Tony Pua Minta Najib Henti Kelirukan Rakyat


KUALA LUMPUR 13 April - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa hanya bermuslihat di sebalik berlian merah jambu bagi mengelirukan rakyat bahawa pembelian rantai berlian bernilai US$27 juta dengan wang 1MDB tidak wujud.

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua mendakwa, Najib sekali lagi dilihat cuba menafikan kenyataan bahawa isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor telah membeli rantai berlian merah jambu yang bernilai US$27 juta.

Berikut adalah kenyataan Tony Pua tersebut:
Datuk Seri Najib Razak perlu hentikan muslihat berlian merah jambu dan mengelirukan rakyat bahawa pembelian rantai berlian US$27 juta dengan wang 1MDB tidak wujud

Datuk Seri Najib sekali lagi dilihat cuba menafikan kenyataan bahawa isteri beliau, Rosmah Mansor telah membeli rantai berlian merah jambu yang bernilai US$27 juta.

Najib tidak boleh menyembunyikan sebenarnya terdapat dua versi penceritaan berbeza yang sedang berlegar. Cerita yang sedang digembur-gemburkan oleh beliau hanya tentang berlian dan barang kemas yang dibawa masuk oleh ejen dan dibawa masuk ke Malaysia untuk dilihat oleh Datin Seri Rosmah.

Akan tetapi skandal sebenar berlian merah jambu yang sering diketengahkan dalam kes 1MDB ini, bukanlah tentang berlian merah jambu yang dibawa oleh agen. Sebaliknya, skandal ini merujuk kepada rantai pink diamond 22-karat yang ditempah melalui Jho Low untuk Rosmah Mansor dan dibayar dengan duit yang berpunca daripada 1MDB.

Kes ini hakikatnya telah dihuraikan dalam pendakwaan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) dalam “No. CV 17-4438 Verified Complaint For Forfeiture In Rem” bagi kes “United States of America, V. Certain Rights To And Interests In The Viceroy Hotel Group” pada 15 Jun 2017.

Laporan DOJ menunjukkan berlian ini telah dibeli daripada pereka berlian yang bertapak di New York, Lorraine Schwartz Inc.

Pada Julai 5, 2013, Schwartz telah bertemu dengan Jho Low dan Rosmah di perairan Monaco, Perancis, di atas ‘Topaz’, yang merupakan antara kapal layar mewah terbesar di dunia. Jho Low telah menyewa kapal sepanjang 147 meter ini untuk 7 hari dengan kos €3.5 juta, yang juga dibayar dengan wang berpunca daripada pinjaman 1MDB.

Di atas Topaz, Schwartz telah mempamerkan berlian tersebut kepada Jho Low, Rosmah dengan kawan-kawannya. Mereka juga membincang reka bentuk rantai berlian yang akan memegang berlian merah jambu 22-carat tersebut.

Pada September 28, 2013, Schwartz sekali lagi berjumpa dengan Jho Low dan Rosmah Mansor di Hotel Mandarin Time Warner di New York untuk menunjukkan gambar rajah rantai berlian yang telah direka.

Schwartz telah mengeluarkan 2 invois ke atas pembelian berlian ini. Invois yang pertama bertarikh Julai 3, 2013 berjumlah US$23 juta untuk berlian “22.17carat Natural Fancy Intense Pink VS2 clarity (GIA#2115637296) Cut-Cornered Square Modified Brilliant Cut diamond.”

Invois kedua bertarikh Julai 31, 2013 untuk US$4.3 juta untuk rantai berlian yang akan memegang berlian di atas, yang bertulis “one graduate fancy intense pink and oval white diamond necklace with interchangeable pendant to ring.”

Menurut bukti dakwaan DOJ, kesemua invois ini telah dibayar dengan dana yang disalurkan daripada US$681 juta atau RM2.6 bilion yang telah dimasuki ke dalam akaun peribadi Dato’ Seri Najib Razak di Ambank, yang berpunca daripada pinjaman bon 1MDB pada tahun 2013.

Akhirnya, rantai berlian merah jambu dihantar kepada Rosmah Mansor melalui rakannya di Hong Kong pada Mac 7, 2014.

Dalam wayang skandal berlian merah jambu ini, “bossku” seperti biasa cuba memainkan watak yang dianiayai dan ditindas tetapi hakikatnya Najib Razak sedang menyembunyikan fakta pembelian “pink diamond” dan seterusnya menutup dosa pengubahan wang haram 1MDB.

Saya ingin mencabar Dato’ Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah untuk menafikan secara spesifik ke atas kesemua dakwaan dan bukti yang telah dikemukakan oleh DOJ. Apa sebabnya, sehingga hari ini, pasangan suami isteri ini tak pernah menafikan perkara ini?

Sudahlah berfoya dengan duit yang dirompak daripada rakyat, sekarang cuba memperbodohkan rakyat dengan aliran fakta yang bercelaru dan menyembunyikan fakta sebenar pula. - UTUSAN ONLINE

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kakipalu.blogspot.com/2019/04/tony-pua-minta-najib-henti-kelirukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Antara Pengarah Yayasan Rakyat 1malaysia Kata Pegawai Ssm

Najib Antara Pengarah Yayasan Rakyat 1malaysia Kata Pegawai Ssm

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 294 hits
Foto oleh Sinar HarianMahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa bekas perdana menteri Najib Razak merupakan salah seorang pengarah Yayasan Rakyat 1Malaysia Penolong Pendaftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia Muhamad Akmaludin Abd...
Najib Berjiwa Rakyat

Najib Berjiwa Rakyat

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 315 hits
Sekarang le Dulu hampehPeringatan kepada PDRM Layan dia SEBAGAI OKT bukan lagi vvip
Fokus Rakyat Bukan Najib

Fokus Rakyat Bukan Najib

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 257 hits
Wartawan Watan Online Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi peringatan kepada kerajaan Pakatan Harapan untuk menumpukan usaha menyelesaikan masalah rakyat berbanding mencari jalan untuk mengenakan beliau setiap hari Belia...
Bn Menang Prk Bukti Rakyat Silap Pilih Ph Najib

Bn Menang Prk Bukti Rakyat Silap Pilih Ph Najib

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 245 hits
Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kemenangan Barisan Nasional di Rantau membuktikan ramai yang tersalah pilih pada Pilihan Raya Umum lalu Pada masa sama bekas Pengerusi BN itu melihat faktor anak muda menyumbang kepada kebangkitan part...
Bila Ashman Najib Berdiri Bersama Perjuangan Rakyat

Bila Ashman Najib Berdiri Bersama Perjuangan Rakyat

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 597 hits
BILA ASHMAN NAJIB BERDIRI BERSAMA PERJUANGAN RAKYATSaya sentiasa besar hati setiap kali berjumpa Gina Daniar dan Ashman Saya pernah memusuhi ayah mereka tetapi mereka sentiasa menghurmati saya dengan penuh sopan Ianya membuatkan saya rasa l...
Statut Rome Aktivis Siswa Desak Tmj Berhenti Kelirukan Rakyat

Statut Rome Aktivis Siswa Desak Tmj Berhenti Kelirukan Rakyat

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 465 hits
Tunku Mahkota Johor Statut Rom untuk membuka laluan kepada Pendakwa Raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa membuka siasatan Pada 16 Januari 2015 Pendakwa Raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa telahpun membuka siasatan awal ke atas Palestin Setelah...
Najib Seru Rakyat Tolak Bayaran Hibah Th Sangat Rendah

Najib Seru Rakyat Tolak Bayaran Hibah Th Sangat Rendah

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 245 hits
April 6 2019 12 19 AMSEREMBAN Bekas perdana menteri Najib Razak malam tadi menyeru rakyat menolak pembayaran hibah Tabung Haji yang sangat rendah selepas kerajaan hari ini mengumumkan hibah 1 25 bagi tahun kewangan 2018 Berucap kepada lebih...
Malaysia Kenapa Takut Sangat Rakyat Lihat Video Perbicaraan Najib Soal Isham Jalil

Malaysia Kenapa Takut Sangat Rakyat Lihat Video Perbicaraan Najib Soal Isham Jalil

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 269 hits
Bekas pegawai khas Najib Razak Isham Jalil yang memuat naik rakaman transkrip video perbicaraan bossnya dikecam peguam Tun Dr Mahathir Haniff Khatri Abdulla Bekas pegawai khas Najib itu hari ini berkata beliau dimaklumkan peguam berkenaan a...
Rosmah Jawab Balik Bukit Aman Tony Pua

Rosmah Jawab Balik Bukit Aman Tony Pua

papar berkaitan - pada 14/4/2019 - jumlah : 319 hits
Isteri kepada bekas Perdana Menteri Datin Rosmah Mansor menafikan dakwaan wujud transaksi pembelian berlian merah jambu atau pink diamond bernilai hampir RM100 juta dalam siasatan berhubung kes 1Malaysia Development Berhad Dakwaan tersebut ...
Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Ultimate Guide To Ghibli Park

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Kuih Lopes

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

Panduan Menjalankan Sujud Sahwi Dalam Solat Dan Sebab Sebab Perlu Sujud Sahwi

April 18 2024 Pesan Orang Alim

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven