Totiq Batch 4 Bermula Dari Peserta Ke Urusetia


Alhamdulillah, TOTIQ Batch 3 dah pun berlalu dengan pelbagai pengalaman berharga. Sejujurnya saya aim untuk black belt namun tidak kesampaian apabila saya tidak dapat memberanikan diri membuat presentation walaupun secara online. Kesan anxiety berdepan melakukan presentation menyebabkan saya jadi agak tertekan dan akhirnya saya mengambil keputusan untuk tidak membuat presentataion walaupun capaian tugasan lain adalah berdasarkan target black belt. Rugi kan? 
Saya pasti Allah lebih mengetahui hikmah disebaliknya. Saya graduate dari TOTIQ 3 dengan red belt. Alhamdulillah.  
Walaupun tak banyak pertemuan bersemuka pada sesi lepas bagi batch Putrajaya TOTIQ 3, pengalaman itu cukup meninggalkan kesan. Dari situ, saya rasa nak terus berkhidmat dan membantu program ini supaya lebih ramai orang dapat peluang belajar tadabbur al-Quran. Jadi, tahun ini saya memohon untuk menjadi urusetia Batch 4. Jujurnya saya ada perasaan cemburu melihat petugas-petugas menjalankan kerja mereka sepanjang sesi TOTIQ batch 3. Alangkah baiknya jika saya dapat juga jadi urusetia atau sebahagian dari YUM. Subhanallah, Allah Maha Mendengar dan Memakbulkan. Doa itu didengari dan saya dapat menjadi sebahagian dari urusetia TOTIQ batch 4 kali ini bersama sahabat rapat.

Saya bertugas sepenuhnya secara online kerana jarak dan komitmen keluarga. Walau tak dapat turun ke lokasi, saya tetap nak bantu apa yang mampu supaya perjalanan program ini lancar. Bak kata SRR, "memberdayakan suri rumah", salah satu misi dan visi SRR yang amat saya sokong!

Ya benar, walaupun saya seorang suri rumah sepenuh masa, saya tetap boleh melakukan kerja dari jarak jauh bergandingan dan membantu seluruh tim hatta hanya menyusun file atau menjawab soalan-soalan dari para peserta. 
Setiap kali rasa penat atau rasa “kecil” peranan saya, saya ingat firman Allah:
"Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya."
(Surah al-Ma’idah: 2)
Apa saja tugasan, walau di balik tabir, ada nilainya jika niatnya kerana Allah.
TOTIQ Batch 4 BermulaSekarang, Batch 4 pula yang bermula. Kelas pertama telah pun diadakan pada 19 dan 20 Julai di Bangi Resort Hotel. Berbeza dengan batch saya dulu, peserta Batch 4 akan ada kelas offline setiap bulan, selain sesi online yang telah dijadualkan.
Di Bangi Resort, 2 hari berkampung dalam sesi Offline pengenalan TOTIQ dan BDQ level 1 dan 2. Iman sebelum Al-Quran

Sesi kelas online pagi hari ini bersama Coach Jamil Wahab
Tenaga pengajar utama sudah pastinya adalah Ustaz Fazrul Ismail, yang ramai dah kenal kerana pendekatan tadabburnya yang mudah difahami. Dengan pengalaman lebih 15 tahun dalam dakwah dan pendidikan, beliau sentiasa menekankan supaya kita bukan sekadar membaca, tetapi benar-benar memahami dan mengamalkan ayat al-Quran dalam hidup.
Program ini juga disokong sepenuhnya oleh Yayasan Ummi Malaysia (YUM) sebagai penaja utama program TOTIQ, yayasan yang aktif membantu masyarakat melalui pendidikan dan dakwah, termasuk menggalakkan golongan wanita, remaja, dan dewasa untuk lebih dekat dengan al-Quran.
Harapan Saya?Sebagai urusetia online, mungkin saya tak rasa suasana kelas secara langsung, tapi saya percaya setiap amanah yang dilakukan kerana Allah akan ada ganjarannya.
Firman Allah menjadi penguat semangat saya:
"Sesiapa yang menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolongnya dan meneguhkan kedudukannya."
(Surah Muhammad: 7)
Semoga TOTIQ Batch 4 berjalan lancar, para peserta diberi kefahaman dan keberkatan ilmu, dan semoga saya bersama rakan-rakan urusetia lain dapat laksanakan tugas ini sebaik mungkin.
Antara perkara paling penting yang saya pelajari semasa TOTIQ 3 adalah kita semua ini para pendakwah, penyampai yang membawa kepada jalan kebenaran melalui Al-Quran. Berbuat baik dan tambahkanlah amal dalam setiap perbuatan dan pekerjaan kita walaupun cuma sebagai seorang ibu dan isteri. Kecil rasanya kan cuma berkhidmat untuk sebuah keluarga, tetapi kita jika dapat lakukan tanggungjawab dakwah itu dengan baik untuk mereka, anak-anak ini bakal menjadi srikandi dan para perajurit agama yang benar. Insya Allah. 
Emme Marina, suri rumah sepenuh masa (WAHM), memiliki M.Sc. dalam Kimia Industri. Penulis dan usahawan yang aktif, mengikuti pelbagai kursus penulisan dan bisnes. Menghasilkan beberapa buah e-book, seperti "Panduan Bisnes di Shopee." Pengalaman 12 tahun berniaga secara online. Kini aktif sebagai blogger, peniaga jam azan, al Quran digital, emas orodesign serta perunding harta perwarisan Islam. Ingin dapatkan khidmat servis dan produk jualan, bolehlah hubungi saya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.emmemarina.com/2025/07/totiq-batch-4-dari-peserta-ke-urusetia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Ingatkan Peserta Himpunan Jangan Cetus Provokasi Jaga Adab

Muhyiddin Ingatkan Peserta Himpunan Jangan Cetus Provokasi Jaga Adab

papar berkaitan - pada 25/7/2025 - jumlah : 129 hits
Muhyiddin Yassin memaklumkan akan turun himpunan esok bersama rakan pimpinan Perikatan Nasional lain Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin berkata menyertai perhimpunan aman adalah hak setiap rakyat yang dilindungi Perlembagaan Pers...
Pengasas Ehati Suami Anak Dan Peserta Antara 6 Direman

Pengasas Ehati Suami Anak Dan Peserta Antara 6 Direman

papar berkaitan - pada 16/7/2025 - jumlah : 184 hits
SHAH ALAM Pengasas program motivasi eHATI bersama suami dan anak perempuannya direman selama tiga hari bagi membantu siasatan berhubung penganjuran program motivasi yang disyaki bersifat songsang dan menyimpang Turut direman dalam tempoh sa...
Peserta Himpunan Turun Anwar Ingkar Arahan Bawa Kanak Kanak Berarak

Peserta Himpunan Turun Anwar Ingkar Arahan Bawa Kanak Kanak Berarak

papar berkaitan - pada 26/7/2025 - jumlah : 155 hits
KOSMO Antara peserta himpunan yang membawa kanak kanak ke Dataran Merdeka KUALA LUMPUR Segelintir peserta Himpunan Turun Anwar di Dataran Merdeka didapati ingkar arahan pihak berkuasa apabila dilihat turut membawa kanak kanak menyertai pera...
Peserta Wanita Himpunan Turun Anwar Alami Sesak Nafas Dikejarkan Ke Hospital

Peserta Wanita Himpunan Turun Anwar Alami Sesak Nafas Dikejarkan Ke Hospital

papar berkaitan - pada 26/7/2025 - jumlah : 203 hits
KUALA LUMPUR Seorang peserta wanita Himpunan Turun Anwar mengalami sesak nafas ketika menyertai perhimpunan di Dataran Merdeka petang ini Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur wanita berusia dalam ...
Honor Malaysia Tawar Hadiah Harman Kardon Untuk Prapesan Magic V5 Bermula 15 Julai

Honor Malaysia Tawar Hadiah Harman Kardon Untuk Prapesan Magic V5 Bermula 15 Julai

papar berkaitan - pada 10/7/2025 - jumlah : 202 hits
HONOR Malaysia kini mengumumkan bahawa pelanggan yang membuat prapesanan HONOR Magic V5 akan menerima hadiah percuma berupa pembesar suara premium Harman Kardon Onyx Studio 9 bernilai RM1 299 Tawaran ini terhad kepada pembeli awal sempena p...
Penganjuran Pesta Kuantan 188 Bakal Kembali Lagi Selama Tiga Hari Bermula 25 Hingga 27 Julai 2025 Ini

Penganjuran Pesta Kuantan 188 Bakal Kembali Lagi Selama Tiga Hari Bermula 25 Hingga 27 Julai 2025 Ini

papar berkaitan - pada 8/7/2025 - jumlah : 205 hits
KUALA LUMPUR Ibu negeri Pahang bakal dihangatkan dengan penganjuran Pesta Kuantan 188 2025 yang berlangsung selama tiga hari bermula 25 hingga 27 Julai ini Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Infiniti Indah Sdn Bhd Datuk Seri Omar...
Beza Antara Jumlah Peserta Di Sepanjang Padang Dataran Merdeka

Beza Antara Jumlah Peserta Di Sepanjang Padang Dataran Merdeka

papar berkaitan - pada 28/7/2025 - jumlah : 134 hits
sebelum ini Imej memberikan maklumat tentang Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon 2022 Teks tersebut menyatakan bahawa LEBIH 34 000 pelari berkumpul di Dataran Merdeka untuk mengambil bahagian dalam Kuala Lumpur Standard Chartered Marat...
Buah Avocado Batch Terakhir

Buah Avocado Batch Terakhir

papar berkaitan - pada 9/7/2025 - jumlah : 180 hits
Harap tak bosanlah dengan cerita buah avocado di blog saya Balik kampung haritu tak teringin pun nak ambil buah avocado sebab yang tinggal di pokok semua tinggi tinggi Susah nak ambil guna pengait yang ada Pengait tak cukup panjang cerita d...
Banjir Besar Pakistan Penduduk Sepanjang Sungai Sutlej Diarah Pindah Serta Merta

Aktiviti Kunjungan Hormat Ketua Aktivis Ppim Ke Pengarah Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan Ppim 21 08 2025

Beli Kopi Cafe Mesra Di Stesen Minyak Petronas Desaru

Drama Rumah Tanpa Luka

Tiga Lelaki Ditahan Curi Kabel Rempuh Kenderaan Ketika Cuba Larikan Diri

Makan Malam Lewat Di Restoran Terapung Seafood Bujang Firefly

Harapan Yang Hidup Hati Yang Sabar

Lg Brings Ai Powered Comfort To Malaysian Homes With Lg Ai Air


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Yummy Bbq Pit Beef Recipe

Kumpulan Bahtera Lancar Album Debut Aura Cintaku

The Noor Eau De Parfum Symphony Of Scents

Speed Read A Moto Morini Str Sport By Biltwell And More

Saksi Sahkan Cek Rm250 000 Milik Nexuscorp

Check In Tunamaya Beach Spa Resort Desaru Tengah Malam