Mencari Seafood Di Pasar Awam Sungai Besar
Assalamualaikum
Mencari Seafood Di Pasar Awam Sungai Besar | Hari Ke-2, kami yang ladies ni ke Pasar Awam Sungai Besar selepas sarapan. Target kami mencari seafood untuk berBBQ. Selain itu juga mencari ketam untuk dibuat sup ekoran emak yang kejap-kejap demam, kejap-kejap baik.
Kita round dulu tengok apa yang ada dan survey harga.
Boleh tahan murah kat pasar ni dan segar-segar belaka
Petai kena ada sebab nak buat sambal tumis udang petai. Menu berhantu ni, makan nasi sepinggan tak cukup
Apa yang kami beli di sini
1) Ketam 2kg2) Kerang saiz biasa 2kg3) Kerang saiz besar 1kg4) Udang 1kg5) Sotong 1kg6) Petai 2 ikat Jumlah hangus tak sampai RM200
Tangan dah penuh kan, maka balik lah kami ke homestay kami menginap. On the way balik, sempat juga singgah Eco, beli apa yang patut
Sampai homestay, terus masak untuk makan tengahari. Menu kami sup ketam dan sambal udang petai bersama nasi putih. Tambah ulaman sikit. Perghh makan nasi panas-panas memang terangkat. Lagi pula anak-anak baru naik dari berendam
Seafood lain kami perap dengan bahan perapan ready to cook. Takde gambar pula. Tapi, memang sedaplah sebab tak perlu tambah bahan-bahan lain
Sebelah petang, lebih kurang jam 3 petang kami pusing-pusing sekitar homestay kami menginap, mencari tempat menarik untuk kami lawati. Semua tempat yang kami tuju berpandukan sharing orang ramai di facebook dan dengan bantuan google map. On the way balik ke homestay, nampak orang jual mentarang. Untuk pengetahuan semua pertama kali saya tengok mentarang dengan mata saya sendiri
Mentarang atau siput mentarang merupakan sejenis haiwan bercengkerang, iaitu keluarga kerang-kerangan yang boleh dimakan. Ia mempunyai kulit yang nipis dan biasanya lebih menggemari air yang mempunyai suhu rendah. Mentarang ni hanya boleh ditemui di pantai yang berselut sahaja seperti di Kuala Perlis atau Sabak Bernam dan ia sedap dibakar
Dari apa yang kami dengar dari penjual, mentarang ni akan naik setahun sekali je. Memang rezeki kami dapat makan mentarang kali ni di penghujung tahun 2022. Oleh sebab kami ni tak pernah makan mentarang, kakak saya beli 3 kilo terus. Dapat diskaun
Dah puas berjalan, pancing-pancing yang dipacak di beranda jangan lupa check. Untung-untung dapat ikan. Tengok tu, kan dah mengena
Lepas maghrib kami terus hidupkan api untuk berBBQ. Inilah dia gazebo yang terletak betul-betul di sebelah unit kami
Lambat juga nak tunggu api hidup. Sempat berulang-alik bawa macam-macam
Bila arang dah berbara, sedap la kami memanggang. Mulakan dengan ayam sebab paling lambat masak. Kemudian bakar kerang, sotong dan akhir sekali mentarang
Sambil bakar, sambil makan. Mentarang ni memang sedap, lebih manis dari kerang. Azri pun suka. Malam tu kami makan ayam dan seafood bakar je tanpa nasi. Kenyang sungguh
Kerang bakar yang berbaki sikit, kami kopek dan campur dalam kuew tiaw untuk sarapan pagi esok
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://jnjikita.blogspot.com/2023/01/mencari-seafood-di-pasar-awam-sungai.html