Ini 5 Menu Ikan Masin Boleh Buat Korang Kecur Air Liur
Ikan masin juadah pemecah selera di bulan puasa, terutamanya semasa bersahur. Rasa masin, pedas dan masam sememangnya mengundang selera terutamanya waktu sahur. Memang memang terbaik, senang pulak tu nak masak. Apa tunggu lagi jomlah masak…
IKAN MASIN KURAU MASAK CUKA
BAHAN-BAHAN:
250gm ikan masin kurau | potong empat segi2 biji bawang besar | dipotong baji2 ulas bawang putih | dihiris6-8 biji cili padi | dibelah hujung3cm halia muda | dihiris memanjang halus2 sudu makan1 sudu sos ciliGula secukup rasaGaram jika perluMinyak untuk menggoreng dan menumisCARA MEMASAK:
Rendam ikan masin lebih kurang lima minit, kemudian cuci bersih dan toskan.Panaskan minyak. Goreng ikan masin atas api sederhana, kemudian ketepikan.Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.Tumiskan bahan hirisan sehingga layu. Masukkan sos cili dan cuka, gaul rata.Masukkan ikan masin yang telah digoreng.Perasakan dengan sedikit garam dan gula.Angkat dan hidangkan panas-panas.
IKAN MASIN BERLADO
BAHAN-BAHAN:
250gm ikan masin Talang | dipotong dadu1 biji bawang besar | dihiris bulat3 ulas bawang merah | dikisar kasar2 ulas bawang putih | dikisar kasar2cm halia muda | dikisar kasar1 sudu makan air asam jawa4 sudu besar pes cili kering1 sudu makan sos ciliGaram dan gula secukupnyaMinyak untuk menggoreng dan menumisCARA MEMASAK:
Rendam ikan masin lebih kurang lima minit. Cuci bersih dan toskan.Panaskan minyak. Goreng ikan masin dan ketepikan.Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis.Tumiskan bahan kisar hingga wangi kemudian masukkan pes cili.Kacau hingga pecah minyak dan masukkan air asam jawa.Kemudian masukkan ikan masin yang telah digoreng tadi.Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.Angkat dan hidangkan.
IKAN SEPAT MASIN MASAK ASAM
BAHAN-BAHAN:
4 ekor ikan sepat masin | diotong dua atau tiga1 biji bawang besar | dihiris bulat2 ulas bawang merah | dicincang2 ulas bawang putih | dicicang2cm halia muda |dihiris memanjang6-8 biji cili padi | dibelah hujung cili3 sudu air asam jawa1 sudu makan sos ciliGaram dan gula secukup rasaMinyak untuk menggoreng dan menumisCARA MEMASAK:
Bersihkan ikan masin dan toskan.Panaskan minyak, goreng ikan masin hingga garing dan ketepikan.Keluarkan minyak tinggalkan sedikit untuk menumis.Tumiskan bawang merah, bawang putih cincang bersama hirisan halia hingga wangi.Masukkan cili, hirisan bawang besar dan air asam jawa.Kemudian masukkan ikan masin yang telah digoreng.Lengkapkan rasa dengan sedikit garam dan gula.Angkat dan hidangkan.
IKAN TENGGIRI JERUK GORENG BAWANG CILI
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan tenggiri jeruk | dipotong empat1 biji bawang besar | dihiris2 ulas bawang putih | dihiris2cm halia muda | dihiris8 biji cili padi | dititik6 biji tomato ceri | dibelah 41 sudu teh air asam jawaGaram dan gula secukup rasaMinyak untuk menggoreng dan menumisCARA MEMASAK:
Bersihkan ikan masin dan toskan.Panaskan minyak dan goreng ikan masin, kemudian piring dan ketepikan.Keluarkan minyak dari kuali dan tinggalkan sedikit. Tumiskan bahan hirisan hingga wangi.Masukkan air asam jawa dan lengkapkan rasa dengan garam dan gula.Kemudian tuangkan bahan tumisan atas ikan masin yang telah digoreng tadi.Hidangkan panas-panas.
IKAN MASIN SAMBAL PETAI
BAHAN-BAHAN:
150gm isi ikan masin jenahak | dipotong dadu100gm isi petai1 biji bawang besar | dihiris3 ulas bawang merah | dikisar kasar2 ulas bawang putih | dikisar kasar3 sudu makan pes cili kering1 sudu makan air asam jawa1 sudu makan sos ciliGaram dan gula secukup rasaMinyak untuk menggoreng dan menumisCARA MEMASAK:
Cuci ikan masin dan petai kemudian toskan berasingan.Panaskan minyak goreng ikan masin dan petai secara berasingan dan ketepikan.Keluarkan minyak tinggalkan sedikit untuk menumis.Tumiskan bawang merah dan putih kisar hingga wangi kemudian masukkan pes cili.Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa dan pecah minyajk.Masukkan ikan masin dan petai kemudian gaul rata.Tutup api dan hidangkan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/07/ini-5-menu-ikan-masin-boleh-buat-korang.html