Tomyam Seafood Cendawan Enoki


 Assalamualaikum WBT
TIDAK ke mana-mana seperti biasa semalam. Mungkin masih menyesal selepas melalui pengalaman bersarapan di Yanalis Club & Cafe minggu lepas, hihi. Tapi, tak apa, nanti kita cuba lagi pula Nasi Lemaknya atau Roti Canai Sarang Burung. Hihi.. tak serik-serik nampaknya. 

Masih teringat-ingat Lempeng Sambal Hijau di Kopitiam Nona yang Sk nikmati ketika minum petang di sana minggu lepas. Tak berbaloi nak ke Taman Daya semata nak makan lempeng tiga keping, jadi pagi-pagi semalam, kita aduklah tepung gandum dua cawan. Sambal hijau beli dari kantin Kak Sabariah. Sementara tunggu biji gandum kembang, kita lipat kain dulu sebakul. Lepas makan lempeng, kita sambung lipat lagi dua bakul 😆😆😆. Sambil lipat kain, sambil layan K-Drama, Diary of A Prosecutor. Seronok siri ini, sisi lain kehidupan pendakwaraya di sebuah daerah di Korea. Suka tengok Pendakwaraya Cha (Jung Ryeo-won) yang serius memanjang tapi tetap lawa


Nak masak Tomyam Seafood tapi Iman kata, tomyam sedap kalau ada cendawan. Seboleh tidak nak letak cendawan, suruh sendiri pergi kedai, nak jugak berteman. Dah sampai kedai, dia tunjuk cendawan enoki. Sk cari cendawan tiram, tak ada. Cendawan yang batang dia macam kayu balak tu, ada laaa. Iman kata, dia tengok kat Tik Tok, orang kata, batang cendawan tu rasa macam daging. Ah, tak naklah, besar semacam aje, hahaha. Eh, kalau dah sampai kedai, dari nak beli cendawan enoki RM2 sebungkus, terus jadi RM32. Pelik


Cerita Iman lagi, di Tik Tok jugaklah dia menengoknya, ada sorang TT tu, pergi kedai tomyam bawa cendawan enoki mentah, minta masukkan dalam tomyam, haha. Tapi, cendawan ni masalahnya satu, suka selit kat gigi dan dalam masa yang sama, dah lalu kat anak tekak. Kena makan hati-hati kalau tak mahu tercekik, hahahaha. Meh la Sk kongsi resepi tomyamnya. 
Tomyam Seafood Cendawan Enoki
Bahan-bahan :
1 batang serai, kerat dua, ketuk1/2" halia hiris1/2" lengkuas hiris1 akar pokok ketumbar1 liter air1 kiub tomyam 2 sudu pes tomyam jenama Kung ThaiJus dari sebiji limau nipis besar penumbuk budak4 ekor udang3 ekor sotong1 bungkus kecil cendawan enoki1/2 biji bawang holland dipotong baji7 biji cili padi pecahkan2 sudu kecil gulaGaram secukup rasa1 senduk susu cairDaun ketumbar
Cara-cara :
1. Didihkan air dalam periuk bersama serai, halia, lengkuas dan akar pokok ketumbar

2. Masukkan kiub tomyam dan pes tomyam jenama Kung Thai, kacau hingga larut

3. Masukkan jus limau nipis, gula dan garam secukup rasa, biar mendidih

4. Masukkan udang dan sotong, biar udang dan sotong masak sekejap barulah masukkan cendawan enoki, bawang holland dan cili padi

5. Masukkan susu cair, biar mendidih lagi, kemudian taburkan daun ketumbar, tutup api


Tambah telur dadar aje
Iman kata, sedap sangat tomyam cuma telur dadar tak macam kat kedai tomyam. Pak Inche pulak, mula mintak masakkan kari daging tetiba kata, bolehlah makan tomyam untuk makan malam


Makan malam special sikit sebab Sk masak Nasi Goreng Daging dan Daging Masak Merah. Daging dalam nasi tu, lebihan Daging Bakar hari tu. Daging Masak Merah pulak daging yang asalnya nak masak kari, hihi. Tapi, makan berdua aje dengan Pak Inche. Imannya masih kenyang sebab lunch pun dah lewat. Dia pulak kena balik kolej sebab ada perjumpaan kelab


Beli alas meja baru. Sebenarnya banyak aje alas meja dalam rumah ni, kadang nampak aje kat kedai lawa, terus nak  beli tapi balik rumah tak bentang pun  mengenangkan anak-anak bulus. Ni elok dari pagi semalam bentang tak ada yang nak tarik ke bawah. Mungkin semuanya dah matang tak macam masa dorang budak-budak dulu, tiap pagi atau balik kerja kena kutip alas meja kat lantai. Tu tak pe, pasu ke pokok ke.. tak payahlah letak, berlubang kena gigit daunnya, hahaha


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2023/02/tomyam-seafood-cendawan-enoki.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dinner Di Doll Tomyam Seafood Seremban Jay

Dinner Di Doll Tomyam Seafood Seremban Jay

papar berkaitan - pada 6/2/2023 - jumlah : 246 hits
Assalamualaikum Ya allah penatnya SA penat sangat sangat dari Khamis sampai la Ahad hari ni baru SA dapat relax tido lama skit bangun je tido SA terus masukkan gambar dinner semalam semalam dh cakap kat mak abah lepas balik dari hantar kaka...
Sup Cendawan Oleh Nisya

Sup Cendawan Oleh Nisya

papar berkaitan - pada 3/2/2023 - jumlah : 221 hits
assalamualaikum pagi tadi anisya staf baru di ofis aku pelawa makan sup cendawan sup cendawan yang letak letuk hancur tu dan campuran beberapa jenis cendawan ada cendawan aku lupa nama nya kuahnya pekat sedap juga makan panas panas anisya m...
Terkejut Makan Seafood Murah Giler Di Tepian Tebrau

Terkejut Makan Seafood Murah Giler Di Tepian Tebrau

papar berkaitan - pada 22/1/2023 - jumlah : 204 hits
AssalamualaikumMemandangkan lambat sampai JB malam td SA dah kelaparan ye la lama dalam jammed lepas tu SA hanya makan chicken grill aje untuk tengahari kan memang sampai je Uncle Dania bawak pergi makan dulu SA memang ckp pergi je la mana ...
The Colours Of Life Eating Out Restoran Alifa Tomyam Port Dickson

The Colours Of Life Eating Out Restoran Alifa Tomyam Port Dickson

papar berkaitan - pada 27/1/2023 - jumlah : 262 hits
The Colours of Life Eating Out Restoran Alifa Tomyam Port Dickson Lagi edisi terobek Kami pilih restoran ni untuk jadi port makan malam Order macam biasa Gegirl makan ikan dan tomyam manakala boyz sesuka hati ngoder ikut citarasa memasing H...
Restoran Tomyam Ainoni Kedai Tomyam Kegemaran Terkini

Restoran Tomyam Ainoni Kedai Tomyam Kegemaran Terkini

papar berkaitan - pada 29/1/2023 - jumlah : 269 hits
Assalamualaikum WBTNAMPAKNYA kini jika malas masak tapi Pak Inche kata nak makan nasi berlauk untuk makan malam dah tak perlu memandu jauh sampai ke Stulang Laut untuk ke Pilihan kami sekarang adalah Restoran Tomyam Ainoni di Taman Sri Pula...
Mencari Seafood Di Pasar Awam Sungai Besar

Mencari Seafood Di Pasar Awam Sungai Besar

papar berkaitan - pada 26/1/2023 - jumlah : 219 hits
AssalamualaikumMencari Seafood Di Pasar Awam Sungai Besar Hari Ke 2 kami yang ladies ni ke Pasar Awam Sungai Besar selepas sarapan Target kami mencari seafood untuk berBBQ Selain itu juga mencari ketam untuk dibuat sup ekoran emak yang keja...
Resepi Kek Batik Premium Bersama Golden Churn Butter

Sarawakians Reject Patronising Calls For Unity On O G Rights Demand Full Respect For Ma63

Let Zapin Feat Altimet Maharani Chord

Tim Leissner Najib Razak Dan 1mdb Kenapa Peguam Negara Berdiam Diri

Shahril Laments Radical Rafizi Being Sidelined Patronage Rewarded

Setiausha Agong Veteran Umno

Thailand Piyamit Tunnel Terowong Persembunyian Komunis Di Betong

Pemilihan Pkr Masih Tiada Pencalonan Jawatan Presiden Timbalan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Berjaya Buka Kelas Silat Di Sekolah

Tiada Sebab Klinik Swasta Farmasi Dapat Keistimewaan Sinar Harian 08 05 2025

Makan Santai Siakap Penyet Dan Mee Jawa Secukup Rasa

Terbeli Aviary Jacquard Beaded Handle Bag Charles Keith

Mi Hailam Simple Tapi Sedap Luar Biasa

Dolar Bertindak Secara Merugikan Diri Sendiri