Totiq Dan Kanvas Bdq Tadabbur Yang Mengubah Cara Saya Melihat Al Quran


Saya tak pernah menyangka — satu helaian kanvas kosong yang ditulis dengan ayat al-Quran dan renungan peribadi — boleh mengubah cara saya membaca, memahami, dan melihat hidup ini.
Saya menyertai TOTIQ Batch 3 dengan satu niat: Saya nak faham al-Quran, bukan sekadar baca. Tapi saya tak sangka, melalui program ini saya akan diperkenalkan kepada satu alat yang sangat ringkas tapi berkesan — Kanvas BDQ, iaitu Kanvas Tadabbur Tazakkur.
Dan dari situ, bermulalah perjalanan tadabbur saya, satu ayat demi satu ayat, satu perubahan kecil demi satu kesedaran besar.
Kesedaran ini muncul semasa menjual Al-Quran tagging lagi dari Enuur, saya kerap menggunakan ayat dengan alat stiker tagging kita dapat tadabbur dan rajin membaca terjemahan ayat Al-Quran. Namun, lama-lama saya ingin tahu, adakah cukup dengan membaca terjemahan semata-mata?



Bila Kali Terakhir Kita Baca al-Quran dan Rasa "Allah Sedang Bercakap dengan Aku"? Allah turunkan al-Quran bukan untuk dibaca dengan cepat, tapi untuk direnung, dihayati dan diamalkan.
“Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu, penuh dengan berkat, supaya mereka memperhatikan ayat-ayatNya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai hati nurani.”
(Surah Sad, 38:29)
Saya sedar, selama ini saya banyak membaca, tetapi sedikit sekali merenung. Saya jarang tanya diri sendiri, “Apa Allah nak beritahu aku melalui ayat ini?”. Apakah setiap baris ayat itu untuk aku atau orang lain?
TOTIQ telah mengajar saya untuk berinteraksi dengan Quran – bukan hanya membaca, tetapi juga mendengar, merasa dan bertindak. Bertindak adalah bentuk bukti kehambaan kita kepada Tuhan Yang Maha Esa. Kita patuh dengan setiap arahan, nasihat, larangan, tiada satu ayat pun di dalam Al-Quran itu saja-saja Allah buatkan untuk kita, hanyalah untuk menyampaikan bahawa apa yang terkandung di dalam kalam Allah ini panduan buat hambaNya yang masih hidup.
Al-Quran itulah penyuluh dan pemandu hidup kita di dunia ini sahabat.
Apa Itu Kanvas BDQ? BDQ ialah singkatan kepada Kanvas Tadabbur Tazakkur – alat utama dalam program TOTIQ yang membimbing kita berfikir dan bertindak berdasarkan ayat al-Quran, secara sistematik.
Melalui BDQ, saya belajar memecahkan satu ayat kepada beberapa bahagian penting, kemudian saya refleksi ayat tersebut dari tiga sudut utama:
ALLAH – Apa yang ayat ini beritahu saya tentang Allah?IBADAH – Apa kaitan ayat ini dengan ibadah saya kepada Allah?SIRATH – Apa jalan hidup yang saya perlu ubah, jaga atau perbaiki, melalui pelbagai topi yang sedang kita lalui? Sebagai ibu? Sebagai penulis? sebagai apakah kita di dunia ini, sila tuliskan di ruangan sirath (jalan)
Mari saya kongsikan salah satu contoh kanvas tadabbur tazakkur saya yang tidak seberapa ini buat sahabat semua




Saya buat sedikit perubahan dari PDF kepada canva untuk lebih menghayati, memberi lebih nota di ruangan tadabbur. Pada waktu ini, setiap kali menulis kanvas di ruangan refleksi, tidak sah tidak mengalirkan air mata. Masakan tidak

Hati seperti dihenyak, dihentak, dipukul dengan nasihat, amaran Allah namun saya tidak endahkan selama ini. Betapa jahilnya saya terhadap isi kandungan Al-Quran

Adakah Allah akan maafkan kejahilan hambaNya ini

Dari Level 1 hingga 8: Tadabbur Berlapis-lapis TOTIQ memperkenalkan 8 level tadabbur, dan setiap satunya membawa saya mendaki tangga kefahaman – bukan saja terhadap isi al-Quran, tetapi juga terhadap diri saya sendiri.
🌱 Level 1 – Memahami Terjemahan Saya mula dengan satu ayat:
“Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.” (Al-Fatihah, 1:2)
Saya pecahkan kepada beberapa poin, dan refleksikan:
Adakah saya bersyukur setiap hari?Adakah saya redha dengan tadbir-Nya?Atau saya banyak mengeluh tanpa sedar?
🔗 Level 2 – Kaitkan Ayat dengan Ayat Saya belajar melihat sambungan ayat seterusnya:
“Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.” (1:3)
Rupanya pujian tadi bukan kosong. Ia berpunca dari kasih sayang Allah. Saya mula rasa lebih dekat dengan ayat, bukan sekadar baca untuk hafalan.
📖 Level 3 – Mengenal Surah, Makkiyah/Madaniyah & Sirah Contohnya Surah al-Baqarah dinamakan sempena peristiwa penyembelihan lembu betina oleh Bani Israel:
"Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina..." (2:67)
Saya belajar mengenal makna nama surah, latar ayat, dan sirah yang berlaku ketika ia diturunkan. Ayat-ayat ini jadi lebih hidup di hati.
🧭 Level 4 – Tema & Objektif Surah Saya mula kenal “tema besar” sesebuah surah. Contohnya Surah Al-Mulk yang bertema kekuasaan dan kebergantungan kita kepada Allah:
"Dia lah yang mentakdirkan mati dan hidup untuk menguji siapakah yang lebih baik amalnya..." (67:2)
Saya refleksi: adakah saya sedang hidup untuk lulus ujian ini?
🧩 Level 5 – Awal & Akhir Surah Dalam Surah Al-Mulk, ayat awal memuji kuasa Allah. Ayat akhir menyebut tentang hilangnya air sebagai bukti kekuasaan-Nya.
"...jika air kamu hilang, siapa yang dapat mendatangkan air yang sentiasa terpancar?" (67:30)
Saya belajar: segala di bumi ini bukan milik mutlak kita — semua di bawah kuasa Allah. Tadabbur ini mengubah cara saya melihat "rezeki".
🧠 Level 6 – Perkataan Sama dalam Ayat Lain Saya mula menjejak perkataan yang sama muncul dalam surah lain, seperti:
Malik (Pemilik)Rahmah (Kasih sayang)Nastai’in (Kami memohon pertolongan)
Rupanya banyak tema dalam Quran diulang dalam pelbagai bentuk. Dan bila saya kenal akarnya, saya lebih faham maksud sebenarnya.
🔍 Level 7 – Konsep dalam al-Quran Saya belajar tentang konsep besar seperti rahmah, tauhid, tazkiyah, syirik, dan kaitannya dengan pelbagai ayat. Saya juga guna spreadsheet “732 Concepts in Quran” dan rujukan Bahasa Arab.
Ayat 1:3 tentang ar-Rahim, saya hubungkan dengan ayat-ayat lain yang mengandungi konsep “rahmah” – ternyata, kasih sayang Allah itu luasnya tak terjangkau.
📚 Level 8 – Tadabbur dan Hadis Di level akhir, saya mula tadabbur ayat Quran yang disertakan dengan hadis sahih. Contohnya:
“Dia lah yang menjadikan bumi ini sebagai hamparan…” (2:22)
disertakan dengan hadis tentang seorang ahli neraka yang ditanya oleh Allah:
“Aku dahulu hanya minta satu perkara — jangan syirik. Tapi kamu tetap buat juga.”
(HR Bukhari)
Ayat-ayat yang saya pernah rasa biasa, kini terasa menusuk terus ke jiwa.
Dari Ayat ke Hati, Dari Hati ke Tindakan Sahabat pembaca sekalian, TOTIQ dan Kanvas BDQ bukan sekadar program. Ia satu proses transformasi — dari bacaan kosong kepada perbualan dengan Tuhan.
Saya masih belajar dan masih jauh lagi perjalanan. Saya belum sempurna. Tapi setiap kali saya duduk dengan Quran, saya tahu… Allah sedang berbicara dengan saya. Dan saya tak nak lagi berpura-pura tak dengar.
Saya Kongsikan Nota Saya Kepada Anda… Untuk bantu anda yang baru nak mula menulis di BDQ, saya sediakan rumusan lengkap nota saya dari Level 1 hingga Level 8, berdasarkan pembelajaran sebenar saya semasa TOTIQ Batch 3.

📎 Anda boleh baca dan muat turun nota tersebut di sini:
[Rumusan Level Tadabbur TOTIQ – EMME MARINA] 
Jika anda rasa ayat Quran terlalu tinggi untuk difahami — percayalah, anda hanya perlukan satu langkah pertama: tulis satu ayat dan tanya: “Apa Allah nak aku faham hari ini?”
Kalau anda bersedia, ambillah satu helaian kertas atau salin dalam telefon, dan mula tulis.
Kerana mungkin… inilah pertemuan pertama hati anda dengan Kalam Tuhan yang selama ini anda baca, tapi belum benar-benar dengar.
TOTIQ batch 4 akan mula bulan Julai ni. Alhamdulillah, semoga pihak YUM dan Akademi Sinergi terus sihat dan kuat meneruskan kelas pengajian tadabbur ini melahirkan lebih ramai insan yang dapat memahami ayat Al-Quran dan mengajarkan kepada yang lain pula.
Penulis: Emme Marina Mohamad
Peserta TOTIQ Batch 3 | Surirumah, penulis, pencinta al-Quran
Emme Marina, suri rumah sepenuh masa (WAHM), memiliki M.Sc. dalam Kimia Industri. Penulis dan usahawan yang aktif, mengikuti pelbagai kursus penulisan dan bisnes. Menghasilkan beberapa buah e-book, seperti "Panduan Bisnes di Shopee." Pengalaman 12 tahun berniaga secara online. Kini aktif sebagai blogger, peniaga jam azan, al Quran digital, emas orodesign serta perunding harta perwarisan Islam. Ingin dapatkan khidmat servis dan produk jualan, bolehlah hubungi saya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.emmemarina.com/2025/07/totiq-kanvas-bdq-tadabbur-alquran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Teknologi Yang Mengubah Cara Hidup Manusia Setiap Dekad

Teknologi Yang Mengubah Cara Hidup Manusia Setiap Dekad

papar berkaitan - pada 19/6/2025 - jumlah : 155 hits
Setiap hari kemajuan sains dan teknologi berkembang dengan pesat Namun dalam setiap 1 dekad akan ada 1 atau 2 teknologi yang terus mengubah ketamadunan manusia dari cara hidup bekerja dan juga berfikir
Anak Boleh Pandai English Dari Rumah 5 Cara Ibu Ayah Boleh Praktik Hari Ini

Anak Boleh Pandai English Dari Rumah 5 Cara Ibu Ayah Boleh Praktik Hari Ini

papar berkaitan - pada 20/6/2025 - jumlah : 151 hits
Zaman sekarang fasih Bahasa Inggeris bukan lagi sekadar kelebihan ia satu keperluan Tapi tak semua anak dapat kelebihan belajar English dengan mudah Jangan risau mama papa kunci sebenar ada di rumah Dengan bimbingan betul anak boleh kuasai ...
Cara Pelajar Universiti Menabung Dalam Simpanan Emas Public Gold

Cara Pelajar Universiti Menabung Dalam Simpanan Emas Public Gold

papar berkaitan - pada 20/6/2025 - jumlah : 182 hits
Nama dia Amir Biasa biasa saja orangnya Anak kampung dari utara masuk U di bandar dengan harapan tinggi bukan sekadar nak lulus ijazah tapi nak ubah nasib keluarga Semester pertama di universiti Amir dapat duit PTPTN Kawan kawan ramai dah s...
Cara Nak Uji Sejauh Mana Anda Di Sayangi Menyanyangi

Cara Nak Uji Sejauh Mana Anda Di Sayangi Menyanyangi

papar berkaitan - pada 20/6/2025 - jumlah : 118 hits
Setakat cakap semua orang boleh cakap sayang cinta kasih bagai kan Yelah modal air liur je Cuba suruh buktikan Sejauh mana kesungguhan keikhlasan kejujuran mereka sayangkan kita Tapi zaman sekarang perbuatan pun boleh di tipu Dia buat kekon...
Cara Semakan Str Jika Tiada Akaun Bank

Cara Semakan Str Jika Tiada Akaun Bank

papar berkaitan - pada 20/6/2025 - jumlah : 177 hits
Bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah yang tidak mempunyai akaun bank semakan STR jika tiada akaun bank boleh dibuat di kaunter Bank Simpanan Nasional yang terdekat untuk mengetahui status dan tuntutan bayaran Cara ini digunakan hanya kepada...
Mommy Busy Gila Tapi Masih Cool 3 Cara Bijak Imbang Kerjaya Rumah Tanpa Mental Meletup

Mommy Busy Gila Tapi Masih Cool 3 Cara Bijak Imbang Kerjaya Rumah Tanpa Mental Meletup

papar berkaitan - pada 20/6/2025 - jumlah : 136 hits
Zaman sekarang ramai mommy bukan setakat urus rumah tapi juga jadi tulang belakang kewangan keluarga Tapi bila dua dua peranan ni digalas serentak tekanan boleh jadi berlipat ganda Kadang kadang rasa macam hilang diri sendiri dalam rutin ha...
Hishammuddin S Suspension Not Discussed At Supreme Council Meeting Says Zahid

Adakah Harga Minyak Gencatan Senjata Akan Menyebabkan Usd Jpy Tertekan Selasa 01 Julai 2025

Cream O Strawberry Is The Berry Snack You Need Rn

Rafizi Bakar Balik Jangan Jadi Tua Yang Sibuk Jaga Politik Orang

Lumpuh Lepas Bersalin Suami Tinggal Isteri Derita Atas Katil

Sambal Sotong Kurita Dan Gelagat Orang British

Pihak Polis Ecrl Tubuhkan Jawatankuasa Khas Bendung Kes Curi Kabel Sepanjang Laluan Di Pahang

222 Pelajar Ipt Positif Hiv Tahun Lalu Paling Ramai Berusia 18 19 Tahun


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Wanita Yang Menjaga Diri Allah Akan Peliharanya Dengan Cara Yang Paling Indah

Belimbing Besi Bintang Tropika Dengan Potensi Besar

Asam Pedas Ikan Merah

This Wrap Isn T Just Low Carb It S A Whole New Meal Experience

Alibaba Cloud Buka Pusat Data Ketiga Di Malaysia

Saya Tahu Kekurangan Diri Niat Hanya Nak Sebarkan Gaya Hidup Sihat Isteri Dr Say