Tradisi Yang Tidak Pernah Pudar Ini Kepentingan Seni Rangoli Semasa Deepavali


Tradisi Yang Tidak Pernah Pudar, Ini Kepentingan Seni Rangoli Semasa Deepavali
Hari Deepavali merupakan salah satu perayaan penting bagi masyarakat India beragama Hindu di seluruh dunia.
Ia turut dikenali sebagai “pesta cahaya” yang melambangkan kemenangan cahaya mengatasi kegelapan, kebaikan mengalahkan kejahatan dan ilmu mengatasi kejahilan.
Dalam tempoh perayaan ini, aktiviti seperti menziarahi sanak saudara, mengadakan pertujukan bunga api, bersembahyang di kuil atau rumah masing-masing dan jamuan akan berjalan.
Pada hari yang penuh makna ini, rumah dan kuil dihiasi dengan pelita minyak, bunga, serta corak Rangoli berwarna-warni sebagai simbol kesucian dan kegembiraan.
Sering kali kita berasa terpukau melihat keindahan corak Rangoli yang berwarna-warni dan menarik perhatian. Ia bukan sekadar hiasan, tetapi ia juga melambangkan kesejahteraan, keharmonian dan sambutan meriah perayaan ini.
Justeru, kali ini SK ingin menjelaskan kepada anda secara mendalam mengenai kepentingan seni Rangoli semasa perayaan Deepavali.
Rangoli bukan sekadar pertandingan Menurut portal Times Of India, Rangoli bukan sekadar satu pertandingan yang diadakan di sekolah, kolej dan program kebudayaan. Ia merupakan satu bentuk seni tradisional India yang sering dihasilkan semasa perayaan istimewa ini.
Rangoli adalah rekaan yang dicipta di atas lantai oleh orang ramai menggunakan pelbagai warna menarik, bunga, beras, tepung gandum, kunyit dan pelbagai bahan lain.
Selain itu, orang ramai menunjukkan kreativiti mereka dengan menghasilkan pelbagai jenis rekaan seperti geometri, bunga, petak dan sebagainya.
Rangoli mempunyai kepentingan agama yang besar, sekali gus menjadikannya lebih mulia dan bertuah.
Selain membawa tuah, ia turut membawa kemakmuran serta kebahagiaan kepada masyarakat. Orang ramai meluahkan kegembiraan, kesyukuran kepada dewa serta berkongsi kegembiraan mereka sempena perayaan melalui Rangoli yang telah dihasilkan.
Times Of India melaporkan bahawa menurut mitologi Hindu, salah satu elemen terpenting perayaan Deepavali ialah keindahan Rangoli yang meriah.
Corak warna-warni ini menghiasi pintu masuk setiap rumah, sekali gus menyemarakkan suasana perayaan.
Pada hari Deepavali, setiap Rangoli dihasilkan khusus untuk menyambut kehadiran Dewi Laxmi membawa keberkatan dan kegembiraan ke dalam setiap rumah.
Rangoli menjadi tanda sambutan yang mesra dan penuh keberkatan Salah satu tujuan utama penghasilan Rangoli ialah untuk menyambut dan menghormati Tuhan, khususnya Dewi Laxmi yang merupakan pelindung kekayaan dan kemakmuran.
Difahamkan bahawa pada hari Deepavali, dewa-dewa akan mengunjungi rumah, dan Rangoli yang cantik serta berhias di pintu masuk menjadi tanda sambutan yang mesra serta penuh keberkatan.
Rekaan Rangoli dipercayai membawa tuah dan dikaitkan dengan nasib baik serta tenaga positif, manakala corak yang unik dan berwarna-warni ini diyakini dapat menghalau roh jahat serta memupuk keharmonian.
Di samping itu, ahli keluarga dapat berkumpul untuk menghasilkan rekaan Rangoli yang unik, sekali gus menonjolkan kebolehan kreatif mereka.
Usaha kreatif ini bukan sahaja menghias persekitaran, malah menghidupkan semangat perayaan serta mengeratkan perpaduan komuniti.
BACA: “Rare” Betul, Idea Pengantin Ni Buat Tetamu Terkejut Tengok Isi Goodies Bag Sumber: Times Of India
The post Tradisi Yang Tidak Pernah Pudar, Ini Kepentingan Seni Rangoli Semasa Deepavali appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/20/tradisi-yang-tidak-pernah-pudar-ini-kepentingan-seni-rangoli-semasa-deepavali/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Happy Deepavali 2025

Happy Deepavali 2025

papar berkaitan - pada 20/10/2025 - jumlah : 403 hits
May the lights of this beautiful festival bring endless happiness and good fortune to you and your family Happy Deepavali
Diwali Deepavali 2025

Diwali Deepavali 2025

papar berkaitan - pada 20/10/2025 - jumlah : 140 hits
Selamat Deepavali 2025 Kad JMBELOG Selamat Deepavali 2025 Diwali ini semoga rumahmu menyinari malam dengan gelak tawa dan kasih sayang sama seperti cahaya persahabatan kita Semoga setiap lampu kecil mengingatkan kita bahawa harapan selalu a...
What Is Deepavali And When Is It Celebrated

What Is Deepavali And When Is It Celebrated

papar berkaitan - pada 20/10/2025 - jumlah : 196 hits
Deepavali is the Indian festival of lights a holiday that celebrates the triumph of good over evil This year Diwali will be celebrated on October 20 Though technically religious it s also become a cultural event in North America that s cele...
Anwar Extends Deepavali Greetings Calls For Unity And Progress

Anwar Extends Deepavali Greetings Calls For Unity And Progress

papar berkaitan - pada 20/10/2025 - jumlah : 245 hits
KUALA LUMPUR Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim has extended Deepavali greetings to all Hindus in Malaysia He also expressed hope that this year s festival would stand as a symbol of Malaysians coming together in the spirit of progress...
King Queen Send Deepavali Wishes To All Hindus In Malaysia

King Queen Send Deepavali Wishes To All Hindus In Malaysia

papar berkaitan - pada 20/10/2025 - jumlah : 184 hits
PETALING JAYA His Majesty Sultan Ibrahim King of Malaysia and Her Majesty Raja Zarith Sofiah Queen of Malaysia have extended heartfelt Deepavali greetings to Hindus across Malaysia In a social media post the King and Queen expressed their h...
Happy Deepavali

Happy Deepavali

papar berkaitan - pada 19/10/2025 - jumlah : 271 hits
Happy Deepavali Bila hantu tak bertuan buat projek di pejabat Aunty cleaner pun dibabitkan sama Amboi macam pengantin berinai sampai ke kaki copyright 2018 All rights reserved
Traffic Builds Up On Major Highways Ahead Of Deepavali Celebrations

Traffic Builds Up On Major Highways Ahead Of Deepavali Celebrations

papar berkaitan - pada 19/10/2025 - jumlah : 217 hits
Traffic on several major highways across Peninsular Malaysia began to build up this morning as travellers hit the road ahead of the Deepavali celebrations NSTP FILE PICKUALA LUMPUR Traffic on several major highways across Peninsular Malaysi...
Sulaiha Ahmad The Malay Indian Entrepreneur Sweetening Deepavali

Sulaiha Ahmad The Malay Indian Entrepreneur Sweetening Deepavali

papar berkaitan - pada 19/10/2025 - jumlah : 188 hits
Founder of Tokey Coconut Candy shares about her mixed heritage upbringing and running a business selling Indian treats and To order send a WhatsApp message to 017 203 4818
Mcmc Siasat Aduan Liputan Di Sibu Sahkan Rangkaian Stabil Kecuali Gangguan Sementara Akibat Insiden Bekalan Elektrik

Drama Bad Cop

Tiada Syarat 80 Peratus Kandungan Tempatan Dalam Lesen Penyiaran Mcmc

Malaysia Perketat Keselamatan Digital Ekyc Media Sosial Bakal Dilaksana

Why A Sunway Ijm Merger Must Be Opposed

Anwar Makes High Stakes Bid To Boost Pkr S Fortunes In Sabah

Sukar Bernafas Punca Amira Othman Dimasukkan Ke Hospital

Selangor Beri Rebat Cukai Pbt Untuk Rumah Dengan Fasiliti Mesra Alam


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Account Verification For Your Mailbox Alcatraz77 Apitlanggaq Blogger Com

Doa Untuk Buah Hati Metode Pengasuhan Para Nabi

Beli Udeng Dan Kain Raya

Abadikan Gambar Beramai Ramai Dalam Wall Blog

Semalam Si Kakak Exam Amali Fizik

Irresistible Lutong Pinoy Beef Mechado Recipe