Touch N Go Cara Daftar Aktifkan Ewallet Ekyc
Touch ’n Go (TNG) ialah platform pembayaran tanpa tunai terkemuka di Malaysia yang memudahkan pelbagai urusan harian. Melalui portal rasmi TNG, www.touchngo.com.my, anda boleh membuat pelbagai transaksi seperti tambah nilai akaun, bayar tol, beli tiket pengangkutan awam, bayar bil utiliti, berbelanja dalam talian di lebih dua juta merchant dan sebagainya.
Terkini, pembelian subsidi minyak RON95 terbaru melalui program BUDI MADANI RON95 juga boleh dilakukan dengan hanya menggunakan aplikasi eWallet Touch ’n Go (TNG). Tak perlu pun guna Mykad!

Beli Minyak Subsidi RON95 Menggunakan TNG eWallet
Sistem ini membantu menjimatkan masa dan tenaga pengguna tanpa perlu bawa wang tunai, sesuai untuk gaya hidup moden yang serba pantas dan praktikal.
Selain itu, dengan kemudahan eKYC, pengguna boleh mengesahkan identiti secara digital untuk menikmati semua fungsi eWallet dengan lebih lancar dan selamat.
Rujuk info lebih lanjut mengenai Touch ’n Go (TNG), cara login, aktifkan kad TNG di portal, eKYC, tambah nilai dan pelbagai lagi melalui perkongsian di bawah.
BACA JUGA: Smart Selangor Parking App – Daftar, Bayar Parkir & Kompaun Online
Apa Itu Touch n Go?
Touch ‘n Go (TNG) ialah sebuah platform pembayaran tanpa tunai yang diperkenalkan di Malaysia sejak 1997.
Pada awalnya, ia digunakan khusus untuk pembayaran tol di lebuh raya, namun kini TNG telah berkembang menjadi sistem kewangan digital yang lebih menyeluruh melalui kad TNG NFC dan aplikasi TNG eWallet.
Fungsi Touch n Go merangkumi pelbagai aspek kehidupan harian, antaranya:
Pembayaran tol & parkir tanpa tunai.
Tambah nilai & semakan baki kad dengan mudah.
Pembelian tiket pengangkutan awam seperti LRT, MRT dan bas.
Pembayaran bil utiliti & pembelian dalam talian di lebih dua juta merchant.
Pemindahan wang segera melalui fungsi DuitNow Transfer.
Menebus subsidi minyak RON95 melalui program BUDI MADANI.
Dengan pelbagai kemudahan ini, Touch ‘n Go menjadi pilihan utama rakyat Malaysia kerana ia sangat praktikal, menjimatkan masa dan mengurangkan kebergantungan kepada wang tunai.
Touch n Go eWallet
Selain menggunakan kad Touch ‘n Go (TNG), pengguna juga boleh menikmati kemudahan digital melalui aplikasi Touch ‘n Go eWallet.
Aplikasi ini memberikan lebih banyak fleksibiliti kerana ia boleh digunakan terus melalui telefon pintar tanpa perlu membawa kad fizikal.

Touch n Go eWallet
Aplikasi TNG eWallet boleh dimuat turun secara percuma melalui:
Google Play Store untuk pengguna Android. KLIK SINI
Apple App Store untuk pengguna iOS. KLIK SINI
Selepas muat turun, pengguna hanya perlu mendaftar akaun menggunakan nombor telefon bimbit yang aktif.
Terdapat beberapa tahap akaun Touch ‘n Go eWallet yang boleh dipilih iaitu Lite, Pro, dan Premium. Setiap tahap akaun mempunyai had transaksi dan baki maksimum yang berbeza.
Semua pengguna perlu melakukan pengesahan identiti (eKYC) untuk membolehkan akses kepada semua kemudahan yang disediakan oleh TNG.
@ecentral.my Anda dah buat eKYC Touch n Go eWallet? Buat sekarang untuk elakkan access disekat sepenuhnya. #ekyc #touchngo #touchngoewallet #tngewallet #touchngomalaysia #touchngomy
♬ original sound – eCentral – eCentral
Setelah mendaftar dan melakukan pengesahan eKYC, pelbagai fungsi boleh diakses dengan mudah seperti:
Pindahan wang ke pengguna TNG eWallet yang lain
Tambah nilai prabayar telefon anda
Membayar bil utiliti dan pascabayar anda
Membeli tiket wayang dan pengangkutan awam
Membuat pembayaran kod QR statik dan dinamik di peniaga yang menyertai program TNG eWallet
Membayar tol melalui kaedah RFID dan PayDirect yang dipautkan dengan akaun eWallet
Menikmati pelbagai ganjaran seperti GOrewards dan pelaburan melalui GO+
Menghubungkan kad Touch ‘n Go ke eWallet untuk kemudahan tambah nilai automatik melalui PayDirect
Menebus subsidi minyak RON95 melalui program BUDI MADANI secara digital terus dalam aplikasi. – TERKINI
Cara Daftar & Login Touch n Go eWallet
Untuk mendaftar Touch ‘n Go eWallet, sila rujuk langkah-langkah yang berikut:
LANGKAH 1: Muat turun Aplikasi
Muat turun aplikasi Touch ‘n Go eWallet secara percuma dari Google Play Store (Android) dan Apple App Store (iOS).
Google Play Store – KLIK SINI
Apple App Store – KLIK SINI
LANGKAH 2: Daftar Akaun
Buka aplikasi dan klik butang “Daftar” atau “Sign Up”.
Masukkan nombor telefon bimbit yang aktif untuk menerima kod pengesahan (OTP).
Masukkan kod OTP yang diterima bagi mengesahkan nombor telefon.
LANGKAH 3: Tetapkan PIN dan Soalan Keselamatan
Cipta nombor PIN 6-digit yang kuat untuk keselamatan transaksi.
Pilih dan jawab soalan keselamatan sebagai lapisan perlindungan tambahan.
LANGKAH 4: Lengkapkan Profil
Masukkan maklumat peribadi seperti nama penuh (seperti di MyKad), alamat emel, dan maklumat lain yang diminta.
LANGKAH 5: Pengesahan Identiti (eKYC)
Klik ikon profil.
Pilih “ACCOUNT VERIFICATION”
Klik “VERIFY ACCOUNT”
Klik “MYKAD” di bawah menu jenis ID. Pada bahagian atas ada dua pilihan Malaysian dan Foreigner, pilih Malaysian.
Scan gambar kad pengenalan bahagian depan anda.
Setelah itu, anda perlu swafoto. Ikut arahan yang diberikan.
Kemudian, semak maklumat anda dan lengkapkan info yang diperlukan.
Klik “SUBMIT”
Tunggu proses verifikasi selesai dalam beberapa saat. Sekiranya terdapat info lain yang diperlukan, proses ini boleh mengambil masa 7 hari.
LANGKAH 6: Login eWallet
Setelah daftar lengkap, gunakan nombor telefon dan PIN yang anda tetapkan untuk log masuk setiap kali membuka aplikasi.
Jika terlupa kata laluan, jangan risau. Tekan sahaja pilihan “Forgot Password”, kemudian ikuti arahan untuk reset melalui SMS atau e-mel.
NOTA:
Hanya SATU ID sah (Mykad / Tentera / Pasport) untuk SATU akaun TNG eWallet dan setiap akaun hanya dibenarkan didaftarkan kepada SATU nombor mudah alih yang unik.
Pastikan nombor telefon anda aktif dan boleh menerima sms otp.
VIDEO PANDUAN CARA DAFTAR TNG eWALLET DAN LOGIN
Rujuk video di bawah untuk panduan lebih jelas:
Cara Daftar & Login Touch n Go eWallet Guna Passport (Non Malaysian)
LANGKAH 1: Muat turun Aplikasi
Muat turun aplikasi Touch ‘n Go eWallet secara percuma dari Google Play Store (Android) dan Apple App Store (iOS).
Google Play Store – KLIK SINI
Apple App Store – KLIK SINI
LANGKAH 2: Daftar Akaun
Buka aplikasi dan klik butang “Daftar” atau “Sign Up”.
Masukkan nombor telefon bimbit yang aktif untuk menerima kod pengesahan (OTP).
Masukkan kod OTP yang diterima bagi mengesahkan nombor telefon.
LANGKAH 3: Tetapkan PIN dan Soalan Keselamatan
Cipta nombor PIN 6-digit yang kuat untuk keselamatan transaksi.
Pilih dan jawab soalan keselamatan sebagai lapisan perlindungan tambahan.
LANGKAH 4: Lengkapkan Profil
Masukkan maklumat peribadi seperti nama penuh (seperti di passport), pilih negara (sama seperti di passport), pilih jenis ID “PASPORT”, masukkan no passport, alamat emel, dan maklumat lain yang diminta.
LANGKAH 5: Pengesahan Identiti (eKYC)
Klik ikon profil, anda boleh lihat no akaun TNG anda.
Pada bahagian atas, klik “NOT VERIFIED”
Klik “VERIFY ACCOUNT”
Ambil gambar pasport anda. Pastikan anda ada pasport original yang belum tamat tempoh.
Pastikan anda pilih “Foreigner” (pada bahagian atas ada dua pilihan Malaysian dan Foreigner, pilih Foreigner).
Setelah itu, anda perlu swafoto. Ikut arahan yang diberikan.
Kemudian, semak maklumat anda. Pilih industri dan pekerjaan, masukkan alamat rumah/syarikat.
Tunggu proses verifikasi selesai.
LANGKAH 6: Login eWallet
Setelah daftar lengkap, gunakan nombor telefon dan PIN yang anda tetapkan untuk log masuk setiap kali membuka aplikasi.
Jika terlupa kata laluan, jangan risau. Tekan sahaja pilihan “Forgot Password”, kemudian ikuti arahan untuk reset melalui SMS atau e-mel.
VIDEO PANDUAN CARA DAFTAR TNG eWALLET DAN LOGIN UNTUK BUKAN WARGANEGARA MALAYSIA
eKYC – Cara Buat Pengesahan Identiti (eKYC) TNG
eKYC (electronic Know Your Customer) adalah proses pengesahan identiti digital yang wajib dilakukan oleh semua pengguna Touch ‘n Go eWallet mulai 20 Disember 2024.
Proses ini bertujuan mengesahkan bahawa pengguna adalah pemilik sah akaun eWallet dengan memuat naik gambar MyKad atau pasport serta mengambil swafoto untuk pengesahan wajah.
Dengan melengkapkan eKYC, akaun eWallet pengguna akan mendapat akses kepada had transaksi yang lebih tinggi, fungsi pindahan wang ke pengguna lain, pelindungan melalui polisi Money-back Guarantee bagi transaksi tidak sah, dan ciri keselamatan tambahan seperti TapSecure.
Untuk menebus subsidi RON95 di bawah program BUDI MADANI, pengguna diwajibkan melengkapkan proses eKYC terlebih dahulu.
Cara Buat Pengesahan Identiti (eKYC) TNG
Klik ikon profil.
Pilih “ACCOUNT VERIFICATION”
Klik “VERIFY ACCOUNT”
Klik “MYKAD” di bawah menu jenis ID. Pada bahagian atas ada dua pilihan Malaysian dan Foreigner, pilih Malaysian.
Scan gambar kad pengenalan bahagian depan anda.
Setelah itu, anda perlu swafoto. Ikut arahan yang diberikan.
Kemudian, semak maklumat anda dan lengkapkan info yang diperlukan.
Klik “SUBMIT”
Tunggu proses verifikasi selesai dalam beberapa saat. Sekiranya terdapat info lain yang diperlukan, proses ini boleh mengambil masa 7 hari.

Cara Buat Pengesahan Identiti (eKYC) TNG

Cara Buat Pengesahan Identiti (eKYC) TNG

Cara Buat Pengesahan Identiti (eKYC) TNG
VIDEO PANDUAN CARA BUAT PENGESAHAN IDENTITI eKYC TNG
Cara Beli Minyak Subsidi RON95 Guna TNG
Program BUDI95 ialah satu inisiatif subsidi bahan api RON95 yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia bermula 30 September 2025 untuk memastikan subsidi minyak disalurkan terus kepada rakyat yang layak secara lebih tepat dan terurus.
Semua rakyat Malaysia berumur 16 tahun ke atas dengan MyKad dan lesen memandu yang sah, tanpa mengira tahap pendapatan layak mendapatkan subsidi minyak ron 95 ini.
Setiap pengguna layak mendapat subsidi sebanyak 300 liter RON95 setiap bulan pada harga RM1.99 seliter. Pemandu e-hailing boleh memohon untuk kuota yang lebih tinggi.
Program BUDI95 ini di ijalankan secara berperingkat seperti berikut:
27 September – dibuka awal kepada 300,000 anggota tentera dan polis;
28 September dibuka awal kepada penerima STR yang merupakan golongan B40
30 September dibuka kepada 16 juta warganegara Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas yang memiliki MyKad dan lesen memandu aktif

Minyak Subsidi RON 95
Tiga kaedah pembelian RON95 pada harga RM1.99 adalah seperti berikut:
1. Urus niaga di kaunter stesen minyak:
Hanya perlu sertakan MyKad untuk disahkan
Pengesahan MyKad dibuat melalui terminal pembaca MyKad
2. Urus niaga di pam minyak:
Pembelian seperti biasa guna kad debit/kredit
Tambah pengesahan MyKad di terminal pam minyak
3. Urus niaga mengguna aplikasi stesen minyak:
Pembayaran guna aplikasi seperti e-dompet TNG, Setel atau CaltexGo
Perlu pengesahan MyKad untuk sekali sahaja
Untuk mengetahui cara pembayaran menggunakan aplikasi eWallet TNG, rujuk caranya di bawah:
CARA BELI MINYAK SUBSIDI RON95 GUNA TNG EWALLET
1. Login Aplikasi TNG eWallet
Di muka utama aplikasi, cari ikon atau menu bernama “BUDI95”.
Jika tiada, tekan “More” (lebih banyak pilihan) dan cari “BUDI95”.
2. Pilih “Buy Fuel” (Beli Minyak)
Pilih atau aktifkan lokasi telefon supaya aplikasi boleh mengesan stesen minyak terdekat secara automatik.
Pilih stesen minyak yang anda ingin gunakan.
3. Masukkan Nombor Pam dan Jumlah Minyak yang Hendak Dibeli
Masukkan nombor pam yang anda akan gunakan semasa di stesen minyak.
Pilih jumlah minyak RON95 yang ingin dibeli pada harga subsidi RM1.99 seliter.
4. Sahkan dan Buat Pembayaran Dalam Aplikasi
Sahkan jumlah dan buat pembayaran terus menggunakan baki eWallet.
Setelah pembayaran berjaya, satu kod QR akan dipaparkan dalam aplikasi.
5. Tunjukkan Kod QR di Kaunter Stesen Minyak
Pergi ke kaunter stesen minyak dan tunjukkan kod QR tersebut untuk diimbas.
Setelah diimbas, pam minyak akan diaktifkan dan anda boleh mula mengisi minyak.
NOTA: Pastikan Akaun TNG eWallet Anda Telah Disahkan (eKYC). Semua pengguna eWallet wajib melengkapkan pengesahan identiti elektronik (eKYC) untuk dapat menggunakan ciri BUDI MADANI RON95. Proses eKYC boleh dibuat di aplikasi dengan memuat naik MyKad dan swafoto.
INFO TAMBAHAN: Kod QR hanya sah selama 10 minit. Jika anda mahu isi penuh tangki, boleh masukkan jumlah lebih tinggi awal-awal semasa daftar pembelian. Jika baki minyak yang dibayar tidak habis digunakan kerana isi penuh lebih awal, baki tersebut akan dikembalikan ke eWallet secara automatik.

Minyak Subsidi RON 95 TNG eWallet
Kelebihan menggunakan TNG eWallet untuk BUDI95?
Satu aplikasi untuk semua stesen minyak yang mengambil bahagian, tidak perlu memuat turun berbilang aplikasi
Tiada MyKad fizikal diperlukan, semua pengguna TNG eWallet sudah disahkan
Langkau beratur di Petronas dengan Setel di TNG eWallet
Cara Aktifkan DuitNow Transfer Touch n Go

DuitNow Touch n Go
Untuk mengaktifkan DuitNow Touch’n Go bagi urusan pemindahan wang, sila ikuti langkah berikut:
Buka aplikasi Touch ‘n Go eWallet dan log masuk.
Pada halaman utama, ketik ikon profil di penjuru kanan atas.
Skrol ke bawah dan cari pilihan “DuitNow”.
Klik pada “DuitNow” dan seterusnya pilih “Aktifkan DuitNow”.
Baca terma & syarat yang dipaparkan, kemudian tandakan kotak setuju.
Klik “Sahkan” (Confirm) dan anda akan menerima kod OTP melalui SMS.
Masukkan kod OTP tersebut untuk mengaktifkan fungsi DuitNow pada eWallet anda.
Setelah diaktifkan, anda boleh menerima dan menghantar wang dari akaun bank menggunakan nombor telefon yang didaftarkan dalam Touch ‘n Go eWallet.
VIDEO PANDUAN CARA AKTIFKAN DUITNOW TRANSFER TNG
Cara Tambah Nilai Kad Touch n Go Secara Online
Anda perlu tambah kad Touch ‘n Go ke aplikasi eWallet untuk tambah nilai kad TNG secara online. Rujuk caranya dibawah:
Buka aplikasi Touch ‘n Go eWallet dan pergi ke ikon “Toll” di muka hadapan aplikasi.
Pilih “TNG Card” dan tekan butang “Add a New Card”.
Masukkan nombor siri kad Touch ‘n Go anda (10 digit) dan klik “Submit”.
Masukkan PIN eWallet bagi mengesahkan penambahan kad tersebut.
Tambah nilai melalui eWallet TNG:
Selepas kad anda berjaya ditambah, anda boleh menambah nilai dengan memilih kaedah yang sesuai seperti DuitNow Transfer (untuk jumlah di bawah RM20), perbankan dalam talian, debit atau kad kredit.
Pilih jumlah yang diingini dan lengkapkan transaksi tambah nilai melalui aplikasi.
TOUCH ‘N GO PAYDIRECT
Tahukah anda, jika anda telah membuat pautan kad Touch ‘n Go dengan eWallet anda, bayaran tol dan parking di lokasi tertentu akan ditolak dari baki eWallet anda melalui fungsi Paydirect.
Ia merupakan sebuah alternatif untuk membantu pengguna tol menambah nilai dengan mudah.
Apa Itu Touch ‘N Go Paydirect?
Dengan PayDirect, anda boleh melalui tol dengan mudah, tanpa perlu menambah nilai kad Touch’n’ Go anda secara fizikal.
Anda hanya perlu memastikan bahawa eWallet anda mempunyai baki yang mencukupi. Anda boleh menambah nilai bila-bila masa, di mana sahaja. Anda tidak perlu bimbang tentang baki yang tidak mencukupi dalam kad Touch’n Go anda di tol.
Anda boleh melihat baki dan rekod transaksi kad Touch ‘n Go anda sehingga 90 hari lepas.
Baki kad Touch’n Go dikemas kini setiap 48 jam.

Paydirect Touch n Go
Cara Aktifkan Paydirect & Topup Touch ‘N Go Online
Langkah 1: Lancarkan aplikasi Touch’n Go eWallet.
Langkah 2: Klik ikon PayDirect untuk tambah kad Touch’n Go (Jika anda belum tambah kad Touch ‘n Go ke dalam eWallet) Klik ikon PayDirect untuk menanda kotak persetujuan (Jika anda telah tambah kad Touch ‘n Go ke dalam eWallet)
Langkah 3: Tambah nilai eWallet anda melalui kad kredit/debit, perbankan Internet FPX, atau dengan PIN Tambah Nilai TNG.
Langkah 4: Gunakan kad Touch N Go anda seperti biasa di plaza tol di lebuh raya yang mengambil bahagian (imbas pada pembaca kad atau dengan SmartTAG)
Langkah 5: Kadar tol akan dipotong terus dari eWallet anda.

QR Kod Paydirect Touch n Go

Aktifkan Paydirect TNG
NOTA: Senarai penuh lebuh raya yang mengambil bahagian dan lokasi sistem PayDirect boleh dirujuk secara rasmi di pautan berikut: https://www.tngdigital.com.my/paydirect
Semakan Baki TNG
KAEDAH 1: Melalui Aplikasi Touch ‘n Go eWallet:
Buka aplikasi Touch ‘n Go eWallet.
Pada halaman utama, baki eWallet dan juga baki kad Touch ‘n Go anda yang dipautkan akan dipaparkan.
Anda juga boleh klik pada ikon mata untuk melihat baki secara terperinci.
KAEDAH 2: Melalui Portal Rasmi Touch ‘n Go:
Layari laman portal Touch ‘n Go di tngportal.touchngo.com.my.
Login menggunakan ID dan kata laluan anda untuk semak baki dan rekod transaksi kad.
KAEDAH 3: Semakan Baki Dalam MyKad (Kad Pengenalan):
Jika anda menggunakan MyKad sebagai kad Touch ‘n Go, anda boleh pautkan MyKad ke eWallet dan semak baki terus melalui aplikasi.
Masukkan nombor siri kad yang tertera pada resit tambah nilai untuk pautan pertama kali.
KAEDAH 3: Kiosk dan Mesin Tambah Nilai:
Semak baki dan tambah nilai kad Touch ‘n Go di kiosk layan diri, stesen minyak, kedai serbaneka seperti 7-Eleven, dan mesin tambah nilai di plaza tol.
Maklumat Lanjut
Dapatkan info terkini dan maklumat lanjut mengenai Touch ‘n Go di:
Portal rasmi Touch ‘n Go: https://www.touchngo.com.my/
Facebook Touch ‘n Go: https://www.facebook.com/touchngoewallet/
Instagram: instagram.com/touchngoewallet
TikTok: vt.tiktok.com/ZSwBvpB1
Youtube Touch ‘n Go: https://www.youtube.com/@touchngoewallet8576
Soalan Lazim – Touch n Go
Apa itu Touch ‘n Go eWallet? Touch ‘n Go eWallet adalah aplikasi dompet digital yang membolehkan pengguna menyimpan wang, membuat pembayaran, dan memindahkan wang secara digital dengan mudah dan selamat.
Siapa yang boleh mendaftar Touch ‘n Go eWallet? Terbuka untuk semua individu berumur 12 tahun ke atas, termasuk rakyat Malaysia dan pelancong asing dengan pengesahan passport. Pengguna juga perlu melengkapkan proses eKYC (elektronik Know Your Customer) untuk pengesahan identiti bagi mengakses lebih banyak fungsi.
Bagaimana untuk tambah nilai Touch ‘n Go eWallet? Tambah nilai boleh dilakukan melalui perbankan internet (FPX), kad kredit/debit, atau di kaunter fizikal seperti 7-Eleven dan stesen minyak.
Bagaimana cara memautkan kad Touch ‘n Go fizikal ke eWallet? Pengguna boleh tambah nombor siri 10 digit kad Touch ‘n Go ke dalam aplikasi untuk melakukan tambah nilai automatik (PayDirect) dan menguruskan kad dari aplikasi.
Apakah fungsi PayDirect? PayDirect membolehkan bayaran tol dan parkir secara automatik ditolak terus dari baki eWallet walaupun menggunakan kad fizikal.
Bagaimana nak semak baki eWallet dan baki kad Touch ‘n Go? Baki boleh disemak terus dalam aplikasi eWallet, pada portal rasmi Touch ‘n Go, atau melalui kiosk tambah nilai.
Apa yang berlaku jika saya tidak lengkapkan eKYC? Akaun yang tidak disahkan identitinya akan dikenakan had transaksi rendah dan fungsi terhad, dan pengguna tidak dapat memanfaatkan ciri penuh eWallet termasuk pembayaran tol RFID dan pemindahan wang.
Di mana saya boleh beli minyak menggunakan subsidi BUDI95? Subsidi boleh digunakan di stesen minyak utama seperti Petronas, Shell, Caltex, Petron, BHPetrol dan lain-lain yang dilengkapi terminal pembaca MyKad atau yang membenarkan pembayaran melalui aplikasi seperti Touch ‘n Go eWallet.
Bagaimana cara beli petrol guna Touch ‘n Go eWallet? Buka aplikasi TNG eWallet, pilih fungsi BUDI95, pilih stesen minyak dan nombor pam, masukkan jumlah liter/minyak, buat pembayaran dan tunjukkan kod QR di kaunter stesen minyak untuk pengimbasan.
Bila program Budi95 mula berkuatkuasa? Program ini bermula pada 30 September 2025 untuk semua rakyat Malaysia, selepas fasa awal untuk anggota keselamatan dan penerima bantuan tertentu (STR).
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/touch-n-go/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=touch-n-go