Tommy Menipu Keduanya Kalah Tiada Sokongan Korang Percaya Ker Cakap Pembela Ltte Ni


Saya terkejut membaca petikan dari buku Tommy Thomas My Story: Justice in the Wilderness. Tommy adalah salah seorang peguam yang benci saya. Tetapi sebelum saya menjadi perdana menteri semula, Tommy telah datang bersama Zainur Zakaria dan Ambiga, kedua-duanya juga pernah pada satu masa menentang saya dan Zainur telah cadangkan nama Tommy sebagai peguam negara

Pada masa itu saya kecewa dengan sebilangan peguam negara Melayu yang bersedia untuk taat kepada Perdana Menteri (Najib Razak) walaupun disuruh melakukan sesuatu yang salah. Saya fikir ia satu perkara yang baik untuk lantik peguam pegara bukan Melayu

Apabila saya jadi Perdana Menteri ke-7, saya putuskan untuk lantik Tommy Thomas. Saya sedar orang Melayu tidak akan suka. Tetapi peguam negara Melayu tidak bersungguh dalam profesion mereka. Saya sedia terima kritikan orang Melayu. Tetapi saya tidak dapat halang kecaman orang Melayu atas pelantikan Tommy Thomas sebagai peguam negara

Secara umum saya berpuas hati dengan kerja Tommy. Dia jelaskan kepada saya bahawa tidak ada kes untuk dakwa yang dikatakan penyokong kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelan (LTTE) ini. Saya terima penjelasan itu dan menulis kepada Muhyiddin Yassin, Menteri Dalam Negeri, ketika itu. Tommy buang kes tersebut. Kemarahan orang Melayu kepada saya memuncak

Tommy tidak tahu apa-apa langsung berkenaan peletakan jawatan saya. Menurut Tommy, saya beritahu kepadanya bahawa Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mahukan Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai perdana menteri interim (sementara). Ini cerita karut

Selepas menerima dengan berat hati peletakan jawatan saya, Seri Paduka  cadangkan saya sebagai perdana menteri interim. Nama Wan Azizah tidak pernah disebut oleh baginda sebagai perdana menteri sementara

Sebabnya saya letak jawatan ialah kerana parti saya sendiri, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menolak nasihat saya untuk tidak keluar dari Pakatan Harapan kerana pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) kesemua ahli telah bersetuju untuk serah kepada budi bicara saya tarikh sesuai untuk letak jawatan. Jelas mereka tidak hendak saya letak jawatan dan beri laluan kepada Anwar. Anwar dan Wan Azizah hadir dalam mesyuarat itu

Dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, pada hari Ahad rayuan saya untuk diberi masa sebelum buat keputusan keluar dari PH ditolak. Saya tahu apabila Bersatu bersama kumpulan PKR Azmin keluar dari PH, Kerajaan PH akan jatuh kerana hilang majoriti

Walaupun saya merayu untuk diberi masa seminggu untuk buat keputusan, malam itu Bersatu, kumpulan Azmin dari PKR, Umno dan PAS hadir makan malam di Sheraton Petaling Jaya. 
Saya enggan hadir, kerana saya tidak dimaklum apa-apa sebelum itu. Jelas sekali Bersatu, dipimpin Muhyiddin bersetuju bentuk pakatan bersama Umno, PAS termasuk kumpulan Azmin. PH tidak lagi jadi kerajaan. Mereka tidak boleh tunggu seminggu untuk saya buat keputusan

Saya terfikir tentang penolakan nasihat saya oleh MPT Bersatu dan penyertaan Bersatu di Sheraton. Nyata bahawa saya telah hilang keyakinan dari Bersatu dan oleh sebab itu saya harus letak jawatan sebagai pengerusi parti. Jika saya letak jawatan sebagai pengerusi, saya juga tidak lagi mewakili parti dalam PH. Jadi saya perlu juga letak jawatan sebagai perdana menteri

Setelah diberitahu kepada pemimpin PH, saya menjangka akan mengadap Yang di-Pertuan Agong di sebelah tengahari. Saya percaya Seri Paduka telah terima surat peletakan jawatan saya semasa pertemuan itu. Pada awalnya baginda  menolak peletakan jawatan saya. 
Saya kekal dengan pendirian saya dan kemudian Al-Sultan Abdullah terima keputusan itu. Tetapi Seri Paduka minta saya jadi perdana menteri sementara

Yang di-Pertuan Agong tidak cadangkan nama lain, pastinya bukan Wan Azizah, timbalan perdana menteri (TPM). Saya tidak tawar diri tetapi tidak kena jika saya menolak cadangan Seri Paduka

Pada masa itu Kerajaan Pakatan Harapan telah jatuh rentetan pengumuman Muhyiddin mengeluarkan Bersatu dari PH di sebelah tengahari. Wan Azizah sebagai TPM tidak boleh ambil alih jawatan kerana PH bukan lagi kerajaan. Juga tidak ada satu pun ahli PH boleh ambil alih daripada saya

Yang di-Pertuan Agong meminta 222 ahli Parlimen namakan perdana menteri baru yang punyai sokongan majoriti ahli. Seri Paduka mahu mereka buat pilihan dengan tandatangan akuan bersumpah di hadapannya

Ini mengambil masa selama dua hari dengan Al-Sultan Abdullah menyaksi ahli Parlimen menamakan calon dan tandatangan akuan tersebut

Saya tidak menamakan diri sebagai calon tetapi saya telah jangka akan menang. Seperti dinyatakan di atas, Majlis Presiden PH telah putus menyerahkan kepada saya bila masa untuk saya letak jawatan. Sebaliknya Hamzah Zainuddin yang merancang kejatuhan PH telah memperoleh akuan bersumpah dari semua ahli parlimen Umno dan PAS untuk sokong saya sebagai perdana menteri

Saya fikir kedudukan saya telah diperkuat memandangkan kesemua ahli parlimen kerajaan dan pembangkang menyokong saya. Tetapi rancangan Hamzah ialah menjadikan saya ketua kepada pakatan baru yang dianggotai Umno, PAS dan Bersatu. Saya masih lagi akan jadi perdana menteri dan ini akan pengaruhi saya untuk tinggalkan PH

Tetapi ahli parlimen PH tidak namakan saya sebagai calon mereka semasa tandatangan akuan bersumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong. Anwar yakinkan mereka yang dia mendapat sokongan ahli parlimen Sabah dan Sarawak dan bersama ahli parlimen PH, memperoleh majoriti untuk jadi perdana menteri. Dengan itu mereka namakan Anwar sebagai calon PH

Hakikatnya dia hanya disokong DAP, Amanah dan kumpulannya dalam PKR. Mereka berjumlah 92. Saya cuma mendapat 62 sokongan. Jadi kami berdua kalah

Semasa Muhyiddin dinamakan sebagai perdana menteri, dia tidak dapat sokongan majoriti. Tetapi setelah dilantik dia tawar jawatan kabinet kepada ahli yang telah sokong saya. Mereka beralih sokongan dan Muhyiddin mendapat lebihan dua majoriti

Semasa Tommy Thomas jadi peguam negara, hubungan kami baik. Dia akan berjumpa saya untuk isu-isu utama. Saya juga percaya dan pertahan dia ketika dikecam orang Melayu. Tempoh khidmatnya hampir tamat. Saya cadangkan anugerah Tan Sri untuk dia

PAS tidak pernah secara langsung minta untuk dia digugurkan. Tetapi saya telah terima banyak kecaman kerana dia, dan saya fikir dia tidak perlu lagi disambung perkhidmatan setelah tamat

Tetapi apabila saya letak jawatan sebagai PM dia datang berjumpa saya untuk beritahu yang memandangkan saya yang lantik dia dan saya bukan lagi PM maka dia juga rasa perlu letak jawatan

Tulisannya berkenaan peletakan jawatan saya cukup hebat. Saya selalu dilabel diktator oleh pembangkang ketika jadi perdana menteri. Tak mungkin pembangkang akan puja saya. Itu bukan sifat pembangkang. Tetapi saya letak jawatan pada 2003 kerana rasa terlalu lama jadi PM. Diktator biasanya tidak akan letak jawatan. Tapi sudah pasti yang menentang saya tidak akan berhenti mendakwa saya diktator

Saya tidak ingin bosankan dengan berjawatan terlalu lama. Pada 2020 saya letak jawatan sebagai pengerusi Bersatu bukan atas kehendak saya, tetapi parti telah hilang kepercayaan kepada saya. Saya juga yakin PH sudah hilang majoriti dan tidak boleh lagi jadi kerajaan. Saya juga letak jawatan perdana menteri. Sebenarnya tak perlu pun letak jawatan kerana kejatuhan kerajaan PH bermakna saya bukan lagi PM

Berkenaan kabinet pula, apabila PH hilang majoriti, kabinet juga tidak dapat kekal. Perkara 43 (4) Perlembagaan menyebut “Jika perdana menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka perdana menteri hendaklah meletakkan jawatan jemaah menteri melainkan jika atas permintaannya parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong

Ini berbeza dengan 1969, apabila Perikatan punyai majoriti. Ia tidak ditumbangkan seperti PH. Tunku Abdul Rahman dijangka akan jadi PM. Tetapi darurat diisytihar, MAGERAN ditubuh dan dipimpin oleh Tun Razak Hussein. Kemudian Tunku letak jawatan dan Tun Razak dilantik sebagai PM. Dia masih punyai majoriti kerana Perikatan telah menang dalam pilihan raya

Begitu juga Barisan Nasional (BN) masih punyai majoriti apabila Hussein Onn putuskan untuk tidak mahu bertanding dan saya jadi presiden Umno dan perdana menteri

Semasa saya letak jawatan pada 2020 PH telah hilang majoriti dan Yang di-Pertuan Agong tidak boleh terus lantik Wan Azizah, TPM sebagai perdana menteri. Seri Paduka juga tidak meminta Wan Azizah menjadi perdana menteri interim

Sebenarnya tidak ada peruntukan untuk perdana menteri interim. Saya terima jawatan itu kerana proses pemilihan oleh 222 ahli parlimen mengambil masa yang lama. Negara perlukan ketua kerajaan sementara. Setelah ahli parlimen pilih perdana menteri baru, pelantikan saya terhenti. Tetapi ahli parlimen tidak berikan majoriti jelas, Anwar peroleh 92 manakala saya 62 undi

Ya. Peletakan jawatan ini pendirian peribadi. Saya tidak hantar surat peletakan kabinet. Tetapi apabila Kerajaan PH tumbang, tidak ada alasan untuk kabinet kekal. Ia terbubar bersama Kerajaan

Saya hairan bagaimana seorang peguam tidak faham yang ini bukanlah pertukaran Perdana Menteri. Kerajaan PH telah tumbang. Yang di-Pertuan Agong tidak boleh lantik Wan Azizah, TPM sebagai pemangku PM. Sama seperti saya, dia juga tidak punyai majoriti apabila PH ditumbangkan oleh Bersatu yang keluar bersama kumpulan Azmin dari PKR. Samalah juga dengan kabinet

Sebagai Perdana Menteri Interim tugas saya ialah untuk menubuh kerajaan. Ahli politik sibuk bercakap tentang kepentingan parti mereka, bukan tentang negara

Saya berpendapat kita perlu lupakan tentang parti dan fikir tentang negara. Oleh itu saya beritahu kepada semua ketua parti kita perlu ada kerajaan perpaduan dan lupakan agenda peribadi. Kita juga perlu bawa bukan ahli politik ke dalam kerajaan

Saya masih ingat dengan jelas Tun Razak, Pengerusi MAGERAN, cuba untuk bawa kesemua parti pembangkang ke dalam kerajaan. Dia berjaya bawa bersama Gerakan, PAS dan SUPP. Tetapi DAP tolak. Masih dia rasa berhak untuk namakan perikatan baru yang dikenali sebagai Barisan Nasional

Saya fikir kita perlu perkara yang sama. Tetapi saya gagal kerana pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang dakwa saya mahu jadi diktator. Dia sokong Anwar sebagai calon PH. Jika 92 undi itu bersama saya, saya akan peroleh 154 undi. Bayangkan bagaimana halatuju negara jika semua parti meletakkan negara ini sebagai matlamat utama

DR MAHATHIR MOHAMAD

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2021/02/tommy-menipu-keduanya-kalah-tiada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Adib Ltte Gariskan Isu Perkauman Dihadapi Ph Kata Tommy Thomas

Kes Adib Ltte Gariskan Isu Perkauman Dihadapi Ph Kata Tommy Thomas

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 243 hits
Kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim Adib dan kes membabitkan Harimau Pembebasan Tamil Eelam antara isu paling mencabar buat Tommy Thomas PETALING JAYA Bekas peguam negara Tommy Thomas menyifatkan kes membabitkan kematian anggot...
Ibu Bunuh 2 Anak Gadisnya Kerana Percaya Cakap Tok Moh

Ibu Bunuh 2 Anak Gadisnya Kerana Percaya Cakap Tok Moh

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 233 hits
Ibu bunuh 2 anak gadisnya kerana percaya cakap Tok Moh Akur dengan nasihat pengamal ilmu hitam seorang ibu sanggup menghentak dua anak gadisnya sehingga mati Lebih teruk lagi kejadian yang menimpa dua beradik itu berlaku di depan mata bapa ...
Korang Rasa Berjaya Ker Pkp 2 0 Ni

Korang Rasa Berjaya Ker Pkp 2 0 Ni

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 274 hits
PKP 2 0 dah disambung kepada PKP 2 1Betuk ker ramai rakyat mengeluh Kerja tetap kena pergi Semua tempat diarah buat penggiliran tapi ada jer yang sembrono rempuh jer Siapa nak check Kan Taska tadika tempat asuhan semua dibuka Tapi sekolah t...
Kita Mesti Percaya Kpk Jangan Tak Percaya Wa Cakap Lu

Kita Mesti Percaya Kpk Jangan Tak Percaya Wa Cakap Lu

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 331 hits
KITA memang WAJIB percaya apa yang KPK cakap sebab dia bukanlah PENCACAI Politik Dia penjawat awam Rupanya naik Private jet antara syarat PENTING boleh kuarantin 3 hari je Naik Jet Ski ke Water Jet ke tak boleh Oic rupa2nya pandai virus COV...
Hiburan Mula Mula Tak Percaya Covid Ini Serius Ratu Dangdut Amelina Akui Terkesan Dah Tak Tahu Nak Cakap Apa

Hiburan Mula Mula Tak Percaya Covid Ini Serius Ratu Dangdut Amelina Akui Terkesan Dah Tak Tahu Nak Cakap Apa

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 530 hits
Kini hanya pasrah ratu dangdut Malaysia Amelina berkata dia kini sudah tidak tahu nak cakap apa terhadap apa yang dialaminya kini Sumber Instagram Amelina Amelina yang sebelum ini amat terkenal dengan sikap ceria dan tidak pernah lekang den...
Surat Dari Atok 95 Kepada Tommy Thomas Baca Boleh Percaya Jangan

Surat Dari Atok 95 Kepada Tommy Thomas Baca Boleh Percaya Jangan

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 185 hits
TOMMY THOMAS 3 Feb 2021 1 Saya terkejut membaca petikan dari buku Tommy Thomas My Story Justice in the Wilderness Tommy adalah salah seorang peguam yang benci saya Tetapi sebelum saya menjadi Perdana Menteri semula Tommy telah datang bersam...
Siapa Yang Anda Percaya Ot95 Atau Tommy Thomas

Siapa Yang Anda Percaya Ot95 Atau Tommy Thomas

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 265 hits
Tepat seperti saya duga yang OT95 akan muncul menjawab dakwaan Tommy Thomas dalam memoirnya My story Justic in the Wildernes tanpa sedikit ralat pun atau kata orang Kelantan berkerut kening OT95 seorang yang mempunyai jiwa dan semangat yang...
Muhyiddin Mahu Pengganas Ltte Didakwa Tommy Tomas Dan Mahathir Putus Sebaliknya

Muhyiddin Mahu Pengganas Ltte Didakwa Tommy Tomas Dan Mahathir Putus Sebaliknya

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 389 hits
Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dikatakan bertegas mahu 12 individu yang dikaitkan dengan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelan didakwa kata Tommy Thomas Mendakwa sebegitu dalam memoirnya bekas peguam negara berkenaan menambah Muhyiddin...
Apple Macbook Pro Baru Dijangka Membawa Semula Sokongan Slot Kad Sd Membuang Touch Bar

Apple Macbook Pro Baru Dijangka Membawa Semula Sokongan Slot Kad Sd Membuang Touch Bar

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 247 hits
Apple sedia diperkatakan bakal membawa kembali sokongan MagSafe pada komputer riba mereka untuk tujuan pengecasan Selain daripada itu kini Bloomberg turut melaporkan yang mana Apple sedang mempertimbangkan untuk membawa seula sokongan kad S...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas