Topzmall Platform E Dagang Untuk Kita Membeli Belah Dan Berniaga Online Mdec Sidec Saran Sme Malaysia Sertai Topzmall
Hi Korang,
Shopping siapalah yang tak suka kann. Lebih-lebih lagi membeli belah secara online. Kak lily memang gemarkan shopping online ni kerana kita boleh mendapatkan barangan keperluan kita tidak kira waktu. Hanya masuk ke laman web, pilih produk yang di kehendaki, buat bayaran dan tadaaa barang sampai terus ke depan pintu rumah korang kann hehehhehe
Oh ya, pernah dengan TOPZMALL??
Ermm tak pernah dengar lagik.. ermm baik-baik mari sini kak lily citerkan pada korang yer
Kalau korang nak tau yang TopzMall ini merupakan satu platform membeli belah yang mula diperkenalkan pada tahun 2020 di Malaysia. Pada awalnya di bawah TopzMall hanya syarikat dan usahawan kecil dari negara-negara Asia Tenggara. Platform TopzMall semakin kukuh dengan pelbagai program e-dagang yang secara tidak langsung mencapai target jualan serta meningkatnya segmen pasaran
TopzMall menawarkan pelbagai strategi jualan dan latihan, termasuklah latihan penjualan, video promosi, mempertengahkan produk dan penggunaan medium sosial media bagi meluaskan pasaran sehingga ke pringkat antarabangsa. Dan juga mengadakan program latihan khas untuk usahawan yang menyertai TopzMall
Melalui TopzMall, usahawan akan menikmati servis konten kreatif secara percuma dan berpeluang mempromosi produk mereka dengan meluas lagi. Pasaran niaga di TopzMall juga membuka peluang usahawan untuk memperkenalkan produk mereka ke negara China, Vietnam dan juga Filipna
Sedikit Intipati dari Pelancaran "2022 CNY Goods Campaign"
Itulah kak lily nak citer yang baru-baru ini kak lily berkesempatan ke majlis pelancaran "2022 CNY Goods Campaign" yang telah diadakan di Hotel Sunway Resort Selangor. Memang terasa begitu kemeriahannya apatah lagi pelancaran ini turut dihadiri rakan strategik TopzMall yang sama-sama mempromosi produk mereka melalui pembukaan booth mereka di sana
Dari Kiri - Mr. Ivan Tan - Ms. Shirley - Mr.Ahmad Salman Bin Ahmad Fua'ad- Madam Carol Fung- Mr. Calvert Choo - Ms. Jeryl Lee- Datuk Ringo Low- Mr. Simon Wong
Selepas berjaya mencatat jualan sebanyak RM16 juta pada tahun pertama operasinya, platform e-dagang TopzMall yakin dengan model perniagaannya yang memberi fokus terhadap produk tempatan. Pelanggan TopzMall bukan sahaja dari Malaysia, tetapi juga Filipina, Vietnam, dan pasaran terbesar platform adalah di China
MDEC dan SIDEC saran SME Malaysia untuk menyertai dan menikmati penyenaraian percuma produk TopzMall. Pada masa yang sama, platform ini juga menyediakan kandungan menarik untuk mempromosikan produk peniaga dan mewujudkan ekologi e-dagang yang baik
“TopzMall berbeza dengan platform e-dagang yang lain kerana kami memberi fokus untuk memasarkan produk jenama tempatan ke luar negara,” ujar Ketua Pegawai Operasi (CEO)TopzMall, Encik Calvert Choo
Tambahnya, TopzMall menyasarkan jualan berganda pada tahun depan iaitu sebanyak RM32 juta. Justeru, Encik Calvert Choo menyeru untuk lebih ramai peniaga tempatan menyertai TopzMall
Menurut Ketua Pegawai Operasi TopzMall, Encik Calvert Choo,terdapat pelbagai produk Malaysia yang berkualiti dan TopzMall merupakan platform e-dagang terbaik untuk memasarkan produk mereka ke peringkat antarabangsa
“Tahun lalu kami hanya mencuba pasaran, melihat kepada jumlah jualan dalam tempoh setahun iaitu 16 juta, kami yakin model perniagaan dengan bergabung bersama rakan strategi telah berjaya. Selepas ini, kami akan bergabung dengan lebih ramai rakan strategi. Sebagai contoh aplikasi Yippi, penggunakan aplikasi berkenaan boleh mengakses TopzMall secara terus tanpa perlu mendaftar, sebalik mereka terus boleh membeli-belah. Kami juga merancang untuk mewujudkan halal kategori dalam TopzMall. Masyarakat Muslim bukan sahaja ada di Malaysia, tetapi di seluruh dunia.Oleh itu, kami mahu membawa produk halal jenama tempatan masuk ke pasaran antarabangsa,” ujar Encik Calvert Choo
Duta Untuk Kempen TopzMall Tahun Baru Cina
Dari kiri: Chef Selebriti Ivan, CEO TopzMall Mr Calvert Choo dan Duta Kempen TopzMall Tahun Baru Cina Ms. Jeryl Lee
Di majlis pelancaran ini j uga turut diumumkan secara rasmi perlantikan Jeryl Lee Pai Ling sebagai duta (ambassador) kempen. Di mana Jeryl akan bersama-sama mempromosikan produk budaya Malaysia bukan sahaja di peringkat tempatan bahkan dengan target untuk menembusi pasaran antarabangsa
Antara Usahawan/Syarikat Yang Menyertai TopzMall
Sementara menunggu majlis pelancaran bermula, kak lily sempat singgah di beberapa booth vendor/syarikat yang menyertai platform TopzMall hari itu. Produk dan servis yang ditawarkan memang terbaik dan mempunyai potensi untuk lebih maju ke hadapan
Jorayc Basic
Aik Cheong
Lovemoment Florist
psang.co
KeenOn
Dan pelbagai lagi. Memang ke semua syarikat/usahawan yang bersama-sama TopzMall mempunyai potensi untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka
Sorotan Video Pelancaran "2022 CNY Goods Campaign"
Imbas Kod untuk menyertai TopzMall:
Meh sini kak lily kongsikan cara untuk korang download aplikasi Topzmall dan seterusnya membeli belah di sini
Bagi mereka yang berminat untuk menyertai TopzMall bolehlah hubungi melalui:-
Email :
[email protected]Laman web : www.topzmall.com
Facebook : www.facebook.com/topzmallofficial
Instagram: @TopzMall
Youtube Channel: TopzMall Official
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ciklilyputih.com/2021/12/topzmall-platform-e-dagang-untuk-kita.html