Topzmall Platform Usahawan Digital Tempatan Tembusi Pasaran Antarabangsa
TOPZMALL! PLATFORM USAHAWAN DIGITAL TEMPATAN TEMBUSI PASARAN ANTARABANGSA | Assalammualaikum semua! Pertama kali mendengar nama TopzMall, pastinya kita akan mengetahui bahawa ia adalah lama e-dagang baharu. Namun, setelah satu tahun beroperasi, baru mereka meraikan perasmian.
Pelancaran sebegini memberi gambaran hebat kepada prestasi TopzMall sepanjang mereka beroperasi secara senyap-senyap. Pencapaian yang memberangsangkan apabila jualan barangan produk tempatan dapat memberi pulangan RM 16 Juta!
Ia rekod yang baik dan keterujaan ini berterusan apabila sekitar majlis perasmian mereka memberi Ruby pengalaman di Experience Booth yang menampilkan lebih 10 usahawan tempatan bersama produk-produk mereka.
Kemudian, program perasmian juga mengumumkan harapan MDEC dan SIDEC bahawa usahawan tempatan dialu-alukan untuk menyertai TopzMall kerana ia perniagaan anda akan melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa
TOPZMALL! PLATFORM USAHAWAN DIGITAL TEMPATAN TEMBUSI PASARAN ANTARABANGSA
MDEC, SIDEC saran SME Malaysia sertai TopzMall TopzMall adalah platform e-dagang terbaik untuk memasarkan produk ke peringkat antarabangsa
Selepas berjaya mencatat jualan sebanyak RM16 juta pada tahun pertama operasinya, platform e-dagang TopzMall yakin dengan model perniagaannya yang memberi fokus terhadap produk tempatan.
Pelanggan TopzMall bukan sahaja dari Malaysia, tetapi juga Filipina, Vietnam, dan pasaran terbesar platform adalah di China. MDEC dan SIDEC saran SME Malaysia untuk menyertai dan menikmati penyenaraian percuma produk TopzMall. Pada masa yang sama, platform ini juga menyediakan kandungan menarik untuk mempromosikan produk peniaga dan mewujudkan ekologi e-dagang yang baik.
“TopzMall berbeza dengan platform e-dagang yang lain kerana kami memberi fokus untuk memasarkan produk jenama tempatan ke luar negara,” ujar Ketua Pegawai Operasi (CEO)TopzMall, Encik Calvert Choo.
Tambahnya, TopzMall menyasarkan jualan berganda pada tahun depan iaitu sebanyak RM32 juta. Justeru, Encik Calvert Choo menyeru untuk lebih ramai peniaga tempatan menyertai TopzMall.
Menurut Ketua Pegawai Operasi TopzMall, Encik Calvert Choo,terdapat pelbagai produk Malaysia yang berkualiti dan TopzMall merupakan platform e-dagang terbaik untuk memasarkan produk mereka ke peringkat antarabangsa. “Tahun lalu kami hanya mencuba pasaran, melihat kepada jumlah jualan dalam tempoh setahun iaitu 16 juta, kami yakin model perniagaan dengan bergabung bersama rakan strategi telah berjaya.
Selepas ini, kami akan bergabung dengan lebih ramai rakan strategi. Sebagai contoh aplikasi Yippi, penggunakan aplikasi berkenaan boleh mengakses TopzMall secara terus tanpa perlu mendaftar, sebalik mereka terus boleh membeli-belah. Target pada tahun 2022 untu mencapai RM 32 Juta jumlah jualan.
KATEGORI HALAL DI TOPZMALL UNTUK MEMUDAHKAN PENGGUNA MUSLIMS
Kami juga merancang untuk mewujudkan halal kategori dalam TopzMall. Masyarakat Muslim bukan sahaja ada di Malaysia, tetapibdi seluruh dunia. Oleh itu, kami mahu membawa produk halal jenama tempatan masuk ke pasaran antarabangsa,” tutur Encik Calvert Choo
Jelas Encik Calvert Choo, pihaknya yakin produk halal tempatan akan mendapat sambutan di TopzMall kerana kreadibiliti sijil halal Malaysia yang cukup diyakini di peringkat antarabangsa. “Sijil halal Malaysia mempunyai kreadibiliti yang kukuh berbanding sijil halal antarabangsa lain.
Bukan mudah untuk mendapatkannya dan perlu melalui pelbagai prosedur yang cukup teliti. Jadi, kami berharap selepas ini peniaga produk halal tempatan boleh menyertai kami di TopzMall dan menjual produk mereka ke seluruh dunia.Buat masa ini kekuatan kami adalah di China kerana majoriti pelanggan datangnya dari sana.
Pasaran halal di China juga cukup besar, kami berharap pemilik produk halal tempatan tidak akan melepaskan peluang yang ditawarkan apabila kategori halal diperkenalkan dalam TopzMall,” ujar Encik Calvert Choo.
TOPZMALL 2022 CNY GOODS CAMPAIGN
Encik Calvert Choo ditemui pada majlis pelancaran dan pelantikan penyanyi Jeryl Lee Pei Ling sebagai duta kempen ‘TopzMall 2022 CNY Goods’. Bermula 16 Disember 2021 sehingga 31 Januari 2022 promosi hebat sedang berlangsung. Diskaun sehingga 50%! Best kan? Malaysia Selebriti Chef Ivan Tan menjual hidangan Tahun Baru Cina terus di TopzMall 2022 CNY Goods Campaign dengan harga promosi, ia menjadi produk utama Perayaan Tahun Baharu Cina
EXPERIENCE BOOTH DI PERASMIAN TOPZMALL MEMBUKA MATA MEDIA BAHAWA BANYAK PRODUK BUATAN MALAYSIA BERKUALITI DAN LEBIH HEBAT.
Ruby paling suka aktiviti "Experience Booth". Di sini, Ruby berkesempatan mengenali jenama, produk dan pasukan mereka. Kita akan lebih mengetahui kehebatan produk.
Kebanyakan produk yang menyertai Experience Booth tidak mudah didapati di kedai, pasaraya dan farmasi yang kita suka kunjungi
Pilihan yang jenama ada untuk mengembangkan lagi perniagaan adalah menyertai TopzMall
BIOSILK, tuala wanita yang diperbuat dari kulit kayu dan mengandungi 6 jenis herba untuk membantu kitaran haid. Tuala wanita ini dalam bentuk gel apabila sudah digunakan. Mudah untuk dibersihkan
Afterday, Krim wajah berasaskan gamat.
Barang penjagaan rambut.
JORAYC, produk penjagaan rambut
MINI PROGRAM TOPZMALL UNTUK USAHAWAN PKS.
SpeedySimpleSecureEngaging
Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) menggalakkan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk melibatkan platform dalam talian seperti TopzMall untuk mempromosikan produk mereka dengan lebih baik
Melepasi prestasi jualan RM16 juta tahun demi tahun.
Menyediakan perkhidmatan penyenaraian dan kursus jualan secara PERCUMA untuk PKS
TopzMall menawarkan pelbagai strategi jualan dan latihan, termasuk latihan jualan, video promosi dengan sorotan produk dan seruan untuk bertindak (CTA) terhadap pengguna antarabangsa di platform media sosial yang sedang trend untuk memotivasikan keinginan membeli mereka. Program latihan ini dibuat secara khusus untuk setiap pedagang yang menyertai TopzMall
Tambahan pula, peniaga akan dapat menikmati akses kepada perkhidmatan kandungan kreatif percuma daripada TopzMall untuk mempromosikan produk mereka dan mencipta ekosistem e-dagang yang baik. Pasaran itu juga akan membantu peniaga mengeksport produk mereka ke China, Vietnam dan Filipina
Sebagai menyokong pasaran dan campalgn, Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC) dan Selangor Information Technology & Digital Economy Corporation (SIDEC) menggalakkan semua PKS dan perniagaan tradisional di Malaysia untuk mendigitalkan perniagaan mereka dengan menyertai platform seperti TopzMall untuk mempromosikan produk mereka dengan lebih baik.
Perbadanan Teknologi Maklumat & Ekonomi Digital Selangor (SIDEC) akan membantu mempromosikan Pelan Transformasi Digital Selangor, memupuk bakat digital Selangor, dan merapatkan jurang digital; mempromosikan syarikat baharu Selangor sebagai simbol teknologi serantau; memperkasakan PKS Selangor Dalam digitalisatlon; menggalakkan pelaburan digital dan teknologi Selangor, hadiah eksklusif, (Poon Choi) dan (Buddha Jumping Over The Wall) kepada Ketua Pegawai Eksekutif TopzMall, Calvert Choo dan Duta TopzMall 2022 CNY Goods Jeryl Lee Pei Ling
The (Poon Choi) dan (Buddha Jumping Over The Wall) juga akan disenaraikan di TopzMall sebagai produk utama TopzMall 2022 CNY Goods Campaign dengan harga istimewa
MENGENAI TOPZMALL
TopzMall telah ditubuhkan pada 2020 di Malaysia dan memenuhi keperluan pemilik perniagaan kecil dan pengurus jenama di seluruh Asia Tenggara. Platform ini ditubuhkan dengan tujuan untuk mewujudkan program mini e-dagang untuk membina trafik domain seif dan membuka kunci saluran jualan, menyediakan strategi jualan kreatif untuk meningkatkan prestasi jualan; mengguna pakai strategi pemasaran KOL untuk meningkatkan populariti jenama, dan menawarkan kursus panduan satu sama satu untuk PKS Malaysia
Dengan prestasi jualan yang kukuh melepasi RM 16 juta tahun ke tahun dan dengan sokongan padu daripada jenama terkenal, TopzMall berazam untuk menjadi salah satu platform beli-belah dalam talian terbesar di Asia
TOPZMALL | FACEBOOK | INSTAGRAM | YOUTUBE
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ruby.my/2021/12/topzmall-platform-usahawan-digital.html