pada 12/6/2025 - jumlah : 121 hits
Anak batuk sampai merah muka tapi kahak tetap tak keluar Ibu bapa mesti rasa risau kan Situasi anak batuk berkahak tetapi tak pandai membuang kahak adalah masalah biasa dalam kalangan bayi dan kanak kanak kecil terutama yang belum tahu cara...
Bayi Mati Lemas Tertindih Lengan Bapa Yang Meninggal Kena Serangan Jantung

Bayi Mati Lemas Tertindih Lengan Bapa Yang Meninggal Kena Serangan Jantung

papar berkaitan - pada 19/6/2025 - jumlah : 103 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Bayi tiga bulan meninggal dunia dipercayai tertindih lengan bapanya yang sebelum itu maut disyaki terkena serangan jantung dalam kejadian di Kampung Perigi Hang Tuah Melaka pagi tadi Mangsa lelaki Nurul Efendy Ibr...
Tips Keibubapaan Era Digital Mama Papa Wajib Tahu Kalau Tak Nak Anak Hilang Arah

Tips Keibubapaan Era Digital Mama Papa Wajib Tahu Kalau Tak Nak Anak Hilang Arah

papar berkaitan - pada 25/6/2025 - jumlah : 134 hits
Dalam dunia yang semakin pantas dan penuh dengan skrin peranan ibu bapa bukan sekadar menjaga anak tapi juga membimbing mereka menavigasi dunia digital dengan selamat dan seimbang Ramai ibu bapa hari ini bimbang Anak saya asyik main game je...
Anak Boleh Pandai English Dari Rumah 5 Cara Ibu Ayah Boleh Praktik Hari Ini

Anak Boleh Pandai English Dari Rumah 5 Cara Ibu Ayah Boleh Praktik Hari Ini

papar berkaitan - pada 20/6/2025 - jumlah : 167 hits
Zaman sekarang fasih Bahasa Inggeris bukan lagi sekadar kelebihan ia satu keperluan Tapi tak semua anak dapat kelebihan belajar English dengan mudah Jangan risau mama papa kunci sebenar ada di rumah Dengan bimbingan betul anak boleh kuasai ...
Tragedi Bot Terbalik Suami Isteri Hilang Ditemui Lemas

Tragedi Bot Terbalik Suami Isteri Hilang Ditemui Lemas

papar berkaitan - pada 8/6/2025 - jumlah : 127 hits
Mayat dua warga tempatan itu dijumpai terapung kira kira 0 1 batu nautika dari Pelabuhan Utara pagi ini Pihak berkuasa melancarkan operasi mencari dan menyelamat selepas bot dinaiki enam penumpang terbalik di perairan Tanjung Harapan Pelabu...
Muka Anak Biru Tak Sedarkan Diri Cpr Pantas Mak Ayah Boleh Selamatkan Anak

Muka Anak Biru Tak Sedarkan Diri Cpr Pantas Mak Ayah Boleh Selamatkan Anak

papar berkaitan - pada 11/6/2025 - jumlah : 99 hits
Panik terkejut dan menggigil satu badan Itu antara reaksi spontan bila tengok anak tiba tiba tidak sedarkan diri dan muka jadi biru dan tak bernafas Situasi ini bukan drama semata tapi realiti yang dah berlaku pada ramai ibu ayah Dalam saat...
Cik B Imbau Tragedi Kebakaran Ragut Nyawa 2 Abang Kongsi Keadaan Vida 40 Hari Mama Tak Makan Tak Keluar Rumah

Cik B Imbau Tragedi Kebakaran Ragut Nyawa 2 Abang Kongsi Keadaan Vida 40 Hari Mama Tak Makan Tak Keluar Rumah

papar berkaitan - pada 26/6/2025 - jumlah : 130 hits
Pempengaruh yang juga anak kepada usahawan Datuk Seri Vida iaitu Cik B berkongsi tentang peristiwa sedih dalam hidupnya iaitu ketika kehilangan dua abangnya akibat satu insiden tragis Menerusi podcast Cik B menceritakan tentang kejadian keb...
Pokok Sawi Ayah Dah Boleh Tuai

Pokok Sawi Ayah Dah Boleh Tuai

papar berkaitan - pada 12/6/2025 - jumlah : 137 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Seronok tengok pokok sawi yang ayah tanam dalam polibeg besar tepi rumah ni makin hari makin membesar hari ke hari Hari ni bila tengok tengok balik wahh daun pun ada yang lebar segar elok jer berdiri Conf...
Boleh Kahwin Dengan Bella Ini Kes Syed Saddiq

Boleh Kahwin Dengan Bella Ini Kes Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 25/6/2025 - jumlah : 108 hits
Selepas lima tahun akhirnya Mahkamah Rayuan membuat keputusan ini dalam kes Syed SaddiqK PRAGALATHJune 25 2025Panel hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim telah melepas dan membebaskan Ahli Parlimen Muar Syed Sad...
Hiburan Hei Betina Berhenti Malukan Keluarga Amp Suami Sedar Sikit Kau Tu P Lacur Berstatus Datin Nabila Huda

Titan A Roaring Nitrous Boosted Bmw R 1300 R Built In House

Tarif Us Malaysia Mulai 1 Ogos 2025 Kadar Impaknya

Cure For Malaysia S Generational Judicial Curse

Hiburan Lebih 82 000 Petugas Kesihatan Kkm Dikecualikan Waktu Kerja Syif 45 Jam Seminggu

Starlink Malaysia Patutkah Anda Tukar Dari Unifi Atau Maxis

Breathing Easier How Smart Sensors Stop Vaping In Schools

Kedah Fashion Week 2025 1 3 Ogos 2025 Bertemakan Berlian Di Aman Central Alor Setar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Mudah Lafaz Dan Niat Solat Sunat Taubat

7 Cara Penjagaan Luka C Zer Selepas Bersalin Secara Pembedahan

Bila Mula Membaca Keajaiban Taqwa

Perspektif Dan Solusi

Sains Cern Temui Dua Pecahan Misteri Partikel Tuhan Yang Sukar Dikesan

Google Fi Tingkatkan Perlindungan Peranti Dapatkan 2 Kali Tuntutan Kehilangan Atau Kecurian