Benarkah Rakyat Singapura Lebih Kaya Berbanding Rakyat Malaysia Bila Bersara


Umum tahu bahawa Singapura melangkau jauh meninggalkan Malaysia dalam banyak bidang. Tidak kira ekonomi mahupun teknologi, jiran kita adalah Singa yang memimpin Asia Tenggara.
Sedang rakyat Malaysia sedang berjuang untuk menaikkan gaji minimum ke tahap yang lebih tinggi, Singapura sudah lebih dahulu buat dan rakyat mereka bakal menikmati S$1,500 atau RM4,500 sebulan.

Terbaharu, melalui nukilan saudara Radzi Tajuddin pengasas Hi Home dan bekas ahli lembaga pengarah Perbadanan Stadium Malaysia, beliau berkata Malaysia sebenarnya jauh ketinggalan bukan sahaja bab gaji, tetapi juga simpanan pada hari tua.

Menurutnya, simpanan rakyat Malaysia dan Singapura menjelang umur persaraan ketinggalan jauh disebabkan beberapa faktor antaranya adalah disebabkan kadar gaji, sumbangan KWSP dan CPF serta sistem yang diguna pakai.

Berikut adalah tulisan saudara Radzi Tajuddin.
Bercakap soal persaraan
Aku terbaca artikel menarik dari The Edge. Asasnya tentang perbandingan dana persaraan rakyat Malaysia (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja – KWSP) dengan warga Singapura (Central Provident Fund – CPF).

Kalau tengok data yang dikongsi oleh Hi WEALTH, kita memang ketinggalan jauh kalau nak dibandingkan dengan Singapura.

Paling mudah, kita ambik contoh umur 55 tahun umur bersara. Umur 55 tahun, median simpanan KWSP rakyat Malaysia adalah kurang dari RM40,000.

Pada umur yang sama, median simpanan persaraan warga Singapura adalah sekitar S$230,000. Itu dalam SGD (S$), bukan Ringgit Malaysia (RM). Nak nilai RM, kalilah dengan 3.

S$230,000 kalau ditukar ke RM dah jadi dekat RM700,000.

Kena faham yang pada umur tersebut, kebanyakan warga Singapura dah ada rumah sendiri.

Paling kurang pun, mereka dan ada sebuah apartment HBD

Kenapa median CPF lebih tinggi berbanding EPF?
Ada yang tanya, macam mana median CPF lebih tinggi berbanding EPF? Macam tidak masuk akal.

Pertama, dari segi matematiknya, gaji di Singapura lebih mahal.

Ogos lepas, Singapura dah semak semula yang kadar gaji minimum yang ditetapkan adalah S$1,500 (RM4,500).

Memang tak boleh nak bandingkan sebab gaji minimum di Malaysia dalam Ringgit hanyalah RM1,200

Kedua sebab sumbangan CPF mereka tinggi – sekitar 37% (17% dari employer + 20% dari pekerja sendiri).

Sebagai perbandingan, Malaysia punya EPF lagi rendah, 21% sahaja dari jumlah gaji pokok (12% dari employer + 9% dari pekerja sendiri).

Kalau kita rasa potongan KWSP banyak, cuba bayangkan macam mana warga Singapura rasa bila tengok slip gaji, mesti sakit.

Ketiga, sistem CPF adalah lebih kompleks dan fleksibel berbanding EPF.

Tidak seperti akaun EPF kita yang ada Akaun 1 dan Akaun 2, CPF lebih kompleks sebab ada 3 + 1 akaun berbeza.

Untuk CPF, mereka ada 3 akaun asas; Ordinary Account (dana persaraan, beli rumah, insurans dan pelaburan), MediSave Account (kesihatan), Special Account (untuk hari tua dan pelaburan kewangan).

Kalau dah cecah umur 55 tahun, akaun Retirement Account (bayaran pencen bulanan) akan dibuka.

Jadi kalau tengok, selain dapat dividen CPF sekitar 5-6% setahun, warga Singapura sebenarnya dibenarkan menggunakan simpanan hari tua mereka untuk pelaburan.

Dalam erti kata lain, mereka bukan sekadar menyimpan, tapi duit simpanan itu juga ‘bekerja’ untuk jana lebih banyak duit.

Apabila kita gabungkan semua faktor ini, memang tidak pelik kenapa jumlah simpanan persaraan rakyat Malaysia akan lebih rendah – lagi-lagi bagi yang terpaksa keluarkan i-Sinar, i-Lestari dan i-Citra.

Cukuplah kita kalah banyak benda dengan Singapura, takkan bab bersara pun kita kalah jugak?

Kita taknak lagi 20-30 tahun, M40 yang ada hari ni akan menjadi warga tua yang miskin sebab dana persaraan tak cukup. Something needs to be done. - www.thevocket.com

P/S: Baru-baru ini, Singapura dinobatkan sebagai bandar kedua paling mahal untuk tinggal di dunia, selepas Tel Aviv. Bab tu kita biar Singapura sahaja yang lawan dengan Israel untuk tempat teratas


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/12/benarkah-rakyat-singapura-lebih-kaya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebih 4 000 Penumpang Dari Singapura Masuk Malaysia Melalui Darat Sepanjang 5 Hari Vtl

Lebih 4 000 Penumpang Dari Singapura Masuk Malaysia Melalui Darat Sepanjang 5 Hari Vtl

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 243 hits
MALAYSIA NOW Jumlah itu adalah sekitar 60 daripada kuota yang dibenarkan Pihak berkuasa SIangpura memantau pergerakan penumpang yang akan memulakan perjalanan ke Malaysia melalui darat menggunakan bas Gambar AFP Lebih 4 000 orang penumpang ...
Kematian Populasi Tidak Divaksin 20 Kali Ganda Lebih Tinggi Berbanding Yang Divaksinasi

Kematian Populasi Tidak Divaksin 20 Kali Ganda Lebih Tinggi Berbanding Yang Divaksinasi

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 193 hits
BERNAMA Dr Noor Hisham berkata trend kematian Covid 19 di Malaysia terus menunjukkan penurunan dengan liputan vaksinasi yang meluas Petugas kesihatan Hospital Orang Asli Gombak memberi suntikan vaksin Pfizer Bio Kematian akibat Covid 19 ada...
Kanak Kanak Perempuan 8 Tahun Kes Pertama Omicron Libatkan Rakyat Malaysia

Kanak Kanak Perempuan 8 Tahun Kes Pertama Omicron Libatkan Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 16/12/2021 - jumlah : 268 hits
Kes pertama varian yang dibimbangi Omicron melibatkan rakyat tempatan dikesan di negara ini Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memberitahu kes yang baharu dikesan ini merupakan seorang kanak kanak perempuan berusia lapan tahun yang menetap...
Icymi Keluarga Malaysia Aspirasi Rakyat Malaysia

Icymi Keluarga Malaysia Aspirasi Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 286 hits
Keluarga Malaysia Aspirasi Rakyat Malaysia Keluarga Malaysia antara lain menyeru rakyat Malaysia mengetepikan perbezaan dalam memulihkan semula negara mendepani pandemik COVID 19 Sejauhmana ia memberikan manfaat kepada rakyat Bagi mengetahu...
Orang Malaysia Terutama Melayu Kaya

Orang Malaysia Terutama Melayu Kaya

papar berkaitan - pada 5/12/2021 - jumlah : 187 hits
Hari ini awal pagi lagi aku nak beli emas nak simpan di Gold Saving Account dan nak beli emas untuk melabur di Gold Asset Enhance Quantummetal tapi sold out Majoriti ahli di QM adalah Melayu ambil alih majoriti selepas beberapa bulan dilanc...
Rakyat Malaysia Punya Jiwa Kuat Terus Maju Bangkit Bersama Pm

Rakyat Malaysia Punya Jiwa Kuat Terus Maju Bangkit Bersama Pm

papar berkaitan - pada 11/12/2021 - jumlah : 168 hits
Oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menandatangani plak ketika hadir ke Majlis Perasmian 100 Hari Aspirasi KeluargaMalaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini GAMBAR Abd Razak Aid PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sab...
Tiga Juta Rakyat Malaysia Mati Pucuk Dr Ismail Tambi

Tiga Juta Rakyat Malaysia Mati Pucuk Dr Ismail Tambi

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 430 hits
Tiga Juta Rakyat Malaysia Mati Pucuk Dr Ismail Tambi Lebih tiga juta rakyat negara ini mengalami masalah mati pucuk atau erectile dysfunction kata Pakar Perunding Seksual dan Kesihatan Reproduktif Dr Mohd Ismail Mohd Tambi Katanya angka itu...
Muhyidin Dan Anwar Watak Yg Lebih Sesuai Bantu Rakyat Susah Masa Banjir

Muhyidin Dan Anwar Watak Yg Lebih Sesuai Bantu Rakyat Susah Masa Banjir

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 307 hits
Ramai yang mengeluh dan menuding jari pada kerajaan berhubung kelembapan bertindak awal terhadap mangsa dan situasi banjir Apakah jabatan kajicuaca gagal memberi amaran awal atau Menteri Dan pM sendiri sebok dan fokus pada kerusi politik ma...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Oil Tanks And Hidden Risks Why Waiting To Remove Them Isn T Worth It

25 Lelaki Dan Seorang Wanita Warganegara Indonesia Ditahan Terlibat Judi Sabung Ayam

Lelaki Tendang Anak Kucing Hingga Mati

Ubat Kurus Merajai Tahun 2024 Bloomberg Xinhua

Lima Produk Apple Baru Bakal Muncul Awal 2025 Ini Yang Boleh Dijangkakan

Che Ta Tunggu Masa Sesuai Jelaskan Kenapa Dia Gagal Bayar Hutang Mara Yang Ramai Nak Tahu