99 Nama Allah Beserta Makna


99 Nama Allah Beserta Makna  | Berikut KakYa kongsikan buat sahabat, 99 nama Allah SWT (Asmaul Husna) beserta maknanya. Semoga bermanfaat untuk kita semua. Sama sama kita kenali Allah SWT. Kalau boleh hafal kita cuba hafal dan faham maksud nama nama Allah. 


1. Ar-Rahmaan: ( الرحمن )
 Maha Pengasih, iaitu pemberi kenikmatan yang agung-agung dan pengasih di dunia

2. Ar-Rahim: ( الرحيم ) 
Maha Penyayang, iaitu pemberi kenikmatan yang di luar jangkaan dan penyayang di akhirat

3. Al-Malik: ( الملك ) 
Maha Merajai/ Menguasai /Pemerintah, iaitu mengatur kerajaanNya sesuai dengan kehendakNya sendiri

4. Al-Quddus: ( القدوس )
Maha Suci, iaitu tersuci dan bersih dari segala cela dan kekurangan

5. As-Salaam: ( السلام ) 
Maha Penyelamat, iaitu pemberi keselamatan dan kesejahteraan kepada seluruh makhlukNya

6. Al-Mu’min: ( المؤمن )
Maha Pengaman / Pemelihara keamanan, iaitu siapa yang bersalah dan makhlukNya itu benar-benar akan diberi seksa, sedang kepada yang taat akan benar-benar dipenuhi janjiNya dengan pahala yang baik

7. Al-Muhaimin: ( المحيمن ) Maha Pelindung/Penjaga / Maha Pengawal serta Pengawas, iaitu memerintah dan melindungi segala sesuatu

8. Al-’Aziiz: ( العزيز ) 
Maha Mulia / Maha Berkuasa, iaitu kuasaNya mampu untuk berbuat sekehendakNya
9. Al-Jabbaar: ( الجبار ) 
Maha Perkasa / Maha Kuat / Yang Menundukkan Segalanya, iaitu mencukupi segala keperluan, melangsungkan segala perintahNya serta memperbaiki keadaan seluruh hambaNya

10. Al-Mutakabbir: ( المتكبر )
Maha Megah / Maha Pelengkap Kebesaran. iaitu yang melengkapi segala kebesaranNya, menyendiri dengan sifat keagungan dan kemegahanNya

11. Al-Khaaliq: ( الخالق )
Maha Pencipta, iaitu mengadakan seluruh makhluk tanpa asal, juga yang menakdirkan adanya semua itu

12. Al-Baari’: ( البارئ )
Maha Pembuat / Maha Perancang / Maha Menjadikan, iaitu mengadakan sesuatu yang bernyawa yang ada asal mulanya

13. Al-Mushawwir: ( المصور )
Maha Pembentuk / Maha Menjadikan Rupa Bentuk, memberikan gambaran atau bentuk pada sesuatu yang berbeza dengan lainnya. (Al-Khaaliq adalah mengadakan sesuatu yang belum ada asal mulanya atau yang menakdirkan adanya itu. Al-Baari’ ialah mengeluarkannya dari yang sudah ada asalnya, manakala Al-Mushawwir ialah yang memberinya bentuk yang sesuai dengan keadaan dan keperluannya)

14. Al-Ghaffaar: ( الغفار )
Maha Pengampun, banyak pemberian maafNya dan menutupi dosa-dosa dan kesalahan

15. Al-Qahhaar: ( القهار ) 
Maha Pemaksa, menggenggam segala sesuatu dalam kekuasaanNya serta memaksa segala makhluk menurut kehendakNya

16. Al-Wahhaab: ( الوهاب ) 
Maha Pemberi / Maha Menganugerah, iaitu memberi banyak kenikmatan dan selalu memberi kurnia

17. Ar-Razzaaq: ( الرزاق )
Maha Pengrezeki / Maha Pemberi Rezeki, iaitu memberi berbagai rezeki serta membuat juga sebab-sebab diperolehnya

18. Al-Fattaah: ( الفتاح )
Maha Membukakan / Maha Pembuka , iaitu membuka gedung penyimpanan rahmatNya untuk seluruh hambaNya

19. Al-’Aliim: ( العليم ) 
Maha Mengetahui, iaitu mengetahui segala yang maujud dan tidak ada satu benda pun yang tertutup oleh penglihatanNya

20. Al-Qaabidh: ( القابض ) 
Maha Pencabut / Maha Penyempit Hidup / Maha Pengekang, iaitu mengambil nyawa atau menyempitkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki olehNya

21. Al-Baasith: ( الباسط ) 
Maha Meluaskan / Maha Pelapang Hidup / Maha Melimpah Nikmat, iaitu memudahkan terkumpulnya rezeki bagi siapa yang diinginkan olehNya

22. AI-Khaafidh: ( الخافض )
Maha Menjatuhkan / Maha Menghinakan / Maha Perendah / Pengurang, iaitu terhadap orang yang selayaknya dijatuhkan akibat kelakuannya sendiri dengan memberinya kehinaan, kerendahan dan seksaan

23. Ar-Raafi’: ( الرافع ) 
Maha Mengangkat / Maha Peninggi, iaitu terhadap orang yang selayaknya diangkat kedudukannya kerana usahanya yang giat, iaitu termasuk golongan kaum yang bertaqwa

24. Al-Mu’iz: ( المعز ) 
Maha Menghormati / Memuliakan / Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan, iaitu kepada orang yang berpegang teguh pada agamaNya dengan memberinya pentolongan dan kemenangan

25. Al-Muzil: ( المذل ) 
Maha Menghina / Pemberi kehinaan, iaitu kepada musuh-musuhNya dan musuh ummat Islam seluruhnya

26. As-Samii’: ( السميع ) 
Maha Mendengar

27. Al-Bashiir: ( البصير ) 
Maha Melihat

28. Al-Hakam: ( الحكم ) 
Maha Menghukum / Maha Mengadili, iaitu sebagai hakim yang menetapkan / memutuskan yang tidak seorang pun dapat menolak keputusanNya, juga tidak seorang pun yang berkuasa merintangi kelangsungan hukumNya itu

29. Al-’Adl: ( العدل )
Maha Adil. Serta sangat sempurna dalam keadilanNya itu

30. Al-Lathiif: ( اللطيف ) 
Maha Menghalusi / Maha Teliti / Maha Lembut serta Halus, iaitu mengetahui segala sesuatu yang samar-samar, pelik-pelik dan kecil-kecil

31. Al-Khabiir: ( الخبير )
Maha Waspada/ Maha Mengetahui

32. Al-Haliim: ( الحليم )
Maha Penyabar / Maha Penyantun / Maha Penghamba, iaitu yang tidak tergesa-gesa melakukan kemarahan dan tidak pula gelojoh memberikan siksaan

33. Al-’Adzhiim: ( العظيم )
Maha Agung, iaitu mencapai puncak tertinggi dan di mercu keagungan kerana bersifat dengan segala macam sifat kebesaran dan kesempunnaan

34. Al-Ghafuur: ( الغفور )
Maha Pengampun, banyak pengampunanNya kepada hamba-hambaNya

35. Asy-Syakuur: ( الشكور )
Maha Pembalas / Maha Bersyukur, iaitu memberikan balasan yang banyak sekali atas amalan yang kecil

36. Al-’Aliy: ( العلي ) 
Maha Tinggi Martabat-Nya / Maha Tinggi serta Mulia, iaitu mencapai tingkat yang setinggi-tingginya yang tidak mungkin digambarkan oleh akal fikiran sesiapa pun dan tidak dapat difahami oleh otak yang bagaimanapun pandainya

37. Al-Kabiir: ( الكبير ) 
Maha Besar, yang kebesaranNya tidak dapat dicapai oleh pancaindera ataupun akal manusia

38. Al-Hafidz: ( الحفيظ )
Maha Pemelihara Maha Pelindung / Maha Memelihara, iaitu menjaga segala sesuatu jangan sampai rosak dan goyah. Juga menjaga segala amal perbuatan hamba-hambaNya, sehingga tidak akan disia-siakan sedikit pun untuk memberikan balasanNya

39. Al-Muqiit: ( المقيت ) 
Maha Pemberi kecukupan/ Maha Pemberi Keperluan , baik yang berupa makanan tubuh ataupun makanan rohani

40. Al-Hasiib: ( الحسيب ) 
Maha Penjamin / Maha Mencukupi / Maha Penghitung, iaitu memberikan jaminan kecukupan kepada seluruh bamba-hambaNya pada hari Qiamat

41. Al-Jaliil: ( الجليل )
Maha Luhur, iaitu yang memiliki sifat-sifat keluhuran kerana kesempurnaan sifat-sifatNya

42. Al-Kariim: ( الكريم ) 
Maha Pemurah, iaitu mulia tanpa had dan memberi siapa pun tanpa diminta atau sebagai penggantian dan sesuatu pemberian

43. Ar-Raqiib: ( الركيب ) 
Maha Peneliti / Maha Pengawas Maha Waspada, iaitu yang mengamat-amati gerak-geri segala sesuatu dan mengawasinya

44. Al-Mujiib: ( المجيب )
Maha Mengabulkan, iaitu yang memenuhi permohonan siapa saja yang berdoa padaNya

45. Al-Waasi’: ( الواسع ) 
Maha Luas Pemberian-Nya , iaitu kerahmatanNya merata kepada segala yang maujud dan luas pula ilmuNya terhadap segala sesuatu

46. Al-Hakiim: ( الحكيم ) 
Maha Bijaksana, iaitu memiliki kebijaksanaan yang tertinggi kesempurnaan ilmuNya serta kerapiannya dalam membuat segala sesuatu

47. Al-Waduud: ( الودود )
Maha Pencinta / Maha Menyayangi, iaitu yang menginginkan segala kebaikan untuk seluruh hambaNya dan juga berbuat baik pada mereka itu dalam segala hal dan keadaan

48. Al-Majiid: ( المجيد )
Maha Mulia, iaitu yang mencapai tingkat teratas dalam hal kemuliaan dan keutamaan

49. Al-Ba’ithu: ( الباعث )
Maha Membangkitkan, iaitu membangkitkan semangat dan kemahuan, juga membangkitkan para Rasul dan orang-orang yang telah mati dari kubur masing-masing nanti setelah tibanya hari Qiamat

50. Asy-Syahiid: ( الشهيد )
Maha Menyaksikan / Maha Mengetahui keadaan semua makhluk

51. Al-Haq: ( الحق ) 
Maha Haq / Maha Benar yang kekal dan tidak akan berubah sedikit pun

52. Al-Wakiil: ( الوكيل ) 
Maha Pentadbir / Maha Berserah / Maha Memelihara penyerahan, yakni memelihara semua urusan hamba-hambaNya dan apa-apa yang menjadi keperluan mereka itu

53. Al-Qawiy: ( القوى )
Maha Kuat / Maha Memiliki Kekuatan , iaitu yang memiliki kekuasaan yang sesempurnanya

54. Al-Matiin: ( المتين ) 
Maha Teguh / Maha Kukuh atau Perkasa / Maha Sempurna Kekuatan-Nya , iaitu memiliki keperkasaan yang sudah sampai di puncaknya

55. Al-Waliy: ( الولى )
Maha Melindungi, iaitu melindungi serta mengaturkan semua kepentingan makhlukNya kerana kecintaanNya yang amat sangat dan pemberian pertolonganNya yang tidak terbatas pada keperluan mereka

56. Al-Hamiid: ( الحميد ) 
Maha Terpuji, yang memang sudah selayaknya untuk memperoleh pujian dan sanjungan

57. Al-Muhshii: ( المحصى )
Maha Menghitung / Maha Penghitung, iaitu yang tiada satu pun tertutup dari pandanganNya dan semua amalan diperhitungkan sebagaimana wajarnya

58. Al-Mubdi’: ( المبدئ )
Maha Memulai/Pemula / Maha Pencipta dari Asal, iaitu yang melahirkan sesuatu yang asalnya tidak ada dan belum maujud

59. Al-Mu’iid: ( المعيد ) 
Maha Mengulangi / Maha Mengembalikan dan Memulihkan, iaitu menumbuhkan kembali setelah lenyapnya atau setelah rosaknya

60. Al-Muhyii: ( المحي ) 
Maha Menghidupkan, iaitu memberikan daya kehidupan pada setiap sesuatu yang berhak hidup

61. Al-Mumiit: ( المميت )
Maha Mematikan, iaitu mengambil kehidupan (roh) dari apa-apa yang hidup

62. Al-Hay: ( الحي ) 
Maha Hidup, iaitu sentiasa kekal hidupNya itu

63. Al-Qayyuum: ( القيوم ) 
Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya , iaitu baik ZatNya, SifatNya, Af’alNya. Juga membuat berdirinya apa-apa yang selain Dia. DenganNya pula berdirinya langit dan bumi ini

64. Al-Waajid: ( الواجد ) 
Maha Penemu / Maha Menemukan, iaitu dapat menemukan apa saja yang diinginkan olehNya, maka tidak berkehendakkan pada suatu apa pun kerana sifat kayaNya yang secara mutlak

65. Al-Maajid: ( الماجد )
Maha Mulia, (sama dengan no. 48 yang berbeda hanyalah tulisannya dalam bahasa Arab, Ejaan sebenarnya no. 48 Al-Majiid, sedang no. 65 A1-Maajid)

66. Al-Waahid: ( الواحد )
Maha Esa

67. Al-Ahad: ( الأحد )
Maha Tunggal

68. Ash-Shamad: ( الصمد ) 
Maha Diperlukan / Maha Diminta / Yang Menjadi Tumpuan, iaitu selalu menjadi tujuan dan harapan orang di waktu ada hajat keperluan

69. Al-Qaadir: ( القادر ) 
Maha Berkuasa/ Maha Kuasa / Maha Berupaya
70. Al-Muqtadir: ( المقتدر ) 
Maha Menentukan

71. Al-Muqaddim: ( المقدم )
Maha Mendahulukan / Maha Menyegera, iaitu mendahulukan sebahagian benda dari yang lainnya dalam mewujudnya, atau dalam kemuliaannya, selisih waktu atau tempatnya

72. Al-Muakhkhir: ( المؤخر ) 
Maha Menangguhkan / Maha Mengakhirkan / Maha Membelakangkan / Maha Melambat-lambatkan., iaitu melewatkan sebahagian sesuatu dari yang lainnya

73. Al-Awwal: ( الأول ) 
Maha Pemulaan / Maha Pertama, iaitu terdahulu sekali dari semua yang maujud

74. Al-Aakhir: ( الآخر )
Maha Penghabisan / Yang Akhir, iaitu kekal terus setelah habisnya segala sesuatu yang maujud

75. Azh-Zhaahir: ( الظاهر )
Maha Zahir / Maha Nyata / Maha Menyatakan, iaitu menyatakan dan menampakkan kewujudanNya itu dengan bukti-bukti dan tanda-tanda ciptaanNya
76. Al-Baathin: ( الباطن )
Maha Tersembunyi, iaitu tidak dapat dimaklumi ZatNya, sehingga tidak seorang pun dapat mengenal ZatNya itu

77. Al-Waalii: ( الوالى )
Maha Menguasai / Maha Menguasai Urusan / Yang Maha Memerintah, iaitu menggenggam segala sesuatu dalam kekuasaanNya dan menjadi milikNya

78. Al-Muta’aalii: ( المتعال ) 
Maha Suci/Tinggi , iaitu terpelihara dari segala kekurangan dan kerendahan

79. Al-Bar: ( البار ) 
Maha Dermawan / Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan) / Yang banyak membuat kebajikan, iaitu banyak kebaikanNya dan besar kenikmatan yang dilimpahkanNya

80. At-Tawwaab: ( التواب ) 
Maha Penerima Taubat, iaitu memberikan pertolongan kepada orang-orang yang melakukan maksiat untuk bertaubat lalu Allah akan menerimanya

81. Al-Muntaqim: ( المنتقم )
Maha Penyiksa / Yang Maha Menghukum, kepada mereka yang bersalah dan orang yang berhak untuk memperoleh siksaNya

82. Al-’Afuw: ( العفو ) 
Maha Pemaaf / Yang Maha Pengampun, menghapuskan kesalahan orang yang suka kembali untuk meminta maaf padaNya

83. Ar-Rauuf: ( الرؤف )
Maha Pengasih / Maha Mengasihi, banyak kerahmatan dan kasih sayangNya

84. Maalikul Mulk: ( المالك الملك ) 
Maha Pemilik Kekuasaan / Maha Menguasai kerajaan / Pemilik Kedaulatan Yang Kekal, maka segala perkara yang berlaku di alam semesta, langit, bumi dan sekitarnya serta yang di alam semesta itu semuanya sesuai dengan kehendak dan iradatNya

85. Zul-Jalaali Wal Ikraam: ( ذوالجلال والإكرام ) Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan / Maha Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan. Juga Zat yang mempunyai keutamaan dan kesempurnaan, pemberi kurnia dan kenikmatan yang amat banyak dan melimpah ruah

86. Al-Muqsith: ( المقسط ) 
Maha Mengadili / Maha Saksama, iaitu memberikan kemenangan pada orang-orang yang teraniaya dari tindakan orang-orang yang menganiaya dengan keadilanNya

87. Al-Jaami’: ( الجامع )
Maha Mengumpulkan / Maha Pengumpul, iaitu mengumpulkan berbagai hakikat yang telah bercerai-berai dan juga mengumpulkan seluruh umat manusia pada hari pembalasan

88. Al-Ghaniy: ( الغنى ) 
Maha Kaya Raya / Maha Kaya serta Serba Lengkap, iaitu tidak berkehendakkan apa juapun dari yang selain ZatNya sendiri, tetapi yang selainNya itu amat mengharapkan padaNya

89. Al-Mughnii: ( المغنى )
Maha Pemberi kekayaan / Maha Mengkayakan dan Memakmurkan, iaitu memberikan kelebihan yang berupa kekayaan yang berlimpah-ruah kepada siapa saja yang dikehendaki dari golongan hamba-hambaNya

90. Al-Maani’: ( المانع )
Maha Membela atau Maha Menolak / Maha Pencegah, iaitu membela hamba-hambaNya yang soleh dan menolak sebab-sebab yang menyebabkan kerosakan

91. Adh-Dhaar: ( الضار )
Maha Mendatangkan Mudharat / Maha Pembuat Bahaya / Maha Pemberi bahaya, iaitu dengan menurunkan seksa-seksaNya kepada musuh-musuhNya
92. An-Naafi’: ( النافع ) 
Maha Pemberi Manfaat , iaitu meluaslah kebaikan yang dikurniakanNya itu kepada semua hamba, masyarakat dan negeri

93. An-Nuur: ( النور )
Maha Pemberi Cahaya / Maha Bercahaya, iaitu menonjokan ZatNya sendiri dan menampakkan untuk yang selainNya dengan menunjukkan tanda-tanda kekuasaanNya

94. Al-Haadi: ( الهادى )
Maha Pemberi Petunjuk / Yang Memimpin dan Memberi Pertunjuk, iaitu memberikan jalan yang benar kepada segala sesuatu agar berterusan adanya dan terjaga kehidupannya

95. Al-Badii’: ( البديع )
Maha Indah / Tiada Bandingan / Maha Pencipta yang baru, sehingga tidak ada contoh dan yang menyamai sebelum keluarnya ciptaanNya itu

96. Al-Baaqi: ( الباقع ) 
Maha Kekal, iaitu kekal hidupNya untuk selama-Iamanya
97. Al-Waarits: ( الوارث )
Maha Membahagi / Maha Mewarisi / Maha Pewaris, iaitu kekal setelah musnahnya seluruh makhluk

98. Ar-Rasyiid: ( الرشيد )
Maha Cendekiawan / Maha Pandai / Bijaksana / Maha Memimpin, iaitu yang memimpin kepada kebenaran, iaitu memberi penerangan dan panduan pada seluruh hambaNya dan segala peraturanNya itu berjalan mengikut ketentuan yang digariskan oleh kebijaksanaan dan kecendekiawanNya

99. Ash-Shabuur: ( الصبور )
Maha Penyabar yang tidak tergesa-gesa memberikan seksaan dan tidak juga cepat melaksanakan sesuatu sebelum masanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.akifimtiyaz.com/2020/04/99-nama-allah-beserta-makna.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui 1984 Bimbo Lagukan Tentang Corona Yang Terjadi Di Tahun 2019 10215

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui 1984 Bimbo Lagukan Tentang Corona Yang Terjadi Di Tahun 2019 10215

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 440 hits
Kecoh trio Bimbo ramal COVID 19 sejak 30 tahun laluOleh Serimah Mohd SallehuddinKUALA LUMPUR Kemunculan kumpulan trio Bimbo dari Bandung Indonesia tular apabila didakwa meramal pandemik COVID 19 menerusi single berjudul Corona Datang yang d...
Orang Tanya Kenapa Ustaz Buat Semua Ni Nak Allah Sayang

Orang Tanya Kenapa Ustaz Buat Semua Ni Nak Allah Sayang

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 347 hits
Sejak penularan wabak COVID 19 di Malaysia pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew antara individu yang tidak berhenti menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada petugas The post appeared first on
Isteri Kena Ada Simpanan Andai Allah Ambil Suami Dulu Kita Mampu Besarkan Anak

Isteri Kena Ada Simpanan Andai Allah Ambil Suami Dulu Kita Mampu Besarkan Anak

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 771 hits
Kehidupan seorang wanita yang bergelar isteri pada zaman dahulu dengan sekarang amat berbeza Dengan keadaan hari ini memerlukan isteri isteri untuk lebih bijak bertindak serta tidak mengharapkan sepenuhnya atas bantuan daripada suami Sekura...
Allah Sayang Kita Hamba Nya 10216

Allah Sayang Kita Hamba Nya 10216

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 408 hits
Allah Ta ala berfirman Dan tidaklah Kami memberi tanda tanda itu melainkan untuk menakut nakuti Pertentangan dalam memandang kuasa Allah ini tidak lain kerana kedangkalan akal manusia Firman Allah Dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melain...
Sumpah Demi Allah Belum Jual Lagi Aliff Syukri Buka Mulut Kontroversi Topeng Bocor

Sumpah Demi Allah Belum Jual Lagi Aliff Syukri Buka Mulut Kontroversi Topeng Bocor

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 482 hits
Beberapa hari lalu kecoh satu Malaysia dengan video live instagram usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Beliau tampil memberi penjelasan mengenai topeng muka yang bocor apabila diletakkan air Foto IGMenurut Aliff Syukri menerusi postin...
Mentadbir Diri Dengan Redha Allah 10224

Mentadbir Diri Dengan Redha Allah 10224

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 503 hits
Daftar Isi Al Quran dan Terjemahan Silakan Klik untuk membacanya
Anugerah Terindah Diberi Allah Swt Fazura Berehat Dirumah Bayi Dalam Keadaan Sihat

Anugerah Terindah Diberi Allah Swt Fazura Berehat Dirumah Bayi Dalam Keadaan Sihat

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 414 hits
Hiburan Selepas mengumumkan dirinya hamil empat bulan pelakon dan penyanyi Nur Fazura mengakui dirinya dan bayi berada dalam keadaan sihat walafiat Fazura berkata cahaya mata adalah antara anugerah terindah diberi Allah SWT buat dirinya dan...
Lantik Allah Sebagai Pemegang Saham Syarkat

Lantik Allah Sebagai Pemegang Saham Syarkat

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 703 hits
Seorang jutawan Mesir dan bernama Solah Atiyyah Pada permulaan ceritanya ia terjadi di suatu daerah terpencil yang bernama Tafahna Asyraf pekannya adalah di Mit Ghamr iaitu salah satu daerah yang bernaung di bawah negeri Daqahliah di Mesir ...
Seorang Warga Asing Suspek Utama Kes Bunuh Pekerja Ladang Sawit Di Mukah Ditahan

Slot 4 December 2567 Bestbet 200 Slot Top 2 By Olivia Bestbet69 Com

Do You Know About Mah Meri Wood Carving

A Guide To Cosmetic Surgery Practice Valuation What You Need To Know

Huawei Unfold The Classic With Mate X6 For The Malaysian Market

Malaysia Launches The Lancet Countdown 2024 Report A Call To Action On Climate Change Food Security And Health

It Is The Government Not Capitalists That Should Be Allowed Near The Malaysian Healthcare System

Slot Betwayvietnam Com 23 Feb 25 Betway Casino Betway Top 50 By Kathlene


echo '';
6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 4 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Resepi Soft Cookies Sukatan Cawan Paling Rangup dan Chewy Di Dalam

Biodata Sky Iskandar Pelakon Watak Megat Filem Kahar Kapla High Council


Rosmah Bebas 12 Kes Ubah Wang Haram Lebih Rm7 Juta Lima Kes Lhdn

Rahsia Mereka Yang Tak Pernah Lesu Apa Dia

Kerang

Tergamak Bakar Isteri Hanya Disebabkan Pengecas Telefon

Bawa Bertenang Belum Lagi Adui Amelia Christie

Pakai Veil Tertera Tulisan Bride Siti Saleha Beri Bayangan Bakal Naik Pelamin