Toss N Curry Damansara Uptown
Hi Korang,
Citer makan-makan lagi ek hehehehehe…
Kan makan dengan kak lily berpisah tiada, sentiasa ade je citer pasal makan-makan.
So kali kak lily nak bawak korang ke satu lagi restoran makan fusion di Damansara Uptown iaitu Toss N Curry Restaurant.
Mesti korang ingat kedai mamak kan kan kan idokk wokeh!!
Toss N Curry ni cawangan pertama yang mula beroperasi pada 1 Januari 2020, terletak berhadapan dengan LDP highway di Damansara Uptown ini. Keadaan di dalam restoran seolah mengamit korang untuk singgah ke sini. Lihat sahaja dekorasinya tampak anggun dengan sofa dan perabut yang cukup esklusif.
Menghidangkan pelbagai jenis menu campuran fusion yang terbaik yang bakal menambat hati kita rakyat marhaein ini. Ada makanan tempatan, antarabangsa, makanan India dan macam-macam lagi.
Yesza, akak nak show off lah menu-menu makanan kat sini pada korang. Ermm sabar tau..
Di antara yang menjadi kegemaran para pelanggan yang datang makan di Toss n Curry adalah :-
Club Sandwich
Padat isinya penuh dengan daging ayam dan sayur-sayuran, sangat mengenyangkan
Macho Nachos (RM18.90)
Crunchy Tortilla dicampurkan dengan ayam keema pedas, mozzarella keju & dan yoqurt sejuk sebagai sos pencicah..
Chicken Rendang (RM12.90)
Rendang pedas ni di hidangkan sekali dengan nasi putih. Pedas memang pedas tapi sedap
Mutton Masala Fried Rice (RM19.90)
Nasi goreng mutton masala ini di campurkan sekali di dalam satu hidangan dengan sayur, telur dan keropok
Mutton Briyani (RM27.90)
Di hidangkan sekali dengan sayur-sayuran, papadam dan kuah kari. Daging kambingnya dan senang di carik begitu sahaja.
Spaghetti Curry Laksa (RM18.90)
Hidangan tempatan yang enak sekali. Di datangkan dengan udang yang juicy, carikan isi ayam, sayur-sayuran, kerang dan taufu. Kuahnya lazat tak terlalu pekat dan tak terlalu cair just nice orang Afrika kata hehehehhe
Overnight Fish Curry (RM18.90)
Penggemar kari ikan memang baru cuba ni kan. Aromanya wangi dan enak baunya. Memang betul lah orang cakap kari ikan kalau di biarkan semalaman lagi enak rasanya. Terbukti ye bila kak lily rasa sendiri kari ini.
Nasi Lemak Grilled Chicken (RM19.90)
Kita semua dah tau yang nasi lemak memang sesuai di makan dengan apa sahaja lauk pauk termasuk ayam grill. Sangat-sangat sedap dan ayamnya sangat lembut.
Sizzling Brownies (22.90)
Ini sememangnya unik. Pada mula kak lily ingatkan sos yang di tuang tuh sos coklat ermm salah yer. Itu adalah sos kuah kari . Gabungan brownies, ais krim vanilla dan sos kari memang menakjubkan tekak korang tau. By the way, langsung tak rasa pelik at all malah lagi sedap adalah.
So macam mana lepas tengok gambar-gambar makanan ni
Haruslah korang teruja kan hahhaha
Bagi kak lily harganya pun oklah berpatutan memandangkan portionnya sangat banyak kan, boleh di kongsi berdua kalau tak kuat makan kan.
Jom kite ke:
Toss N Curry80-G, Jalan SS21/62, Damansara Utama, Petaling Jaya, 47400 Selangor.Tel: 011-1065-1505
Opening Hours Mon, Wed-Sat, 9am-5pmTues and Sun, 9am-11pm
Meh LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :-
Facebook : https://www.facebook.com/tossncurry/
Instagram : https://www.instagram.com/tossncurry/?hl=en
#tossncurry #tossandcurry #TasteBeyondImagination
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ciklilyputih.com/2020/02/toss-n-curry-damansara-uptown.html