Tom Yum Goong Yang Sangat Sedap Tak Boleh Blah


 Assalamualaikum wbt
SETELAH beberapa bulan kita melalui Fasa Peralihan Endemik, bermulalah episod 'Sayang Bini Tinggal-Tinggalkan.' Minggu ini, Pak Inche bertugas ke luar kawasan lagi. Kalau minggu lepas, Pak Inche diarahkan ke Negeri Che Siti Wan Kembang, minggu ini, beliau ke negeri yang Sultannya terpaling kacak pulak. Haaa... cer teka 😜

Panjang ek tajuk Sk untuk entri kali ni. Saja nak cuba bubuh tajuk panjang-panjang. Kalau boleh, tulis tajuk dengan isi cerita sekali, hahahaha. Baiklah, ceritanya, masa ke Kota Bharu tuari, Pak Inche ada bawa balik pes Thai Tom Yum jenama Kung Thai. Pak Inche kata, dah tak payah letak apa-apa jika masak guna pes ni. Orang yang jual tulah kot agaknya yang beritahu. Semalam, Iman beri cadangan untuk Sk memasak guna pes tom yum ni. Teringin nak makan Tom Yum Goong katanya,gara-gara asyik fyp di Tik Tok, sebuah kedai Tomyam yang viral di Ipoh


Jadi, Sk suruh Iman rendamkan haiwan-haiwan dalam peti ais untuk dimasukkan dalam tomyam. Sk pesan, rendam sekejap, bila dah boleh leraikan haiwan-haiwan tu, asingkan sikit untuk dimasak saja. Yang lain masuk peti ais semula. Takkanlah nak masukkan udang setengah kilo dengan sotong empat ekor, tu nak buat kenduri tomyam namanya, hahaha. Iman kata, kalau ada cendawan, lagi sedap. Jadi, balik tu, Sk singgah kedai runcit beli cendawan tiram sebungkus kecil. 

Tom Yum Goong
Bahan-bahan :
Semangkuk kecil hirisan ayam5 ekor udang, buang kulit tengah sahaja dan buang urat hitamnya1 ekor sotong, potong 1 cm1/2 bungkus cendawan tiram1/2 bawang holland dipotong baji5 - 6 biji cili padi belah dua atau dipecahkan1 batang serai, potong tiga, ketuk3 hiris lengkuas5 hiris halia2 helai daun limau purut2 akar ketumbar2 sudu pes Tom Yum Jenama Kung Thai (Kung Thai Brand)1 kiub pati ikan bilis2 sudu kecil gula2 senduk kecil susu sejat/ susu cair5 cawan air/ 1/2 periuk kecil (agak-agak)1 biji tomato potong empatDaun ketumbar
Cara-cara :
1. Didihkan air bersama serai, lengkuas, halia dan akar ketumbar

2. Masukkan kiub ikan bilis dan pes tom yum, larutkan pes dalam air dan biar mendidih lagi

3. Masukkan gula, daun limau purut dan isi ayam

4. Apabila ayam telah bertukar warna, masukkan udang dan sotong, biar sebentar

5. Kemudian masukkan cendawan, bawang holland dan cili padi

6. Masukkan susu cair, kacau sehingga mendidih sekali lagi

7. Akhir sekali, masukkan tomato. Taburkan daun ketumbar semasa menghidang


Sebab nasi putih baki-baki memasak ada lebih, Sk buat Nasi Goreng Cina. Ah, tak Cina sangatlah, sebab tak ada sayur campuran (mix vegetables) iaitu carrot dadu, jagung dan kacang pea tu. Curik sikit isi ayam dengan cendawan yang nak masak tomyam tu, hihi. Mula-mula, tumiskan bawang putih dengan sedikit minyak masak, masukkan isi ayam dan cendawan, kiub pati ikan bilis dan telur. Kemudian masukkan nasi dan serbuk lada hitam kasar serta hirisan daun sup. Sk goreng dengan api sederhana hingga nasinya meloncat-loncat, hahaha. Ada juga nasi putih sepinggan yang Iman baru masak siangnya, Sk biar, kotlah Iman nak makan tomyam dengan nasi putih. Haaa.. memang dia makan dengan nasi putih, pun. Lagi berasa gitu. Sk pulak, asingkan sup dalam mangkuk kecil untuk dihirup-hirup,
Sampai nak tidur pun, Iman kata, tak boleh move on dengan tomyam bonda, hahaha


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2022/08/tom-yum-goong-yang-sangat-sedap-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Berat Anak Naik Cantik Ini Senarai Menu Boleh Mama Cuba Sihat Sedap

Nak Berat Anak Naik Cantik Ini Senarai Menu Boleh Mama Cuba Sihat Sedap

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 116 hits
Kebanyakan anak bila dah mula dapat kaki berat badannya makin menyusut Rata rata ibu susah hati Kadang dah buat macam macam menu pun anak makan sedikit sahaja Apa kata kali ini cuba resepi yang dikongsikan oleh Puan Norina Amylia Resepi ini...
Ada Lebihan Roti Potong Boleh Guna Buat Resipi Bingka Roti Sedap Ini

Ada Lebihan Roti Potong Boleh Guna Buat Resipi Bingka Roti Sedap Ini

papar berkaitan - pada 22/8/2022 - jumlah : 211 hits
Kerana tekstur nya yang lembut dan mudah dikunyah bukan sahaja kanak kanak orang tua juga suka kerana tak perlu susah nak kunyah jadi moh la cuba resipi mudah Bingka Roti RESEPI BINGKA ROTIBahan Bahan 5 keping roti putih2 biji telur3 4 gela...
Apam Cempedak Moist Dan Sangat Sedap

Apam Cempedak Moist Dan Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 13/8/2022 - jumlah : 173 hits
Alhamdulillah meriah rumah saya sejak malam tadi dengan tangisan baby bila cucu terbaharu kami keluar dari hospital dan berada di rumah kami sementara menunggu pemeriksaan ulangan dengan doktor pada hari sabtu Selepas itu mereka akan balik ...
Buat Sendiri Honey Butter Biscuits Ala Texas Chicken Sangat Sedap

Buat Sendiri Honey Butter Biscuits Ala Texas Chicken Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 116 hits
Suka makan Honey Butter Biscuits yang dekat Texas Chicken tu Sedap kan Garing manis berlemak diluar bertekstur lembut didalam Enak Rasa tak puas makan Sesekali rasa teringin memang puas dapat makan panas panas Bagi anda yang nak cuba buat s...
Spicy Creamy Tom Yum Spaghetti

Spicy Creamy Tom Yum Spaghetti

papar berkaitan - pada 18/8/2022 - jumlah : 242 hits
Assalamualaikum wbtDUA hari ni Sk keluar awal ke pejabat Siapnya awal mahu tak keluar awal Dah mengalahkan macam zaman hantar Iman ke sekolah dulu Tapi tak sangkalah pulak bila keluar awal sesak dalam kawasan perumahan Mungkin ramai ibubapa...
Rupanya Boleh Servis Aircond Sendiri Guna Remote Sahaja Jom Cuba

Rupanya Boleh Servis Aircond Sendiri Guna Remote Sahaja Jom Cuba

papar berkaitan - pada 15/8/2022 - jumlah : 154 hits
Rupa rupanya Boleh Servis AIRCOND Sendiri Hanya Guna REMOTE Cuma Perlu Tahu caranya sangat senang mudah dan berkesan Cara caranya selepas anda guna aircond waktu malam JANGAN matikan terus aircond anda sebaliknya anda buat langkah berikut T...
Saya Tak Boleh Bercinta Kerana Jun Somin Yang Sechan

Saya Tak Boleh Bercinta Kerana Jun Somin Yang Sechan

papar berkaitan - pada 15/8/2022 - jumlah : 201 hits
Jun So min nampaknya nekad mengikat Yang Se chan sebagai miliknya menerusi episod terbaru Running Man ARTIKEL BERKAITAN Dalam episod terbaru pelakon Ha Do kwon Lee Yi kyung dan Joo Woo jae telah muncul sebagai tetamu Pada permulaan episod m...
Pete Lau Beri Bayangan Oneplus Akan Keluarkan Telefon Boleh Lipat

Pete Lau Beri Bayangan Oneplus Akan Keluarkan Telefon Boleh Lipat

papar berkaitan - pada 15/8/2022 - jumlah : 152 hits
Arena telefon boleh lipat semakin rancak dengan pelbagai jenama turut mula menghantar wakil masing masing untuk bersaing antara satu sama lain Minggu lalu saja antara peranti yang dilancarkan ialah Samsung Galaxy Z Flip4 Fold4 Xiaomi Mix Fo...
Mana Boleh Dengar Cakap Mohtar Senik Nih Tak Boleh Dia Pun Tak Betoi Terdesak Sungguh Pas La Ni

Mana Boleh Dengar Cakap Mohtar Senik Nih Tak Boleh Dia Pun Tak Betoi Terdesak Sungguh Pas La Ni

papar berkaitan - pada 16/8/2022 - jumlah : 109 hits
Hadi sendiri suruh jaga hubungan dengan Umno kata Dewan Ulama PAS August 15 2022 Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Ulama PAS Mokhtar Senik berkata dalam perjumpaan Dewan Ulama dengan presiden Abdul Hadi Awang menegaskan hubungan PAS Umno mesti ...
Can Forest City Be Country S Economic Lifeboat

Dah Viral Baru Nak Terhegeh Hegeh Tak Tahu Buat Kerja Ke

Najib Razak Mangsa Atau Pemangsa

Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara

Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya

Pm Political Stability Making Malaysia Valued Investment Destination

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Is Now A Good Time To Buy Property In 2024

Dilaporkan 10 Orang Terkorban 2 Helikopter Atm Bertembung Di Udara

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Dap Leader Unsurprised By Mca S Decision To Not Campaign For Its Candidate

Lateefa Koya Negara Sudah Jadi Banana Republic Ketika Kamu Dedah Bualan Pemimpin Negara