Tradisi Pembunuhan Pewaris Takhta Empayar Uthmaniyyah Dihalalkan Atas Nama Kestabilan Awam


Pada musim panas 1553, Suleiman Yang Agung, sultan ke-10 Empayar Uthmaniyyah mengarahkan tiga khadamnya yang bisu dan pekak untuk membunuh pewaris takhta iaitu putera kandungnya sendiri, Mustafa.

Sultan Suleiman

Sultan Suleiman khuatir puteranya akan melancarkan pemberontakan dan menggulingkannya justeru, Mustafa harus dibunuh terlebih dahulu sebagai tindakan pencegahan.

Dalam undang-undang Empayar Uthmaniyyah ketika itu, membunuh saudara sedarah bukanlah suatu kesalahan.

Bapa membunuh anak, anak membunuh bapa, adik membunuh abang, abang membunuh adik, sepupu, bapa saudara, anak saudara dan saudara lelaki sedarah yang lainnya adalah tindakan yang absah.

Lebih kurang 150 tahun sebelum kejadian itu, telah terjadi perang saudara antara empat putera Sultan Bayezid I yang berebut untuk mewarisi takhta kekuasaan setelah beliau meninggal.

Perang saudara yang memakan korban puluhan ribu orang dan melemahkan kuasa empayar Uthmaniyyah itu hanya berakhir selepas kira-kira 10 tahun.

Pemenangnya, putera bongsu Bayezid I iaitu Mehmed I yang kemudiannya ditabalkan menjadi sultan.

Cucu beliau, Sultan Mehmed II yang dikenali sebagai Mehmed Yang Menakluk pada zaman pemerintahannya telah mengeluarkan suatu dekri undang-undang yang berbunyi:

"Sesiapa sahaja dari puteraku yang mewarisi takhta, dibenarkan untuk dia membunuh abang dan adik lelakinya, demi kestabilan dan kepentingan awam".
Sejarawan percaya 60 orang putera raja telah dibunuh sepanjang 600 tahun tempoh empayar Uthmaniah.

16 daripadanya kerana memberontak melawan sultan. Tujuh orang kerana percubaan memberontak dan selebihnya dibunuh 'demi kestabilan dan kepentingan awam'.

Kali terakhir pembunuhan saudara sedarah berlaku ialah apabila Sultan Mehmed III mewarisi takhta empayar Uthmaniyyah.

Mehmed III dikatakan membunuh 19 orang saudara kandungnya sendiri setelah beliau ditabalkan menjadi sultan.

Pembunuhan saudara sedarah untuk memastikan pemerintahan empayar Uthmaniyyah kuat, kukuh dan tidak diganggu-gugat "demi kestabilan dan kepentingan awam" berakhir apabila Sultan Ahmed I yang mewarisi takhta pada tahun 1603 bertindak untuk tidak membunuh saudara-saudara sedarahnya.

Menjadi putera raja empayar Uthmaniyyah adalah sesuatu yang malang, kerana kebanyakan mereka lahir dengan takdir untuk dibunuh, malah dengan cara pembunuhan yang tidak terbayangkan.

Dibunuh tanpa menumpahkan darah menggunakan sapu tangan sutera yang dicekup ke mulut atau dijerut ke leher sehingga mangsa putus nafas.

Suatu tradisi Turkic-Mongol yang mereka warisi di mana darah keturunan raja tidak boleh ditumpahkan ke bumi.

Malangnya, setelah itu secara perlahan-lahan empayar Uthmaniyyah sedikit demi sedikit mengalami kemerosotan.

Sebahagiannya kerana terjebak dalam perang antara pelbagai kumpulan putera-putera raja yang berebut untuk mewarisi takhta.

Kontroversi Pembunuhan Sehzade Mustafa Oleh Sultan Suleiman Al-Qanuni

Pembunuhan Sehzade Mustafa

Keagungan dan keadilan Sultan Suleiman Al-Qanuni sentiasa diselubungi sejarah hitam iaitu kisah pembunuhan anaknya yang merupakan putera mahkota kerajaan Uthmaniyyah dan panglima tentera hebat yang dihormati oleh Tentera Elit Janisari bernama Mustafa.

Kisah ini sering dijadikan modal buat golongan orientalis untuk memburukkan Sultan Suleiman Al-Qanuni.

Kisah ini turut dilakonkan semula dalam drama the Magnificent Century yang dipaparkan dengan penuh emosi namun, harus diakui kisah ini benar-benar berlaku dalam sejarah empayar Uthmaniyyah.

Pada tahun 1550 M, usia Sultan Suleiman sudah semakin tua dan pada tahun 1552 M, Sultan Suleiman menderita penyakit yang sukar disembuhkan dan semakin parah pada beberapa tahun berikutnya.

Duta besar Hasburg bernama Busbecq menggambarkan bahawa, Sultan Suleiman menyembunyikan wajah pucatnya dengan lapisan bedak putih.

Dengan keadaanya yang semakin tenat, Sultan Suleiman mula mencurigai anak-anaknya yang dilihat memiliki cita-cita untuk menjatuhkannya.

Pada tahun 1553, Sultan Suleiman telah memimpin satu ekspedisi ke Iran bagi menghadapi Syiah Safawi.

Apabila berhenti di Eregli, baginda telah memanggil anaknya memasuki khemah, membunuhnya dengan mengarahkan orang yang dipercayai untuk membunuhnya sehingga Mustafa meninggal akibat dicekik.

Persoalan mengenai punca mengapa Sultan Suleiman membunuh anaknya Mustafa telah dibincangkan oleh ahli sejarah.

Namun, terdapat sepucuk surat yang tidak bertarikh dari Mustafa kepada ayah Pasha menunjukkan bahawa cita-citanya untuk merebut kerusi kesultanan.

Surat itu tertulis, "Syukur kehadapan Tuhan, wahai temanku di antara penuntut hak penerus kerajaan, kemampuan dan kapasiti yang ada padaku sangat tergantung padamu".

Colli Imber menyatakan bahawa populariti Mustafa dikalangan Janisari (tentera elit Uthmaniyyah) menyebabkan beliau mampu menjatuhkan dan memberontak terhadap Sultan Suleiman dengan mudah jika dia ingin melakukannya.

Sejarah mencatatkan bahawa hasil pemberontakan Janisarilah yang menyebabkan datuk Sultan Suleiman, iaitu Sultan Beyazid II terpaksa diturunkan takhta dan digantikan oleh bapanya Sultan Selim I.

Ahli sejarawan Ottoman sepakat menyatakan bahawa kematian Mustafa merupakan konspirasi antara isterinya Roxalena atau Hurrem, puterinya Mihrimah dan suaminya Grand Vizier (menteri) Rustem Pasha.

Hal ini kerana Mustafa adalah anak Mahidevran, manakala Roxalena menginginkan salah satu daripada anaknya yang menaiki takhta.

Rustem Pasha dilihat melaksanakan hasrat ibu mertuanya dengan licik apabila beliau telah memalsukan surat yang kononya Mustafa ingin bersekongkol dengan Syiah Safawi untuk menjatuhkan bapanya.

Sejarawan berbangsa Turki bernama Akgunduz menyatakan bahawa Mufti Uthmaniyah iaitu Ebu's Su'ud telah menfatwakan kehalalan darah Mustafa.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:
Sejarah Tumbangnya Empayar Byzantine Dan Kota Constantinople di Tangan Empayar Uthmaniyyah3 Mac 1924: Kerajaan Islam Terakhir
sumber: 1 | 2



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2020/05/tradisi-bunuh-pewaris-takhta-uthmaniyyah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Rohingya Dua Individu Ini Guna Media Asing Burukkan Nama Malaysia

Isu Rohingya Dua Individu Ini Guna Media Asing Burukkan Nama Malaysia

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 730 hits
MELAMPAU tindakan dua rakyat Malaysia menggunakan media luar bagi mengkritik tindakan kerajaan terhadap pelarian Rohingya Malah negara dipercayai turut dituduh enggan mematuhi prinsip undang undang antarabangsa dan adat Tulisan Thomas Danie...
Tukar Monoshock Motorsikal Yamaha Lc135 Untuk Kestabilan Rapido Adjustable

Tukar Monoshock Motorsikal Yamaha Lc135 Untuk Kestabilan Rapido Adjustable

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 497 hits
Fungsi monoshock dan absorber adalah kurang sama cuma kebanyakkan motorsikal model terkini lebih kearah teknologi monoshock Dulu pernah dengar cerita setiap warna spring memainkan peranan tapi setelah ditanya sebenarnya ia hanyalah warna hi...
Is Bunuh 3 Orang Awam Di Utara Iraq

Is Bunuh 3 Orang Awam Di Utara Iraq

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 211 hits
IS bunuh 3 orang awam di utara Iraq Dikemas kini 5 minit yang lalu Diterbitkan pada 15 May 2020 3 04PM
Daftar Nama Dan Biodata Pemain Nongkrong Di Warung Kopi Sctv

Daftar Nama Dan Biodata Pemain Nongkrong Di Warung Kopi Sctv

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 720 hits
Biodata Pemain Nongkrong di Warung Kopi merupakan sinetron terbaru SCTV yg bergenre komedi yg akan segera tayang Dgn hadirnya sinetron komedi ini pasti akan menjadi tontonan yg menarik sekaligus menjadikan sbg penawar bg anda dr rasa capek ...
Terkejut Aafiyah Sebut Nama Dato Siti Nurhaliza Netizen Cair

Terkejut Aafiyah Sebut Nama Dato Siti Nurhaliza Netizen Cair

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 330 hits
Ibu bapa mana yang tidak seronok apabila mendengar perkataan pertama yang diungkapkan oleh bayi mereka Walaupun bagi kebanyakkan bayi perkataan pertama mereka adalah perkataan yang paling selalu mereka dengar semua ibu bapa ingin perkataan ...
Siapa Rohingya Gambar Dan Nama Saya Dipergunakan Untuk Menyerbarkan Fitnah

Siapa Rohingya Gambar Dan Nama Saya Dipergunakan Untuk Menyerbarkan Fitnah

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 463 hits
Sebelum ini tular di media sosial berkenaan satu artikel yang kononnnya perkongsian berkenaan siapa Rohingya hasil nukilan pengalaman seorang pegawai ATM adalah palsu belaka dan namanya dipergunakan untuk menjadi peluru umat Islam bermusuha...
99 Nama Allah Beserta Makna

99 Nama Allah Beserta Makna

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 3736 hits
99 Nama Allah Beserta Makna Berikut KakYa kongsikan buat sahabat 99 nama Allah SWT beserta maknanya Semoga bermanfaat untuk kita semua Sama sama kita kenali Allah SWT Kalau boleh hafal kita cuba hafal dan faham maksud nama nama Allah 1 Ar R...
Berlapang Dada Jangan Pertikai Bantuan Khas Aidilfitri Penjawat Awam Cuepacs

Berlapang Dada Jangan Pertikai Bantuan Khas Aidilfitri Penjawat Awam Cuepacs

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 415 hits
Kongres Kesatuan Pekerja pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam meminta semua pihak supaya berlapang dada dan tidak mempertikaikan keputusan kerajaan memberikan bantuan khas Aidilfitri kepada penjawat awam Presidennya Adnan Mat menegaskan pihak...
Mb Penjawat Awam Pahang Dapat Bonus Aidilfitri Rm500

Mb Penjawat Awam Pahang Dapat Bonus Aidilfitri Rm500

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 450 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang hari ini mengumumkan pemberian bantuan khas Aidilfitri sebanyak RM500 kepada kira kira 8 000 penjawat awam di negeri ini Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata bayaran akan dibuat pada 19 Mei in...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas